Anda di halaman 1dari 2

Kamu telah mengikuti perkhemahan kepemimpinan yang dianjurkan oleh

sekolah kamu. Tulis laporan untuk dimuatkan dalam buletin sekolah


tentang aktiviti-aktiviti kepemimpinan yang telah kamu jalani dan faedah
kesihatan yang kamu dapati dengan menyertainya.
Laporan Perkhemahan Kepemimpinan
Pada cuti penggal pertama yang lalu, Kelab Gaya Hidup Sihat
Sekolah Antarabangsa Pulau Pinang (Uplands) telah menggalas cabaran
dengan menganjurkan perkhemahan kepemimpinan di dewan serbaguna
sekolah tersebut. Perkhemahan ini diadakan pada 27 Mac dari pukul 8 pagi
hingga pukul 9 malam. Aktiviti perkhemahan ini disertai oleh semua
anggota kelab tersebut, iaitu sebanyak 70 orang ahli persatuan bersama
dengan tiga orang guru penasihat yang turut serta dalam aktiviti tersebut.
Pada sebelah pagi, Guru Besar turut menghadiri perkhemahan tersebut
untuk menunjukkan sokongan beliau terhadap aktiviti yang begitu
bermakna ini. Tujuan perkhemahan tersebut adalah untuk meningkatkan
kesedaran peserta tentang pentingnya pengamalan gaya hidup sihat di
samping melatih para peserta untuk memimpin dan mendidik rakan-rakan
serta ahli keluarga mereka tentang langkah-langkah mengamalkan gaya
hidup sihat.
Tepat pada pukul 7.50 pagi, peserta perkhemahan telah selesai
mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selepas pemberian taklimat oleh
ketua perkhemahan, semua peserta dan guru penasihat pun mengambil
tempat lalu mengalu-alukan kedatangan pegawai kesihatan daerah, Dato
Abdul Mohammad, yang diundang untuk memberikan ceramah tentang
cara-cara berkesan untuk mengelakkan penyakit kronik dan penyakit
berjangkit. Dato Mohammad telah memberikan maklumat komprehensif
tentang pemakanan yang sihat dan membetulkan tanggapan salah yang
amat popular, seperti kepercayaan ramai bahawa karbohidrat
menyebabkan kegemukan. Selepas itu, setiap para peserta diminta
memimpin sekumpulan kanak-kanak untuk bersenam. Para peserta
dikehendaki menggunakan teknik komunikasi yang efektif, iaitu salah satu
kemahiran mustahak bagi menjadi pemimpin untuk menjelaskan cara-cara
membuat senaman kepada kanak-kanak tersebut.
Selepas menjamu selera, perkhemahan pun diteruskan dengan
aktiviti yang seterusnya. Kegiatan seterusnya ialah main peranan di mana
para peserta berlakon dan mensimulasikan situasi dalam kehidupan
sebenar. Peserta-peserta dibahagikan kepada 35 kumpulan yang terdiri
daripada 2 orang peserta masing-masing. Dalam akitiviti tersebut, salah
satu peserta akan berlakon sebagai seorang jiran yang mengalami
masalah kegemukan dan sangat malu untuk bersenam manakala
pasangannya diminta untuk memujuk dan mendidik jirannya supaya
mengubah sikapnya yang peduli tak peduli. Kegiatan sebegini bertujuan
untuk memberikan pelajar-pelajar peluang untuk memimpin seseorang baik
ahli keluarga mahupun rakan mereka yang tidak sedar akan cara-cara
mengamalkan gaya hidup sihat. Sebelum aktiviti tersebut, para peserta
telah membuat kajian dalam talian. Melalui aktiviti tersebut, mereka
didedahkan kepada punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah
obesiti. Di samping itu, para peserta turut memperoleh pengalaman
memimpin seseorang individu ke arah kesejahteraan.
Secara keseluruhan, perkhemahan ini telah mmberikan manfaat yang
tidak terhingga kepada semua peserta. Ahli-ahli kelab banyak mempelajari
cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat di samping meimba pengalaman
bagaimana memimpin individu lain supaya mewujudkan sebuah
masyarakat yang mementingkan kesihatan diri-sendiri. Diharapkan akitiviti
sedemikian akan dijalankan pada masa akan datang.

Disediakan oleh, 16 MAC 2017

Pearlyn Tan
(PEARLYN TAN)
Setiausaha Perkhemahan Kepemimpinan,
Sekolah Antarabangsa Pulau Pinang (Uplands),
Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai