Anda di halaman 1dari 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU SABAH

NAMA : NOR AIN BINTI AHMAD SUHAIMI

NO KAD PENGENALAN : 960909065382

NO MATRIKS : 8098

UNIT : PISMP SAINS AMBILAN JUN 2015

NAMA KURSUS : RANGKAIAN KOMPUTER

KOD : TMKS 3033

NAMA PENSYARAH : ENCIK FALAWANGI LAHAMA

ENCIK ISMAIL HUSSIN

TARIKH TERIMA : 15 FEBRUARI 2016

TARIKH HANTAR : 21 MAC 2016

0
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

PENGHARGAAN 2

KERTAS KERJA CADANGAN 3

1.0 TUJUAN 4

2.0 PENDAHULUAN 4

3.0 OBJEKTIF 4

4.0 KUMPULAN SASARAN 4

5.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA 5

6.0 BUTIRAN CADANGAN 6

6.1 KONSEP RANGKAIAN KOMPUTER 6

6.2 PERANAN APLIKASI RANGKAIAN 6

6.3 SISTEM RANGKAIAN 7

6.4 SENI BINA RANGKAIAN 8

6.5 TOPOLOGI 11

6.5.1 KAEDAH TOPOLOGI BAS BEKERJA 13

6.6 MEDIUM PENGHANTARAN DAN PERKAKASAN 15

7.0 CADANGAN SENIBINA RANGKAIAN TOPOLOGI BUS 21

1
8.0 ANGGARAN KOS BELANJAWAN 25

9.0 PENUTUP 26

RUJUKAN 27

LAMPIRAN 28

PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan TMKS 3033 ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan sejuta
penghargaan kepada pensyarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMKS 3023Encik
Ismail dan Encik Falawangi di atas tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi pemudahcara kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral sehingga saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan sekelas yang sentiasa
memberi tunjuk ajar dan kerjasama kepada saya. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah,saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

2
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
DAERAH (BTPD) TEMERLOH

KERTAS CADANGAN:
PROGRAM PEMBINAAN RANGKAIAN BESTARI

ANJURAN :
PEJABAT PENDIDIKAN

3
DAERAH TEMERLOH

1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja cadangan ini dilakukan ialah untuk meminta persetujuan daripada
pihak tuan untuk membina sistem rangkaian komputer bagi sekolah di daerah
Temerloh. Selain itu, pihak kami juga ingin memohon peruntukan berbentuk
kewangan ataupun material bagi membina sistem rangkaian komputer.

2.0 PENDAHULUAN
Pembinaan sistem rangkaian komputer bagi sekolah-sekolah di daerah Temerloh
adalah bertujuan untuk menyambungkan rangkaian komputer di sekolah. Rangkaian
ini memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang
lain dari aspek pemindahan fail. Selain itu, pengguna dapat berkongsi fail yang
disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat. Selaras dengan tujuan kertas
cadangan ini dibuat, pembinaan sistem rangkaian ini melibatkan tiga buah sekolah di
daerah Temerloh, Pahang iaitu SK Jalan Bahagia, SK Sungai Gau dan SK Bandar
Temerloh.

Perkembangan Tekonologi Maklumat mengakibatkan perubahan mendadak yang


memberi kesan kepada negara-negara yang sedang membangun .Usaha ini adalah
selaras dengan nilai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) itu sendiri yang
digunakan untuk meningkatkan pentadbiran dan peruntukan bahan melalui sistem
pencapaian untuk mengawasi dan menganalisis. Dengan kerjasama dan sumbangan
daripada pihak tuan, diharapkan niat murni ini akan tercapai agar kita semua dapat
menikmati manfaat darinya.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif projek ini adalah :
1. Memudahkan tugas-tugas guru dan pelajar dalam perkongsian maklumat melalui
aplikasi rangkaian komputer
2. Membolehkan penguna-penguna mendapatkan maklumat / informasi dalam
pelbagai bentuk dan bahan pembelajaran yang menghubungkan kepada sistem
maklumat global / informasi sejagat.
3. Melatih murid-murid untuk mahir dalam bidang teknologi maklumat melalui
pendedahan seperti perkongsian maklumat melalui rangkaian.

