Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
b. Isu - apakah isu yang diutarakan dalam soalan. kegagalan memahami isu soalan akan menyebabkan
karangan calon lari daripada tajuk soalan.
c. Fokus Soalan - merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama ada satu fokus atau dua fokus.
d. Skema - asas skema hanya ada i3aitu 5+0 ,1+4 dan 3A+2B@2A+3B., 1+1+2@1+2+1@2+1+1 tetapi ini
hanyalah pecahan daripada skema asas tadi. Skema 5+0 bermakna hanya ada satu fokus soalan dan skema
3A+2B@2A+3B bermakna ada dua fokus soalan. Serta 4 + 1, ada satu isi dalam soalan.
Peringkat 2: Menyenaraikan Idea Utama.
1. Dalam karangan pengajian am, calon perlu memberikan 5 idea utama (5 markah) dan setiap idea diiringi
dengan 3 idea sampingan berbentuk huraian, huraian lanjutan, contoh dan ulasan atau penegasan idea. (5IU x
3H=12H = 15 markah)
2. Bagaimanapun, pada peringkat ini calon perlu menyenaraikan seberapa banyak idea yang berkaitan dengan
kehendak soalan. (lebih daripada 4)
4. Idea utama ialah idea secara langsung dengan kehendak soalan dan ia merupakan satu perkara pokok yang
besar dan boleh berdiri sendiri.
5. Idea sampingan ialah tidak langsung dengan kehendak soalan tetapi secara langsung dengan idea utama dan
ia merupakan perkara-perkara kecil yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa perkara pokok.
6. Idea utama perlu diasingkan kerana markah hanya diberikan jika idea utama betul. Idea utama yang salah
tidak akan diberikan markah huraian walaupun huraian betul.
7. Idea utama yang salah dianggap tidak relevan (TR) kerana tidak menjawab kehendak soalan.
8. Idea sampingan perlulah diletakkan selepas idea utama sebagai hujah-hujah yang menyokong idea utama.
9. Idea sampingan ini perlulah jelas dan tidak boleh dipertikaikan pernyataannya.
10. Idea sampingan yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.
Nota: Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu mengandungi tiga bahagian; Pendahuluan, Isi dan
Penutup. (Perengan 1: Pendahuluan, perenggan 2-6: Isi dan perenggan 7: Penutup).