Anda di halaman 1dari 8

Perpaduan mengikut kamus dewan

Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah
masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial
yg mengaitkan manusia. istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan.

PERPADUAN

Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta pertalianyang erat bagi
mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga, pendidikanmemainkan peranan yang
penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluanmanusia tetapi juga untuk meningkatkan
perpaduan antara kaum. Sememangnyatidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu
signifikan untuk menyumbangke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi
sebuah negara majuyang mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan dijadikan sebagai
alatperpaduan antara kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956.Sesungguhnya
pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan perananpenting di dalam merealisasikan
aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduankaum. Pendidik hari ini telah membuktikan
bahawa mereka berjaya mengimbangkankewujudan integrasi nasional yang menjamin
keamanan dan kesejahteraan negara.

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu
proses belajar dan juga mengajar.

Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakatdan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dannilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu
juga,definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagaipenggabungan,
peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitubergabung menjadi satu, sepakat
dan sebagainya.

Perpaduan atau solidarity ini juga dapat didefinisikan sebagai satu prosesyang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggotamasyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cintadan banggakan tanahair. Hj.
Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagaisatu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita
dan pengorbanan dalam satu ikatan yangsepadu, kuat dan maju

http://www.scribd.com/doc/59232754/DEFINISI-PERPADUAN-KEMASYARAKATAN#scribd
PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakatnya yang berbilang-bangsa dan


majmuk dan terunggul dimana dunia. Disebabkan masyarakat berbilang bangsa, masalah
perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara
kaum dari segi pemikiran, tingkah laku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan
dalam negara. Ini dapat di lihat melalui peristiwa 13 Mei 1969 yang mengugat keselamatan
dan keharmonian negara. Selepas tragedi ini, sedar bahawa perpaduan tidak dapat dicapai
secara semulajadi dan telah mengatur pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan di
kalangan rakyat. Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan
digunakan bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua
proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai
kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu
dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu
proses dinamik yang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk
satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara. Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan
integrasi nasional. Dalam buku Malaysia Kita integrasi nasional bermaksud proses penyatu
padukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke
dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identity nasional. Disamping itu, terdapat juga
pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial
bersama dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama
tidak menghilangkan identiti asas masing-masing.
Sarjana tempatan Haji Ishak bin Saat dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat
Malaysia integrasi lebih merupakan penerapan ciri-ciri luar atau ciri-ciri budaya kaum lain ke
dalam sesuatu budaya hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan budaya yang menerimanya.

2. USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN


Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara,
kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah atau dasar sosial,ekonomi dan politik ke arah
pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh
kerajaan telah memberi kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan
integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan
oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang, di antaranya ialah:
2.1 RUKUNEGARA
Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan,
kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuar dalam
bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi
kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa
mengira perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya.
Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan
dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis
Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara terperinci, objektif rukunegara
diperkenalkan adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat iaitu
menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman. Seterusnya ialah membentuk sebuah
negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan
prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukunegara
melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatkan. Ia juga
menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia
menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut.
Rukunegara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.

2.2 WAWASAN 2020


Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas mantan
PerdanaMenteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020 termaktub dalam
cabaran pertama bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu-padu serta menyanjung
masa hadapan yang dikongsi bersama. Sebenar nya Wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi
satu tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat
nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020
berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020
bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti
ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Terdapat sembilan cabaran
yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai wawasan 2020. Antaranya ialah:
Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri
daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Cabaran kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa
bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa
yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.
Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat
sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat
negara lain.
Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia
yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada beberapa banyak negara membangun.
Cabaran Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya
bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan
didokong oleh nilai etika paling tinggi.
Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan
bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan
dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka
kepada satu negara.
Cabaran Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,
iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan
insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga
yang kukuh.
Cabaran Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara
adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan
kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang
mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

2.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)


Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 hingga 1990 sebagai tindak balas
kepada peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang dikatakan terjadi kerana jurang perbezaan
dari segi ekonomi. Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan
kemiskinan dan struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Matlamat
tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Strategi
serampang dua mata diperkenalkan iaitu mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan
dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara
melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi
perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar
kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan dalam
penyusunan semula guna tenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai usaha
yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan
pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah. Antaranya ialah:

Mewujudkan peluang pekerjaan

Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di


antarakawasan bandar dan luar bandar.

Memodenkan kehidupan di luar bandar

Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra.

Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.

Meningkatkan kemudahan infrastruktur

Pada pandangan saya, DEB perlu dipertahankan oleh kerajaan demi menjamin kaum
bumiputera mendapat pembelaan yang sepatutnya. DEB adalah satu dasar yang masih releven
dan harus dipertahankan, cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki agar bersesuaian dengan
cabaran semasa. Melalui pegangan ekonomi yang kukuh, kaum bumiputera dapat bersaing
dengan kaum lain. DEB perlu mensasarkan golongan peringkat bawahan seperti golongan
petani dan nelayan agar turut merasai limpahan ekonomi negara. Bagi golongan atasan kaum
bumiputera, mereka perlu bersaing secara adil bersama kaum bukan bumiputera bagi
mendapat syer di dalam pasaran. DEB masih releven.

2.4 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL


Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir, Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan
pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan negara seperti Dasar Ekonomi
Baru kerana masyarakat yang bersatu-padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan
sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Salah satu
daripada Dasar Pembangunan Nasional adalah menggalak dan memperkukuhkan integrasi
nasional dengan mengurangkan jurang ketidak-seimbangan ekonomi berasaskan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan
memperkukuhkan perpaduan negara.

2.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Pengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan
negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai
integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

i.Kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepadakebudayaan penduduk


asal atau asli atau peribumi negara ini.

ii.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah diterima dan
digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan.

iii.Islam akan menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan.


Pada awalnya, komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada aspek-aspek kesenian dan
pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataan-penyataan artistik dan
simbolik (kesenian dan pakaian) tetapi bahasa serta norma dan nilai. Dari segi bahasa, dalam
kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu / Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan
secara meluas. Norma dan nilai pelbagai etnik seperti Cina dan India diterapkan ke dalam
kebudayaan kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh
mewujudkan kesatuan dan kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain
telah membolehkan wujudnya perpaduan serta integrasi nasional.

2.6 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Dasar adalah fundamental bagi sesuatu perkara. Namun apabila kita membicarakan
tentang Dasar Pendidikan Malaysia, frasa dasar tidak lagi hanya membawa makna asas, tapak
atau falsafah semata-mata. Sebaliknya, dasar di sini membawa makna yang lebih luas dan
holistik. Hal-hal yang berkaitan dengan dasar yang lahir daripada Penyata Razak (1956) dan
Ordinan Pelajaran 1957 ini telah mengalami pelbagai revolusi dan penambahbaikan setelah
melalui beberapa era pasca-merdeka. Cabaran atau tuntutan semasa yang semakin kompleks
menyebabkan wujud respons dinamik pada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada
sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran
cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian
masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi
mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar
Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di
Malaysia.