4.0 KUMPULAN SASARAN


1. SK Jalan Bahagia
2. SK Sungai Gau
3. SK Bandar Temerloh

5.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

4
PENAUNG

EN MOHD RAZAK BIN AHMAD

PENGERUSI

PUAN ROZIAH ANURA

PENYELARAS ICT

EN RAHMAD BIN TAHIR

PENYELARAS MAKMAL
PUAN KHATIJAH BINTI ZAKARIA

SETIAUSAHA

PUAN NOR IRANA BINTI AHMAD SUHAIMI

AJK TEKNIKAL
NOR FARAHANA BT AHMAD SUHAIMI

AJK KESELAMATAN
ENCIK AHMAD ABU BIN JABBAR

JURU AUDIT
ENCIK FAHMI BIN RAZAK

5
6.0 BUTIRAN CADANGAN

6.1 KONSEP RANGKAIAN KOMPUTER


Rangkaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan
komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-
Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat
dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra
merah atau satelit.

Tujuan rangkaian komputer adalah untuk memastikan pengguna mencapai


perkhidmatan yang disediakan dan supaya Pengguna perkhidmatan dalam
satu rangkaian dapat mengurangkan kos pembelian kelengkapan. Pada hari
ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat
(LAN) ,metropolitan area network (MAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN).
Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.

6.2 PERANAN APLIKASI RANGKAIAN


Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh sistem rangkaian. Setiap
perkhidmatan adalah bertanggungjawab untuk melakukan tugas yang
berbezaz-beza. Terdapat 5 aplikasi perkhidmatan rangkaian komputer secara
umum iaitu aplikasi Perkhidmatan Mesej, Perkhidmatan Fail,
Perkhidmatan Mencetak, Perkhidmatan Pangkalan Data, dan
Perkhidmatan Aplikasi

6
Bil Jenis aplikasi Fungsi
1 Perkhidmatan fail Perkhidmatan fail membolehkan pengguna menyimpan
dan berkongsi fail di dalam satu rangkaian
2 Perkhidmatan Perkhidmatan mencetak membolehkan pengguna
mencetak rangkaian berkongsi guna mesin pencetak
3 Perkhidmatan Pelayan pangkalan data digunakan untuk menyimpan
pangkalan data pangkalan data dan melakukan tuga yang diminta oleh
client/pelanggan
4 Perkhidmatan Perkhidmatan aplikasi adalah disediakan khas untuk
aplikasi melaksanakan aturcara atau aplikasi yang boleh
digunakan oleh sebarang pengguna dalam rangkaian
5 Perkhidmatan Menguruskan perutusan elektronik, E-mail, aplikasi
mesej workgroup (pengurusan workflow), directory services
(bantu pengguna mencari, simpan dan menjaga
keselamatan maklumat dalam rangkaian contoh:
Windows NT domain uruskan sumber mana dapat
dicapai oleh pengguna mana dalam domain tersebut)
dikalangan pengguna.
6.3 SISTEM RANGKAIAN
Rangkaian komputer merupakan satu sistem komputer yang mengandungi
dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui
sistem operasinya yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada
di tempat-tempat yang jauh. Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan
mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu,
perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan
jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan
menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro
untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas
iaitu:
MAN (Metropolitan Area Netword)
Wan (Wide Area Network)
Lan (Local Area Network)

Rangkaian kawasan setempat Local area network/LAN adalah


rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang kecil merangkumi suatu bilik,
bangunan atau kampus. LAN ialah rangkaian setempat. Beberapa PC boleh
disambungkan bagi mendapat kemudahan yang terdapat dalam rangkaian.
Mempunyai station kerja yang disambungkan kepada server.

7
Rangkaian kawasan metropolitan Metropolitan area network/MAN
adalah rangkaian yang meliputi kawasan seluas 3 - 30 batu (~ saiz suatu
bandar)

Rangkaian kawasan luas Wide area network/WANadalah rangkaian


besar meliputi sebahagian negeri-negeri, negara dan dunia. Contohnya
pengguna di Malaysia mendapatkan maklumat dari satu tempat host yang
terdapat di Singapura. Jaringan ini dijalankan dengan menggunakan talian
telefon dan satelit.

Oleh yang demikian, pihak kami memilh sistem rangkaian MAN iaitu rangkaian
yang meliputi kawasan seluas 3 - 30 batu (~ saiz suatu bandar). Hal ini kerana
lokasi antara setiap sekolah adalah dalam satu bandar. Jika memilih rangkaian
kawasan luas Wide area network/WAN, ia akan menelan belanja yang tinggi.

