Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR BAHRU 2014

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Bismillahirahmanirrahim..

YANG BERUSAHA
PUAN SADIAH BINTI AHMAD
GURU BESAR SK (P) BANDAR TINGGI

YANG DIHORMATI,
PUAN NUR AZUAA BT ROFIK
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PUAN SITI AMINAH BINTI ROHMAT


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PUAN NORAZILA BINTI GHAZALI


GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

PUAN DALIAH BT SINAWI


GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

BARISAN GURU-GURU, PEMBANTU PENGURUSAN MURID,


STAF SOKONGAN, SETERUSNYA TUAN-TUAN DAN PUAN-
PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

1
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dalam suasana ceria dan gemilang,

Dari DEWAN MUHIBBAH SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR


BAHRU

Majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan


Kedatangan hadirin sekalian ke

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR BAHRU 2014

Sebelum kita beranjak maju, marilah kita bersama-sama


memulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan umul furqan
al-fatihah.

(al-fatihah)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

Sebelum pagi yang indah ini berganjak mengikut rentak majlis,


majlis akan segera kita mulai dengan bacaan doa.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang dihormati


AL FADHIL USTAZ MOHD SHAHNAZ BIN ABD RAHMAN

2
untuk menerajui bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu,
agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga lafaz doa kita tadi,


diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada
yang dihormati ALFADHIL USTAZ

Hadirin yang budiman,

Pagi yang penuh cahaya dan keberkatan ini, akan diteruskan


dengan membawa kita meneroka dan menyingkap tirai pagi
dengan pelbagai agenda pendakian aspirasi ilmu dalam
memantapkan lapangan pendidikan yang kita cintai ini.

Untuk pengetahuan warga sekolah, Sambutan Hari Kanak-Kanak


Sedunia yang diadakan saban tahun adalah untuk memberi
penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak.
Sambutan ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai
peranan dan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk
memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

Bagi meneruskan hasrat murni ini, Pihak Sekolah Kebangsaan


Perempuan Bandar Tinggi di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid
pimpinan Puan Siti Aminah Binti Rohmat juga tidak ketinggalan
3
dalam menjayakan program ini. Dengan bertemakan KARISMA
KANAK-KANAK: SERLAHKAN POTENSIMU, pihak majlis
tampilkan SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
PERINGKAT SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR BAHRU BAGI
TAHUN 2014.

Hadirin yang budiman,

BUKAN KERIS TANPA ULUNYA


BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

Sebagai pembuka persada ucapan majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha Puan
Sadiah Binti Ahmad GURU BESAR SK (P) BANDAR TINGGI
JOHOR BAHRU untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

(ucapan alu-aluan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin sekalian,

Agenda beralih atur cara berganti, menanti dihaluan kini ialah


santapan mata dan halwa telinga yang berkonsepkan peragaan
pentas yang akan dipersembahkan oleh putera-puteri gemilang
pra sekolah integrasi Sk (P) Bandar Tinggi Johor Bahru.
Persembahan yang berkonsepkan perayaan di Malaysia ini akan

4
memaparkan budaya pemakaian sambutan perayaan berbilang
kaum rakyat Malaysia.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan hari kanak-kanak


yang kedua yang akan dipersembahkan oleh kumpulan murid
comel pra sekolah kaizen. Kumpulan ini akan mempersembahkan
sebuah persembahan di bawah konsep nyanyian dan gerakan.
Persembahan nyanyian dan gerakan yang dipersembahkan
menggunakan 2 buah lagu iaitu lagu Ibuku Sayang dan sahabat
selamanya.

Dengan itu, dipersembahkan persembahan daripada murid comel


Pra Sekolah Kaizen Sk (P) Bandar Tinggi Johor Bahru.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan


nyanyian dan gerakan itu sebentar tadi. Untuk pengetahuan
hadirin sekalian, persembahan itu tadi adalah di bawah pimpinan
Pusn Rohani Bt Rani dan Puan Norhadawiyah Binti Jenal.

MAJLIS SEKALI MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH.

Hadirin sekalian,

Majlis sambutan hari kanak-kanak sedunia peringkat sekolah


kebangsaan perempuan Bandar tinggi diteruskan lagi dengan
5
persembahan ketiga yang berkonsepkan percutian ringkas happy
holiday. Persembahan ini adalah daripada kelompok pelajar
pendidikan khas kategori down syndrome dan kelas Anggerik.

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SETERUSNYA MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN pendakian


aspirasi ilmu dan penerokaan refleksi ke arah kelestarian
PROGRAM TRANSISI ke arah transformasi.

DEMI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ANAK DIDIK

TERCINTA WARGA SK(P) BANDAR TINGGI JOHOR BAHRU,

PIHAK SEKOLAH TELAH MENYEDIAKAN BEBERAPA SLOT

PEMBENTANGAN KHAS UNTUK BERKONGSI ILMU DAN

PENDEDAHAN KEPADA WARGA IBU BAPA MEMENUHI

KEHENDAK DAN TUNTUTAN PROGRAM SARANA IBU BAPA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

AGENDA TAKLIMAT DIMULAKAN DENGAN MENJEMPUT DAN

MEMPERSILAKAN PUAN SITI AMINAH BINTI ROHMAT GPK

HAL EHWAL MURID UNTUK MEMBERIKAN TAKLIMAT HAL

EHWAL MURID DAN SARANA IBU BAPA. majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan.
6
(TAKLIMAT HEM)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas TAKLIMAT yang


telah disampaikan.

AGENDA TAKLIMAT DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT

DAN MEMPERSILAKAN PUAN DALIAH BINTI SINAWI GPK

PENDIDIKAN KHAS UNTUK MEMBERIKAN TAKLIMAT

PENDIDIKAN KHAS. majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

(TAKLIMAT PENDIDIKAN KHAS)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas TAKLIMAT yang


telah disampaikan.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN,

SETERUSNYA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA


MENYAKSIKAN TAYANGAN VIDEO PENERANGAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH, PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH DAN PROGRAM LINUS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

7
UNTUK PENGETAHUAN PIHAK IBU BAPA, PROGRAM LINUS
ADALAH MELIPUTI SUBJEK BAHASA MELAYU, BAHASA
INGGERIS DAN MATEMATIK. PROGRAM SARINGAN LINUS
AKAN DILAKUKAN SEBANYAK 2 KALI PADA SETIAP TAHUN.

HADIRIN SEKALIAN,

DENGAN BERAKHIRNYA TAKLIMAT ITU SEBENTAR TADI


MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. Semoga
apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapat diingati, dijadikan
amalan dan pedoman demi anak bangsa khusus untuk
kemaslahatan kita bersama.

Hadirin sekalian, Dengan ini selesailah sudah

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 1, PRA

SEKOLAH DAN PENDIDIKAN KHAS SK(P) BANDAR TINGGI

JOHOR BAHRU 2014

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan
majlis pada hari ini.

8
Sekalung penghargaan juga kepada PARA IBU BAPA DAN
WARGA SEKOLAH SERTA mereka yang terlibat secara langsung
mahu pun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemafaan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari allah
s.w.t dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami
insan biasa, memohon dan memberi maaf. Sebelum mengundur
diri sambutlah salam manis untuk semua dan disudahi dengan
lafaz suci. Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.