Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS -PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TELOK KALONG KEMAMAN KALI KE-30

PENGUMUMAN KETIBAAN:

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Mohd Zamri b Ibrahim,
Rektor TATI University College Kemaman diiringi dif-dif jemputan masuk ke Dewan.

1. Nyanyian Lagu Negaraku


Mohon semua hadirat hadirat sekalian untuk berdiri dan sama2 menyanyikan lagu
Negaraku.

- Nyanyian Lagu Negaraku

Hadirin hadirat dipersilakan duduk.

2. Ucapan Aluan
Bismillah..

i. Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mohd Zamri b Ibrahim


Rektor TATI University College Kemaman

ii. Yang Berusaha, Pn Julia bt Abu Bakar


Guru besar SKTK

iii. Tn Hj Rajik b Sidek


YDP PIBG SK Telok Kalong

iv. Yang dihormati,


Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Telok Kalong
Guru-guru, para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati
sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, untuk
sama-sama berhimpun di dewan yang serba indah ini, bagi menyempurnakan Majlis
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30 SK Keb Telok Kalong, sesi 2017.

Majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas
kesudian Yang Berbahagia Professor Madya Dr Mohd Zamri serta semua tetamu jemputan
yang sudi hadir ke majlis pada pagi ini. Terima kasih diucapkan.

3. BACAAN DOA
Tuan-tuan dan puan-puan warga dewan yang dirahmati Allah sekalian

Majlis bermakna pada pagi nan indah ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari Yang Maha Esa. Majlis mempersilakan Al-Fadzil Utz Abd Rahim b Mohammad
bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

- BACAAN DOA

Amin, amin Ya Rabbal alamin


Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis
berlangsung dengan jayanya dan diberkati Allah jua.

3. PERSEMBAHAN 1.

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati

Membuka tirai majlis pada pagi ini, sama-sama kita saksikan persembahan menarik
Nyanyian Lagu-lagu Midley yang akan dipersembahkan oleh barisan anak-anak didik
SKTK Tahun 4, 5 dan 6.
Sama-samalah kita saksikan

- Persembahan

Terima kasih diucapkan kepada anak-anak berbakat SKTK atas persembahan menarik itu
tadi..Untuk makluman hadirin hadirat sekalian, persembahan itu tadi adalah di bawah
bimbingan Tcr Norliana bt Yahya. Terima kasih diucapkan.
4. UCAPAN TUAN GURU BESAR
Meneruskan aturacara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha, Pn Julia bt Abu Bakar, Guru Besar SK Telok Kalong untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan..

- Ucapan Tuan GB

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

5. UCAPAN YDP PIBG


Seterusnya majlis mempersilakan, Yang Berusaha Tn Hj Rajik b Sidek, Yang Dipertua PIBG
SK Telok Kalong untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

- Ucapan YDP PIBG -

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tn Hj Rajik atas ucapan itu tadi.

6. UCAPAN PERASMIAN
Tuan-tuan dan puan-puan warga dewan yang dirahmati Allah sekalian..

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan ruang diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Seterusnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia, Prof Madya Dr
Mohd Zamri b Ibrahim, Rektor TATI University College Kemaman untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30 SKTK sesi 2017.
Dipersilakan.

- Ucapan Perasmi -

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Prof Madya Dr Mohd Zamri atas ucapan seterusnya menyempurnakan
perasmian majlis pada pagi ini.
7. PELANCARAN TABUNG VLE
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian..

8. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan..

Meneruskan aturcara pada pagi ini, sama-samalah kita saksikan sebuah persembahan
multimedia oleh KIDs TV sekolah bersempena Kejohanan Sukan Sekolah yang
berlangsung pada 9 Mac lalu. Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, atas inisiatif
guru guru diketuai Pn Rumaizah selaku Guru Pusat Sumber Sekolah, KIDs TV SK
Telok Kalong kini telahpun berada di layar youtube internet. Sama-samalah kita
saksikan..

- Persembahan KIDs TV

Demikian tadi berakhirnya persembahan multimedia oleh KIDs TV Sekolah. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih.

9. PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AJK PIBG SESI 2015/2016


Seterusnya , majlis kita teruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK
PIBG sesi 2015/2016 sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbang bakti dalam
usaha membantu pihak sekolah dalam pendidikan khasnya .
Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan Tn Guru Besar mengiringi Yg Berbahagia
Prof Madya Dr Mohd Zamri b Ibrahim bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan..

- Penyampaian Sijil Penghargaan


(Rujuk Senarai AJK)

Terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia Profesor.

10. PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI

Burung nuri burung merpati


Terbang rendah hinggap di tangan
Cenderahati diberi seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan

Sebagai tanda mata ikhlas dari kami, majlis mempersilakan Yg Berusaha Tuan Guru
Besar dan Yg Berusaha YDP PIBG untuk menyampaikan tanda mata kenang-kenangan
kepada Yang Berbahagia Profesor Madya Dr Azmi sebagai tanda penghargaan atas
kesudian hadir ke majlis kami.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan..

-PENYAMPAIAN CENDERAMATA-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

11. PENUTUP
Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dimuliakan,

Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKKT selesai sudah. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Profesor serta sekalian tetamu jemputan
yang hadir atas kesudian bertandang ke majlis ini..

Akar Keladi melilit selasih


Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yg Berusaha Tuan
Guru Besar dan mengiringi Yg Berbahagia Profesor serta Dif Jemputan untuk menikmati
juadah jamuan yang telah disediakan . Dipersilakan..

MAKLUMAN KPD PARA IBU BAPA DAN GURU.


Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-30
sesi 2017.
Sebelum mengundur diri ;

Madah diungkap santun bicara


Pantun dilantun mengusik hati
Salah tersilap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati

Dengan ini majlis saya serahkan kepada untuk


meneruskan agenda.
Majlis saya akhiri dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik wal hidayah.