Anda di halaman 1dari 6

Apakah sistem kapitalis?

Oleh Muhammad Salleh (September 2002).


Kita kini sedang menghayati sebuah dunia di mana kekayaan sedang
diciptakan pada kadar yang tidak dapat dibayangkan oleh generasi-
generasi dahulu. Kejayaan-kejayaan teknologi, seperti kejuruteraan
genetik dan dunia Internet, sedang berkembang dengan pesat. Semua ini,
kita diberitahu, adalah hasil daripada kejayaan sistem kapitalis. Menurut
penyokong-penyokong sistem kapitalis di merata dunia, sistem inilah
yang telah membolehkan umat manusia mencapai tahap kemajuan yang
tinggi, lantas menjadikan sistem kapitalis sebuah sistem sempurna, yang
tidak lagi dapat diubahkan.
Memang tidak dapat dinafikan bahwa buat kali pertama dalam sejarah dunia,
kita mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memuaskan
keperluan-keperluan setiap insan di dunia. Namun, apa yang tidak
dikatakan oleh penyokong-penyokong kapitalisme itu adalah bahawa
berjuta-juta orang masih mengalami kebuluran, berjuta-juta orang masih
mengalami penyakit yang mudah dicegah, kehidupan berjuta-juta orang
masih dikecewakan oleh kemiskinan. Masyarakat kita, iaitu masyarakat
kapitalis, dikuasai oleh ketidak-samarataan dan ketidak-adilan, sambil
kehidupan kita semua diancam oleh krisis ekonomi dan konflik
bersenjata. Pada masa apabila sistem kapitalisme masih muda, Karl
Marx sudah melihat percanggahan-percanggahan ini dengan jelas, lalu
menulis:
Dalam satu tangan, kuasa-kuasa perindustrian dan saintifik telah
memasuki kehidupan, yang mana-mana zaman sejarah manusia lalu
tidak pernah mengharapkan. Dalam tangan sebelah wujudnya ciri-
ciri kereputan, yang jauh melintasi kengerian Empayar Rom. Pada
hari-hari ini, semuamya seolah-olah hamil dengan percanggahannya.
Jentera, dihadiahkan dengan kuasa memendekkan dan meringankan
usaha manusia, kita melihat melaparkan dan membebankan manusia.
Sumber-sumber kekayaan luas, oleh sesuatu keajaiban luarbiasa,
diubahkan menjadi punca-punca keperluan.
Di sebalik perbincangan-perbincangan seperti ini, terdapat satu persoalan
asas, iaitu apakah sebenarnya sistem kapitalis? Apakah ciri-ciri asas sistem
tersebut, dan apakah kesan daripada ciri-ciri tersebut? Pada pandangan
pertama, jawapan kepada soalan-soalan seperti ini mungkin dikatakan
ringkas. Bukankah sistem kapitalis sebuah sistem di mana beberapa individu
yang kaya memiliki kilang-kilang, pejabat-pejabat dan perusahaan-
perusahaan yang lain? Bukankah pihak kapitalis menyokong pasaran bebas,
tanpa apa-apa perancangan terpusat? Namun, dewasa kini, persoalan-
persoalan tersebut tidak dapat ditangani dengan begitu mudah. Misalnya,
kebanyakan perusahaan gergasi kini tidak lagi dimiliki oleh seorang
individu, tetapi mungkin digerakkan oleh pejabat perusahaan atau kerajaan
negara. Walau apapun perbezaan-perbezaan ini, yang jelas adalah bahawa
para pekerja dan golongan bawahan terus dieksploitasi dan ditindas di
bawah sistem kapitalis ini.
Maka, erti kapitalisme perlulah dikaji dengam menyeluruh dan disesuaikan
dengan perkembangan ekonomi mutakhir. Dari segi ini, kajian Karl Marx
terhadap sistem kapitalis sangatlah penting, kerana, dalam kata-kata Georg
Lukacs, teori Marx teori Marx, meleburkan wajah pertubuhan-pertubuhan
sosial yang kaku, tidak bersejarah dan semulajadi; ia mendedahkan punca-
punca bersejarah mereka dan maka menunjukkan bahawa ianya tertakluk
kepada sejarah dari setiap segi termasuk kemunduran bersejarah. Marx
telah menunjukkan bahawa tindakan manusia pada masa yang lalu telah
menciptakan dunia moden, bahkan juga bahawa tindakan manusia dapat
membentukkan masa depan yang bebas dari percanggahan-percanggahan
kapitalisme.
Berhadapan dengan pendekatan ini, kita perlulah terlebih dahulu mengkaji
sejarah sistem kapitalis untuk mengenalpasti ciri-cirinya. Sebelum
bangkitnya sistem kapitalis, iaitu semasa wujudnya sistem feudal, manusia
belum lagi memajukan cara-cara untuk menguasai dunia semulajadi, atau
untuk menghasilkan barangan yang mencukupi bagi setiap insan. Marx telah
menulis bahawa kesemua hubungan-hubungan sosial dalam sistem feudal
diikat kepada tahap perkembangan kuasa-kuasa produktif dan tenaga
pekerja yang rendah serta hubungan-hubungan terhad di antara manusia dan
proses menciptakan dan menghasilkan semula kehidupan materialis mereka,
dan maka juga hubungan-hubungan terhad di antara manusia dan alam.
Dalam sistem feudal, tanah merupakan sumber pengeluaran. Inilah yang
dimaksudkan oleh Marx apabila dia menulis bahawa Dalam permilikan
tanah feudal, kita sudah menjumpai penguasaan tanah sebagai kuasa sesuatu
yang asing ke atas manusia. Hamba serf adalah sampingan kepada tanah.
Serupa dengan itu, pewaris melalui sistem pewarisan feudal, iaitu anak lelaki
sulong, dimiliki oleh tanah. Ia mewarisi dia. Dalam satu tangan, tahap
kuasa-kuasa produktif yang rendah bermakna usaha berterusan bagi
golongan petani, sambil dalam tangan sebelah, tuan-tuan feudal dan
pegawai-pegawai gereja mengambil apa yang mereka menghendaki dari
petani dengan kekuasaan.
Hubungan-hubungan sosial dalam masyarakat feudal merupakan hubungan-
hubungan penguasaan dan penaklukan, tetapi ia sudah jelasnya merupakan
hubungan-hubungan sosial di antara individu-individu. Dari segi ini,
batasan-batasan feudalisme sangatlah berbeza daripada dinamik kapitalisme.
Pihak borjuasi muda menginginkan sebuah masyarakat di mana segalanya
dapat dijual-beli dengan duit. Sebuah masyarakat seperti itu sudah pasti
bergantung kepada pembatasan-pembatasan tanah bersama dengan kejam.
Ini bermakna bahawa, buat kali pertama dalam sejarah manusia, majoriti
masyarakat dinafikan jalan secara langsung kepada pengeluaran dan cara-
cara menciptakan kekayaan. Maka, pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah,
sebuah kelas pekerja yang tidak memiliki tanah telah ditaklukkan kepada
bentuk pengeksploitasian yang baru, iaitu pekerjaan bergaji.

Pendek kata, kapitalisme melibatkan perubahan asas dalam hubungan-


hubungan di antara manusia, peralatan-peralatan pengeluaran dan bahan-
bahan pengeluaran. Oleh kerana perubahan-perubahan asas ini, setiap aspek
kehidupan manusia telah diubah. Namun, perubahan-perubahan ini hanya
dapat dilaksanakan melalui apa yang Peter Linebaugh telah menamakan
serangan-serangan perundangan pada hujung abad ke-18 untuk
memperdayakan kelas pekerja bahawa apa yang mereka menghasilkan
sebenarnya dimiliki oleh pihak kapitalis yang memiliki kilang-kilang.
Menjelang abad ke-19, pekerjaan bergaji telah menggantikan kesemua
bentuk pembayaran yang lain di Eropah.

Kajian Marx terhadap sistem kapitalis muda pada abad ke-19 menunjukkan
bagaimana tenaga pekerja telah menjadi sebuah komoditi, yang dapat dijual-
beli pada pasaran. Pihak kapitalis dan para pekerja mungkin bebas dari satu
sama lain dari mana-mana segi rasmi, tetapi dalam realiti mereka berkait
rapat. Pengeluaran barangan tidak lagi berlaku di rumah atau bengkel-
bengkel kecil (seperti dalam sistem feudal), tetapi kini berlaku di kilang-
kilang baru di mana mekanisasi tenaga pekerja telah mengubah hubungan-
hubungan manusia. Dalam karyanya yang terpenting, iaitu Kapital, Marx
membandingkan usaha tukang-tukang kraf di bawah sistem feudal dengan
pekerja kilang di bawah sistem kapitalis:

Dalam kraftangan dan pengeluaran, para pekerja menggunakan


peralatan; di kilang, jentera menggunakan pekerja. Di sana, gerak-
geri peralatan tenaga pekerja bergerak baginya, di sini ia adalah
gerak-geri jentera yang mesti mengikutinya. Dalam pengeluaran,
para pekerja adalah sebahagian daripada mekanisme hidup. Dalam
kilang, kita mempunyai mekanisme tanpa kehidupan yang asing
daripada pekerja, yang hanya menjadi sampingan hidup.

Salah satu ciri kapitalisme yang paling membinasakan merupakan


pembahagian tenaga pekerja. Sebelum kapitalisme, memang terdapatnya
pembahagian tenaga pekerja secara sosial, dengan orang-orang berbeza
telibat dalam cabang-cabang pengeluaran atau kraf yang berbeza. Dengan
kapitalisme telah bangkitnya pembahagian tenaga pekerja secara terperinci
dalam setiap cabang pengeluaran. Pembahagian tenaga pekerja ini bermakna
bahawa pekerja terpaksa menjadi khusus dalam tugas-tugas tertentu. Maka,
tidak menghairankanlah bahawa John Ruskin pernah menulis bahawa
pembahagian tenaga pekerja adalah ungkapan palsu kerana ia adalah
manusia yang dibahagikan.

Dalam sistem kapitalis, para pekerja semakin bergantung kepada pihak


kapitalis yang memiliki cara-cara pengeluaran seperti kilang-kilang dan
pejabat-pejebat. Ia menjadi semakin mustahil bagi pekerja untuk hidup
secara bebas daripada kapitalisme jika dia bekerja, dia menjadi ibarat
sebuah jentera; jika dia tidak bekerja, dia akan hidup dalam kemiskinan.
Marx menulis mengenai para pekerja: Kewujudan kapital adalah
kewujudannya, kehidupannya, kerana ia menentukan kandungan
kehidupannya dalam cara yang tidak mempedulikannya. Pendek kata, para
pekerja tidak mempunyai pilihan bersedia bekerja atau bersedia
mengalami kemiskinan. Maka, di bawah kapitalisme, tenaga pekerja menjadi
tenaga pekerja yang dipaksa kerana para pekerja tidak dapat memilih untuk
tidak bekerja, para pekerja tidak memiliki apa yang diciptakan oleh mereka
dan para pekerja tidak dapat memilih apa yang patut diciptakan. Marx
menulis:

pekerja hanya merasai dirinya apabila tidak bekerja; apabila dia


bekerja, dia tidak merasai dirinya. Dia berasa selesa apabila tidak
bekerja, dan bukannya di rumah apabila dia bekerja. Maka usahanya
bukan secara sukarela tetapi dipaksa, ia adalah tenaga pekerja
dipaksa. Maka, ia bukan kepuasaan sesuatu keperluan, tetapi hanya
cara untuk memuaskan keperluan tersebut secara asing daripadanya.
Sifat asingnya ditunjukkan dengan jelas oleh fakta bahawa sesudah
apa-apa fizikal atau pemaksaan lain wujud, ia dipulaukan seperti
wabak penyakit.
Di sini, kita dapat merumuskan perbincangan di atas dengan kata-kata
berikut. Marx sebenarnya tidak menganggap permilikan alat-alat atau cara-
cara pengeluaran oleh individu sebagai masalah utama kapitalisme. Dalam
kajiannya ke atas sistem tersebut, yang menjadi jelas adalah bahawa dia
menolak situasi di mana cara-cara pengeluaran dikuasai oleh sebuah minoriti
(iaitu kelas kapitalis atau borjuasi), dengan tujuan mengeksploitasi majoriti
(iaitu kelas pekerja). Pengeksploitasian ini dapat mengambil pelbagai bentuk
dalam hubungan-hubungan sosial di antara manusia. Seperti yang telah
dikatakan di atas, para pekerja tidak memiliki cara-cara pengeluaran, dan
terpaksa menjual satu-satunya komoditi yang dimiliki mereka, iaitu tenaga
pekerja mereka. Inilah satu sebab mengapa kemungkinan untuk
merancangkan jalan-jalan ekonomi demi kepentingan masyarakat umum
tidak dapat bangkit dalam keadaan seperti ini.

Tambahan pula, setiap kapitalis didoring untuk bersaing demi memajukan


perusahaannya sambil mengorbankan orang yang lain. Marx telah
melaungkan: Akumulasi! Akumulasi! Itulah nabi-nabi baginya. Ini
bermakna bahawa kapitalis yang kuat memakan kapitalis yang lemah, dan
bahawa sistem kapitalis akan merosot dengan dramatik apabila mengalami
krisis ekonomi.

Sejak abad ke-19, sistem kapitalis ini telah menyebar ke setiap penjuru
dunia, dan mungkin tidak terdapatnya negara yang bebas daripada
cengkamannya. Inilah sebab utama mengapa kajian Marx sangatlah relevan
dan penting pada hari ini. Cara-cara pengeluaran masih dikuasai oleh
golongan minoriti, biarpun di sebuah negara membangun seperti Malaysia
atau sebuah negara maju seperti Amerika Syarikat. Walaupun bentuk
persaingan kapitalis mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain,
hasilnya sentiasa sama: Akumulasi! Akumulasi! Itulah nabi-nabi baginya.
Dan para pekerjalah yang menjadi mangsa.

Maka, apa yang dapat dilakukan? Kajian Marx juga telah mengenalpasti
kelas pekerja sebagai unsur yang dapat menumbangkan sistem kapitalis dan
mengubah masyarakat. Walaupun pihak borjuasi atau kelas pemerintah dapat
menggunakan penguasaan mereka ke etas ekonomi untuk menguasai kanca
politik melalui kerajaan, tentera dan polis, kejayaan sistem mereka juga
mewujudkan sebuah kelas yang mempunyai kuasa untuk membebaskan
seluruh umat manusia iaitu kelas pekerja. Kelas pekerja ini tidak
mengenali warna kulit, jantina, orientasi seksual, mahupun sempadan
negara. Hanya kelas pekerja sendiri yang dapat membina sebuah masyarakat
tanpa keperluan dan tanpa diktator kerana kelas pekerja sememangnya
berbeza daripada kelas-kelas yang lain. Kini terdapatnya beratus-ratus juta
pekerja dan jumlah mereka semakin meningkat setiap hari. Kerana
kapitalisme merupakan sistem antarabangsa, ia terus mengembang dan
mengerjakan mereka yang suatu hari nanti akan memusnahkan sistem
kapitalis itu.

Kemampuan unik kelas pekerja untuk mengubah dunia berpunca dari


kedudukan kelas tersebut dalam sistem kapitalisme. Secara asasnya,
kapitalisme menarik penduduk dari desa dan menghimpunkan mereka di
tempat-tempat bekerja yang besar. Maka, para pekerja mendapati bahawa
mereka telah menjadi sebahagian daripada unit yang melibatkan beratus-
ratus atau beribu-ribu orang. Untuk mencapai pembaikan dalam keadaan
mereka, para pekerja perlulah bertindak secara kolektif, dengan melibatkan
rakan-rakan sekerja mereka. Untuk mengubah dunia, kelas pekerja perlulah
bersatu di bawah panji-panji demokratik lagi sosialis.

Anda mungkin juga menyukai