Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

BILIK DARJAH MESRA


BUDAYA ABAD 21
2017
SK BUKIT SENTOSA
1.0 TAJUK
Bilik Darjah Mesra Budaya Abad 21

2.0 PENDAHULUAN
Kepimpinan di sesebuah sekolah dan di dalam sesebuah bilik darjah adalah
antara faktor penentu kewujudan persekitaran bilik darjah yang memiliki budaya
mesra dan kondusif yang menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
berkesanKeceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-
murid dalam kelas tersebut.

3.0 OBJEKTIF
Merapatkan jurang pendidikan antara penduduk bandar dan luar bandar
Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas
bersih dan ceria.
Mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara semua kaum
menyemai perasaan saying antara satu sama lain dan menyumbang
kepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.
Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

4.0 MATLAMAT

Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.


Meningkatkan tahap persefahaman kaum dan budaya dalam kelas
Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang lebih kondusif.

5.0 SASARAN
Semua guru SK Bukit Sentosa
Semua murid Bukit Sentosa
Komuniti setempat dan ibu bapa atau penjaga
6.0 JAWATANKUASA INDUK BILIK DARJAH MESRA BUDAYA SK BUKIT
SENTOSA 2014

Pengerusi : Pn Yusma Bt Yusof ( Guru Besar )

Naib Pengerusi : Pn Rohaniah Bt Ahmad ( Guru Penolong Kanan Hem )

Ketua Unit Kebersihan dan Keceriaan (PAGI) : Pn Zumariah Bt Ahmad

Ketua Unit Kebersihan DAN Keceriaan (PETANG);Pn Maimunah Bt Yusof

Bendahari : Pn Balkis Bt Harun


7.0 PELAN LANTAI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ABAD 21
8.0 JUSTIFIKASI ASPEK FIZIKAL BILIK DARJAH
Persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat
dilihat dengan mata semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di
dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur
emosi dan hubungan kemanusiaan. Menggambarkan keselesaan, keceriaan dan
kegembiraan. Wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan dan dalam
hubungan tersebut nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan itu terbina
persefahaman, toleransi dan hormat-menghormati. Nilai amalan dan perlakuan
yang diterima pakaioleh sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak
rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut.

8.1 Susunan Meja dan Kerusi


Susunan kerusi dan meja yang sesuai seperti susunan meja secara berkumpulan
berupaya memberi kemudahan kepada guru dan murid apabila sesi
perbincangan berkumpulan dan sesi pembelajaran berpusatkan murid dijalankan.
Kemudahan fizikal yang bersesuaian dan selesa akan merangsang aktiviti
intelektual, meningkatkan hubungan sosial, menggalakkan pembelajaran dan
pembangunan pelajar serta menghadkan tingkah laku negatif dalam kalangan
pelajar (Arzi, 2003). Oleh itu, susunan kerusi dan meja hendaklah fleksibel sama
ada berbentuk kumpulan kecil, seminar ataupun tradisional. Hal ini demikian
kerana susun atur kerusi dan meja bergantung kepada pendekatan pengajaran
dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh guru terhadap murid (Haliza &
Joy, 2009). Tempat duduk murid juga hendaklah disusun mengikut kesamarataan
taburan antara murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan
kaum bagi mewujudkan bilik darjah mesra budaya. Oleh itu, tidak dapat tidak
murid-murid akan menguasai sedikit sebanyak kemahiran sosial dan antara
budaya yang perlu diterapkan pada abad ke-21 kini.

8.2 Sudut Bacaan dan Ruang Papan Kenyataan


Sudut bacaan dan ruang papan kenyataan juga perlu diambil kira sebagai
persekitaran fizikal bilik darjah mesra budaya. Penggunaan menyeluruh papan
kenyataan dan sudut bacaan berupaya memangkin dan memupuk minat murid
terhadap pembacaan. Papan kenyataan juga hendaklah dihias agar lebih menarik
bertujuan untuk menarik minat murid untuk membaca maklumat yang ada pada
papan kenyataan tersebut. Papan kenyataan juga boleh digunakan untuk
menampal hasil kerja murid, maklumat tentang aktiviti kelas, tarikh hari lahir
atau gambar murid-murid di dalam kelas tersebut. Ini boleh menimbulkan
perasaan kesepunyaan kepada murid kelas tersebut (Haliza & Joy, 2009). Justeru,
murid akan dapat menguasai serba sedikit kemahiran literasi maklumat dan
literasi media dan secara tidak langsung literasi teknologi maklumat dan
komunikasi iaitu menggunakan teknologi untuk mengakses, mengurus,
mengintegrasi dan menilai maklumat, menjana maklumat baru dan
berkomunikasi dengan orang lain.

8.3 Ruang dan Sudut Multimedia


Sesuai dengan perkembangan semasa yang mengutamakan pemikiran kreatif
dan kritis.
Bahan terdiri daripada bahan teks, audio, imej, animasi, video dan media
elektronik menjadikan proses belajar lebih seronok. Sudut pembelajaran
elektronik juga adalah penting di mana murid dari pelbagai latar belakang etnik
dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti
aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam
kumpulan. Semasa membuat tugasan ini murid-murid dapat memupuk serta
menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

8.4 Hiasan Bilik Darjah


Murid perlu diberi kebebasan menghias bilik darjah dengan nasihat dan
pandangan daripada guru kerana ia dapat memupuk rasa tanggungjawab. Antara
kebebasan yang boleh diberikan ialah aktiviti mengecat dinding dengan melukis
mural-mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid
yang menjadi pembantunya. Guru harus memilih tema lukisan mural berkenaan
berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum
etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang
sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang
kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan
mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak
langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan
bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung
untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.
8.5 Sudut Budaya
Sudut ini memberi pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik lain.
Murid disarankan mewujudkan hubungan etnik yang harmoni. Murid harus
digalakan untuk berfikir secara berfokus mengenai hubungan etnik di Malaysia
dari segi sejarah, latar belakang budaya dan adat resam masing-masing. Murid
diharapkan memperoleh lima perkara utama yang dapat membantu bertindak ke
arah memperbaiki dan memupuk hubungan etnik dari perspektif dan
kemampuan masing-masing. Lima perkara dirumuskan itu ialah kesedaran,
kefahaman, akomodasi, saling menghormati dan perpaduan.

9.0 CONTOH SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Perayaan di Malaysia
Permainan Tradisional
Pakaian Pelbagai Etnik danBudaya
Makanan Pelbagai Etnik dan Budaya
Kesenian di Malaysia

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Butiran Kos
1 Hiasan Kelas RM 300X 5 Kelas RM 1500
2 Komputer RM 400X 5 Kelas RM 2000
3 Rak Buku RM 500x 5 Kelas RM 2500
4 LCD RM 150x 5 Kelas RM 750
Jumlah Keseluruhan RM 6240

11.0 PENUTUP
Kertas kerja ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa
panjang penganjur. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di
dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Dan diharap objektif
bilik darjah abad ke 21 dapat dilaksanakan seterusnya mewujudkan suasana
pembelajaran kelas yang lebih kondusif sertan dapat dicapai dengan kerjasama
oleh semua pihak.