Anda di halaman 1dari 1

KERTAS 1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN KV + KV


MURID PEMULIHAN TAHUN DUA DENGAN PERMAINAN BOLING
GOGOGO

Lau X X

9318@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

ABSTRAK

Membaca merupakan kunci kejayaan seorang murid. Aspek membaca perkataan dua suku kata
terbuka (KV+KV) merupakan salah satu isi kandungan Sukatan Pendidikan Pemulihan Khas Bahasa
Melayu. Kegagalan murid dalam menguasai bacaan perkataan dua suku kata ini akan menimbulkan
masalah penguasaan mereka kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Kajian tindakan
ini bertujuan membantu meningkatkan minat pembelajaran terhadap Bahasa Melayu dan
penguasaan kemahiran membaca kemahiran perkataan KVKV dengan menggunakan permainan
Boling GOGOGO. Peserta kajian yang dipilih ialah merupakan tiga orang murid pemulihan Tahun
dua di sekolah kebangsaan Cina. Teori kecerdasan kinestetik adalah kecerdasan keempat yang
membolehkan individu menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Untuk mengatasi masalah murid pemulihan tahun dua
ini, satu inovasi berbentuk permainan kecerdasan kinestetik telah direka dalam kajian. Melalui
pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru menarik minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan dengan mengaplikasikan inovasi Permainan Boling Suku
Kata berasaskan Teori Kecerdasan Kinestetik, merupakan daya penggerak kepada pengukuhan
bacaan dan minat murid, pengajaran dan pembelajaran guru murid menjadi lebih seronok. Kajian ini
melibatkan ujian sebelum tindakan dan selepas tindakan, pemerhatian berstruktur, soal selidik serta
temu bual dalam pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan perbezaan
peratusan markah sebanyak 45% dalam ujian selepas tindakan (60%) berbanding dengan ujian
sebelum tindakan (15%) selepas tindakan dilaksanakan dengan permainan Boling GOGOGO.
Kesimpulannya, kaedah permainan dengan Boling GOGOGO berkesan untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran perkataan KVKV. Bagi kajian seterusnya, kaedah ini boleh dipelbagaikan
lagi dengan permainan yang lain supaya murid dapat mempelajari kemahiran membaca perkataan
dengan berkesan.

Kata Kunci: murid pemulihan Tahun Dua, kemahiran membaca, Bahasa Melayu, Kaedah
permainan, Teori Kecerdasan Pelbagai kinestetik

Anda mungkin juga menyukai