Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2

Sejauh Manakah Bidang Morfologi Dapat Memartabatkan Bahasa Melayu Di Negara Kita. (30 %)

Sejak kebelakangan ini, dalam era globalisasi ini, beberapa gejala yang amat membimbangkan
berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu semakin menular dan semakin membimbangkan.
Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan, ayat,
istilah, bahasa rojak, bahasa sms dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling
teruk berlaku ialah dalam kalangan golongan remaja. Pada abad ke-21 ini, sudah menjadi satu trend atau
ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Senario ini cukup membimbangkan
dan jika tidak ditangani dengan kadar yang segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu akan pudar
dalam arus permodenan ini. . .
Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Hal ini kerana
rakyat Malaysia sudah mencampuradukkan kedua-dua bahasa tersebut dalam pertuuturan mereka.
Mengikut Nik Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat dalam satu
bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah How are you today..harap OKlah.
Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen mahupun radio
dalam abad ke-21 ini. Manakala dalam golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup
membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi
maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan,
mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Mengikut Kamus Dewan Edisi
Keempat, kerancuan bahasa membawa maksud, keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur,
mencampuradukkan bahasa serta tidak mengikut peraturan bahasa sama ada dari segi sintaksis,
morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan
dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah.

Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), wlam


(waalaikumsalam), diorang (mereka), tipon (telefon) dan pesal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah
dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata
tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa
Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan,kehalusan dan
keintelektualan serta ketulenan bahasa Melayu, kerana menjejaskan sistem dan peraturan bahasa yang
menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya
akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya. Sekiranya
permasalahan ini tidak ditangani, sudah tentu ianya akan memberi impak atau cabaran yang besar
kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Oleh yang demikian, bidang kajian bahasa iaitu morfologi ini dapat bagi membendung masalah
penggunaan bahasa yang semakin membimbangkan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana bidang
morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata
bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk
kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Ilmu
morfologi ini menjadi inti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam
bilik darjah seterusnya penggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-harian seseorang pelajar.
Maka jelaslah bahawa bidang morfologi memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan bahasa
Melayu yang semakin kehilangan keindahan dan ketulenanya.

Menurut Nik Safiah Karim (1996), beliau telah mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005) pula mendefinisikan morfologi sebagai satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu
bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan manakala Buku Tatabahasa Dewan
(2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan oleh para penahu
bahasa, jelaslah bahawa morfologi ialah satu kajian terperinci yang mengkaji nahu dan sistem bahasa
yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian yang dibuat adalah menyeluruh kepada pembentukan kata
dan jenis-jenis penggolongan kata.

Selain itu, morfologi juga adalah kajian ilmu bahasa yang memperjelaskan lagi fungsi dan
maksud penggunaan kata yang diujarkan. Dalam kajian ilmu linguistik, setiap morfem berfungsi gramatis
dan penggunaan kata yang betul dan sesuai akan menghasilkan maksud ayat yang gramatis juga.
Morfologi juga dapat dinyatakan sebagai proses penyusunan morfem secara berperaturan. Proses
pembentukan perkataan dari unit-unit tatabahasa ini seharusnya melalui proses pengimbuhan sama ada
melibatkan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan atau pun imbuhan sisipan. Hasil daripada
susunan beberapa morfem akan menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti bentuk kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk dan kata ganti nama.

Pengetahuan dan penguasaan dalam bidang morfologi adalah penting bagi merealisasikan impian
supaya murid mengunakan bahasa yang betul. Hal ini kerana pada zaman sekarang, pihak kerajaan
memberikan kelonggaran kepada kakitangan kerajaan untuk membuat sesuatu kertas kerja dalam
bahasa Melayu atau pun bahasa Inggeris. Hal ini memberikan kesan yang kurang baik kepada
pengunaan ayat dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana mereka yang bertanggungjawab dalam
membuat kertas kerja tersebut kepada anak-anak mereka sedangkan mereka mengunakan bahasa yang
salah dari segi morfologi mahupun sintaksis.

Selain itu juga, seseorang juga perlu menguasai bidang morfologi kerana ia akan mengukuhkan
lagi tentang kefahaman untuk menguasai bentuk kata. Bentuk kata ialah bunyi ujaran atau gabungan
bunyi dalam sesuatu bahasa. Perkataan terhasil apabila diucapkan atau ditulis dengan menggunakan
lambang-lambang huruf. Perkataan yang bermakna berfungsi untuk menyampaikan maksud. Setiap kata
yang gramatis memberikan makna yang tertentu. Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis bentuk kata
iaitu kata tunggal, kata terbitan atau pengimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda. Selain itu juga,
bidang morfologi juga penting bagi struktur perkataan. Struktur perkataan ialah susunan bentuk-bentuk
bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Unit-unit terkecil dalam tatabahasa
yang menjadi unsur perkataan dinamakan morfem. Fungsi morfem adalah menjalankan tugas nahu.
Setiap perkataan yang dihasilkan terdiri daripada satu morfem atau pun lebih . Morfem terbahagi pula
kepada 2 jenis iaitu morfem bebas yang boleh berfungsi secara sendirian dan morfem terikat yang
digabungkan dengan morfem-morfem lain untuk menjadi lebih bermakna. Pada masa kini, ramai yang
keliru dengan struktur bahasa kerana penggunaan bahasa sms yang kian membimbangkan. Sebagai
contohnya, perkataan seperti nanti ditukar menjadi t dan tapi menjadi p. Ini menyebabkan struktur
perkataan tidak teratur. Maka penguasaan dalam morfologi penting untuk aspek struktur perkataan.

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula ialah
perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa
Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kata atau
pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Dari segi pembentukan kata pula,
kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan baharu dalam bahasa Melayu menyebabkan
berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu,
imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan
perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu. Melalui proses
perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka proses
pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Oleh hal inilah, begitu banyak perkataan baharu
terbentuk semasa dari semasa.
.

Anda mungkin juga menyukai