Anda di halaman 1dari 10

Minggu 1 : Tasawwur Islam

1. PENGERTIAN ISLAM.

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang
terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hokum-hukum berhubungan dengan rohani
dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan
akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan
kepada Al-Quran dan AsSunnah adalah:-

Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari
kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan
pahala dan dosa.

Firman Allah swt:-

Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala
apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka
dikembalikan. (Surah Ali Imran ayat 83)

Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah reda menerima agamaNya yang
diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah
merupakan agama yang diredai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s. untuk
disampaikan kepada manusia.

Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan
manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw dripada
Allah swt, guna disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang
yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala.

Firman allah swt:

Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan
diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi (Surah Ali Imran ayat 85)

Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya saw,
yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak,
muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah adalah
perintah untuk disampaikan kepada manusia.

Firman Allah swt:

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan
(apa yang diperintah itu) beerti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari
gangguan manusia
Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di
dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hokum yang disertai
dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah swt: Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik,
maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak
berdukacita (Surah al-Baqarah ayat 112)

Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman di
dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya.

Firman Allah swt: orang Arab Badwi berkata: Kami telah beriman. Katakanlah kepada mereka: Kamu
belum beriman, tetapi katakanlah: Kami telah Islam, kerana iman itu belum masuk ke dalam hati-hati
kamu. (Surah Al Hujurat: ayat 14)

Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada
setiap manusia, iaitu:

i) -dari mana ia datang?

ii) -mengapakah ia dijadikan?

iii)-kemanakah ia dikembalikan?

Jawapan soalan satu adalah terkandung didalam Firman Allah surah Al Hajj ayat 5, Surah Al Mukminun
ayat 12-14, dan surah AtTariq ayat 5

Jawapan soalan dua mengapakah ia datang terkandung didalam surah AzZariyat ayat 56.

Jawapan untuk soalan tiga kemanakah ia dikembalikan ada di dalam Al Quran Surah Al Insyiqaq ayat
6, Surah ar Ruum ayat11, Surah AzZumar ayat 7, Surah An Najm ayat 42, dan Surah al Alaq ayat 8.

Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia; merupakan cahaya petunjuk
dalam kehidupan; merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi; memperbaiki
masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang
melaluinya.

2. TASAWWUR ISLAM YANG SEBENAR.

Islam sebagai Ad-Din yang lengkap dan sempurna yang akan membicarakan segala perkara dalam
kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya. Oleh itu
Islam merangkumi aspek aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan,
ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad, dan bermacam lagi. Disini diselitkan beberapa takrif
berkenaan dengan tasawwur Islam tersebut

Aqidah

Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusia tanpa ada sedikit keraguan
terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar dan pokok ajaran Islam dan seruan yang dibawa oleh
Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt:
Bermaksud:sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat seorang rasul supaya mereka
menyembah Allah dan menjauhi taghut (Surah An Nahl ayat 36)

Ibadah

Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang esa dalam seluruh aspek kehidupan, dalam erti kata
yang lain seluruh pekerjaan dan amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengikut syariat
Islam, maka ia dinamakan ibadah. Firman Allah swt:

Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengbdikan diri kepadaKu (Surah Az Zariyat ayat 56)

Syariah

Iaitu perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia dan tidak boleh diubah dengan apa
cara sekalipun. Syariat Islam memelihara lima prinsip; iaitu agama, nyawa, maruah, akal dan harta.

Akhlak

Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah bawaan sifat jiwa yang tersembunyi atau melahirkan
perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali
menyatakan bahwa akhlak itu ialah sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yang
bersifat takalluf (sesuatu yang dibuat-buat) tetapi telah menjadi perangai dan miliknya yang sebenar
bukan ia berpura-pura berperangai baik di hadapan orang pada masa-masa tertentu. Akhlak ialah satu
ajaran daripada Islam, untuk memperbaiki tingkahlaku manusia dan ia mempunyai tempat yang tinggi
dan pengaruh yang besar dalam gerakan dakwah kerana akhlak yang baik merupakan besi magnet
kepada Islam.

Kebudayaan

Islam mengikitraf kebudayaan asalkan ia berlandaskan kepada Islam. Di antara kebudayaan yang
berlandaskan Islam adalah cara berpakaian, Islam tidak menetapkan cara khusus berpakaian kerana
masing-masing kaum mempunyai cara berpakaian tersendiri namun kewajipannya adalah menutup aurat
bagi lelaki dan perempuan yang tidak menampakkan susuk tubuh serta fitnah yang lebih buruk. Kaum
lelaki dilarang memakai pakaian serupa perempuan begitu jugalah sebaliknya.

