Anda di halaman 1dari 42

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU

KM.5 BUKIT BARU,

75150, MELAKA.

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM (KADET REMAJA SEKOLAH)

BAGI MURID TAHUN 6 (2017)

HARI/TARIKH:

SABTU-AHAD

25 dan 26 Mac 2017

TEMPAT:

PUSAT KOKURIKULUM LANCANG, MELAKA

ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU

MELAKA
NAMA PROGRAM
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform (Kadet Remaja Sekolah) bagi Murid Tahun 6 (2017)

PENGENALAN
Perkhemahan adalah antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah.
Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on
dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat
mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan
juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara
langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping
memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka
dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara


langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran
kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan
yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan
perasaan cintakan bangsa dan negara.

Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar
kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan
mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini. Aktiviti
perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi
memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini
perlu diberi perhatian memandangkan setiap pelajar mempunyai potensi diri yang perlu
dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial
yang lebih baik. Maka program yang berbentuk outdoor ini seharusnya menjadi asas dalam
memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.
TUJUAN

i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi


pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.

ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama unit.

iii. Membina keyakinan diri pelajar dan berfikir secara rasional apabila berhadapan
dengan situasi mencabar.

iv. Menanam rasa syukur terhadap kurniaan Allah SWT, dan melahirkan generasi
yang tahu menghargai masa.

v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.
OBJEKTIF

i Membina generasi yang bersemangat patriotik, cintakan agama, bangsa dan


negara.

ii Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan


diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup.

iii Membina dan memupuk kemhiran kepimpinan dikalangan pelajar yang sentiasa
mengamalkan dan mempraktikkan isi kandungan kokurikulum.

iv Menanam sikap toleransi, kerjasama, tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat


dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan dengki, mementingkan
diri sendiri dan menyalahkan orang lain.

v Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta sentiasa peka secara
proaktif dalam menghadapi cabaran hidup.
STRATEGI PELAKSANAAN

Hari : Sabtu dan Ahad

Tarikh : 25 dan 26 Mac 2017

Tempat : Pusat Kokurikulum Lancang, Melaka

Peserta : Ahli Kadet Remaja Sekolah (Murid tahun 6)

Pengelola : Unit Badan Beruniform

Penginapan : Pusat Kokurikulum Lancang, Melaka

Keperluan : 1) Alat tulis

2) Pakaian dan keperluan peribadi

3) Pakaian sukan dan uniform kadet remaja sekolah

4) Pakaian sembahyang/sejadah

Kewangan : 1) Unit Kokurikulum

2) Pihak sekolah
SASARAN PESERTA

Murid lelaki : 10 Orang

Murid perempuan : 8 Orang

Guru lelaki : 9 Orang

Guru perempuan : 10 Orang

PPM : 4 Orang

PENGANKUTAN

Pengankutan sebuah bas disediakan oleh pihak sekolah.

Jumlah besar = 41 Orang


JADUAL PERKHEMAHAN TAHUNAN
UNIT BERUNIFORM (KADET REMAJA SEKOLAH)

BAGI MURID TAHUN 6 (2017)

Hari pertama: Sabtu (25 Mac 2017)

Masa Aktiviti Guru

7.00 pg Pendaftaran peserta Pn. Nur Syazwani

Berkumpul dalam dewan Pn. Najwa Farhana Bt Juraimi

7.30 pg Sarapan pagi En. Ahmad Khairul Ikhwan

8.30 pg Membersihkan kawasan penginapan dan Pn. Victoria Evie Malijin


mendirikan khemah

Minum pagi
9.30 pg En. Muhammad Farid

10.00 pg Taklimat dan aktiviti berkumpulan 1 Pn. Phong Jia Mien

Pemilihan nama dan penghasilan bendera En. Ahmad Izzuan


kumpulan
12.00 tghari En. Ahmad Khairul Ikhwan
Makan tengahari / pengurusan diri

1.30 ptg Solat Zohor En. Syahirul Naim

2.30 ptg Aktiviti di sungai Hj. Ainal Aidil Asyraf

4.30 ptg Cabaran berakit En. Mohammad Ihtifadzuddin

Pn. Fairuza Hasyani

Pn. Phong Jia Mien


5.00 ptg Solat Asar Hj. Mohamad Iddin Fadhly

6.00 ptg Minum petang En. Muhammad Farid

Persiapan Aspirasi Kesenian Pn. Fifi Nurilya Qistina

Pn. Fatin Syahirah

(semua guru setiap kumpulan)

6.30 ptg Makan malam / pengurusan diri En. Ahmad Khairul Ikhwan

7.30 mlm Solat Maghrib dan tazkirah Pn. Aimi Syuhada

8.40 mlm Solat Isyak En. Muhamad Hasif

9.15 mlm Aktiviti Berjalan Malam En. Muhammad Shafiq Shah

10.30 mlm En. Ahmad Firdaus


Minum malam

& semua guru

11.30 mlm Tidur En. Syahirul Naim

Hj. Ainal Aidil Asyraf

(semua guru dan PPM)

Hari kedua: Ahad (26 Mac 2017)


Masa Aktiviti Guru

5.30 pg Pengurusan diri Hj. Mohamad Iddin Fadhly


Solat Subuh En. Mohammad Ihtifadzuddin
7.00 pg Senaman pagi En. Muhammad Farid
7.30 pg Sarapan pagi Pn. Iceleed Wong Cheun Ping

En. Mohamad Faiz

8.00 pg Pemeriksaan kawasan penginapan Pn. Azratul Asyiqin


8.45 pg Upacara menaikan bendera Pn. Nurhafzhanatul Hawa
9.00 pg Aktiviti berkumpulan 2 (tunjuk cara ikatan & En. Muhammad Shafiq Shah

gadjet) (Semua guru)


10.00 pg Minum pagi
Taklimat & aktiviti kumpulan 3 (memasak)
12.00 tghari Pengurusan diri Pn. Aimi Syuhada
Makan tengahari En. Muhamad Hasif

Solat Zohor En. Ahmad Firdaus


En. Ahmad Izzuan
2.30 petang Aktiviti kumpulan 4 (persembahan Pn. Fifi Nurilya Qistina
kebudayaan) Pn. Fatin Syahirah
5.30 petang Solat Asar, minum petang & mengemas Pn. Fairuza Hasyani
khemah Pn. Azratul Asyiqin
Majlis penutupan / penyampaian hadiah
6.00 petang Bersurai Semua guru
AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN TAHUNAN
UNIT BERUNIFORM (KADET REMAJA SEKOLAH)

BAGI MURID TAHUN 6 (2017)

Penasihat : Tn Hj Muhammad Syahmi b. Mohd Sabri

Guru Besar SKBB

Pengerusi : Luqman Haqim bin Tubar

Pemantau : Pn. Juraeda bt Jafa

GPK Kokurikulum

Setiausaha : En. Abdul Haziq Farhan Bin Zaidi

Pemantau : Pn. Aimi Syuhada binti Ashari

Penyelaras Unit Badan Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS)


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PERKHEMAHAN TAHUNAN

UNIT BERUNIFORM (KADET REMAJA SEKOLAH)

BAGI MURID TAHUN 6 (2017)

AJK Pendaftaran

1. Zuriani Bt. Azali AJK Makanan dan Minuman

Pemantau: 1. Mohamad Ilhan Yaqin B. Ainul Azam


2. Nur Fariza Bt. Hanzah
1. Pn. Nur Syazwani Binti Tuan Ismail
Pemantau:
AJK Pengangkutan
1. En. Ahmad Khairul Ikhwan B.
1. Muhaimin B. Murad Kamarudin
2. Cheng Jia Jun 2. En. Muhammad Farid Bin Abd
Rahman
Pemantau:
AJK Kebersihan
1. En. Ahmad Firdaus Bin Abdul
Rahman 1. Muhammad Amirul Haqimie B. Sakir
2. Pn. Phong Jia Mien 2. Abdul Hadi Bin Abd Rahman
3. Luqman Haqim Bin Tubar
AJK Peralatan
Pemantau:
1. Siti Aisyah Bt. Zainal
1. Pn. Victoria Evie Malijin
Pemantau: 2. En. Mohamad Faiz Bin Mat Samberi
3. Pn. Nurhafzhanatul Hawa Bt Mohd
1. En. Ahmad Izzuan Bin Mohd Hamim Tahir

AJK Keselamatan & Kawalan Murid

1. Semua guru yang terlibat


2. Semua PPM
AJK Senaman Pagi AJK Persijilan

1. Nor Hajar Bte. Mahmad 1. Norhidayat Bin Abdullah


2. Roshiny A/P Kanapati
Pemantau:
Pemantau:
1. En. Muhammad Shafiq Shah Bin
1. Hj. Mohamad Iddin Fadhly Bin Rosli
Haizal@Halim
2. En. Mohammad Ihtifadzuddin Bin
Marzuki

Solat / Aktiviti Moral

1. En. Syahirul Naim Bin Saidul Bahari


2. Pn. Fifi Nurilya Qistina Binti Rashadi
Jurugambar & Dokumentasi
AJK Hadiah
1. Te Zheng Yu
1. Lim Chen Xi 2. Marcus Keeshan Manimaran
2. Manisha
Pemantau:
Pemantau:
1. Pn. Fatin Syahirah Binti Zulkifli
1. Pn. Azratul Asyiqin Binti Arsad 2. Hj. Ainal Aidil Asyraf Bin Abu Baka
2. Pn. Fairuza Hasyani Binti
Salehuddin
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA

Jawatan Tugas

Penasihat 1. Meluluskan kertas kerja program


1. Melantik ahli jawatankuasa
2. Merancang segala pengisian aktiviti.
Pengerusi
3. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan
selamat.
Setiausaha 1. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
2. Urusan surat-menyurat dan borang.
1. Memastikan para peserta sudah berada di dewan
AJK Pendaftaran sebelum bertolak.
2. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan
diberikan oleh setiausaha.
AJK Pengangkutan 1. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik para
peserta.
1. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan
AJK Peralatan untuk program.
2. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak
perkhemahan dalam keadaan baik dan sedia digunakan.
1. Menyediakan jadual serta menu masakan setiap hari
perkhemahan
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan makanan yang
mencukupi
AJK Makanan dan Minuman
3. Mengurus dan menyediakan semua peralatan memasak
4. Mengemas dan membersihkan semua peralatan
masakan selepas perkhemahan
1. Memastikan kawasan perkhemahan dan kawasan aktiviti
sentiasa bersih
2. Menyediakan plastik sampah di lokasi-lokasi yang
AJK Kebersihan
berkenaan

1. Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala


peralatan berada dalam keadaaan yang amat baik
2. Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan
yang sempurna dan mencukupi
3. Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan
keselamatan kawasan perkhemahan
4. Membuat makluman kepada pihak polis berhubung
AJK Keselamatan & Kawalan perkhemahan
5. Membuat makluman kepada klinik kesihatan berdekatan
Murid
berhubung bantuan kecemasan semasa perkhemahan
6. Memberi taklimat keselamatan kepada semua peserta
dari semasa ke semasa
7. Menyediakan peti kecemasan yang lengkap dan
diletakkan di urusetia
1. Menyediakan jadual bertugas pengendali senaman pagi
2. Mengendalikan perjalanan senaman pagi selama
AJK Senaman Pagi
tempoh kem berlangsung
1. Menyediakan jadual bertugas iman mengikut waktu solat
2. Mengendali kuliah maghrib
Solat / Aktiviti Moral
3. Mengendalikan kuliah subuh
1.Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan
pertandingan yang dijalankan
2.Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata sekiranya ada
AJK Hadiah
3.Mengurus majlis penyampaian hadiah
AJK Persijilan 1. Menyediakan Sijil Penyertaan kepada semua peserta
1. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.
2. Mengambil foto untuk setiap aktiviti.
3. Menyediakan laporan perkhemahan dan
Jurugambar & Dokumentasi
dokumentasikan.
4. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan
bahan-bahan untuk didokumentasikan.
SENARAI NAMA GURU YANG MENGIKUTI AKTIVITI PERKHEMAHAN TAHUNAN (KRS)

1. En. Ahmad Firdaus Bin Abdul Rahman


2. Pn. Phong Jia Mien
3. En. Ahmad Izzuan Bin Mohd Hamim
4. En. Ahmad Khairul Ikhwan Bin Kamarudin
5. En. Muhammad Farid Bin Abd Rahman
6. Pn. Victoria Evie Malijin
7. En. Mohamad Faiz Bin Mat Samberi
8. Pn. Nurhafzhanatul Hawwa Binti Mohd Tahir
9. Hj. Mohamad Iddin Fadhly Bin Rosli
10. En. Mohammad Ihtifadzuddin Bin Marzuki
11. En. Syahirul Naim Bin Saidul Bahari
12. Pn. Azratul Asyiqin Binti Arsad
13. Pn. Fairuza Hasyani Binti Salehuddin
14. En. Muhammad Shafiq Shah Bin Haizal@Halim
15. Pn. Fatin Syahirah Binti Zulkifli
16. Pn. Fifi Nurilya Qistina Binti Rashadi
17. Hj. Ainal Aidil Asyraf Bin Abu Bakar
18. Pn. Nur Syazwani Binti Tuan Ismail
SENARAI NAMA PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) YANG MENGIKUTI AKTIVITI
PERKHEMAHAN TAHUNAN (KRS)

1. Pn. Najwa Farhana Binti Juraimi


2. Pn. Iceleed Wong Cheun Ping
3. En. Muhamad Hasif Bin Ahmad Ghazali
4. Pn. Phong Jia Mien
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN PERKHEMAHAN TAHUNAN (KRS)

KUMPULAN 1

1. En. Ahmad Firdaus Bin Abdul Rahman


2. En. Muhammad Farid Bin Abd Rahman
3. Hj. Mohamad Iddin Fadhly Bin Rosli
4. Pn. Fairuza Hasyani Binti Salehuddin
5. Hj. Ainal Aidil Asyraf Bin Abu Bakar
6. En. Muhamad Hasif Bin Ahmad Ghazali
7. Lai Ying Hui
8. Te Zheng Yu
9. Roshiny A/P Kanapati
10. Nur Fariza Bt. Hanzah

KUMPUAN 2

1. Pn. Phong Jia Mien


2. Pn. Victoria Evie Malijin
3. En. Mohammad Ihtifadzuddin Bin Marzuki
4. En. Muhammad Shafiq Shah Bin Haizal@Halim
5. Pn. Nur Syazwani Binti Tuan Ismail
6. Pn. Phong Jia Mien
7. Erika Binti Hawapi
8. Norhidayat Bin Abdullah
9. Nor Hajar Bte. Mahmad
10. Mohamad Ilhan Yaqin B. Ainul Azam
KUMPULAN 3

1. En. Ahmad Izzuan Bin Mohd Hamim


2. En. Mohamad Faiz Bin Mat Samberi
3. En. Syahirul Naim Bin Saidul Bahari
4. Pn. Fatin Syahirah Binti Zulkifli
5. Pn. Najwa Farhana Binti Juraimi
6. Luqman Haqim Bin Tubar
7. Manisha
8. Abdul Hadi Bin Abd Rahman
9. Siti Aisyah Bt. Zainal
10. Muhaimin B. Murad

KUMPULAN 4

1. En. Ahmad Khairul Ikhwan Bin Kamarudin


2. Pn. Nurhafzhanatul Hawwa Binti Mohd Tahir
3. Pn. Azratul Asyiqin Binti Arsad
4. Pn. Fifi Nurilya Qistina Binti Rashadi
5. Pn. Iceleed Wong Cheun Ping
6. Marcus Keeshan Manimaran
7. Lim Chen Xi
8. Muhammad Amirul Haqimie B. Sakir
9. Cheng Jia Jun
10. Zuriani Bt. Azali
ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN TAHUNAN (KRS-2017)

A. Hari pertama: Sabtu (25 Mac 2017)

Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah


1 Sarapan pagi 18 org murid 18 x RM3.00 RM54.00
2 Minum pagi 18 org murid 18 x RM3.00 RM54.00
3 Makan tengahari 18 org murid 18 x RM5.00 RM90.00
4 Minum petang 18 org murid 18 x RM3.00 RM54.00
5 Makan malam 18 org murid 18 x RM5.00 RM90.00
6 Supper 18 org murid 18 x RM3.00 RM54.00
Jumlah RM396.00

B. Hari kedua: Ahad (26 Mac 2017)

Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah


1 Sarapan pagi 18 org murid 18 x RM3.00 RM54.00
2 Minum pagi 18 org murid 18 x RM3.00 RM54.00
3 Makan tengahari 18 org murid 18 x RM5.00 RM90.00
4 Minum petang 18 org murid 18 x RM3.00 RM54.00
Jumlah RM252.00

Jumlah besar A + B = RM648.00

Anggaran Perbelanjaan Perkhemahan

1) Makan (18 x RM22 x 1 hari) + (18 x RM14 x 1 hari) = RM648.00


2) Bahan habis guna dan cenderamata = RM600.00
Jumlah besar = RM1248.00

Sumber Kewangan:

Peruntukan kewangan sekolah: Unit Kokurikulum dan

Sekolah

BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH GURU PENGIRING BAGI SETIAP KUMPULAN
Bil Peralatan Kuantiti

1 Senduk 2*1 kump


2 Kuali 2*1 kump
3 Mangkuk 3-4*1 kump
4 Sudip 2*1 kump
5 Pisau 2*1 kump
6 Papan pemotong (landas) 1*1 kump
7 Sudu 4*1 kump
8 Garpu 4*1 kump
9 Cawan 3-4*1 kump
10 Pinggan 3-4*1 kump

BARANG YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK KEM

Bil Peralatan Kuantiti

1 Khemah 14 unit
2 Lampu kalimantang 5 unit
3 Generator 1 unit
4 Pelampung 16 unit
5 Buluh 32 batang
6 Tali 10 unit
MENU PERKHEMAHAN

Hari pertama: Sabtu (25 Mac 2017)

Sarapan pagi - Tea o panas + nasi lemak

Minum pagi - Tea o panas + kuih

Makan tengahari - Nasi putih + sayur campur + ayam masak merah

Minum petang - Milo panas + kuih

Makan malam - Nasi putih + labu + ikan keli

Supper - Milo panas + roti

Hari kedua: Ahad (26 Mac 2017)

Sarapan pagi - Susu + bijirin

Minum pagi - Tea o panas + roti

Makan tengahari - Nasi putih + kari ayam + kobis

Minum petang - Kopi o + kuih


GURU-GURU YANG BERTANGGUNGJAWAB
KETUA AKTIVITI

Nama : Pn. Aimi Syuhada binti Ashari

Alamat : No 332-3 Jalan Mata Kuching, 75400, Melaka

No Tel. : 017-3155957

PENOLONG KETUA AKTIVITI

Nama : En. Ahmad Khairul Ikhwan B. Kamarudin

Alamat : Lot 27709, Kampung Telaga Daing, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel : 013-9719528

