Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

Bagi Matapeljaran Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah/Reka

Bentuk dan Teknologi (RBT3173E), kami diberikan tugasan untuk membuat sebuah

rancangan pengajaran harian bagi salah satu topik dalam matapelajran Reka Bentuk

dan Teknologi sekolah rendah. Panjang pengajran yang dikehendaki adalah selama 1

jam. Selepas itu, kami diminta untuk melakukan pengajaran mikro. Tugasan ini dibuat

secara berpasangan. Pasangan saya ialah Hafiz Syahmi dari kelas PSV yang juga

mengambil subjek ini sebagai minor.

Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, saya telah banyak menghabiskan

masa untuk memahami konsep pengajaran KHSR dan menemui pelbagai pengalaman

yang sangat bermanfaat untuk kegunaan saya di masa hadapan.

Semasa menyiapkan RPH, saya mengalami sedikit kesukaran untuk menyediakan

aktiviti yang sesuai untuk dibuat dalam pengajaran mikro. Ini kerana tajuk yang kami

telah pilih iaitu Pemasangan Kit Model, merupakan topik yang sukar untuk dilakukan di

dalam pengajaran RBT. Walaubagaimanapun, dengan menyelidik dan merujuk

beberapa sumber yang dapat dipercayai, kami dapat menyiapkan sebuah RPH bagi

topik tersebut.

Pengajaran mikro pula telah memberi saya peluang untuk merasai sendiri

pengalaman untuk mengajar matapelajaran RBT di dalam kelas secara virtual. Ini telah

banyak mengajar saya untuk memahami tindakan dan tingkah laku pelajar di dalam

kelas mengikut aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Dalam proses ini juga, saya dapat

memperbaiki segala kelmahan saya yang telah saya dapati sepanjang tugasan ini

dijalankan dan terus memajukan diri agar dapat menjadi seorang pendidik yang

kompeten pada masa yang mendatang.


Akhir sekali, saya inigin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap individu

yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini. Saya ingin berterima kasih kepada Cik

Halimatun kerana banyak memberi bimbingan sepanjang meyiapkan tugasan ini. Terima

kasih juga saya ucapkan kepada pasangan saya iaitu Muhd. Hafiz Syahmi kerana

memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupa juga kepada rakan

sekelas saya yang lain yang telah memberi sumber inspirasi dan kerjasama yangbaik

sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai