Anda di halaman 1dari 6

7.

0 Refleksi

Tindakan yang dilaksanakan dan direncanakan pasti mempunyai ruang untuk dibaiki dan

diteliti dalam melakukan penambahbaikan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.

Proses amalan reflektif adalah cara untuk menilai kekuatan dan kekurangan dalam setiap

amalan pengajaran dan pemebelajaran yang dilaksanakan. Noriati et. al (2010)

mengatakan, amalan membuat refleksi merupakan suatu pemikiran yang kritis dalam

mengenal pasti dan menangani seseuatu masalah yang dihadapi. Sepanjang melaksanakan

kajian ini, peranan saya sebagai pengamal reflektif telah memberi idea kepada saya untuk

mengaplikasi teknik Pintu SiAPa dalam membantu murid untuk membina ayat lengkap.

Saya juga sentiasa menambah baik amalan pengajaran dengan meneroka pelbagai teknik

dan startegi yang sesuai dalam kemahiran bahasa agar dapat membantu saya untuk

melakukan tindakan berdasarkan teknik Pintu SiAPa untuk membantu murid dalam

mengatasi masalah dalam binaan ayat lengkap.

Masalah ini dikenalpasti setelah saya melakukan pemerhatian dimana saya dapati

bahawa peserta kajian ini mempunyai masalah dalam kemahiran membina ayat lengkap. Ini

disebabkan kurangnya teknik pengajaran yang betul untuk membina ayat lengkap ini. Oleh

yang demikian teknik yang digunakan ini adalah untuk memastikan peserta kajian dapat

dibimbing dalam menguasai kemahiran membina ayat lengkap dengan mengikut urutan

yang betul dalam aspek binaan ayat. Pelaksaan kajian ini menyedarkan saya bahawa setiap

murid boleh meningkatkan penguasaan mereka dalam sesuatu kemahiran sekiranya guru

mengajar dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan murid.

Dalam hal ini, teknik pengajaran banyak memberi pengaruh kepada langkah

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Teknik yang bersifat kompetitif, seronok,

dapat menarik minat dan menerapkan asas pembelajaran mudah akan menjadikan isi

pelajaran mudah disampaikan dan difahami oleh murid. Albert Bandura mengatakan

bahawa manusia melakukan sesuatu tingkah laku adalah disebabkan oleh interaksi diri
inidividu dengan persekitarannya (Shahbuddin Hashim, 2007). Disebabkan ini, peserta

kajian dapat dibantu dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran bersama dengan guru

dengan lebih kondusif. Di samping itu, kerjasama dari guru-guru dan rakan siswa pendidik

yang sama-sama menjalani praktikum dan intership adalah menjadi pendorong yang kuat

dalam pelaksanaan kajian ini. Kerjasama yang diberikan oleh mereka telah membantu saya

untuk menjalankan intervensi, mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan dalam

kajian tindakan saya.

Antara kekuatan kajian tindakan yang dilakukan dilihat pada objektif kajian yang

ditetapkan telah tercapai. Pencapaian objektif dalam kajian ini merupakan kekuatan yang

paling besar bagi saya dalam menilai dan menentukan keberkasanaan Teknik Pintu SiAPa

ini. Ternyata keputusan analisis data menunjukkan peserta kajian melakukan kesalahan

dalam membina ayat lengkap semakin berkurang. Di samping itu, hasil kajian yang telah

dilaksanakan turut membantu guru-guru untuk meneliti semula masalah yang dihadapi oleh

murid. Dengan mengaplikasi Teknik Pintu SiAPa ini, dapat memberi manafaat kepada guru-

guru untuk mengatasi masalah murid dalam aspek binaan ayat lengkap. Oleh itu, saya amat

yakin dengan penggunaan Teknik Pintu SiAPa dapat membantu meningkatkan kemahiran

murid sehinggalah hasil dapatan kajian ini telah membuktikan keberkesanan Teknik

tersebut.

