Anda di halaman 1dari 8

Program Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng, 2016

KERTAS KERJA/ CADANGAN

Program Kesedaran
Belajar dan Anti
Ponteng
2016
( P R O J E K I N D I V I D U )

Peningkatan Disiplin Diri Murid

(FOKUS 2)

DISEDIAKAN OLEH:

1
Program Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng, 2016

HILDA SARA TANG

GURU PELATIH IPGKS
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK MERBAU, MIRI

PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

Program Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng ini bertujuan untuk mencegah
dan seterusnya membendung gejala ponteng sekolah yang semakin
membimbangkan dalam kalangan murid. Hal ini memandangkan gejala
ponteng sekolah telah mendorong berlakunya kegiatan salah laku lain yang
lebih serius seperti melepak, mencuri, merokok dan sebagainya. Tindakan
serta merta mestilah diambil oleh pihak sekolah secara tegas dan bijak
mengikut peraturan dan pekeliling yang telah diperuntukkan.

Di atas kesedaran ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Merbau, Miri

mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Kesedaran Belajar dan Anti
Ponteng untuk murid- murid yang sering tidak hadir ke sekolah bagi sesi 2016.

MATLAMAT UMUM

Program Keberkesanan Belajar dan Anti Ponteng ini diketengahkan dengan

hasrat untuk memberikan kefahaman kepada murid- murid mengenai
pentingnya belajar. Program ini juga berfungsi untuk memupuk kesedaran
dalam diri murid mengenai kesan negatif ponteng sekolah.

OBJEKTIF

Pada akhir kursus peserta akan dapat:

a. Didedahkan dengan kefahaman tentang pentingnya belajar
b. Peningkatan kesedaran diri mengenai kesan negatif ponteng sekolah

METODOLOGI

a. Ceramah interaksi dua hala

TEMA
Banteras Ponteng Sekolah

KUMPULAN SASARAN

2
Program Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng, 2016

Semua murid SK Merbau, Miri yang sering tidak hadir ke sekolah bagi sesi
2016.
Senarai nama (rujuk Lampiran 1)

SAIZ KUMPULAN

25 orang murid SK Merbau, Miri

TEMPOH DAN MASA

Tarikh : 20 Julai 2016 (Rabu)

Masa : 0755 0855 (1 jam)

TEMPAT DISYORKAN

Pusat Sumber SK Merbau, Miri

AJK PENGELOLA PROGRAM KESEDARAN BELAJAR DAN ANTI PONTENG

Penaung : En. Wan Kassim@Wan Habib Hj Tuanku Taibu (Guru Besar)

Pengerusi : En. Merawi Basni @ Seneh (PK Hal Ehwal Murid)
Pengerusi I : En. Zamri Morshidi (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Pengerusi II : En. Zulizwan Haji Mohamad Jawi Matlayer
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Setiausaha : Cik Hilda Sara Tang (Guru Pelatih)
Bendahari : Cik Erna Amira bt. Adenan (Guru Pelatih)
Naib Bendahari : En. Awang Azhar b. Awang Jaffar (Guru Pelatih)
Penyelaras program : Unit Bimbingan dan Kaunseling
AJK Siaraya : En. Isaac Avil
AJK Disiplin : Semua guru tahun 3 & 4
Guru- guru Disiplin

3
Program Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng, 2016

AJK PROGRAM
KESEDARAN BELAJAR DAN ANTI PONTENG
20 JULAI 2016 / PUSAT SUMBER SK MERBAU, MIRI
MASA: 0755 - 0855

Penasihat: Encik. Wan Kassim @ Wan Habib bin Tuanku Haji Taibu (Guru Besar)
Penyelaras Program:
1. Cik Hilda Sara Tang

Bil Ahli Jawatankuasa Tugas dan Tindakan

A. Backdrop Paparan backdrop melalui

1. Cik Hilda Sara Tang LCD

Membersih pusat sumber

B. Susun Atur Pusat Sumber dan sebelum sebarang
Peralatan kelengkapan kerusi meja
disusun.
1. En. Awang Azhar b. Awang Jaffar
2. Cik Erna Amira bt. Adenan
3. Cik Hilda Sara Tang Menyusun dan mengatur
kerusi mengikut kesesuaian
aktiviti.

Mengemas semula pusat

sumber seperti sedia kala
selepas program.

C. Kebersihan Dewan dan Disiplin Memastikan disiplin murid

Pelajar terkawal semasa di dalam
dan di luar pusat sumber
termasuk keluar masuk murid
1. En. Awang Azhar b. Awang Jaffar semasa program sedang
2. Cik Erna Amira bt. Adenan berlangsung.
3. Cik Hilda Sara Tang
Memastikan kebersihan pusat
sumber sebelum dan selepas
digunakan dalam keadaan
bersih dan teratur.

4
Program Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng, 2016

Menyediakan tempat
membuang sampah jika
perlu.

D. Peralatan dan Siaraya Mengenal pasti dan

menyediakan peralatan yang
1. En. Isaac Avil diperlukan seperti skrin dan
projector LCD dan alatan
siaraya.

E. Fotografi dan dokumentasi Mengambil gambar

sepanjang program.
1. En. Awang Azhar b. Awang Jaffar
2. Cik Erna Amira bt. Adenan Membuat catatan perjalanan
3. Cik Hilda Sara Tang program.

TENTATIF PROGRAM
KESEDARAN BELAJAR DAN ANTI PONTENG
SK MERBAU, MIRI
2016

Rabu : 20 Julai 2016

Semua murid yang sering tidak hadir ke sekolah bagi sesi 2016

MASA AKTIVITI
0755 - 0800 : Kehadiran murid- murid

5
Program Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng, 2016

0800 - 0855 : Ceramah Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng

Penceramah: Cik Hilda Sara Tang
0855 : Bersurai

PERBELANJAAN

Tiada perbelanjaan diperlukan.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Bil. Alatan Kuantiti/ Unit

1. Laptop 1 unit

2. Projektor 1 unit

3. Skrin projektor 1 unit

KEMENJADIAN MURID

Selepas program ini nanti, murid akan:

1) Tahu tentang pentingnya belajar.

2) Tahu mengenai kesan negatif ponteng sekolah.

PENUTUP

Program ini diharapkan akan dapat membantu mengurangkan kes ponteng

sekolah di SK Merbau, Miri dengan adanya pendedahan tentang pentingnya
belajar. Selain itu, peningkatan kesedaran dalam diri murid- murid mengenai
kesan negatif ponteng sekolah dapat dipertingkatkan.

6
Program Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng, 2016

Disediakan Oleh,

.
HILDA SARA TANG
(Guru Pelatih Bimbingan &
Kaunseling
SK Merbau, Miri)

Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

.. ..
ZULIZWAN HJ. MOHAMAD JAWI WAN KASSIM @ WAN HABIB BIN TUANKU HAJI
MATLAYER TAIBU
(Guru Bimbingan & Kaunseling SK (Guru Besar SK Merbau Miri)
Merbau Miri)

Catatan Oleh Guru Besar:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------

7
Program Kesedaran Belajar dan Anti Ponteng, 2016

Anda mungkin juga menyukai