Anda di halaman 1dari 5

Nama: Tingkatan 3:

PEPERIKSAAN PERTAMA 2009


TINGKATAN TIGA
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
(1 JAM)

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu:


Bahagian A : Soalan Objektif ( 30 Markah)
Bahagian B : Misi dan Visi Sekolah (10 Markah)
Bahagian C : Soalan Struktur (10 Markah)
Jawab semua soalan

Bahagian A: (Soalan Objektif)- 30 markah


Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Apakah maksud kelayakan ikhtisas?


A Kelayakan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya.
B Kelayakan asas seperti SPM, diploma, dan ijazah.
C Kecekapan melakukan tugas menggunakan alatan tertentu.
D Mahir dalam sesuatu bidang sahaja.

2 Bagaimanakah peluang-peluang kerjaya diperoleh?


A Melalui buku. B Melalui iklan.
C Melalui ceramah motivasi. D Melalui hebahan dari mulut ke mulut.

3 Apakah pilihan kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang pandai berkomunikasi dan petah bercakap?
A Doktor. B Peguam.
C Arkitek. D Jurutera.

4 Apakah kesan sekiranya kerjaya yang dipilih sesuai dengan kelayakan dan potensi diri?
A Menambahkan keyakinan. B Mempertingkatkan ilmu pengetahuan.
C Menambahkan sumber pendapatan. D Meningkatkan taraf hidup dan sosial.

5 Seseorang yang berperibadi realistic mempunyai potensi diri


A konvensi. B kreatif.
C mekanikal. D memenuhi matlamat.

6 Bagaimanakah keyakinan diri individu boleh berkembang?


A Meningkatkan kreativiti.
B Menambah ilmu pengetahuan.
C Meningkatkan kemahiran diri.
D Memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan peribadi.

7 Antara yang berikut, pilih sikap peribadi individu yang memiliki potensi untuk menjadi seorang pengarang.
A Peribadi artistik. B Peribadi konvensional.
1
C Peribadi realistik. D Peribadi sosial.

8 Apabila anda hendak memilih sesuatu jurusan, perkara utama yang perlu diambil kira ialah
A kewangan. B minat.
C kehendak ibu bapa. D peluang kerjaya masa depan.

9 Seseorang individu yang mempunyai identiti diri yang positif sentiasa_______________akan dirinya.
A bangga B gembira.
C yakin D sombong

10 Apakah maksud minat?


A Kebolehan semula jadi. B Kelebihan diri individu.
C Keyakinan diri tentang sesuatu perkara. D Kecenderungan untuk melakukan sesuatu.

11 Apakah kerjaya yang banyak memerlukan kemahiran?


A Jururawat. B Pemandu.
C Juru ukir. D Petani.

12 Pemilihan bidang kerjaya bergantung kepada


A pengaruh rakan sebaya. B kelayakan akademik dan potensi diri.
C kehendak ibu bapa. D kehendak guru.

13 Setiap keputusan yang dibuat dalam sesuatu situasi pasti mempunyai


A kesan. B punca.
C masalah. D rintangan.

14 Setiap keputusan yang dibuat perlulah berdasarkan


A maklumat. B rasional dan logik.
C ibu bapa. D kawan.

15 Pendekatan ini menggunakan kemahiran mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
A Pendekatan alternatif. B Pendekatan proaktif.
C Penyelesaian masalah. D Pendekatan kesan dan akibat.

16 Seseorang yang berfikiran rasional akan membuat keputusan yang


A sambil lewa. B terburu-buru.
C teragak-agak. D bijak dan adil.

17 Param berbakat dalam bidang perakaunan. Sekiranya dia membuat keputusan untuk mengikut rakannya
memilih jurusan sains, dia akan
A hilang minat dalam pelajaran.
B menjadi pelajar cemerlang dalam jurusan sains.
C gagal dalam pelajaran serta membazirkan bakatnya.
D saudara-maranya akan berasa kecewa kerana dia tidak mengasah bakatnya.
18 Setiap keputusan yang kita buat mestilah berdasarkan
A nafsu. B hasrat.
C gerak hati. D rasional dan logik.

19 Apakah yang kita perlu lakukan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi?
A Andaian. B Anggaran.
C Keputusan. D Pertimbangan.

2
20 Keputusan yang baik biasanya mengambil kira kepentingan
A diri sendiri dan orang lain. B diri sendiri.
C kawan-kawan. D keluarga.

21 Apakah yang orang lain boleh lakukan semasa kita membuat keputusan dalam sesuatu situasi?
A Mempertikaikan keputusan yang dibuat.
B Memberi nasihat, pandangan dan idea.
C Membuat keputusan untuk kita.
D Hanya mendengar masalah kita.

22 Antara yang berikut, manakah merupakan kasih sayang ibu bapa yang tidak dapat dilihat?
A Membelai anak. B Memenuhi keperluan anak.
C Membawa anak bersiar-siar. D Mendoakan kesejahteraan anak-anak.

23 Bagaimanakah setiap ahli keluarga boleh membantu merealisasikan impian Rumahku, Syurgaku?
A Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan yang erat.
B Setiap ahli keluarga perlu bertukar-tukar hadiah pada hari-hari kebesaran.
C Setiap ahli keluarga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing tanpa membantu ahli keluarga
yang lain.
D Setiap ahli keluarga perlu membantu keluarga yang lain untuk mencapai matlamat Rumahku, Syurgaku.

24 Pilih tindakan yang menunjukkan cara-cara menjaga maruah dan nama baik keluarga.
A Mengikut ajakan kawan pergi melepak.
B Membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah.
C Berusaha mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menjatuhkan imej keluarga.
D Memakai pakaian yang berjenama.

25 Keluarga bahagia adalah asas bagi membentuk insan yang


A tegap. B berakhlak mulia.
C berani. D gagah.

26 Dalam situasi yang manakah kasih sayang antara anggota keluarga menjadi bertambah erat?
A Selalu bertukar-tukar hadiah antara anggota keluarga.
B Mengadakan jamuan pada hari-hari yang penting bagi ibu bapa.
C Setiap anggota keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
D Bertengkar disebabkan masalah yang kecil.

27 _______________________ bertanggungjawab memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak agar emosi
anak-anak dapat berkembang dengan sempurna.
A Ibu bapa B Guru
C Rakan D Saudara mara

28 Sekiranya anggota keluarga kita menghadapi kesusuahan, kita seharusnya


A membiarkan mereka menghadapi kesusahan seorang diri.

3
B membantu menyelesaikan masalahnya.
C memberi nasihat sahaja.
D memberitahu kepada saudara yang terdekat.

29 Andaikan anda merupakan anak sulung dalam keluarga manakala ibu anda terlantar di hospital. Apakah
tanggungjawab anda?
A Memberitahu sanak saudara.
B Memasak makanan untuk ibu.
C Mencari pekerjaan sementara.
D Membantu ayah menjaga keselamatan anggota keluarga

30 Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga?


A Bapa. B Ibu bapa.
C Anak-anak. D Setiap ahli keluarga.

Bahagian B: Misi dan Visi Sekolah

1 Nyatakan misi sekolah secara terperinci.

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

4
____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

2 Nyatakan visi sekolah secara terperinci.

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

Bahagian C: Soalan Struktur- 10 markah.

1 Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pekerjaan ?

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

2 Apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan?

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

Kertas soalan tamat.

Anda mungkin juga menyukai