6.4 SENI BINA RANGKAIAN


Seni bina rangkaian adalah reka bentuk keseluruhan rangkaian komputer yang
menerangkan bagaimana rangkaian komputer dikonfigurasi dan apakah
strategi yang digunakan.
Senibina rangkaian memberi tumpuan utama kepada fungsi rangkaian itu
sendiri. Senibina rangkaian juga dikenali sebagai model rangkaian atau
rekabentuk rangkaian.

Rangkaian komputer terbahagi kepada 2 jenis iaitu;


a) client- server
b) peer to peer

a) client- server
Seni bina rangkaian client-server terdiri daripada sebuah komputer
pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai
pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan
pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi
perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain-lain. Pelayan
biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis pelayan:
Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.

8
Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Kelebihan Kelemahan

Berpusat Keselamatan Perbelanjaan Memerlukan


sumber dan data dikawal oleh pelaburan yang banyak di
fail pelayan. dalam mendapatkan

Memenuhi keperluan Mana- fail pelayan yang dedikasi.


mana elemen dan dokumen
boleh dialihkan Penyenggaraan Rangkaian
yang besar memerlukan
secara berasingan mengikut sejumlah staff yang
tahap keperluan yang
meningkat. Menjamin kecekapan operasi.

Fleksibel Teknologi dan Permasalahan Apabila fail

perisian yang terkini dengan pelayan mengalami masalah,

mudah dapat segala operasi

dimasukkan ke dalam sistem. akan turut tergugat dan


bermasalah.
Interoperasi Semua
komponen termasuk
pelanggan, rangkaian dan fail
pelanggan bekerja bersama-
sama.

Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim.
Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab
permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh
perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX

b) Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

Sistem ini tidak melibatkan komputer pelayan. Ia membenarkan


perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan

9
memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang
sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups,
Windows 95 dan Windows 98.

Kelebihan Kelemahan
Kosnya rendah, tidak perlu Tiada pengurusan pusat
pelayan. untuk fail dan perisian
Guna Sistem Operasi yang applikasi.
sedia ada (Windows 95/98), Keselamatan data tidak
hanya perlu configurasi sebaik sistem client-server.
untuk peer to peer. Lambat berbanding dengan
Sesuai untuk organisasi sistem client-server.
yang kecil.

Berdasarkan jadual diatas, pihak kami mencadangkan senibina sistem


rangkaian client- server kerana senibina ini lebih sesuai digunakan bagi
membina rangkaian komputer untuk sekolah-sekolah rendah di daerah
Temerloh walaupun perbelanjaan yang lebih mahal dikenakan oleh sebuah
komputer pelayan. Hal ini kerana ia memenuhi keperluan mana-mana
elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap
keperluan yang meningkat. Berikut merupakan senibina rangkaian client-
server yang dikehendaki. (Gambar 1)

Gambar 1

6.5 TOPOLOGI

10
Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut
disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis
iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.

Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat
pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula
merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat
di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam
stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:

a. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)


b. Topologi Bintang (Star)
c. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-
Wired Ring)
d. Topologi Pepohon (Tree)
e. Topologi Hierarki

Rekabentuk Topologi Bas merupakan rekabentuk yang sesuai bagi rangkaian


Client-server. Topologi bas dipilih kerana ia mudah menyambungkan sesebuah
komputer atau periferal kepada sesebuah topologi Linear Bas. Selain itu, topologi
ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.

Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan
penyambung `nyawa kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia
selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-
kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada
kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah
komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua
nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear
tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah
Ethernet dan LocalTalk. Berikut merupakan rangkaian tapologi bas (Rajah 2)

11
Rajah 2

12
6.5.1 KAEDAH TOPOLOGI BAS BEKERJA

Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada LAN
sebagai cabang daripada talian umum. Setiap nod mempunyai alamat atau tanda
pengenalan yang unik dan berbeza di antara satu sama lain. Kad rangkaian yang
dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain, pelayan fail, atau pelayan pencetak,
mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang
rangkaian. Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya
kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah. Setiap nod mempunyai
penghantar-terimanya sendiri.

Penghantar-terima akan menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai


ke semua nod lain di dalam rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat
destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data atau
maklumat. Setiap nod yang terdapat di sepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang
terkandung di dalam mesej. Nod di mana mesej tidak dialamatkan, tidak akan diberi
sebarang perhatian. Apabila nod mengesan alamatnya sendiri di dalam mesej, nod akan
membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar pemakluman kepada penghantar,
dengan menggunakan alamat penghantar, yang disertakan sebagai sebahagian daripada
mesej.

Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran di antara dua mesej
membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas oleh
penghantar.

Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran menghantar isyarat khas untuk


menyekat rangkaian supaya semua nod akan tahu rangkaian telah disekat. Penghantaran
dari semua nod akan terhenti, setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh
masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya. Proses ini mengulang
sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod
lain.

13
Berikut adalah ringkasan kelebihan dan kekurangan topologi bas.

Kelebihan Kelemahan

Mudah menyambungkan Sebarang masalah pada


sesebuah komputer atau mana-mana nod pada
periferal kepada sesebuah rangkaian tersebut berupaya
topologi Linear Bas. menjadikan keseluruhan
rangkaian tersebut gagal
berfungsi.

Topologi ini amat mudah, murah


serta senang untuk
dikendalikan. Titik permula atau penutup
diperlukan pada kedua-dua
penghujung tulang belakang
kabel tersebut.

Sukar untuk mengenali


permasalahan yang dihadapi
jika keseluruhan sistem
rangkaian itu gagal berfungsi.

Tidak boleh digunakan sebagai


satu-satunya jalan
penyelesaian rangkaian utama
di dalam sesebuah bangunan
yang besar.

14
15
6.6 MEDIUM PENGHANTARAN DAN PERKAKASAN YANG DIGUNAKAN

Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka


(interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan
komunikasi di dalam rangkaian.

Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian


ialah:

a) Fail pelayan
Fail pelayan merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan
jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Fail
pelayan sepatutnya mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium,
Power PC), cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4
Gigabait , satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk
menyimpan data selepas penggunakan disket, satu unit fail sandaran,
beberapa slot perluasan, Kad antara muka yang pantas dan sekurang-
kurangnya 32 MB RAM.

b) Kad antara muka rangkaian (NIC)

Ia menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer


stesen kerja. Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang
dimuatkan pada slot di dalam komputer. Adalah lebih baik menggunakan kad
antara muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang dijalankan.
Kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan ialah kad
Ethernet. Jika ianya dibina untuk kabel jenis koaxial, maka penyambungannya
ialah jenis BNC (Gambar 3)

16
Gambar 3 Kad antaramuka (NIC)

c) Concentrators / Hab

Hub merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central


connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja,
komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.
Concentrators yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang bagi
memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu. Concentrators biasanya
berpasangan dengan 8, 12 atau 24 RJ-45 port, dan dimasukkan (install) di
dalam rak besi yang turut memuatkan netmodem.

Gambar 4 Hab

d) Pengulang (repeaters)

Sebuah alat yang menerima isyarat daripada media penghantaran,


menguatkan semula isyarat tersebut dan menghantar semula isyarat
berkenaan ke destinasinya.

Gambar 5 (pengulang)

e) Jambatan

17
Jambatan atau penghubung berfungsi membenarkan satu rangkaian yang
besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat
mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu.

Gambar 6 (Jambatan)

f) Router

Router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu


rangkaian yang lain. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk
menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Jambatan
menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari
kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Jambatan boleh digunakan untuk
menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun
begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan.
Gambar 7 (Router)

18
g) Kabel

Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz
rangkaian. Saya memilih wayar koaksial. Walaupun pengkabelan koaksial agak
sukar untuk dimasukkan, namun ia amat peka pada kehadiran isyarat. Ia boleh
menampung pengkabelan yang lebih panjang di antara rangkaian dengan peranti-
peranti lain berbanding kabel lapik pasangan berpintal. Kabel koaksial yang nipis
juga dikenali sebagai thinnet.10Base2 merujuk kepada spesifikasi untuk
keupayaan koaksial nipis yang membawa isyarat Ethernet. Kabel koaksial yang
nipis ini adalah sesuai di sekolah. Kabel koaksial ini mempunyai penutup (cover)
plastik yang berupaya menghalang kelembapan dari bahan konduktor yang
berada di tengah-tengah. Ini menjadikan ia mampu menampung gelombang yang
lebih besar terutama pada topologi linear bas.

h) Protokol

Protokol adalah satu set peraturan yang mentadbir talian komunikasi di antara
beberapa buah komputer yang terdapat pada suatu rangkaian. . Peraturan-
peraturan tersebut termasuklah cara mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan,
jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran data. Kami memilih protocol
Ethernet. Ethernet menggunakan cara kemasukan (access method) yang dikenali
sebagai CSMA/CD (Carrier Sense Multiple Access / Collision Detection). Ia
merupakan suatu sistem di mana setiap komputer menunggu arahan melalui
kabel sebelum menghantar mesej melalui rangkaian.

19
7.0 CADANGAN SENIBINA SISTEM RANGKAIAN TOPOLOGI BUS
Rujuk lampiran 1a, 1b,1c dan 1d

8.0 ANGGARAN KOS BELANJAWAN


Rujuk lampiran 2

9.0 PENUTUP

Projek pembinaan sistem rangkaian komputer sekolah rendah di daerah Temerloh ini
merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan mutu prestasi sekolah amnya khususnya
dalam membantu memudahkan urusan perkongsian fail. Hal ini juga selaras dengan
rancangan kerajaan dalam Pelan Pembangunan satu Malaysia ada menyebut dalam
anjakan yang ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran, merupakan perubahan dari segi amalan dan pelaksanaan khususnya
melibatkan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian kami berharap agar projek pembinaan rangkaian komputer ini mendapat
kelulusan dan segera dilaksananakan.

20
Disediakan oleh,

(NOR AIN AHMAD SUHAIMI)


Setiausaha
Seminar Pengurusan Kewangan
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Disemak oleh,

(NAIMA BINTI KADIR)


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Instittut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Diluluskan oleh,

.
(HAJI MOHD ZAIN BIN BADUI)
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

LAMPIRAN 1a

21
CADANGAN SENI BINA RANGKAIAN KOMPUTER

Cadangan seni bina rangkaian komputer di SK Jalan Bahagia

Komputer Komputer Komputer

Mesin pencetak

Manageable hub
Modem Repeater

Mesin faks

Komputer Komputer Komputer

LAMPIRAN 1b

Cadangan seni bina rangkaian komputer di SK Sungai Gau

22
Komputer Komputer Komputer

Mesin pencetak

Manageable hub
Modem Repeater

Mesin faks

Komputer Komputer Komputer

LAMPIRAN 1c

Cadangan seni bina rangkaian komputer di SK Bandar Temerloh

23
Komputer Komputer
Komputer

Mesin pencetak

Manageable hub
Modem Repeater

Mesin faks

Komputer Komputer Komputer

LAMPIRAN 1d

Cadangan seni bina rangkaian komputer di PPD Temerloh

24
Komputer Komputer

Mesin pencetak
Manageable hub
Mesin faks Mesin pencetak Modem

Server

Komputer Komputer

LAMPIRAN 2

Kos bagi perkakasan

BIL PERKAKASAN BILANGAN KOS (RM)


1 Kad antaramuka rangkaian 60 1500
(NIC)
2 Manageable hub (24 port) 4 1000
3 Server 1 13,000
4 Repeater 4 700
5 Modem 4 600

25
6 Pencetak 4 1200
7 Mesin faks 4 2000
8 Kabel koaksial (thinnet) 10 KM 3500
9 Kabel RJ45 600 meter 700
JUMLAH 24,200

RUJUKAN

Fouri.M.W, G. (2000). Komputer dan Pemprosesan Maklumat Cetakan ketiga.


Malaysia: Prentice Hall.

Hamimah, N. (2011, September 28). Rangkaian Komputer. Retrieved from


Blogspot: http://panitiaict-semekar.blogspot.my/2011/09/rangkaian-
komputer.html

Khai. (2011, December 6). pengenalan kepada asas rangkaian. Retrieved from
Blogger: http://khainetworking.blogspot.my/2011/12/pengenalan-
kepada-asas-rangkaian.html

Ng Kim Siang, H. T. (2000). Pengajian Asas Komputer. Malaysia: Percetakan


Naz Sdn Bhd.

Norazimah. (n.d.). Sistem Rangkaian Komputer. Retrieved from Tripod:


http://smksy.tripod.com/SistemRangkaian.htm

Razi. (2009, April 17). sistem pengendali. Retrieved from blogger:


http://notarazi.blogspot.co.uk/2009/04/sistem-pengendalian-operating-
system.html

Roslan, H. (n.d.). Aplikasi Perisian. Retrieved from wordpress.com:


https://lepakking.wordpress.com/aplikasi-perisian/

26
Sing, G. O. (2002). Kamus Komputer dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur:
Utusan Publication.

Sulaiman, S. B. (2004). Teknologi Maklumat untuk IPG. Selangor : Federal


Publication.

LAMPIRAN
27