Anda di halaman 1dari 3

SAINS DAN TEKNOLOGI

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15
sehingga kurun ke-11 SM. Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai
Kuning (Hwang Ho) menunjukkan kejayaan dan sumbangan Cina dalam aspek kejuruteraan.

(i) Bidang Astronomi

Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat
rekod tepat tentang gerhana dan komet.
Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna dan tepat..
Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat.

(ii) Bidang Matematik

- Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam

karya ahli matematik Xu Yue.


Sempoa (abacus)

Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang, mencatat catatan
mengenai kuantiti negatif.
Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.

zhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik)

(iii) Bidang Perubatan.

Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.


Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan
yang dan juga lima elemen.
Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia
fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal.
Amalan perubatan cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal (pemerhatian
terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit.)
Amalan-amalan perubatan Cina dapat diperoleh daripada karya-karya tulisan oleh
pengamal perubatan Cina.

Contoh: Inner Canon (Nei Ching), Metarial Medica (Pen Tsao Kang Mu)

Hasil karya ini juga telah diterjemah dalam Bahasa asing dan cukup berpengaruh di
negara-negara Asia Timur dan Eropah.
Dalam masyarakat cina, penyakit boleh dirawat melalui:
Akupuntur: Melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang
telah disteril.
Moksibusi: Cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari
herba yang dibakar dan disebarkan di atas permukaan kulit.
Materia medica: Menerusi rawatan secara pemberian herba dan bahan galian

Anda mungkin juga menyukai