Anda di halaman 1dari 2

8, Lebuh Batu Maung 10,

Taman Sri Mewah,


11960, Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Encik Ahmad Mohemed,


Ketua editor majalah Dewn Siswa,
Jalan Sungai Satu,
11400, Batu Ferringhi,
Pulau Pinang. 3 JULAI
2017

Tuan,
Potensi industri pelancongan kesihatan di Malaysia
Merujuk kepada jemputan pihak majalah tuan dalam isu Dewan Siswa bulan
Februari lepas untuk para pembaca menyampaikan pendapat mereka tentang
perkara di atas, dengan segala hormatnya, saya ingin berkongsi pendapat saya
untuk tatapan semua.
2. Industri pelancongan, atau dikenali sebagai industri tanpa asap, memainkan
peranan yang mustahak dalam menjana ekonomi negara kita. Berkat usaha semua
pihak, bidang pelancongan kesihatan telah menyaksikan perkembangan yang pesat
dan memberangsangkan. Sesungguhnya, industri pelancongan perubatan di
Malaysia dijangka mencecah sasaran hasil sebanyak RM1.3 bilion tahun ini. Selain
itu, Malaysia telah dinobatkan sebagai 'Destinasi Terbaik Pelancongan Kesihatan
dan Perubatan bagi tahun 2015 dan 2016 berturut-turut. Justeru, tidak hairanlah
jika kita rumuskan bahawa industri pelancongan merupakan salah satu pemangkin
utama untuk menggerakkan sektor-sektor ekonomi lain khususnya dari segi
menjana pendapata dan mencipta peluang pekerjaan. Persoalan yang bermain-main
di gawang minda kita ialah apakah langkah-langkah pragmatik yang dapat
dipraktikkan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan di negara kita?
3. Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan kesihatan negara
ialah mempertingkatkan kemudahan dan teknologi perubatan kepada teknologi
perubatan yang tercanggih. Sekiranya hospital-hospital di negara kita dapat
dilengkapi dengan alat perubatan setanding negara-negara maju, seperti mesin
dialisi, alat bantu pernafasan dan sebagainya, nescaya kita dapat menggamit
kebanjiran pelancong-pelancong dari negara membangun seperti Bangladesh,
Myanmar dan Thailand. Jika kita hanya pentingkan pemasaran perkhidmatan
kesihatan tanpa memberi layanan yang baik, maka apabila pelanggan berkunjung
ke hospital berkenaan, akan mereka mengalami keadaan seperti indah khabar dari
rupa.
4. Di samping itu, kerajaan melalui media massa baik media cetak mahupun
media elektronik harus menyebarkan maklumat komprehensif tentang
perkhidmatan perubatan kelas pertama di Malaysia. Bak kata pepatah tak kenal
maka tak cinta. Untuk memajukan industri pelancongan, pengiklanan di lokasi
strategik perlu dijalankan secara terancang untuk memperkenalkan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan kesihatan. Pelbagai saluran terutamanya laman-
laman web dalam internet patut digunakan oleh hospital-hospital untuk
menyampaikan maklumat kepada pelancong asing. Satu lagi aspek yang tidak
boleh kita ketepikan adalah dengan mempromosikan destinasi-destinasi pelancong
untuk menambahkan daya tarikan negara ini terhadap pelancong asing. Hal ini akan
menarik pelancong-pelancong mendapati rawatan di negara kita di samping
melawati destinasi pelancong.
5. Salah satu pertimbangan pelancong-pelancong sebelum mereka datang ke
negara kita untuk menerima rawatan ialah kemudahan yang sedia ada. Dalam hal
ini, pihak-pihak terlibat harus melipatgandakan usaha dengan menawarkan
pelbagai pilihan penginapan dan memperbanyak kemudahan asas seperti
pengangkutan dan perhubungan terutamanya di kawasan-kawasan berhampiran
dengan hospital. Selain itu, kerajaan juga harus memberikan pelbagai insentif
seperti e-visa dan pelonggaran syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi
asing serta pesakit.
6. Kesimpulannya, pelancongan kesihatan negara ini memang berpotensi untuk
mencapai zaman kegemilangannya memandangkan segala ramuan dan pemangkin
untuk menjadikan Malaysia sebagai suatu destinasi yang unggul di rantau ini
seperti pakar perubatan yang mahir, caj rawatan yang berpatutan dan pengiktirafan
layanan perubatan dari Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH)
sudah dalam genggaman kita. Oleh itu, nampaknya perahu sudah di air, dayung
sudah di tangan. Sudah sampai masanya semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam memacu industri pelancongan dengan
merangka strategi yang ampuh lagi bersepadu.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Pearlyn Tan
(PEARLYN TAN PUAY LENG)
Murid,
Sekolah Antarabangsa Pulau Pinang (Uplands)

Anda mungkin juga menyukai