Anda di halaman 1dari 1

JURNAL :5

MINGGU : Minggu 5

TARIKH : 21 - 25 Ogos 2016

TAJUK : Pencerapan Ke-2 Subjek Major dan SEGAK

Pada minggu ini pula pencerapan kedua bagi subjek major. Pencerapan kali ini lebih
berfokuskan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu kawalan kelas juga turut
diberi perhatian.

Sebelum pencerapan bermula, berlaku sedikit salah faham. Hal ini kerana kelas
Tahun 5 perlu melakukan SEGAK pada waktu pertama Pendidikan Jasmani. Setelah
membuat perbincangan ringkas antara guru pembimbing dan pensyarah penyelia, mereka
membuat keputusan untuk memberi kelonggaran bagi kelas terebut untuk melaksanakan
SEGAK.

Saya pula akan membuat persiapan bagi sesi pengajaran pada waktu kedua iaitu
8.15 pagi hingga 8.45 pagi. Sesi pengajaran bermula seperti biasa. Namun begitu,
disebabkan perbincangan antara pensyarah penyelia dengan rakan praktikum belum
selesai, pencerapan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya lekukan tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Mungkin pensyarah penyelia akan membuat penyeliaan
pada minggu yang berikutnya.

Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, kami mengadakan perbincangan


ringkas berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang telah kami laksanakan bersama
pensyarah. Pensyarah turut mencatat komen-komen dalam buku rekod. Terdapat komen
positif dan komen-komen membina untuk menambahbaik sesi pengajaran dan
pembelajaran bersama murid-murid. Teguran-teguran membina juga saya terima untuk
memperbaiki gaya pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai