Ciri Kanak Pelarian

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PELARIAN

Kanak-kanak pelarian adalah kanak-kanak yang menjadi pelarian disebabkan berlakunya


masalah di dalam negara seperti konflik atau berlakunya bencana alam. Mereka menjadi pelarian
dan lari ke kawasan baru atau negara asing dengan harapan menemui sebuah kehidupan yang
lebih baik dan selamat. Kebanyakan kanak-kanak pelarian yang datang daripada negara-negara
perang yang terjejas mengalami pengalaman yang menakutkan, penganiayaan, kezaliman dan
tragedi buruk sepanjang lari dari negara asal ke tempat yang lebih selamat. Menurut Ummu
Atiyah Ahmad Zakuan, pelarian merupakan kumpulan manusia yang terpaksa melarikan diri
daripada tempat tinggal mereka akibat ketakutan diseksa di atas sebab bangsa, kewarganegaraan,
agama, keahlian kumpulan sosial dan pendapat politik dan melarikan diri ke negara asing untuk
memohon perlindungan daripada negara tersebut.

Kanak-kanak pelarian mempunyai ciri-ciri seperti mengalami trauma yang teruk dalam
diri mereka disebabkan oleh peperangan di tempat asal, penindasan terhadap diri dan kekejaman
pihak lain. Sesetengah kanak-kanak pelarian telah menyaksikan atau menjadi mangsa keganasan
di tanah air sendiri contohnya pelarian Syria yang telah cedera parah akibat pengeboman yang
berterusan di negara mereka. Natijahnya, kanak-kanak pelarian akan ketakutan dan terkejut
apabila mendengar bunyi yang kuat sama ada bunyi bom ataupun bunyi lain. Trauma teruk yang
dialami oleh kanak-kanak ini dapat menjadikan mereka menjadi kemurungan, kesedihan yang
melampau, pemarah, selalu merasa bimbang dan sering berfikir tentang tentang peristiwa trauma
akan berulang semula. Kematian ibu bapa dan ahli keluarga yang rapat dengan kanak-kanak ini
menyebabkan mereka mengalami trauma dan kemurungan yang teruk terutamanya apabila
kanak-kanak ini menjadi saksi kepada kematian tersebut. Trauma yang dialami oleh kanak-kanak
pelarian boleh merangsang kepekaan mereka terhadap ancaman yang akan berlaku dan mereka
akan memberi tindak balas yang agresif apabila ancaman itu berlaku.

Kanak-kanak pelarian kebiasaannya mempunyai kecederaan fizikal dan kekurangan


anggota badan terutamanya kanak-kanak yang terdedah kepada peperangan dan keganasan.
Kecederaan yang sering dialami oleh kanak-kanak ini adalah tangan dan kaki dipotong, lebam,
luka akibat terbakar, luka akibat tembakan, dan hilang deria pendengaran. Kanak-kanak pelarian
yang terdedah kepada bahaya semasa dalam penempatan yang berdekatan dengan penempatan
tentera yang mana mereka sering menjadi mangsa pengeboman dan periuk api yang begitu
banyak digunakan. Rawatan kesihatan yang terhad menyebabkan keadaan kanak-kanak yang
tercedera semakin parah. Bagi kanak-kanak yang hilang salah satu atau lebih anggota badan,
mereka memerlukan bimbingan kaunseling, fisioterapi dan pemulihan bagi menyuntik semangat
dan keyakinan mereka untuk terus hidup. Kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak pelarian ini
menyukarkan pergerakan seharian mereka dan menyebabkan keciciran dalam pendidikan. Hal ini
dapat dilihat daripada negara-negara bergolak seperti Palestin dan Syria. Kedua-dua negara ini
tidak pernah sunyi daripada bunyi bom.

Kanak-kanak pelarian terdedah kepada bahaya kerana ketika mereka menyelamatkan diri,
mereka telah berpotensi untuk menjadi mangsa seksaan, rogol secara beramai-ramai, keganasan
dan pelbagai pencabulan hak yang lain. Contohnya, kanak-kanak sering menjadi mangsa kerana
keadaan mereka yang mudah dipergunakan dan dieksploitasi. Kanak-kanak ditangkap dan kerap
dijadikan askar oleh pihak yang bertelagah. Walaupun secara sukarela, mereka tidak diberikan
pilihan kerana persetujuan yang diberikan adalah untuk mengelak keluarga mereka daripada
dihukum dan kadangkala untuk menuntut bela atas kematian ahli keluarga yang lain. Oleh itu,
kanak-kanak ini akan terlibat dalam pertempuran dan peperangan secara langsung yang mana
memberi pemikiran militan dan keganasan kepada mereka. Maka, kanak-kanak ini sering
menonjolkan dan mempamerkan sikap yang kasar dan perasaan dendam yang jelas apabila
berhadapan dengan pihak lain. Begitu juga dengan kanak-kanak pelarian perempuan tidak
terkecuali memberi sumbangan ketenteraan malah mereka sering terdedah kepada penderaan
seksual dan selepas bayi-bayi mereka dilahirkan , bayi-bayi tersebut turut dibawa menyertai
tentera. Menurut Ummu Atiyah Ahmad Zakuan, UNICEF melaporkan penggunaan kanak-
kanak sebagai tentera didapati di lebih tiga puluh buah negara di dunia ini dan yang terbesar
adalah di Angola, Columbia, Republik Demokratik Congo, Lebanon, Liberia, Sierra Leon, Sri
Lanka, Sudan dan Uganda.

