Anda di halaman 1dari 10

HUBUNGAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR

1.0 Pendahuluan
1.1 Latarbelakang Kajian
Secara umumnya, pembelajaran adalah merupakan suatu proses yang kompleks
melibatkan dua pihak, iaitu pelajar dan juga persekitaran pelajar. Pada pihak pelajar
perlu ada kesanggupan sikap dan keupayaan untuk belajar dalam kalangan
persekitaran sosial dan akademik yang sesuai serta mempunyai arahan yang
berkesan kepada pelajar. Sebagai pendidik, persoalan yang sering timbul dalam
menjalankan tugas adalah tentang wujudnya perbezaan dalam pencapaian pelajar.
Kajian-kajian lepas mengenai gaya pembelajaran ada yang menunjukkan
terdapatnya hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik
pelajar tetapi ada juga kajian yang menunjukkan bahawa tidak terdapatnya
hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.

Justeru, persoalan yang timbul dalam keadaan ini, ialah bagaimanakah kita
dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk seseorang individu dan
seterusnya membolehkan seseorang itu mengeksploitasikan gaya pembelajaran
tersebut ke arah kaedah pembelajaran yang lebih berkesan dan seterusnya
meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran? Pada hakikatnya, tidak ada
perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Perkara yang
membezakan antara kedua-dua golongan ini ialah tahap kenalan diri. Orang yang
berjaya lebih mengenali dirinya sendiri berbanding dengan orang yang gagal dan
akan memilih gaya pembelajaran yang sesuai bagi diri mereka sendiri. Oleh itu,
seseorang pelajar haruslah mengenali dirinya sebelum memilih gaya pembelajaran
yang sesuai dengan dirinya.

1.2 Permasalahan Kajian


Pencapaian akademik setiap pelajar di institusi pendidikan adalah berbeza antara
satu sama lain. Ini bermakna, kualiti pembelajaran boleh dipengaruhi dengan gaya
belajar. Berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun 2014,
beberapa sekolah di luar bandar mencatatkan keputusan semua A dalam semua
mata pelajaran. Pada masa yang sama pula, kebanyakkan sekolah ternama pula
mencatatkan kemerosotan mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan
semua A dalam mata pelajaran yang diambil di negara ini. Kesannya, berbagai-
bagai kelemahan pelajar yang dikenalpasti berdasarkan tingkah laku pelajar di bilik
darjah, seperti sikap malas membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran
serta kurang memberi tumpuan semasa proses pembelajaran dan pembelajaran
dijalankan dianggap sebagai punca utama pelajar gagal. Walau bagaimanapun,
jarang terdapat guru-guru yang menuding jari ke arah mereka sendiri dan
mempersoalkan kaedah pengajaran yang digunakan oleh mereka.
Permasalahannya yang timbul dalam keadaan ini, ialah, sebahagian besar
guru tidak menyedari hakikat kepelbagaian kecerdasan pelajar dan tidak
merancang bentuk pengajaran mengikut gaya pembelajaran yang dimiliki oleh
pelajar mereka. Justeru, kajian ini dijalankan dengan harapan akan dapat membantu
para guru untuk menangani masalah tersebut dengan merancang pengajaran
mereka selaras dengan gaya pembelajaran pelajar.

1.3 Objektif Kajian


Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kajian ini akan memberikan
tumpuan secara keseluruhannya kepada perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang mengambil mata pelajaran
Ekonomi Asas tingkatan empat.
ii. Mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran dalam mata pelajaran Ekonomi
Asas dalam kalangan pelajar tingkatan empat berdasarkan jantina.
iii. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik
dalam kalangan pelajar tingkatan empat.

1.4 Persoalan Kajian


Dari beberapa objektif yang dinyatakan di atas, maka jawapan kepada persoalan-
persoalan yang berikut ingin dicari :
i. Apakah gaya belajar pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata
pembelajaran Ekonomi Asas?
ii. Adakah terdapat perbezaan gaya belajar antara gaya pembelajaran bagi
pelajar lelaki dengan pelajar perempuan?
iii. Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata
pelajaran Ekonomi Asas?
1.5 Hipotesis Kajian
Terdapat 2 hipotesis kajian telah dibentuk berdasarkan kepada objektif dan soalan
kajian yang telah ditetapkan. Berikut merupakan hipotesis yang dibina bagi
menjawab setiap persoalan kajian yang dijalankan.
H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran
pelajar tingkatan empat berdasarkan jantina.
H02 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat.

