Anda di halaman 1dari 4

KATA NAFI

Kata nafi digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.Terdapat dua bentuk


kata nafi, iaitu:

i- Bukan - menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

ii- Tidak - menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat : a) Ini bukan baju saya

b) Saya tidak mahu pergi ke rumah itu lagi.

Latihan 1

Isikan tempat kosong dengan kata nafi yangsesuai

tidak

Bukan

1. Encik Osman _____________ bapa saudara saya.

2. Marina _______________ gemar makan buah durian.

3. Suraya _______________ takut ketika memberikan laporan kepada polis

berkaitan dengan kejadian rompakan itu.

4. Mereka ______________dapat menyiapkan kerja sekolah kerana leka

dengan permainan video.

5. Ashikin ____________berasal dari Kelantan.

6. Amin ____________suka membaca buku hingga larut malam.

7. Kalau ___________kamu, siapa lagi yang mencuri pensel Jamal ? Kata


Cikgu Ani.

8. Jam tangan itu ___________milik Mastura.

9. Dia ____________kakak kandung Hamidah.

10. Encik Lim ___________tidak melakukan perbuatan itu.


KATA PEMBENAR

1. Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.

2. Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul.

Kata Pembenar

Ayat Contoh

ya

1. Ya, buku tiu kepunyaan Ramli.

2. Ya, saya murid Tahun 5 Cerdas.

benar

1. Benar, harga rumah itu sangat mahal.

2. Benar, dialah yang melukis lukisan itu.

betul

1. Betul, benda hidup memerlukan oksigen.

2. Betul, mereka telah memenangi pertandingan itu.


KATA ARAH
1. Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan
kedudukan atau hala sesuatu benda.
2. Kata arah didahului dengan kata sendi nama.
3. Contoh kata arah adalh seperti berikut:

Kata Arah Ayat Contoh


atas Adik duduk di atas riba ibu.
antara Salmi duduk di antara Noni dan Fanny di dalam kelas.
bawah Kambing peliharaan Pak Mat berlindung
di bawahrumah apabila hari hujan.
belakang Di belakang rumah itu terdapat sebatang pokok
manga yang berbuah lebat.
dalam Zaki menyimpan nombor telefon ibunya
ke dalamtelefon bimbitnya.
depan/hadapan Pengawas itu berdiri di hadapan murid-murid semasa
perhimpunan.
hilir Wartawan itu membuat liputan mengenai pencemaran
suangi yang berlaku di hilir sungai itu.
hulu Rumah Tok Penghulu Kampung Jaya itu terletak
di hulusungai.
luar Maya menyerahkan bungkusan itu kepada Alice
dariluar pagar rumah sahaja.
penjuru/sudut Almari itu diletakkan di penjuru bilik Aina.
seberang Di seberang sungai itu ada sebuah pondok yang
usang.
sisi Zizan berdiri di sisi kuda yang hendak ditunggangnya.
tengah Murid-murid lelaki itu sedang bermain bola
di tengahpadang.
KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam
jenis kata bilangan,iaitu:

A . Kata Bilangan Tentu D. Kata Bilangan Pisahan

B. Kata Bilangan Tak tentu E. Kata Bilangan Pecahan

C. Kata Bilangan Himpunan F. Kata Bilangan Tingkat

(A) Kata Bilangan Tentu

Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti
satu,seratus,seribu, dan dua juta.

(B) Kata Bilangan Tak tentu

Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan
yang tidak tentu seperti
beberapa,sebahagian,semua,seluruh,segala,segelintir,segenap,sebilangan,sekali
an,para dan berbagai-bagai.