GURU-GURU YANG MEMBANTU

Bi Nama No KP No Tel
l
1 En. Ahmad Firdaus Bin Abdul Rahman 971020-06-5955 011- 2940497
2 Pn. Phong Jia Mien 971202-01-6580 012-0987644
3 En. Ahmad Izzuan Bin Mohd Hamim 971106-01-7233 017-7959167
4 En. Muhammad Farid Bin Abd Rahman 961219-01-5666 011-15197209
5 Pn. Victoria Evie Malijin 960516-12-6156 019-8577465
6 En. Mohamad Faiz Bin Mat Samberi 971116-06-5079 014-8432612
7 Pn. Nurhafzhanatul Hawwa Binti Mohd Tahir 960819-33-5158 012-7465866
8 Hj. Mohamad Iddin Fadhly Bin Rosli 970227-01-5205 014-6011836
9 En. Mohammad Ihtifadzuddin Bin Marzuki 960818-01-5339 012-7508934
10 En. Syahirul Naim Bin Saidul Bahari 960722-04-5293 017-3158762
11 Pn. Azratul Asyiqin Binti Arsad 970316-11-5240 014-5027692
12 Pn. Fairuza Hasyani Binti Salehuddin 971105-08-5832 013-5276412
13 En. Muhammad Shafiq Shah Bin Haizal@Halim 960209-01-6977 014-9647734
14 Pn. Fatin Syahirah Binti Zulkifli 970705-06-5048 011-16929586
15 Pn. Fifi Nurilya Qistina Binti Rashadi 970617-02-5046 010-4278668
16 Hj. Ainal Aidil Asyraf Bin Abu Bakar 960821-02-6303 011-6477586
17 Pn. Nur Syazwani Binti Tuan Ismail 970903-01-7514 012-7801580
SENARAI NAMA MURID PERKHEMAHAN TAHUNAN
UNIT BERUNIFORM (KADET REMAJA SEKOLAH)

BAGI MURID TAHUN 6 (2017)

Bil Nama No ID Alamat No Tel

1 Lai Ying Hui AQ0001 No 4, Lorong 53, Sungai 013-6512427


Isap 2, 25150 Kuantan,
Pahang,
2 Erika Binti Hawapi AQ0002 No 3 Jalan T/J 1 Taman 06-9527530
Teratai Jaya , 86400 , Parit
Raja , Batu Pahat , Johor
3 Luqman Haqim Bin Tubar AQ0003 No 20 Kampung Paya Jauh , 017-6962699
Jalan Maran , 28000
Temerloh , Pahang
4 Marcus Keeshan Manimaran AQ0004 No.10, Jalan Mesra 4, 012-9203417
Taman Mesra, 85400,
Chaah, Segamat Johor
5 Te Zheng Yu AQ0005 Pos 029,Kg Sri Dalam,Jalan 019-6588006
Yusof,83600,Muar,Johor
6 Norhidayat Bin Abdullah AQ0006 Lot 2564, Tmn. Sepakat 06-9813048
Jaya, Seberang Jerteh,
22000, Jerteh, Terengganu
7 Manisha AQ0007 Jb 6016, Jalan Utama, 012-6570469
Taman Desa Kesang,
Kesang Pajak, 77000 Jasin,
Melaka
8 Lim Chen Xi AQ0008 No.6, Lorong Murai 7, 06-9863055
Taman Selesa, 14300,
Nibong Tebal, Pulau Pinang
9 Roshiny A/P Kanapati AQ0009 No 59 Taman Padang 06-9513649
Tembak, 36000 Teluk Intan,
Perak
10 Nor Hajar Bte. Mahmad AQ0010 Lot 133, Jambatan 2, 016-6651951
Kampung Batu Putih, Batu 7,
Jalan Airport, 90000
Sandakan, Sabah.
11 Abdul Hadi Bin Abd Rahman AQ0011 No. 54 Jalan Dataran 2/1 06-9516678
Taman Kempas 81200 Johor
Bahru Johor
12 Muhammad Amirul Haqimie B. AQ0012 3/900 Kampung Masjid 07-4213649
Sakir 26100 Beserah, Kuantan,
Pahang
13 Nur Fariza Bt. Hanzah AQ0013 Lot 473, Kampung Gaung 017-3671821
Lati, 17000 Pasir Mas,
Kelantan
14 Mohamad Ilhan Yaqin B. Ainul AQ0014 C-09-09,Ppr Kos 019-5230691
Azam Rendah,Jalan
30/146,Bandar Tasik
Selatan,57000 Kuala
Lumpur
15 Siti Aisyah Bt. Zainal AQ0015 Pos 10-A, Bt. 2 Pt. Bunga, 06-9526222
84000 Muar, Johor
16 Cheng Jia Jun AQ0016 20-E, Jln. Ismail, 84000 012-6704417
Muar, Johor
17 Muhaimin B. Murad AQ0017 B203 Jln. Dato Shah Bandar, 019-7457005
Sg. Abong, 84000 Muar,
Johor
18 AQ0018 37, Kg Prt Wahid, Bakri Bt 5, 012-9705872
Zuriani Bt. Azali
Muar, Johor
SENARAI KEDATANGAN MURID PERKHEMAHAN TAHUNAN (KRS-2017)

Bil Nama No ID Ya Tidak

1 LAI YING HUI AQ0001


2 ERIKA BINTI HAWAPI AQ0002
3 LUQMAN HAQIM BIN TUBAR AQ0003
4 MARCUS KEESHAN MANIMARAN AQ0004
5 TE ZHENG YU AQ0005
6 NORHIDAYAT BIN ABDULLAH AQ0006
7 MANISHA AQ0007
8 LIM CHEN XI AQ0008
9 ROSHINY A/P KANAPATI AQ0009
10 NOR HAJAR BTE. MAHMAD AQ0010
11 ABDUL HADI BIN ABD RAHMAN AQ0011
12 MUHAMMAD AMIRUL HAQIMIE B. SAKIR AQ0012
13 NUR FARIZA BT. HANZAH AQ0013
14 MOHAMAD ILHAN YAQIN B. AINUL AZAM AQ0014
15 SITI AISYAH BT. ZAINAL AQ0015
16 CHENG JIA JUN AQ0016
17 MUHAIMIN B. MURAD AQ0017
18 ZURIANI BT. AZALI AQ0018

Disediakan oleh: Tarikh:

( )
PERALATAN DAN PAKAIAN YANG PERLU DIBAWA OLEH MURID

Uniform kadet remaja sekolah (KRS)


Pakaian sembahyang/sejadah
Kasut sukan dan Selipar
Baju T lengan panjang (bagi perempuan)
Baju T lengan pendek (bagi lelaki)
Seluar sukan
Peralatan mandi (tuala, sabun, shampoo, ubat gigi, berus gigi)
Peralatan untuk makan (sudu, garpu, cawan plastik, pinggan plastik)
Selimut
Pakaian untuk 2 hari
Lampu suluh
Beras 3 cawan
Telur 2 biji
Ubat-ubatan (sekiranya perlu)
Barang-barang lain yang difikirkan perlu

Disediakan oleh: Disemak oleh:

En. Abdul Haziq Farhan Bin Zaidi Pn. Juraeda bt Jafa

Setiausaha Program GPK Kokurikulum

Disahkan oleh:

Tn. Hj. Muhammad Syahmi b. Sabri

Guru Besar SKBB


PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan
yang berjiwa kental, bersih dan bersemangat mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak
jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa
yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri melibatkan diri dengan aktiviti
yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya
dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya
program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui
akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan
mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

En. Abdul Haziq Farhan Bin Zaidi Pn. Juraeda bt Jafa

Setiausaha Program GPK Kokurikulum

Disahkan oleh:

Tn. Hj. Muhammad Syahmi b. Sabri

Guru Besar SKBB


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KRS 2017

Pada 25 dan 26 Mac 2017 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka telah
melaksanakan satu program kokurikulum yang dikelolakan oleh Unit Kokurikulum SKBB khusus
untuk pelajar tahun 6 badan beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) bertempat di Pusat
Kokurikulum Lancang, Melaka. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini
dianjurkan bagi menyahut cabaran Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iaitu sebahagian daripada usaha berterusan bagi melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi
sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan
agama.

Aktiviti perkhemahan telah disertai seramai 19 orang guru, 4 orang PPM dan 18 orang
murid. Program ini bermula pada hari Sabtu bermula pada pukul 7.00 pagi, dimana murid-murid
dikehendaki mendaftar dan mendengar taklimat serta pembahagian kumpulan dijalankan.
Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 orang guru dan 4
orang murid. Selepas itu, murid-murid akan diberikan sarapan dan bermulalah aktiviti
membersihkan kawasan penginapan dan mendirikan khemah. Antara aktiviti yang dirancang
pada hari yang pertama adalah seperti aktiviti pemilihan nama dan penghasilan bendera
kumpulan, aktiviti air di sungai, persediaan persembahan kebudayaan dan aktiviti berjalan
malam. Murid-murid diarahkan untuk tidur pada jam 11.30 malam. Aktiviti pada hari pertama
berjalan dengan sangat lancar.

Pada hari kedua pula, murid dikehendaki untuk bangun menguruskan diri dan
menunaikan solat subuh seawal jam 5.30 pagi. Diteruskan pula dengan aktiviti senaman pagi
yang diketuai oleh AJK yang terlibat. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari kedua adalah
aktiviti tunjuk cara ikatan dan gadjet, memasak dan persembahan kebudayaan daripada setiap
kumpulan. Aktiviti akhir tamat pada jam 4.30 petang dan peserta diberikan masa untuk minum
petang serta menunaikan solat Asar.

Selepas itu, Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan tepat pada jam 5.30 petang
oleh penasihat program sendiri iaitu Tn. Hj. Mohd Syahmi bin Sabri. Sesi penyampaian hadiah
kepada pemenang dan kedudukan johan, naib johan dan tempat ketiga dijalankan dengan
lancar. Sebelum bersurai, penasihat, AJK, peserta dan kesemua yang terlibat dijemput untuk
memeriahkan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Program perkhemahan tahunan unit
beruniform (KRS) bagi murid tahun 6 tahun 2017 tamat pada pukul 6.00 petang.

LAPORAN AKTIVITI

Hari pertama: Sabtu (25 Mac 2017)

1. Pendaftaran

Peserta yang terlibat dikehendaki membuat pendaftaran di hadapan dewan.

2. Membersihkan kawasan penginapan dan mendirikan khemah.


Para peserta sedang mendirikan khemah

3. Aktiviti pemilihan nama dan penghasilan bendera kumpulan.

Tempat pertama : Kumpulan 3


Tempat kedua : Kumpulan 1
Tempat ketiga : Kumpulan 2

Antara tugasan yang diberikan kepada setiap kumpulan ialah pemilihan nama
kumpulan, penghasilan bendera, moto kumpulan dan benchmark. Objektif menghasilkan
bendera ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid memperkembangkan
idea dan menjadi lebih kreatif dalam mereka bentuk sesuatu. Aktiviti ini juga dijalankan
pada awal program dimulakan. Rasionalnya adalah supaya setiap kumpulan
mempunyai identitinya yang tersendiri dan dapat dibezakan antara kumpulan-kumpulan
yang lain.

Perkembangan idea daripada Kumpulan 1


Perbincangan daripada Kumpulan 2

Pembentangan hasil perbincangan daripada Kumpulan 4

4. Cabaran berakit

Tempat pertama : Kumpulan 4


Tempat kedua : Kumpulan 1
Tempat ketiga : Kumpulan 3

Pada waktu petang pula, setiap ahli kumpulan dikehendaki menghasilkan


sebuah rakit yang diperbuat daripada pelampung, buluh dan tali yang telah disediakan
oleh pihak kem. Murid perlu menghasilkan rakit ini bersama ahli kumpulan yang lain
dibimbing oleh guru-guru. Rakit yang dihasilkan perlulah mengikuti kriteria seperti boleh
diapungkan di atas air dan boleh dinaiki oleh 4 orang daripada ahli kumpulan. Setiap
kumpulan juga dikehendaki sampai ke platform yang disediakan. Kumpulan yang
sampai ke platform dalam masa yang paling singkat dikira sebagai pemenang.
Dikatakan bahawa aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling dinantikan oleh murid-murid.
.
Taklimat daripada ketua aktiviti sebelum aktiviti air dimulakan.

Proses menghasilkan rakit daripada Kumpulan 3

Guru-guru dan murid-murid daripada Kumpulan 2

Ahli-ahli daripada Kumpulan 4 berjaya menghasilkan rakit


5. Aspirasi Kesenian

Tempat pertama : Kumpulan 2


Tempat kedua : Kumpulan 4
Tempat ketiga : Kumpulan 3

Malam aspirasi kesenian adalah malam kebudayaan dimana setiap kumpulan


dikehendaki membuat persembahan. Tema bagi malam aspirasi kesenian pada kali ini
ialah . Persembahan daripada setiap kumpulan akan dinilai secara adil dan saksama
oleh 3 orang juri.

Persembahan daripada Kumpulan 2

Persembahan daripada Kumpulan 3

Para juri menilai kreativiti setiap kumpulan


6. Aktiviti berjalan malam

Hari kedua: Ahad (26 Mac 2017)

7. Tunjuk cara ikatan & gadjet

Tempat pertama : Kumpulan 1


Tempat kedua : Kumpulan 2
Tempat ketiga : Kumpulan 3

8. Memasak

Tempat pertama : Kumpulan 4


Tempat kedua : Kumpulan 2
Tempat ketiga : Kumpulan 3
Peserta sedang menghasilkan api daripada ranting-ranting kayu.

Hasil aktiviti memasak daripada semua kumpulan

9. Majlis Penutupan
Ucapan yang diberikan oleh Tn. Hj. Mohd Syahmi selaku penasihat program

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Sesi fotografi

Laporan disediakan oleh: Tarikh:

Marcus Keeshan Manimaran

AJK Pendokumentasian Program


LAMPIRAN
RUJUKAN

Hassan, S. (2015, Jun 25). Laporan Program Perkhemahan Unit Beruniform 2014. Retrieved
Februari 8, 2017, from SlideShare: http://www.slideshare.net/sharidanhassan/laporan-
program-perkhemahan-unit-beruniform-2014

Ishak, M. Z. (2012, Mac 17). Aktiviti-aktiviti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKSS 2012.
Retrieved Januari 28, 2017, from Blogspot:
http://sksungaiseraihululangat.blogspot.my/2012/04/pppub2012-group-presentation.html

Kadir, Z. (2014, Februari 8). Contoh Karangan Laporan Perkhemahan. Retrieved Februari 7,
2017, from Blospot: http://paklangzamri.blogspot.my/2014/02/contoh-karangan-laporan-
perkhemahan.html

Sekolah, K. P. (2014, Mei 28). Laporan Perkhemahan Unit Beruniform. Retrieved Februari 2,
2017, from Blogspot: http://skkionsom.blogspot.my/2012/07/laporan-perkhemahan-unit-
beruniform-sk.html

Usidi, F. (2012, November 20). Bidang Tugas Setiap Ahli Jawatankuasa. Retrieved Februari 21,
2017, from SlideShare: http://www.slideshare.net/ahfat5647/bidang-tugas-setiap-ahli-
jawatankuasa

REFLEKSI
Nama: Aimi Syuhada Ashari

Saya Aimi Syuhada binti Ashari serta rakan sekerja iaitu Nur Syazwani binti Tuan Ismail
pelajar 2 Pismp Reka Bentuk dan Teknologi ambilan Jun 2016 telah ditugaskan untuk
menyediakan satu kertas kerja berkaitan perkhemahan oleh pensyarah kursus MPU3031
Pengurusan Kokurikulum, Encik Abdul Latif bin Awi. Satu pengalaman yang sangat berharga
buat saya ketika melaksanakan tugasan ini, memandangkan saya belum pernah menulis mana-
mana kertas kerja untuk melaksanakan satu program.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya mendapati beberapa kekuatan antaranya ialah
tugasan ini tidak diberikan secara individu tetapi dibahagikan secara berkumpulan. Setiap
kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, kelemahan-
kelemahan semasa melakukan tugasan dapat diatasi dari semasa ke semasa. Perkongsian
idea-idea dan penyelesaian masalah daripada dua individu yang berbeza dapat membuahkan
hasil yang berkualiti. Selain daripada itu, saya juga memanjatkan rasa kesyukuran kerana
mempunyai pensyarah yang sangat berpengalaman dalam bidangnya. Encik Latif memainkan
peranan begitu besar dan bermakna dalam membimbing saya serta rakan untuk menyiapkan
tugasan ini. Segala tunjuk ajar, penambahbaikan dan teguran dapat kami manfaatkan dengan
sebaik mungkin. Selain daripada aspek pembimbing, sumber rujukan juga mudah untuk
didapati. Banyak contoh-contoh kertas kerja yang dikongsikan di laman sesawang seperti
Slideshared dan blog. Contoh-contoh tersebut juga disediakan dalam pelbagai bentuk yang
mudah supaya boleh disimpan di dalam storan komputer.

Walau bagaimanapun, semasa proses menyiapkan tugasan ini, terdapat juga


kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan. Namun, kami segera bertindak supaya tidak
mengganggu pelaksanaan tugasan. Antara kekangan yang dapat dikenalpasti adalah dari
aspek masa itu sendiri. Masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan tugasan adalah selama 5
minggu sahaja iaitu dari 25 Januari hingga 15 Februari. Peruntukan masa yang diberikan
sebenarnya begitu wajar. Walau bagaimanapun, pengurusan masa saya serta rakan tidak
begitu sistematik mengakibatkan penanguhan kerja. Tambahan pula pada setiap hari, kelas
kami akan tamat pada jam 4.30 petang menyebabkan masa untuk berjumpa dengan pensyarah
yang mengajar tergendala. Oleh yang demikian, saya dan rakan hanya berpeluang untuk
bertanya pendapat dan menunjukkan kertas kerja pada waktu kelas sahaja.

Saya serta rakan telah mengambil keputusan untuk membahagikan kerja supaya
tugasan dapat disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan. Saya akan menguruskan bahagian
kertas kerja manakala rakan akan menguruskan bahagian surat-menyurat. Oleh itu, peluang
yang dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini adalah pengalaman menulis kertas
kerja mengikut format-format dan prosedur-prosedur yang betul. Secara tidak langsung, saya
juga telah belajar untuk membuat perancangan rapi sebelum menjalankan mana-mana program
dari aspek pengurusan kewangan, masa, tenaga kerja dan peralatan supaya segala aktiviti
yang dirancang itu nanti berjalan dengan sempurna. Dari aspek ancaman pula, tiada ancaman
yang terima sebelum, semasa dan selepas program diadakan. Proses menyiapkan tugasan
semester ini berjalan dengan sangat baik hasil daripada kerjasama saya, rakan dan pensyarah.
Akhir sekali, bagi mengakhiri refleksi tugasan ini, saya memberikan satu bentuk harapan
yang besar bukan sahaja buat diri saya tetapi juga buat rakan sekerja dan rakan sekelas agar
manfaatkan pengalaman yang bernilai ini pada masa-masa akan datang.