Anda di halaman 1dari 1

TATACARA PELUPUSAN BUKU-BUKU SPBT

1. Gunakan Borang KEW.PA-17. (Borang bersaiz A4)

2. Isikan maklumat berpandukan contoh yang diberi.

3. Isikan judul buku yang akan dilupuskan di ruangan Keterangan Aset.


Berturutan ke halaman berikutnya. Untuk Buku Agama Islam : Gunakan
helaian berasingan.

4. Masukkan bilangan serta jumlah buku yang dimaksudkan, tahun pembelian


dan tempoh digunakan. (Jumlahkan setiap muka surat dan jumlah besar di
akhir muka surat).

5. Sediakan 7 salinan. (Tandatangan hidup di setiap salinan)

6. Hantar 6 salinan ke PPD masing-masing untuk dikumpul oleh Penyelia


Daerah. (Tidak dibenarkan menghantar terus ke Jabatan Pelajaran
Selangor). Salinan ke 7 disimpan dalam fail sekolah.

7. Setelah kelulusan diterima, 5 salinan KEW.PA-17 dipulangkan ke sekolah


oleh JPN dan salinan surat kelulusan pelupusan dihantar ke PPD.

8. Pelupusan akan dikutip oleh kontraktor. Sekolah Sediakan:

a) 5 salinan borang KEW .PA-19 (Sijil Pelupusan Aset Alih Kerajaan)


b) 4 salinan borang BLS/PSPBT (Pengakuan Penyerahan Bahan-Bahan
Pelupusan SPBT).
c) 5 salinan KEW.PA-18 (Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih
Kerajaan) untuk pelupusan buku-buku Agama Islam
sahaja)

9. Setelah buku diambil oleh kontraktor, sekolah kembalikan ke JPN melalui


PPD:
a) Borang KEW.PA-17 4 salinan (salinan ke 5 simpan di sekolah).
b) Borang KEW .PA-19 4 salinan (salinan ke 5 simpan di sekolah).
c) 2 salinan borang BLS/PSPBT yaitu salinan ke 3 dan ke 4 (salinan ke 2
disimpan di sekolah).
d) 4 salinan KEW.PA-18 (salinan ke 5 simpan di sekolah)

Anda mungkin juga menyukai