1.6 Kepentingan Kajian


Kajian yang akan dihasilkan ini akan memberi kepentingan kepada pihak-pihak
berikut:
i. Golongan pendidik untuk mengenali perbezaan gaya belajar dalam kalangan
pelajar.
ii. Para guru dan ibu bapa untuk memahami pelajar-pelajar dan anak-anak
mereka tentang gaya pembelajaran yang berkesan dan seterusnya akan
dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.
iii. Rujukan untuk pihak sekolah merancang program yang dapat meningkatkan
kemahiran dan teknik mengajar yang sesuai dengan gaya belajar pelajar
yang berbeza-beza di sekolah.
iv. Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memantapkan lagi proses perancangan program berhubung gaya
pembelajaran dalam menangani isu-isu pendidikan negara.

1.7 Batasan Kajian


i. Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar tingkatan empat sahaja di sebuah
sekolah. Dengan itu, hasil dan kesimpulan kajian ini berkemungkinan tidak
sesuai diguanakan dalam situasi sekolah yang berlainan.
ii. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal-
selidik. Sehubungan itu, segala maklumat mengenai responden adalah
berdasarkan maklumbalas melalu soalselidik. Oleh itu, kebolehpercayaan
dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden
menjawab item-item di dalam soal-selidik.
1.8 Definisi Istilah
Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang kerap digunakan oleh pengkaji.
Oleh hal yang yang sedemikian, pengkaji mendefinisikan setiap istilah menurut
penggunaan pengkaji seperti yang dirasakan perlu. sebagai contoh:
i. Gaya Belajar
ii. Pencapaian Akademik
iii. Ekonomi Asas
iv. Pelajar Tingkatan Empat

2.0 KAJIAN LITERATUR


2.1 Pengenalan
Kajian literatur merupakan satu kajian yang sistematik dan melibatkan pemilihan
masalah, fokus perbincangan, pengolahan terhadap pemahaman konsep-konsep,
perspektif-perspektif teori atau model-model yang berkaitan serta kajian-kajian
lepas. Dalam bahagian ini, kajian-kajian lepas dan kajian-kajian berkaitan yang akan
menjadi asas dan landasan konsepsi kajian ini akan dibincangkan. Perbincangan
akan dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut: Teori dan konsep gaya belajar,
Tinjauan kajian lepas, Kerangka Kajian dan Kesimpulan.

2.2 Teori dan Konsep Gaya Belajar


Pada umumnya, teori ialah perkaitan beberapa andaian atau pernyataan yang telah
diperhatikan ataupun dikaji secara saintifik dan didefinisikan di bawah sesuatu
situasi atau syarat yang tertentu berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh
tokoh-tokoh bidang tertentu. Beberapa teori pembelajaran dikemukakan untuk
menyokong kajian ini. Teori pembelajaran ini memberikan penghuraian tentang
unsur faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran.
Dalam disiplin ilmu pendidikan, terdapat bebrapa model dan teori gaya
pembelajaran yang dipetik untuk menyokong penyelidikan ini. Antara model-model
yang dikaji, ialah model Dunn, Dunn dan Price (1985), Model Gaya Pembelajaran
Kolb (1984), Model Felder dan Silverman (1988), Model Honey dan Mumford (1986),
dan lain-lain.

2.2 Tinjauan Kajian Lepas


Tinjauan kajian lepas merupakan kajian yang diambil dari beberapa kajian yang
telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji dan penyelidik dari dalam dan luar
negara yang mempunyai pola kajian yang sama dan bersesuaian dengan tajuk
kajian ini.

2.3 Kerangka Kajian


Berdasarkan sorotan teori, model, dan kajian lepas yang telah dikemukakan, dapat
disimpulkan kerangka kajian hubungan antara gaya pembelajaran dengan
pencapaian akademik seperti berikut:

Rajah 6: Kerangka Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kerangka kajian seperti yang


terdapat dalam Rajah 6 yang bermaksud gaya belajar mempunyai hubungan tidak
langsung dengan pencapaian akademik.

2.4 Rumusan
Rumusan bagi bahagian ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas yang
menunjukkan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar di
samping model-model gaya pembelajaran yang lain.

3.0 Metodologi Kajian


3.1 Pengenalan
Bahagian ini akan menghuraikan secara ringkas kaedah yang digunakan dalam
kajian ini.

3.2 Rekabentuk Kajian


Kajian ini menggunakan instrumen soal-selidik. Borang soal-selidik diuruskan sendiri
oleh pengkaji dan dihantar ke sekolah yang terlibat melalui pengetua sebelum
diagihkan kepada respondan yang terlibat di sekolah tersebut. Menurut Johnson
(1994), terdapat tiga kekuatan apabila menggunakan kaedah soal selidik, iaitu
dapat melibatkan bilangan responden yang ramai, membolehkan penyelidikan
membuat hubungan dan perbandingan dengan hasil kajian kepada populasi yang
lebih besar dan dapat menghasilkan fakta serta maklumat yang boleh di cross-
tabulate dalam pelbagai kaedah statistik bagi mempelbagaikan dapatan sesuatu
kajian.

3.3 Populasi Kajian


Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di
Papar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Pelajar-
pelajar yang termasuk di dalam populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-
pelajar yang mempunyai latarbelakang yang berbeza.

3.4 Kaedah Persampelan


Untuk kajian ini bilangan sample yang digunakan adalah seramai 100 orang pelajar.

3.5 Instrumen Kajian


Soal-selidik ini diambil dan diubahsuai daripada Instrumen Learning Style
Inventory (LSI) yang digunakan oleh Usang Ngrambang (2007) melalui kajiannya
di daerah Lawas, Sarawak. Borang soal-selidik ini mengandungi enam bahagian,
iaitu Bahagian A, B, C, D, E, dan F.

3.6 Prosedur Kajian


Prosedur kajian merupakan langkah-langkah yang menerangkan keseluruhan proses
daripada peringkat awal kajian sehingga ke peringkat akhir. Dalam kajian yang dijalankan
ini, prosedur kajian adalah meliputi aspek-aspek berikut:
Mengedarkan
Mengenal pasti Pengumpulan
borang soal
masalah data
selidik

Memohon
Memilih tajuk kebenaran untuk Menganalisis
kajian mengadakan data
kajian

Berjumpa
dengan penyelia Menyediakan
Menyediakan
untuk berbincang kertas kerja laporan akhir
mengenai tajuk kajian
kajian
Rajah 7: Proses melaksanakan kajian

3.7 Penganalisisan Data


Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan tujuan dan soalan kajian. Data-
data dianalisis dengan menggunakan komputer. Program yang digunakan, ialah
Package For the Social Science (SPSS) versi yang ke-21. Terdapat beberapa cara
dan alat untuk mencapai objektif kajian ini. Bagi mencapai objektif yang pertama,
pengkaji akan melaporkan jenis gaya pembelajaran responden sahaja. Objektif
kedua pula, pengkaji akan menggunakan kaedah independent samples t-test untuk
melihat perbezaan gaya belajar antara jantina dan bagi objektif yang ketiga,
korelasi Spearman akan digunakan bagi melihat hubungan antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik responden.

4.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN


4.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan hasil keputusan analisis
statistik yang telah dilakukan. Selepas membentangkan demografi responden,
perbincangan ditumpukan kepada beberapa soalan kajian yang diajukan seperti :
I. Apakah gaya belajar pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata
pembelajaran Ekonomi Asas?
II. Adakah terdapat perbezaan gaya belajar antara gaya pembelajaran bagi
pelajar lelaki dengan pelajar perempuan?
III. Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata
pelajaran Ekonomi Asas?

4.2 Demografi Responden


Demografi responden dianalisis daripada maklumat yang diperolehi dari bahagian
'A' borang soal-selidik. Profil responden ditunjukkan dalam jadual yang dilampirkan/
dikemukakan.

4.3 Dapatan dan Perbincangan Hasil Kajian


Dapatan kajian akan dibincangkan mengikut soalan kajian dan diperjelaskan dalam
jadual yang akan dilampirkan/ dikemukakan. Dapatan kajian yang diperoleh adalah
seperti berikut :
D01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran
pelajar tingkatan empat berdasarkan jantina.
D02 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat.

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan
Bahagian ini akan membincangkan tentang dapatan-dapatan dari analisis data yang
telah dibuat dalam Bab 4 dan seterusnya memberikan cadangan-cadangan
daripada pihak penulis.
RUJUKAN

Robiah Zubir (1998). The impact of individualized learning and lecturing on student
learning in a
Malaysia Contact perspectives of lecturers and students. Tesis Ph.D,
Guildford, Survey, University of Survey.
Slavin, R. (1997). Educational psychology: Theory and practice. United States: Allyn
and Bacon
Sperry, L. (1972). Learning performance and individual differences: Essay
and readings. Illinois: Scott, Foresman and Company.
Stivers, B., & Phillips, J. (2009). Assessment of student learning: A fast-track
experience.

Journal of Education for Business. 84(5): 258-262.

Swisher, K. (1996). American-Indian learning styles survey. An assessment of


teachers
knowledge. The Journal of Education Isssues of Language Minority Students.
Spring
1994.
Tennat, M. (1998). Psychology and adult learning. London: Routledge.
Vermunt, J.D dan Van Rijswijk, F.A. (1998). An analysis and development of students.
Skill in
Self-Regulated Learning Higher Education. 17: 647-682.
Yahaya, A., Abd Karim, S., & Yahaya, N. (2003). Hubungan gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik pelajar di tingkatan empat sekolah menengah
teknik Negeri Sembilan. Negeri Sembilan.