Anda di halaman 1dari 25

PEMBALAKAN!!!

CARA CARA
MEMBUAT KEMPEN
POSTER SEBUAH
KEMPEN!!!
FLORA DAN

FAUNA
#PERTANIAN
-

Langkah pemuliharaan dan pemeliharaan

Pemeliharaan:
Usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus sumber semula jadi
supaya kekal berterusan.

Pemuliharaan:

Usaha untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali


pada keadaan asal.

Antara usaha yang diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam


sekitar adalah seperti berikut.

Penghutan Semula
Spesies pokok cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia,
batai,sesenduk ditanam di Bukit Tinggi, Pahang.
Ladang Hutan Jati di Kedah dan Perlis

Kitar semula

Memproses barang yang telah digunakan menjadi barang baru.

Konsep 3R ( Reduce, Reuse, Recycle ) telah dipergunakan untuk


mengendalikan barang yang boleh dikitar semula.

Mewartakan hutan simpan dan tanam negara


Melindungi flora dan fauna
Aktiviti pembalakan dan pemburu tidak dibenarkan di kawasan ini
Contohnya Hutan Simpan Endau - Rompin, Taman Neagara Niah

Penanaman Berteres
Dijalankan di kawasan cerun bukit
Bertujuan mengurangkan hakisan tanih

Tanam tutup bumi


Kekacangan dan rumput ditanam di lereng-lereng bukit yang diteres
Membantu mengekalkan kebusuran tanih

Penggunaan baja organik

Menggantikan baja kimia


Mengurangkan pencemaran air dan alam sekiar
menggunakan guano (tahi burung dan tahi kelawar ) sebagai baja

Kaedah biologi
Mengawal makluk perosak menggunakan ular dan burung hantu
Di ladang kelapa sawit ,ular dugunakan untuk menangkap tikus yang
sering merosakkan buah kelapa sawit

Penyadiaan sistem saliran


Pembinaan longkang konkrit di cerun bukit

Kaedah pengurusan cerun


Kawasan cerun curam dilandaikan
Menanam rumput di cerun
Membina dinding penahan hakisan

Penguatkuasaan Undang-undang

Pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar iaitu :

a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974


b) Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) - semua projek yang
berkemungkinan
menjejaskan alam sekitar perlu menjalankan proses penilaian ini.

c) JAS ditugaskan untuk menguatkuasakan akta-akta berkaitan dengan


kuali
udara, air, sisa industri, aras kebisingan dan penilaian alam sekitar

Hasil Kajian
Setelah menyiapkan Kerja Khusus Geografi ini, kami telah
banyak mempelajari daripadanya. Pengalaman ini sungguh
menarik dan berguna.
Kami menyedari betapa bertuahnya penduduk Taman
Permai, Bemban Kawasan kediaman mereka mempunyai
banyak keistimewaan. Kampung ini mempunyai pelbagai
tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Terdapat
pokok menjalar seperti pegaga, kangkung dan pokok seri pagi,
pokok menumpang seperti pokok duit-duit dan paku pakis,
pohon kayu seperti pokok semambu, pokok machang dan
pokok sena, pohon renek seperti pokok senduduk dan pokok
mengkudu serta palma seperti kelapa.
Terdapat juga tumbuh-tumbuhan herba seperti misai kucing,
pegaga, lidah buaya, bunga kekwa dan ulam raja. Dewasa ini,
masalah-masalah persekitaran yang berkembang dengan
cepat, yangdipengaruhi dengan pertumbuhan pesat bilangan
penduduk, kerosakan persekitaran, eksploitasi bahan alam
yang terbatas telah menimbulkan kegusaran masyarakat
yangsangat serius terhadap alam sekitar.
Sebagai rumusannya, alam sekeliling harus menanggung
keharmonian proses-proses biologi, atau mikro biologi yang
ada. Keadaan ini mendorong sikap sebahagian masyarakat
berubah.
Langkah-langkah memelihara dan
memulihara
1) Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara.

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan


tumbuhan semula jadi serta hidupan liar di Malaysia. Antaranya termasuklah
mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai kawasan perlindungan
hidupan liar.

Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus,


memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal
semula kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh
ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan
berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastika keadaan hutan
asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan
perlindungan hidupan liar dan taman negara.

Antara beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan


Paya Laut Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan
Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula
termasuklah Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman
Negara Kinabalu. Penebangan hutan dan aktiviti perburuaan hidupan liar di
kawasan-kawasan ini adalah diharamkan.

2) Penanaman Semula Pokok-pokok

Kawasan hutan yang telah ditebang telah ditanam semula dengan pokok-
pokok. Penanaman semula secara percubaan dijalankan sejak tahun 1920-an
di Semenanjung Malaysia. Hutan yang telah ditebang dan kawasan yang
terbiar aktivti pertanian pindah ditanam semula dengan spesis pokok kayu
keras seperti akasia, yemane, dan batai. Spesis pokok-pokok ini dapat
tumbesar dengan cepat, iaitu dalam tempoh 15 tahun. Projek penanaman
semula ini dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Selangor, Negeri
Sembilan , Perak , Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

3) Penyelidikan Baka Tumbuhan

Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula ditetentukan selepas


penyelidikan dijalanka oleh institute Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
di Kepong. Program penghutanan semula juga telah dijalankan di kawasan
Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak. Disini, spesis paya laut
seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam. Spesis pokok-pokok yang
digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi
kegunaan masa depan.

4) Penubuhan Ladang Hutan


Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan lading hutan untuk mendapatkan
bekalan kayu kayan yang berharga secara berterusan. Kira-kira 30% kawasan
di Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal. Hutan ini ditanam secara
peradangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30 atau 55 tahun. Hanya
pokok yang cukup besar yang dipilih untuk ditebang. Penanaman semula
pokok baru akan dijalankan di kawasan ini untuk menggantikan pokok-pokok
yang telah ditebang.

Penubuhan lading hutan juga mengurangkan penebangan pokok dihutan asli.


FRIM dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia berusaha menjayakan
projek lading hutan di Malaysia. Kedua-dua institusi ini memilih baka seperti
akasia , yemane dan batai.

5) Rawatan silvilkultur

Rawatan silvilkultur memastikan hanya pokok-pokok yang berharga yang


diberi peluang tumbuh. Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing dengan
pokok lain diracun atau dipotong. Rawatan silvilkultur dijalankan di lading-
ladang hutan. Langkah ini bertujuan untuk memelihara spesis pokok yang
semakin pupus seperti cengal, jelutong dan rotan.
6) Pengawalan Pembalakan Hutan

Jabatan Perhutanan Malaysia menguatkuasakan beberapa undang-undang


untuk mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar. Antaranya
termasuklah Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri
Berasaskan Kayu (1989). Melalui akta ini, tindakan undang-undang dapat
diambil dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukan
kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan.
7) Pertubuhan Alam Sekitar
Malaysia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk menjaga ,
memelihara dan memulihara hutan mengikut Persetujuan Jakarta 1981. Badan-
badan seperti Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Persetujuan Pencinta Alam
(MNS) , dan FRIM berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai
tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.

NAMA:VATHINIa/p
K.ILANGKOWAN
TINGKATAN:1DELTA
TAJUK:KESAN KEGIATAN
MANUSIA TERHADAP
TUMBUH-TUMBUHAN DAN
HIDUPAN LIAR
SEKOLAH MENEGAH DATO
DOL SAID

Anda mungkin juga menyukai