Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN 2016


28HB JULAI 30HB JULAI 2016

1. PENDAHULUAN:
Sekolah Kebangsaan Seri Aman telah menganjurkan Perkhemahan
Tahunan Unit Beruniform Tahun 2016 pada 28hb hingga 30hb Julai yang lalu.
Perkhemahan Tahunan ini telah dirancang dan dianjurkan oleh unit kokurikulum
SMK Seri Aman yang diterajui oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Mohd Shukri
b Ismail dan diselaraskan oleh semua Penyelaras Unit Beruniform Sekolah. Pada
tahun ini, julung-julung kalinya aktiviti perkhemahan diadakan di kawasan
sekolah. Perkhemahan selama 2 hari dan 1 malam ini adalah bertujuan untuk
menjayakan hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani,
Emosi ,Rohani, Intelektual, dan sahsiah (JERIS) yang digarapkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Para peserta yang didedahkan dengan disiplin
sepanjang masa perkhemahan ini diharapkan akan menggunakan dan
memanafaatkan segala kemahiran dan ilmu yang diperoleh bagi meneruskan
kehidupan yang berguna dalam alam ciptaan Allah ini.

2. RASIONAL
Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan
kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan ke
manusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri
situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.
Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-
cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat
juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan
kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka
menyelesaikan masalah.
Selain itu, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan
bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para
peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif serta psikomotor masing-
masing. Demikian jugalah , aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-
unsur patriotisme akan turut menyumbang kepada pengukuhan perasaan
cintakan bangsa dan agama.
3. MATLAMAT
3.1 Melahirkan peserta yang sihat tubuh badan melalui pelbagai aktiviti yang
dijalankan
3.2 Melahirkan peserta yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial
3.3 Melahirkan peserta yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
3.4 Membentuk jati diri peserta melalui aktiviti yang dijalankan
3.5 Menerapkan nilai-nilai murni, berketrampilan, bekerjasama, jatidiri,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan sikap tidak mementingkan
diri sendiri.

4. OBJEKTIF
4.1 PSIKOMOTOR
4.1.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas
Perkhemahan serta pelbagai kemahiran ikhtiar hidup
4.1.2 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan
seharian secara teratur dan berdisiplin
4.1.3 Mempraktik dan mengaplikasikan segala teori yang telah
dipelajar
4.1.4 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-
latihan lasak dan mencabar

4.2 KOGNITIF
4.2.1 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain
4.2.2 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan
kreativiti masing-masing dalam bidang rekacipta, kesenian
dan kebudayaan.
4.2.3 Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan
rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral.

4.3 AFEKTIF
4.3.1 Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan intergrasi
pelbagai kaum.
4.3.2 Mendedahkan para peserta kepada alam fauna dan flora
sebagai sebahagian daripada kehidupan sejagat

5. PELAKSANAAN

Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform peringkat Sekolah


Menengah Kebangsaan Seri Aman bagi Tahun 2016 telah dijalankan pada 28
hingga 30 Julai yang lalu. Program ini berlangsung selama 2 hari dan 1 malam.
Pada tahun ini sedikit kelainan dilakukan apabila keseluruhan aktiviti diadakan di
dalam kawasan sekolah tidak seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini.
Perkhemahan tahun ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada 28hb
Julai 2016 (Khamis) pada jam 2.00 petang. Seramai 138 orang peserta telah
mendaftar. Selesai pendaftaran pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul lobi
Anjung Ilmu bagi mendengar taklimat daripada Kem Komandan dan Penyelaras
Aktiviti. En.Mahisam b Mohamad telah memberikan taklimat berkaitan aktiviti
sepanjang perkhemahan berlangsung dan mengingatkan peserta supaya
sentiasa menjaga keselamatan sepanjang perkhemahan berlangsung. En
Mahisam juga menyampaikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti dan
penempatan.

Selepas taklimat, aktiviti pertama pada hari pertama adalah dengan


Memasang Khemah. Taklimat tentang cara memasang khemah yang telah
dikendalikan oleh En. Madini dari jam 5.00 petang hingga 5.30 petang. Para
peserta diberikan penerangan tentang cara memasang khemah dengan betul
dan cepat. Semua peserta dibantu oleh urusetia dan guru bertugas telah
membina khemah peserta. Pada tahun ini khemah dibina di kawasan padang
sekolah untuk megelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku disamping
menjamin keselamatan perserta. Kawasan perkhemahan dibahagi dua iaitu
khemah untuk peserta lelaki berdekatan dengan asrama sekolah dan khemah
peserta perempuan di hadapan dewan. Pihak unit telah membekalkan khemah
A dan khemah igloo.

Selepas pengurusan diri dan makan malam, semua peserta beredar ke surau
untuk menunaikan solat Magrib dan isyak berjemaah dan mengikuti kuliah
Magrib yang di sampaikan oleh Ustaz Abdullah b Mehmood.

Aktiviti seterusnya ialah Ice Breaking oleh Ketua Kem Komandar, En


Mahisam Mohamad. Pada pukul 9.00, aktiviti malam diteruskan lagi dengan
ceramah daripada wakil PDRM REMAJA DAN JENAYAH selama 1 jam.
Sebelum semua peserta masuk tidur, Kem Komandan telah membahagikan
tugas kepada para peserta untuk bertugas berjaga malam mengikut khemah
yang telah ditetapkan dan akan bertugas dalam empat sesi iaitu dari jam 12.00
malam hingga 4.30 pagi.
Pada hari kedua iaitu 29hb Julai (Jumaat), selepas menunaikan solat Subuh
secara berjemaah, para peserta dikehendaki menukar pakaian mereka kepada
pakaian sukan untuk aktiviti keenam pagi itu ialah Senaman Pagi yang telah
dikendalikan oleh Pn Raihan dan dibantu oleh urusetia pelajar Pra U dari jam
7.00-8.30 pagi. Senaman pagi ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan
dan regangan. Kemudian peserta melakukan senaman aerobik. Selepas aktiviti
senaman pagi, para peserta bergerak untuk bersarapan bersama-sama. Selepas
itu, para peserta mengemas diri masing-masing dan bersiap sedia untuk
melakukan aktiviti seterusnya.
Dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari pelajar-pelajar meneruskan aktiviti
dengan ceramah dari wakil St. John Ambulance daerah Pasir Puteh, En Mazlan,
dengan tajuk BANTU MULA & PERTOLONGAN CEMAS

Kemudian pelajar-pelajar bergerak untuk makan tengahari dan bersiap


untuk solat Jumaat di masjid berdekatan dengan iringan urusetia lelaki.
Aktiviti diteruskan lagi dengan permainan Mencari Harta Karun yang
diketuai oleh En Mohd Rizan Ismail dan dibantu oleh urusetia pelajar-pelajar Pra-
U. Permainan Mencari Harta Karun ini dimenangi oleh unit beruniform Pengakap.
Setelah selsesai minum petang dan solat Asar, aktiviti diteruskan lagi
dengan permainan Sukaneka yang dikendali oleh urusetia dari pelajar-pelajar
Pra-U. Sebanyak 2 permainan sukaneka dijalankan iaitu Musical Chair dan
Belon Air .
Selepas pengurusan diri dan makan malam, semua peserta beredar ke
surau untuk menunaikan solat Magrib dan isyak berjemaah dan mengikuti kuliah
Magrib yang di sampaikan oleh Ustaz Abdullah b Mehmood.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung


pada jam 11.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari. Pn Rohaya bt Daud
telah menjadi pengerusi majlis. Acara dimulakan dengan ucapan daripada
Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Shukri b Ismail dan seterusnya ucapan
perasmian penutup oleh Pn Hjh Ruhani bt Mohamad, Guru Besar Pengetua SMK
Seri Aman.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah


memenangi setiap aktiviti yang dipertandingkan telah dilangsungkan. Selesai
majlis pelajar-pelajar dibenarkan bersurai. Akhir sekali, aktiviti membuka dan
mengemas semula khemah yang digunakan serta membersihkan kawasan
padang sekolah.
6. PENYERTAAN

Perkhemahan Tanunan Unit Beruniform pada kali ini disertai oleh 200
orang pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 SMK Seri Aman. Peluang dan keutamaan telah
diberikan kepada murid yang mempunyai kehadiran gerak kerja kokurikulum
yang baik.

7. JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Pn Hjh Ruhani bt Mohamad ( Pengetua )
Pengerusi : En Mohd Shukri b Ismail ( Pen Kanan Kokurikulum )
Naib pengerusi : En Ab Aziz b Zakaria ( PK 1 )
: En Mohd Noor b Ishak ( PK HEM )
Setiausaha : Pn Minzora bt Che Mohd Nizan
Bendahari : YM Tn Abdullah Sanusi b Tn Ismail
Kem Komandan : En Mahisam b Mohamad
Pen. Kem Komandan : Pn Rozita bt AB Kadir
En Zamzuri b Mohamad

8. LAPORAN PASCA NILAI (POST-MORTEM )

KELEBIHAN
1 Kerjasama yang padu daripada barisan ahli jawatankuasa
terutamanya guru-guru kafa, kakitangan sekolah sekolah dan
swasta.
2 Kem Komandan dan penyelaras aktiviti yang mantap dan sentiasa
berusaha gigih.
3 Kesungguhan peserta menjalankan semua aktiviti yang telah
diadakan dan murid-murid sendiri mengikut semua arahan yang
telah diberikan.
KEKURANGAN/MASALAH
1 Kurang mendapat kerjasama dari segelintir guru yang hadir dan
tidak membantu Kem Komandan dan penyelaras aktiviti dalam
menjalankan aktiviti bersama murid.
2 Ketua dan ahli jawatankuasa kerja kurang peka dengan skop kerja
dan tugas masing-masing.
3 Ada segelintir Ketua dan ahli jawatankuasa yang menjalankan
tugas sambil lewa umpama sekadar melepaskan batuk ditangga.

PENAMBAHBAIKAN (CARA ATASI MASALAH)


1 Penyelaras aktiviti atau Ketua jawatankuasa perlu dilantik
dikalangan guru-guru yang berminat dengan perkhemahan dan
berkaliber.
2 Semua ketua jawatankuasa perlu diberi taklimat yang lengkap
tentang jadual tugasan serta skop kerja jawatankuasa masing-
masing.
3 Mewajibkan semua guru terlibat dalam perkhemahan supaya adil
dan telus.
4 Menyediakan jawatankuasa kerja yang mencukupi dan selari
dengan skop kerja jawatankuasa.
5 Semua ahli jawatankuasa kerja perlu bersedia dan
bertanggungjawab menjalankan tugasan yang telah diamanahkan
sejurus selepas dilantik.
6 Semua ahli jawatankuasa kerja perlu ada sikap tolong menolong
dan bertanggungjawab serta amanah dalam melaksanakan
tugasan masing-masing.
7 Tidak boleh ada sifat pentingkan diri dan mengharapkan orang lain
menjalankan tugas.

9. PENUTUP
Syukur kepada Tuhan, Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform
Tahun 2016 telah berjaya dilaksanakan hasil kerja keras ahli-ahli jawatankuasa
kerja dan semua fasilitator. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, Kem
Komandan, En. Mahisam dan Penyelaras Aktiviti, Pn Rozita dan guru-guru
bertungkus lumus melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang sehingga kurang
rehat. Selain itu, peserta juga memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi
dan melaksanaka aktiviti walaupun kepenatan. Perkhemahan ini juga telah
berjaya mencapai objektif yang dihasratkan, khususnya kepada para peserta dan
telah mewujudkan perubahan yang positif di dalam diri murid-murid selepas
mengikuti aktiviti perkhemahan ini.
Di samping itu, aktiviti aktivit yang dilaksanakan telah memberi peluang
kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya
dari segi kepimpinan, dan kreativiti, di samping memperkukuhkan disiplin kendiri,
semangat bekerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Dalam pada itu, unsur-unsur keriangan dan keseronokkan yang
disepadukan dalam perkhemahan ini diharapkan telah menimbulkan kesedaran
tentang hakikat bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah sebahagian
daripada kebahagiaan kehidupan yang perlu dijana secara berdisiplin dan
berhemah berpandukan etika dan budaya bangsa.
Akhir sekali, pihak penganjur, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman,
merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada
guru guru kafa yang telah memberi sokongan dan bantuan yang tidak berbelah
bahagi terutama dalam penyediaan makanan kepada semua peserta dan ahli-ahli
jawatankuasa kerja dan semua fasilitator dalam menjayakan Program
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2016 ini. Adalah diharapkan
kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. INSYAALLAH .

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................... ...................................
....
Pn Rozita bt AB Kadir En Mohd Shukri b
Ismail
Penyelaras Unit Beruniform PK Ko Kurikulum
SMK Seri Aman SMK Seri Aman

Anda mungkin juga menyukai