Ilmu pengetahuan

Islam datang dengan menghapuskan kejahilan manusia dan digalakkan supaya menuntut ilmu
pengetahuan. Ilmu pengetahuan mendapat tempat yang tinggi di sisi Islam dan para penuntutnya
dianggap mulia. Ayat al-Quran yang pertama menyuruh manusia supaya membaca (menuntut ilmu
pengetahuan) dan banyak lagi dalil-dalil yang meminta umat Islam supaya belajar dan menuntut ilmu.

Ekonomi

Ekonomi adalah penting untuk kehidupan manusia, lantaran itulah Islam mengiktiraf dan menerima
ekonomi sebagai satu usaha meningkatkan taraf hidup manusia. Ilmu yang berkaitan dengan ekonomi di
dalam Islam telah banyak diperluaskan oleh ulama yang pada dasarnya Allah menyebut tentang halalnya
jual beli dan diharamkan riba, begitu juga diwajibkan mengeluarkan zakat, beerti ia menyentuh perihal
ekonomi.
Politik

Manusia adalah makhluk yang perlukan hubungan social (social kontrak), justeru itu ia memerlukan
bimbingan daripada pemimpin-pemimpin. Rasulullah saw telah meninggalkan kita dengan meninggalkan
soal kepimpinan (khilafah) sebagai sesuatu yang penting di dalam membangunkan umat. Politik adalah
sebahagian daripada Islam dan sesiapa yang menganggap politik bukan sebahagian daripada Islam
beerti ia telah memisahkan agama dari landasan yang sebenarnya. Inilah fahaman ideology yang
ditanam oleh musuh-musuh Islam supaya dengannya umat Islam akan terpisah secara berjuzsuk-juzuk
dari amalan Islam yang sebenar.

Dakwah

Dakwah ialah menyeru, mengajak manusia kepada pengabdian kepada Allah, ia adalah tugas mulia yang
amat penting dan inilah tugas para Nabi dan rasul di utuskan ke muka bumi oleh Allah swt. Perbincangan
mengenai dakwah akan dibincangkan dalam topik yang akan datang.

Pergaulan

Manusia adalah makhluk yang memerlukan sosial untuknya berinteraksi dengan manusia lainnya. Oleh
kerana itulah Allah menjadikan mansuia ini berpasang-pasang supaya manusia berasa damai dan
tenteram dalam kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, Rasulullah banyak mengajar umatnya
bagaimana tatacara hidup bermsyarakat yang sebenarnya seperti menghormati orang tua, memuliakan
jiran, menziarahi orang lain, memuliakan tetamu, dan sebagainya.

Jihad

Perkataan jihad berasal dari kata jahada yang bermaksud kesungguhan. Menurut syarak ialah
pengerahan tenaga dari seorang Muslim dalam mempertahanakan dan menyebarkan Islam kerana
menuntut keredhaan Allah. Kerana itu jihad adalah satu kalimah yang besar maknanya dan tuntutannya
juga amat besar dipikul oleh umat Islam. Jihad dalam konteks yang luas boleh difahami dan diaplikasikan
dalam pelbagai cara seperti lisan, berjihad menentang hawa nafsu, berjihad dengan peperangan, dan
pelbagai lagi.

3. SYARIAT ISLAM : PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN

Takrif Al-Syariah Al-Islamiyyah

Syariah dalam bahasa Arab beerti aliran (almazhab) dan jalan yang lurus. Syariah Islamiyyah menurut
istilah ialah hokum-hukum yang disyarakan oleh Allah s.w.t. untuk hambaNya, samada yang berkaitan
dengan aqidah, ibadat, akhlak, muamalat, dan system-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk
kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Ia juga diertikan sebagai saluran air yang mengalir yang
menjadi sumber minuman. Hokum-hukum ini dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang
sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yang lurus tidak ada bengkang-bengkok. Berdasarkan
penjelasan di atas maka syariat Islam Islam dari segi istilah syara adalah semua hukum yang diciptakan
oleh Allah untuk hambanya sama ada hokum-hukum ini diperundangkan melalui al-Quran atau Sunnah
Nabi saw dalam bentuk perkataan, perbuatan atau perakuan baginda.

Ciri-ciri keistimewaan Syariah Islamiyyah

Rabbaniyyah
Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan bukan ciptaan manusia.
Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan
lafaz dan makna, iaitu al-Quran, atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya
sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah
Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri.

Natijah Syariah Islamiyyah:

i)-Prinsip-prinsip Syariah dan hokum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan
dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai ksempurnaan mutlaq. Undang-
undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki kelemahan
seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu,
alam persekitaran, kaum atau bangsa, dan sebagainya.

ii)-Hukum-hukum Syara mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman
dengannya ama ada pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya dari Allah dan pasti
memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi
oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.

Balasan Duniawi dan Ukhrawi

Balasan duniawi ini ada yang bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun sivil sepertimana
juga dengan undang-undang buatan manusia tetapi skopnya lebih luas dari balasan yang terdapat dalam
undang-undang buatan manusia, justeru undang-undang Islam itu mencakupi seluruh urusan individu
termasuklah soal-soal keagamaan dan akhlak, tidak sepertimana undang-undang buatan
manusia. Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap perlanggaran hokum syara sama ada ia
amalan had mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) mahupun
jenayah dan sama ada yang bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak
bertaubat nasuha dan mendapat penghalalan hak dari orang tertentu.

Alamiyyah dan Umumiyyah

Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi
petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua
masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu
sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada. Islam meraikan kehendak dan keperluan
manusia dalam beberapa perkara seperti:

a) Dharuriyyat : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara
dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan dan harta.

b) Hajiyyat : perkara yang diperlukan manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa
kewujudannya.

c) Tahsiniyyat : iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia. Contohnya Islam
mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana. Ia lebih mirip kepada
unsure kesempurnaan kemewahan.

Kekal.

Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam
terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi
selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam, umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang
pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala peraturan dan hokum-hakamnya itu dapat mencapai
kepentingan manusia sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala keperluan
yang dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip
dan hokum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat.

Syumul

Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan manusia
jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya,
memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Kesyumulan Islam ini
dapat dilihat pada 3 kelompok:-

i)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Perbahasan hokum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau Tawhud.

ii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah,
menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hokum-hukum akhlak ini kajiannya
adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.

iii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka
dengan yang lain. Hokum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu:

a)-Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara individu
dengan Tuhannya.

b)-Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia.

Kemanusiaan

Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk seluruh manusia
dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat.

Keadilan mutlak

Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah.
Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan
menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah,
keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat.

TUJUAN SYARIAT ISLAM.

1. MEMELIHARA AGAMA Allah menghukum orang yang menukar agama (murtad) dengan hukuman
bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yang agung ini sentiasa terpelihara bukan untuk
dipermainkan. Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran:

Dan barangsiapa dari kamu yang berpaling daripada agamanya, lalu ia mati padahal ia tetap kafir, maka
gugurlah amal-amal mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka akan jadi ahli neraka yang mereka (akan)
kekal di dalamnya (Al Baqarah : 217)
2. MEMELIHARA AKAL Allah mengharamkan benda-benda yang memabukkan kerana hendak
memelihara akal manusia. Kita dapat perhatikan orang-orang yang mabuk disebabkan bahan-bahan
tersebut perangainya sama seperti binatang mereka sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa
perasaan malu. Islam telah menjelaskan bahawa arak adalah ibu segala yang keji dan kotor.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Arak adalah ibu segala kejahatan

Islam menghukum kepada mereka yang sabit melakukan kesalahan dengan 40 kali sebat berdasarkan
kepada hadis Nabi saw:

Bahawasanya Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat dan abu
baker menyebat 40 kali dan Umar menyebat 80 kali

3. MEMELIHARA NYAWA Islam telah menetapkan bahawasanya sesiapa yang menghilangkan


nyawa manusia lain akan dikenakan hukuman bunuh balas. Ini beerti bahawa qisas terhadap seorang
adalah perlu untuk memelihara keselamatan hidup (nyawa) orang lain, dengan ini akan memberi
pengajaran yang berkesan kepada sesiapa sahaja yang berani melakukan perbuatan tersebut.

4. MEMELIHARA HARTAHarta perlu dipelihara dengan baik, maka Allah mensyariatkan supaya
mereka yang mencuri harta dikenakan hukuman apabila mempunyai syarat-syarat dan bukti yang sahih.
Oleh kerana itu balsannya adalah dipotong tangannya apabila syarat-syaratatau bukti-bukti telah
mencukupi bagi si pencuri tersebut. Inilah keadilan Islam supaya manusia itu sentiasa menghormati harta
atau hak orang lainnya.

