Terdapat tiga orang suami yang sangat cemburu bersama-sama dengan isteri masing-
masing hendak menyeberangi sebatang sungai dengan menggunakan sebuah sampan
kecil. Ketiga-tiga pasangan tersebut ialah Ali dan Aminah, Badrul dan Badriah, Zulkifli
dan Zainab.
Syarat-syarat:
1. Sampan itu cuma boleh menampung dua orang penumpang sahaja bagi setiap
kali perjalanan.
2. Tidak dibenarkan suami atau isteri orang lain berada bersama-sama dalam
sampan itu lantaran suami-suami itu sangat cemburu.
Masalah:
Bagaimanakah anda dapat menyelesaikan masalah ini supaya kesemua orang itu dapat
menyeberangi sungai itu dalam keadaan yang harmoni dan selamat dengan hanya
menggunakan sebuah sampan yang kecil?
AminahStrategi Penyelesaian
Langkah 2 : Merancang
Ulasan:
Simulasi main peranan merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan
sekumpulan orang tanpa menggunakan sebarang skrip, di mana ia merupakan lakonan
yang berdasarkan satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya dalam aktiviti
main peranan, mereka akan membayangkan situasi yang timbul dan kemudian akan
melakonkan situasi yang dibayangkan tadi secara spontan.
Kelebihan simulasi main peranan ialah memberi peluang kepada mereka untuk
memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang
diwujudkan. Sebagai contoh, keenam-enam orang tersebut akan berlakon sebagai Ali
dan Aminah, Badrul dan Badriah, serta Zulkifli dan Zainab. Kemudian, mereka akan
menjalankan simulasi menyeberangi sungai dengan mematuhi syarat-syarat yang
disenaraikan dalam pernyataan masalah. Sekiranya simulasi yang dilakukan telah
berjaya, mereka akan dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah berkenaan.
Di samping itu, simulasi main peranan juga merupakan satu teknik pembelajaran
yang menarik dan seronok, serta boleh membawa kepada suasana pembelajaran yang
berkesan. Murid-murid juga akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang
sebenar melalui simulasi main peranan.