Anda di halaman 1dari 1

SK PENDIDIKAN KHAS PERSEKUTUAN PULAU PINANG

600H, Jalan Lembah Permai


11200 Tanjung Bungah
PULAU PINANG Tel. : 04-890 5115
Faks : 04-890 5115
Emel : skpkpersekutuan@moe.gov.my

Rujukan: SKPKPPP/UBK/02/01/1.1/1.1.1 (01)


Tarikh : 10 Februari 2017
..
..
..

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM HARI JAYA WARIS DAN PROGRAM AKU JANJI UPSR 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Hari Jaya
Waris dan Program Aku Janji UPSR untuk mengeratkan hubungan mesra antara ibubapa
dan warga sekolah disamping bertujuan memberi perangsang dan motivasi untuk mencapai
sasaran (target) yang terbaik menjelang peperiksaan pada tahun ini.

3. Sehubungan dengan itu , program tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 17 Februari 2017 (Jumaat)


Masa : 8.30 pagi 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Sekolah

4. Jesteru pihak sekolah amat berharap tuan/puan dapat turut sama hadir ke program
ini dalam memberi semangat dan motivasi kepada anak-anak kita supaya mereka lebih
tekun dan berusaha belajar demi mencapai keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan khasnya UPSR 2017. Bersama-sama ini disertakan lampiran aturcara bagi
program pada hari tersebut.

5. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA .

Saya yang menurut perintah,

(JAMAIAH BINTI MAHLI)


Guru Besar
SK PendidikanKhas Persekutuan Pulau Pinang

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA