Anda di halaman 1dari 11

Tiga Kemahiran Baru Merentas Kurikulum

Bertepatan dengan fasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan
nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan
sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa
hadapan. Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan
dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10 tahun kemudian, kurikulum
sekolah rendah telah ditukar k epada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sebelum
Kementerian Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Mulai 2011, kurikulum
sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah
diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat
dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal
insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran
tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini
antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk
merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model
Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah
menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka sebagai kunci kejayaan dalam
pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam
bidang Sains.

Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam


proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk
diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat
global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR
yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi
cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran
kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat
kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk
membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara menghasilkan modal insan
berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa
meningkat dari masa ke masa. Namun, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang
dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada
aspek pembangunan negara.

Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi
pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang
besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan siswazah
menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di bangku
sekolah rendah lagi dipupuk semangat berniaga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka
menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat
untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar
belakang perniagaan. Sudah sampai masa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan
melahirkan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi
juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan
ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan
harus dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam persaingan
global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR pada tahun
hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P supaya dapat
meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan
berkesan. Memantapkan kemahiran murid berasaskan elemen ini juga dilihat mampu membuka
ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai
maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja.

Guru Dipersiapkan Untuk Menghadapi KSSR


TRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan
kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan
mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi memastikan
transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik
dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu
mencapai objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi. Sebagai
melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus
orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masing-masing mengikut
mata pelajaran. Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan,
kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK)
dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di bangku sekolah rendah. Mengambil
contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa Malaysia yang berperanan sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Standard
kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi empat aspek untuk memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran iaitu;

Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan.

Pendekatan Modular
Merujuk kepada kedua-dua standard kandungan dan standard pembelajaran yang diorganisasikan
dalam bentuk bahagian-bahagian yang diasingkan dalam bentuk modul iaitu:
i. Modul Dengar Tutur
ii. Modul Membaca
iii. Modul Menulis
iv. Modul Seni Bahasa
v. Modul Tatabahasa
Pengajaran Dan pembelajaran Secara Didik Hibur
Berbentuk serampang dua mata:
i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan
ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.

Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah yang telah ditetapkan supaya murid
dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi), memperkaya kosa kata,
meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam
perhubungan kehidupan sosial. Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, Kementerian
Pelajaran telah merangka beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran untuk dijadikan
panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah;
Berpusatkan murid
Kepelbagaian teknik pengajaran
Kepelbagaian sumber bahan
Penggunaan tatabahasa yang tepat
Memperkayakan bahan bacaan

Aspek Kemahiran bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam pengajaran dan
pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berikut adalah
aspek KBT yang akan diaplikasikan;
Kemahiran berfikir
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Kemahiran belajar cara belajar
Kajian masa depan
Kecerdasan pelbagai
Pembelajaran konstruktivisma
Pembelajaran kontekstual
Kreativiti dan inovasi
Keusahawanan

Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan
penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar
agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai. Penggabungjalinan
kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa
dalam satu masa. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak.

Contohnya:
i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca,
ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis,
iii. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis.
Selain aspek kurikulum yang dinyatakan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya:

Cara Menterjemahkan Pernyataan Standard Kurikulum


Baca perkataan demi perkataan dalam setiap pernyataan untuk memahami maksud dan hasrat
kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat.
Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.
Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan kemahiran sampingan
dalam setiap aktiviti.
Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilih dan
kehendak kurikulum.
Peringkat Perancangan Pengajaran
Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya pilihlah kemahiran
fokus dan kemahiran sampingan;
Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
kemahiran yang dipilih;
Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran yang
dipilih bersesuaian dengan masa pengajaran;
Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengaja ran dan pembelajaran
tersebut;
Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan murid.

Peringkat Penyampaian Pengajaran


Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik minat murid;
Bahan bantu mengajar yang sesuai;
Aspek kawalan kelas;
Aspek komunikasi;
Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu yang
disampaikan; dan
Berlakunya pemulihan dan penggayaan.

Aktiviti Pengajaran Yang Sesuai


Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran;
Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke arah melahirkan murid
kreatif' dan inovatif;
Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan;
Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti murid menguasai kemahiran
yang diperlukan.
Penyampaian Berkesan
Mestilah mudah difahami oleh murid;
Aktiviti mudah dilaksanakan;
Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid;
Dapat menarik tumpuan murid.
Peringkat Selepas Pengajaran
Adanya proses refleksi. Mengapa perlu refleksi?
Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai mengapa?
Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan?
Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan?
Adakah aktiviti dan k emahiran yang dipihh tidak sesuai?
Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi pengajaran
berikutnya.

Kemahiran Mendengar Dan Bertutur


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011
bermula dengan tahun satu di semua sekolah rendah seluruh negara telah memperkenalkan
kemahiran mendengar dan bertutur sebagai elemen baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Kementerian Pelajaran (KPM) telah menetapkan objektif standard
pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur yang perlu bagi memasti keberkesanan
KSSR ini.

Antara objektif tersebut adalah:


i. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti
dan betul;
ii. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
iii. Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
iv. Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
v. Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak lake berdasarkan
arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;
vi. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi isi,
kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal
secara bertatasusila;
vii. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
viii. Berbicara untuk menyampaikan maklurnat tentang sesuatu perkara dengan tepat
menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

Terdapat 10 Prinsip Kemahiran Mendengar


i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa;
ii. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan. jelas;
iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur;
iv. Memberi peluang murid terlibat secara aktif agar dapat mempercepatkan penguasaan
kemahiran;
v. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa;
vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep;
vii. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankanbersama-samakemahiran lain;
viii. Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan tugasan yang boleh membawa kepada
sesuatu aktiviti;
ix. Setiap aktiviti dan kemahiran, membolehkan murid menunjukkan kefahaman mereka melalui
bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan;
x. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan
berserta dengan motivasi.

Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan
menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat
memberikan respons. Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula
mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. Proses penguasaan bahasa ini perlu
diutamakan dalam pengajaran bahasa. Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang
didengar dan dialaminya, dan dia cuba meniru dan menuturnya berulang kali mengenai apa yang
didengar daripada orang yang berada disekelilingnya. Perkembangan kemahiran mendengar
boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu

Peringkat Awal
i. Mengecam, mengajuk memilih bunyi;
ii. Mendengar dan mengecam, makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat;
iii. Melakukan sesuatu yang disuruh;
iv. Menjalankan perintah dan permintaan;
v. Bertindak terhadap soalansoalan mudah;
vi. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat Pertengahan
i. Mengecam, dan mengingat fakta;
ii. Mengenal maklumat khusus;
iii. Mengesan urutan maklumat;
iv. Mengenal sebab dan akibat;
v. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi;
vi. Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap.

Peringkat Maju
i. Mengenal isi-isi penting;
ii. Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap;
iii. Mentafsir maksud orang yang bercakap;
iv. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi;
v. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar;
vi. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan;
vii. Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama serta merupakan
kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanakkanak sebelum mempelajari kemahiran lain
seperti kemahiran membaca,dan menulis. Lisan adalah percakapan atau pertuturan yang
merupakan kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan. Apabila mempunyai
keinginan mempelajari sesuatu bahasa, keupayaan bercakap akan berlaku. Begitu juga apabila
mahu membuat perhubungan atau interaksi dengan orang lain, keupayaan bertutur akan
terjadi. Oleh itu, jelaslah bahasa tujuan mempelajari lisan bukan hanya setakat mempelajari
bahasa itu tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam komunikasi. Kemahiran bertutur
merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan
ertatasusila. Penekanan juga diberi kepada penggunaan tatabahasa yang betul. Perkembangan
kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:

Peringkat Awal
i. Melafazkan, mengajuk, perkataan dan ayat yang yang didengar;
ii. Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
iii. Bertindak terhadap soalan mullah;
iv. Membuat ayat mengenai diri sendiri dan membuat ayat daripada gambar.

Peringkat Pertengahan
i. Membuat diskripsi tentang objek atau gambar;
ii. Bercerita berdasarkan gambar dan pengalaman;
iii. Menyoal dan menjawab soalan;
iv. Memberi ucapan pendek;
v. Perbualan mudah;
vi. Memberi komen mudah;
vii. Memberi ulasan, pendapat atau pandangan mudah.

Peringkat Maju
i. Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman,objek dan lain-lain;
ii. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
iii. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
iv. Mengambil bahagian alam drama atau lakonan;
v. Mendeklamasi puisi;
vi. Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.

Pengajaran dan Pembelajaran Menarik, Pentaksiran Holistik


KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan
pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-
murid. Penekanan, kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan
projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri
dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang
lebih menarik. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan
kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada
mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta
mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu, KSSR turut memberi
penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih
menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran
digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan
sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan
mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Kejayaan KSSR
sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus
kurikulum, ibu bapa dan pihak berkepentingan.

Bekalan Buku Teks Selesai Disember 2010


PEMBEKALAN buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011 ke sekolah-sekolah telah
melebihi 80 peratus selesai di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi Sarawak, Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 30 peratus proses pembekalan telah berjaya
diselesaikan. Proses pembekalan untuk kesemua negeri dijangka selesai pada minggu kedua Disember
ini. Buku teks ini mula dibekalkan pada 23 Ogos lalu. la melibatkan Japan penerbit swasta dan Dewan
Bahasa dan Pustaka yang merangkumi 22 judul buku Tahun Satu. Bahagian Buku Teks Kementerian
Pelajaran Malaysia akan memastikan pembekalan buku teks berkenaan sampai dan diterima oleh semua
sekolah di seluruh negara supaya is dapat digunakan pada hari pertama sesi persekolahan tahun 2011.

Terdapat 1,380 Minit Seminggu


KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah
rendah seluruh negara mulai 2011 ini. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 2010 telah dikeluarkan bagi
memaklumkan kepada guru besar dan guru-guru mengenai perlaksanaan KSSR itu. Menurut
kementerian, KSSR telah melalui proses transformasi dan surat pekeliling mengenainya telah diedarkan.
Setiap kandungan kurikulum telah diperkukuh dan ditambah baik. Mulai 2011, KSSR akan dilaksanakan
secara berperingkat bermula dengan pelajar sekolah tahun satu. Semua sekolah diwajibkan untuk
mengikuti dokumen standard bagi setiap kurikulum KSSR. Sehubungan itu, jumlah masa yang
diperuntukkan pula ialah selama 1,380 minit seminggu iaitu mengikut satu waktu pengajaran dan
pembelajaran (P&P) 30 minit. Semua sekolah perlu menyediakan jadual waktu mengikut masa
ditetapkan KSSR. la juga meliputi perlaksanaan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam modul efektif
mengikut kesediaan sekolah terutama dalam penyediaan guru, permintaan daripada murid dan prasarana
sekolah. Dalam KSSR, beberapa disiplin ilmu digabungkan untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. Pada tahap satu, kurikulum disusun
dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Modul Teras Asas merangkumi
sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Islam atau Pendidikan
Moral. Manakala Modul Teras Tema melibatkan Dunia Kesenian, Dunia Seni Visual, Dunia Muzik, Dunia
Sains dan Teknologi. Modul Elektif pula ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK),
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa Kadazan Dusun.
Soal Jawab Mengenai KSSR

Mengapa KSSR perlu diperkenalkan ? Adakah kurikulum yang sedia ada tidak cukup baik?

Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada. Transformasi kurikulum adalah untuk
memastikan round. dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kunkulum di sekolah. KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan
jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan
akademik. KSSR member penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan
mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan
meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta
pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan. Fokus juga
diberikan kepada penguasaan kernahiran membaca, menulis dan mengira. (3M) dan kemahiran yang
keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai
tambah seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi
(TMK). Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika, mempunyai
keyakinan dm, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan cintakan
negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang dinamik dan digubal
bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan keperluan dan
cabaran abad ke- 21.

Bagaimana pihak sekolah akan menilai inovasi dan kreativiti pelajar di luar konteks Buku Teks?
Adakah guru diberi kebebasan untuk mentafsir KSSR menurut fahaman masing-masing?

KSSR memastikan proses kreatif dan inovatif diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di bilik darjah supaya menjadi amalan dan budaya dalam kalangan murid. Antara ciri murid yang
boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan inovatif adalah seperti berikut:
kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai
sesuatu objektif
kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif
kebolehan untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru
kebolehan meneroka bidang & teknologi baru
kebolehan mencari jawapan yang bukan konvensional
kebolehan mencerna idea bagi menyelesaikan tugasan
kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan imaginasi & visualisasi
Guru perlu memahami hasrat KSSR dan berupaya mentafsir dan menterjemahkan kandungan kurikulum
sewaktu proses P&P. Dalam konteks ini, guru perlu mengambil kira keperluan murid yang mempunyai
latar belakang berbeza, kecerdasan yang pelbagai dan lokasi sekolah untuk disesuaikan dengan
kandungan kurikulum. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan murid mencapai
standard yang telah ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.

Dalam KSSR, bagaimana guru dapat menonjolkan unsur kreatif dan kritis pelajar melalui P&P?
Guru perlu menggunakan pendekatan seperti berikut:
Inkuiri penemuan
Penyelesaian. masalah
Konstruktivisme
Kontekstual
Pengajaran Berasaskan Masa Depan
Pembelajaran Berasaskan Projek

Pendekatan pengajaran. bersifat 'hands-on" dan "experiencial learning" yang dilaksanakan oleh guru di
dalam kelas dapat menonjolkan kemahiran menaakul untuk meningkatkan keberkesanan murid membuat
interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan serta, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Apakah kriteria yang digunakan untuk mengukur kreativiti pelajar? Antara,
kriteria murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan Inovatif adalah seperti;
kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai
sesuatu objektif
kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif
kebolehan untuk menghasilkan idea, yang tulen, asli atau baru
kebolehan meneroka bidang & teknologi baru
kebolehan mencari kebolehan mencema idea bagi menyelesaikan tugasan
kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakuIan imaginasi & visualisasi

Bagaimana KSSR dapat memupuk kepimpinan dan sahsiah diri pelajar sama ada melalui
kurikulum mahu pun kokurikulum?

Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR (rujuk gambarajah Reka Bentuk KSSR) memastikan murid dididik
dan dibimbing agar memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti
kokurikulum.

Gambarajah Rekabentuk KSSR


Apakah persiapan yang telah dilakukan untuk melaksanakan KSSR? Sudahkah guru-guru yang
terbabit dilatih?

KPM menjalankan pelbagai strategi dan persiapan bagi memastikan KSSR dapat dilaksanakan
sebagaimana dihasratkan. Antara strategi yang dijalankan adalah seperti berikut:-

Kursus Orientasi KSSR kepada:


Jurulatih Utama - semua mata pelajaran
Guru mata pelajaran

Kursus Pendedahan KSSR


Guru Besar dan pentadbir sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri, PPD
Bahagian KPM IPGM, BPG, BPSH, JNJK, IAB, LPM, BBT

Penyebaran Umum kepada; ibu bapa, masyarakat, NGO & Warga Pendidik.
Strategi yang akan dijalankan untuk pendedahan masyarakat umum, ialah:

Interaksi Bersemuka seperti Perayaan Hari Guru, Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia, Hari temu
Pelanggan, Program Jom Heboh TV3, Pameran Dan Taklimat seperti:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi: laman web KSSR, laman web BPK
Media Cetak: akhbar, majalah, iklan
Media Elektronik: ASTRO, RTM, TV3
Penerbitan bahan: brosur, buku penerangan, cd

Anda mungkin juga menyukai