Kanak-kanak pelarian mempunyai masalah yang besar dari segi kesihatan. Mereka sering
mengalami sakit perut dan sakit kepala teruk disebabkan tidak mndapat zat dan nutrien makanan
yang tidak secukupnya sepertimana yang diperlukan oleh kanak-kanak yang lain. Kesukaran
mendapatkan makanan yang berkhasiat serta bekalan yang terhad menyebabkan perkembangan
negatif kepada kanak-kanak .Kanak-kanak pelarian ini juga berada dalam keadaan kebuluran
kerana kesukaran untuk mendapatkan makanan. Sepertima yang semua maklum, terdapat
beberapa golongan kanak-kanak terpaksa makan najis haiwan untuk mengatasi kelaparan.
Perkara ini boleh dilihat di Bosnia Hesgovina. Walaupun terdapat pusat rawatan yang
dikendalikan oleh United Nations Relief and Works Agency For Palestines Refugees In The
Near East (UNWRA) di kem-kem pelarian namun ia masih tidak mencukupi bagi menampung
bilangan pelarian yang ramai menyebabkan kanak-kanak pelarian ini mendapat rawatan yang
terhad . Bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi serta kakitangan perubatan yang sedikit
mengehadkan kanak-kanak pelarian mendapat rawatan perubatan yang sepenuhnya. Hal ini
menyebabkan, pelarian kana-kanak mempunyai masalah kesihatan yang tidak memuaskan.

Ciri kanak-kanak pelarian seterusnya adalah mereka memerlukan kaunseling dan


bimbingan yang berterusan daripada kaunselor bagi membantu dari segi akademik, peribadi,
sosial dan emosi. Bimbingan kaunseling untuk kanak-kanak ini dapat membantu mereka untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana yang baru serta boleh merangka program
yang sesuai dengan keadaan kanak-kanak ini. Kaunselor memainkan peranan yang penting
kerana kaunselor adalah orang yang mempunyai kepakaran untuk menangani emosi dan perasaan
kanak-kanak tersebut. Kesan keganasan dan peperangan seperti kemusnahan rumah dan harta
benda, kematian orang awam serta kecederaan yang dialami semasa konflik telah memberikan
perasaan fobia dan takut dalam diri. Berdasarkan Kertas Kerja Seminar Pembangunan Dan Isu-
isu Global (MTP3012), pelarian yang menggunakan pengangkutan air ataupun laut untuk pergi
ke negara lain mencatatkan banyak mangsa terkorban disebabkan bot-bot karam hingga meragut
nyawa ramai pelarian lelaki, wanita dan kanak-kanak yang mana sesetengahnya mayat timbul di
permukaan laut. Kanak-kanak pelarian yang terselamat melihat keadaan yang menakutkan ini
menjadikan mereka fobia dan takut apabila berjumpa dengan air mahupun laut.

Kanak-kanak pelarian mempunyai masalah tidur dan sering terjaga disebabkan fobia
dengan perkara yang berlaku ke atas diri dan keluarga seperti keganasan dan penderaan yang
teruk ketika di negara krisis. Tindakan yang agresif seperti sering melompat, menjerit,
menangis dan cenderung menjadi seorang yang pemarah antara ciri kanak-kanak pelarian. Hal
ini ekoran daripada perkara dan pengalaman negatif yang terjadi ke atas diri mereka. Mereka
bersikap demikian untuk mempertahankan diri daripada terus dibuli, diseksa dan sebagainya.

Tuntasnya, pelarian dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat pada masa kini.
Hal ini kerana dunia pada masa kini terlalu zalim dan tiada perasaan belas ihsan sesama manusia.
Contohnya, yang berlaku di bumi Palestin dan Syria di mana rumah-rumah dan sekolah-sekolah
turut dibom. Selain itu, pembunuhan kanak-kanak secara kejam berlaku dengan berleluasa yang
secara tidak langsung menyebabkan ibu bapa mengambil keputusan untuk membawa lari anak-
anak mereka ke tempat yang lebih selamat dan menjadi pelarian.
Rujukan

1. http://teachingrefugees.com/socio-emotional-supports/factors/. Diakses pada 3/9/2016

2. Pelarian Dalam Negara. Masalah dan Kesan Pelarian Dalam Negara Ummu Atiyah
Ahmad Zakuan, 2006

3. Kertas Kerja Seminar Pembangunan Dan Isu-isu Global (MTP3012).: Bezakan antara
Konsep Pelarian dan Penghijrahan.

4. UNCHR. http://www.unhcr.org/refugees.html

5. http://teachingrefugees.com/student-background/106-2/

Anda mungkin juga menyukai