5. MEMELIHARA KETURUNANIslam menjamin keselamatan ummah dan keturunan pemeluknya.


Untuk melangsungkan zuriat manusia di dunnia ini maka disyariatkan perkahwinan. Perkahwinan juga
merupakan satu saluran yang sah bagi memenuhi naluri manusia. Justeru itu Islam mengharamkan sama
sekali hubungan jenis tanpa mengikut saluran yang sah di sisi syarak. Hukuman yang setimpal dikenakan
kepada mereka yang melakukan jenayah tersebut adalah 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin
manakala yang sudah berkahwin direjam dengan batu yang sederhana sampai mati. Ini berdasarkan
kepada Firman Allah swt :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya
seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya
dalam menjalankan hokum Allah swt, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-
orang yang beriman (An-Nuur ayat 2)

SUMBER PERUNDANGAN ISLAM

Dalil-dalil sumber perundangan Islam:-

Dalil yang disepakati oleh semua orang Islam iaitu Al-Quran dan As Sunnah.

Dalil yang disepakati oleh jumhur muslimin iaitu Ijma dan al Qiyas.

Sumber yang berlaku perbezaan pendapat dikalangan para ulama, hatta dikalangan para ulama
yang beramal dengan konsep qiyas. Bahagian ini merangkumi al-urf, al-istishab, al-istihsan, al-
Masalih al-Mursalah. Syaru man Qablana dan Mazhab al-Sahabi di mana sebahagian ulama
mengambil ia sebagai sumber hokum sedangkan lain tidak menganggap ia sebagai hokum.
i)-Al-Quran

Tarif Al-Quran dalam bahasa Arab yang bermaksud: ialah lafaz dalam bahasa Arab diturunkan kepada
Nabi Muhammad saw yang dapat melemahkan dengan sesuatu surah, dipindahkan dengan jalan
mutawatir, bacaannya merupakan amal ibadah

Petunjuk ayat-ayat al-Quran Nas-nas Al-Quran terbahagi kepada 2 perkara:

a)-Dalil yang merupakan nas yang terang. Dalil-dalil ini tiada berkehandakkan penjelasan atau huraian
yang lain lagi. Contohnya dalam Firman Allah swt:

Dan bagimu (suami) separuh dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak
mempunyai anak (Surah An Nisa ayat 12)

b)-Dalil yang berupa hukum mumjal, am, musytarak (bersekutu). Ayat yang seperti ini berkehendakkan
kepada penerangan hadith. Hadithlah yang menentukannya kepada maksud ayat tersebut.

Contoh ayat:

Dirikanlah olehmu akan solat (An nur ayat 77)

Ayat ini mumjal kerana ia tidak menerangkan cara atau peraturan solat, syarat atau rukunnya. Untuk
mengetahui perkara ini perlu kita mengambil dalil dengan hadith Rasulullah saw:

Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat

PERANAN AL QURAN

1. sebagai perundangan yang menjadi dasar hokum Islam yang sesuai dijalankan pada bila-bila
masa dan segenap tempat

2. al-quran menjadi petunjuk kepada seluruh manusia daripada kekufuran kepada hidayah.

3. Sebagai khabar gembira kepada orang yang mentaati perintahnya dan amaran keras bagi orang
yang melampaui batas.

ii)-As-Sunnah

Dari segi bahasa bermaksud perjalanan, perlakuan, amalan method atau cara hidup. As- Sunnah juga
bermaksud membuka/merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk.Dari segi istilah apa-apa yang
lahir daripada baginda Nabi saw sama ada perkataan atau sifat kejadian atau akhlak atau sirah (sejarah)
sama ada sebelum diutuskan Nabi atau selepas diutuskan Nabi menjadi rasul. Sunnah pada istilah ahli-
ahli Usul Fiqh iaitu apa yang diambil daripada Nabi saw daripada perkataan, perbuatan atau perakuan. Ini
dapat menyimpulkan bahawa Sunnah terbahagi kepada 3 bahagian:

a)-Sunnah Qauliyah (perkataan) yang juga dinamakan hadith dan al-Khabar. Contohnya sabda Nabi
saw:

Ertinya : sesungguhnya segala macam amalan itu mengikut niatnya


b)-Sunnah Fikliah (perbuatan) seperti solat yang ditunjukkan oleh Nabi saw sepertimana Sabda
baginda:

Ertinya : Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat

c)-Sunnah Taqririyyah (pengakuan) iaitu apabila Nabi saw melihat sesuatu tingkahlaku atau
mendengar satu pertuturan para sahabat tetapi baginda tidak mengingkarinya, misalnya seperti
pengakuan Nabi terhadap para sahabat yang memakan Himarulwahsyi (keldai liar).

iii)-Ijma

Takrif Ijma dalam bahasa Arab:

Ertinya: Persepakatan ulama mujathidin daripada umat Nabi Muhammad saw terhadap sesuatu hokum
syara pada sesuatu masa selain daripada zaman baginda Makna (ittifak) ialah ijmak atau sepakat, sama
ada dalam bentuk Itiqad atau kata atau perbuatan atau kelakuan.

Makna Mujtahidin takrif ini akan mengeluarkan orang awam, kerana biasanya mereka tidak mempunyai
dalil atau sandaran. Dan mengeluarkan ijma sebahagian daripada ulama mujtahidin, kerana jaminan
Ismah hanya kepada ijma semua ulama mujtahidin. Sebenarnya Ijma mulai muncul sejak zaman
sahabat di mana Abu Bakar ketika dikemukakan dengan sesuatu masalah, baginda akan menyelidikanya
di dalam Al-Quran dan terus menghukum jika terdapat di dalam Al-Quran; tetapi sekiranya tiada didapati
di dalam al-Quran beliau akan menyelidiki pula di dalam sunnah Rasulullah, jika ada akan dihukum
menurut as-Sunnah, jika tiada beliau akan mengumpul para sahabat untuk bermesyuarat mengenai
masalah tersebut. Kaedah persetujuan dalam menentukan hokum melalui mesyuarat ini dinamakan
sebagai ijma

Syarat-Syarat Ijma

1.

1. Para ulama mujtahidin bersifat adil dan sentiasa menjauhi perbuatan bidah.

2. Semua ulama mujtahidin mengeluarkan pendapat yang serupa dalam satu zaman.

3. terdapat beberapa ulama mujtahidin. Kalaulah kebetulan hanya seorang ulama


mujtahidin sahaja dalam zaman itu pendapatnya tidak berupa ijma

4. Hukum yang diijmakkan adalah hokum syara.

5. Tiada seorang ulama mujtahidin menarik balik pendapatnya.

iv)-al-Qiyas

sebagai menerangkan hokum sesuatu perkara yang tidak terdapat didalam nas, dihubungkan dengan
perkara-perkara yang telah diketahui hukumnya dengan nas yang terdapat di dalam al-Quran dan As-
Sunnah. Contohnya, seperti diharamkan memukul kedua ibu bapa dinisbahkan dengan haramnya si
anak, berkata (ah) kepada keduanya. Takrif dalam bahasa Arab:
Ertinya : Ialah persamaan antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain pada illat hokum syarak. Illat
ini tidak begitu mudah faham dari dalil hokum itu semata-mata berpandukan fahaman bahasa. Dari takrif
di atas, dapat difahami bahawa qias mempunyai empat rukun iaitu:

1. Asal iaitu tempat hokum yang sabit dengan dalil al-Quran atau hadith atau ijma seperti arak
yang telah sabit hukumnya dengan al-Quran.

2. Hukum Asal: iaitu hokum syarak yang sabit dengan dalil yang hendak diluaskan kepada tempat
lain seperti hokum haram arak.

3. Furuk: iaitu tempat dan hukumnya tidak ditegaskan dalam al-Quran atau hadith atau ijma.

4. Illat: iaitu suatu sifat yang serupa sebab atau mewujudkan hokum asal yang serupa dengan illat
furuk seperti sifat arak dan tuak yang boleh memabukkan.

SOALAN TAMBAHAN

1. Pengertian Islam dan Kepentingannya?

2. Bagaimana Islam menjadi manhaj hidup dalam kekeluargaan, masyarakat dan Negara.

3. Bincangkan kepentingan syariat Islam dan keistimewaannya berbanding agama yang lain?

4. Bincangkan perkembangan Islam dan syariatnya sejak zaman Rasulullah saw sehingga kini.

5. Bincangkan peranan anda untuk mempertahankan kesucian syariat Islam.

RUJUKAN:

1. Muqaddimah Aqidah Muslimin (tajuk Pengertian Islam)

2. Pengantar Fiqh Islam ( Buku Silibus Diploma Tasawwur Islam, ILHAM)

3. Usrah dan Harakah ( Tajuk Sukatan Usrah berbagai Peringkat)

4. Teks Usrah Peringkat Pengenalan. Ustaz Idris Hj Ahmad. Sarjana Media: Kuala Lumpur, 2000

Anda mungkin juga menyukai