Semasa melaksanakan tindakan, saya telah melaksanakan lima langakah tindakan

dalam kajian ini untuk memberi kefahaman kepada peserta kajian dalam mengaplkasi

Teknik Pintu SiAPa ini secara ansur maju. Hal ini bertujuan supaya peserta kajian

memahami setiap langkah tindakan yang telah dirancang dan saya melihat mereka tertarik

dengan kaedah pembelajaran yang disediakan semasa langkah tindakan dilaksanakan.

Respon yang positif juga ditunjukkan oleh peserta kajian dengan memberi tumpuan dan

kerjasama semasa proses pelaksanaan tindakan berlangsung.


Dalam kajian tindakan yang saya laksanakan, terdapat kelemahan dalam

penyelidikan ini terutamanya dalam pengurusan masa tindakan dilaksanakan. Hal ini berlaku

disebabkan setiap langkah mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan disebabkan

maklum balas peserta kajian yang lambat dan hal ini berlaku pada setiap peringkat tindakan.

Oleh itu, pengaplikasian Teknik Pintu SiAPa perlulah diurus selia dengan baik untuk

mengekalkan daya tumpuan dan minat peserta kajian terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Gangguan dari murid yang cepat menyiapkan latihan ke atas

murid yang belum menyiapkan latihan juga antara kelemahan semasa pelaksanaan kajian

tindakan ini. Hal ini akan menyebabkan perancangan pelaksanaan tindakan saya terjejas,

kerana memberi tambahan masa kepada peserta kajian untuk menyiapkan latihan dan

latihan yang lain tidak dapat diberikan kerana kesuntukan masa.

Di samping itu, sekolah ini juga agak padat dengan pelbagai aktiviti kokurikulum dan

sebagainya. Perkara ini juga antara menjadi kekangan kepada saya untuk melaksanakan

kajian ini. Misalnya, tindakan tidak dapat dilaksanakan pada hari yang sepatutnya kerana

peserta kajian terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Hal ini menyebabkan kajian tindakan ini

tergendala dari segi langkah tindakan dan terpaksa menentukan tarikh serta masa semula

untuk dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, saya menyedari bahawa banyak kelemahan yang saya perlu

perbaiki sepanjang saya melaksanakan kajian ini. Saya sedar bahawa ilmu yang ada pada

saya selama ini masih belum mencukupi untuk menjadi seorang pendidik yang kreatif dan

inovatif dengan ini telah membuka minda saya untuk melakukan penambahbaikan dalam

amalan pengajaran dan menimba ilmu pengetahuan bagi memantapkan kompetensi diri

sebagai seorang guru. Pelaksanaan penyelidikan tindakan juga telah membuka minda saya

untuk memahami tingkah laku diri peserta kajian dan permasalahan yang dihadapi oleh

mereka secara terperinci, menjadikan diri saya lebih dekat dan secara tidak langsung

membina hubungan yang baik dengan peserta kajian.


Sebagai seorang bakal pendidik, pengkaji merasakan suatu kejayaan yang besar

apabila melihat terdapat perubahan dan peningkatan yang positif dalam kemahiran

membina ayat lengkap berdasarkan Teknik Pintu SiAPa. Harapan pengkaji agar kajian ini

dapat memberi sedikit sumbangan dalam bidang pendidikan terutamanya guru-guru dalam

membaiki amalan pedagogi untuk menyelesaikan dan mengatasi masalah yang dialami oleh

murid dalam pembelajaran khususnya dari segi pembinaan ayat. Masalah pembinaan ayat

dalam kalangan murid tidak harus dipandang ringan.

Tuntasnya, banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melaksanakan

kajian tindakan ini. Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk memperolehi ilmu yang

sangat berharga ini. Kajian ini merupakan satu cetusan ilmu untuk terus cemerlang dalam

ilmu penyelidikan dan menjadi penanda aras kepada saya untuk menjadi seorang daripada

warga pendidik yang dapat memenuhi aspirasi pendidikan negara pada masa akan datang.
8.0 Cadangan Tindakan Susulan

Berdasarkan kajian yang telah pengkaji laksanakan, ternyata bahawa teknik Pintu SiAPa

telah memberi kesan positif terhadap peningkatan kemahiran membina ayat lengkap.

Semua perkara yang dilakukan oleh manusia sememangnya tidak akan lari daripada

mengalami kepincangan. Pendek kata, segala sesuatu itu tidak akan ada tahap

kesempurnaannya. Keadaan yang sama terhadap kajian saya. Oleh itu, saya ingin

mengutarakan beberapa cadangan kajian yang boleh dilakukan pada masa akan datang

sekiranya kajian ini mempunyai kesinambungannya di masa hadapan.

Cadangan saya untuk kajian ini ialah teknik Pintu SiAPa perlu diperkenalkan secara

meluas di sekolah-sekolah lain bagi mengukuhkan lagi dapatan tentang keberkesanaan

teknik Pintu SiAPa dalam kalangan murid yang lain dan sekaligus mengukuhkan lagi

kesahan bagi kajian yang dijalankan. Hal ini demikian kerana setiap sekolah terdiri daripada

pelbagai murid yang berbeza dari segi aspek pengamalan bahasa dalam binaan ayat yang

betul, prestasi dari segi akademik mahupun kokurikulum dan latar belakang.

Cadangan seterusnya, penggunaan Teknik Pintu SiAPa dapat digunakan pada

peringkat awal ketika murid-murid masih berada pada tahun 2 dan 3 lagi. Hal ini disebabkan

asas membina ayat lengkap akan melahirkan murid yang cemerlang dalam penulisan

mekanis dan mentalis. Justeru, kajian ini perlu diperluaskan dengan melibatkan murid pada

tahap 1 yang menjurus kepada binaan ayat menggunakan pola ayat dasar. Ia bertujuan

utnuk mendedahkan murid kepada kepelbagaian pola dalam setiap binaan ayat dalam

Bahasa Melayu. Apabila kajian ini diperluaskan bermula seawal tahap 1 akan membantu

mengurangkan masalah binaan ayat dasar dan ayat lengkap dalam kalangan murid.
Kajian ini juga tidak terhad kepada binaan ayat ylengkap sahaja. Kajian ini juga boleh

mengetengahkan binaan ayat majmuk pancangan keterangan. Hal ini kerana, dengan

menggunakan kata tanya kenapa akan mendedahkan murid kepada penggunaan kata

hubung kerana, sebab, keadaan dan sebagainya. Apabila murid dapat menguasai

kemahiran ini dengan baik, guru tidak akan mempunyai amasalah dalam mengajar teknik

dan kaedah yang betul dalam binaan ayat majmuk pancangan keterangan. Hal ini secara

tidak langsung akan meningkatakan kemahiran menulis dan membina ayat seperti yang

terkandung dalam Standard Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR).

Saya juga berpendapat untuk memperluaskan kajian ini dalam mata pelajaran

Bahasa Inggeris. Hal ini kerana, kemahiran membina ayat juga terdapat dalam pengajaran

Bahasa Inggeris. Untuk itu, teknik ini perlu diubah suai dan ditambah baik mengikut

kesesuaian mata pelajaran tersebut agar tidak berlanggar dengan hukum binaan ayat yang

terdapat dalam Bahasa Inggeris. Walaupun pada dasarnya dalam kemahiran membina ayat

dalam Bahasa Inggeris menggunakan kata tanya 5W1H. Namun dengan menggunakan

teknik soalan dengan mengaplikasikan Pintu SiAPa ini akan memudahkan murid memahami

teknik dan cara yang betul dalam membina ayat.

Selain itu, saya juga mencadangkan agar penggunaan teknik ini dilaksanakan secara

lebih meluas di sekolah-sekolah lain. Teknik membina ayat dengan betul dan lengkap

sememangnya telah banyak diperkenalkan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Pada

peringkat kajian saya, kajian ini telah memberi impak yang positif kepada peningkatan

kemahiran membina ayat dengan lengkap yang mempunyai keterangan. Ia juga adalah bagi

mengukuhkan lagi kesahan bagi kajian yang dijalankan. Hal ini kerana setiap sekolah

mempunyai bilangan murid yang berbeza dan kecerdasan yang berbeza dari aspek amalan

bahasa dalam binaan ayat, prestasi pencapaian akaedmik dan sosioekonomi yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai