Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA DAN PERSIAPAN AWAL

PANITIA RBT 1 /2017


SK CHEGAR GALAH

Tarikh : 19 Januari 2017


Hari : Khamis
Masa : 1.30 tengahari
Tempat: Pusat Sumber
Kehadiran : 3/3 orang guru

1. En. Jeffry bin Hj Said


2. En. Md Shariffuldin bin Yacob
3. Pn. Nor Azilawati bt Zabidi

1.0 Aluan Penasihat


1.1 Ucapan alu-aluan dan selamat datang kepada semua guru kerana sudi
menghadiri mesyuarat Kali Pertama 2017 dan Persiapan Awal. Tahun. Encik .
Jeffery memberi penerangan secara umum tentang tujuan mengadakan
mesyuarat kali pertama ini.
1.2 Guru Besar meminta agar ketua panitia dan jawatan kuasa merancang aktiviti
dan program yang bermanfaat kepada semua murid.
1.3 Tuan Pengerusi juga mengharapkan agar program yang lepas dikaji semula
dan teruskan program yang bermanfaat dan gugurkan program yang tidak
memberikan impak yang bagus kepada murid- murid. Program yang tidak
bagus boleh digantikan dengan yang lebih bermanfaat.
1.4 Tuan pengerusi juga menggalakkan pengajaran Abad 21 dilaksanakan di
dalam pdp sekurang- kurangnya seminggu sekali.
1.5 Pemeriksaan dan pemantauan buku tulis masih diteruskan seperti tahun
sebelum ini mengikut minggu seperti di dalam jadual yang ditetapkan nanti.
1.6 Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat memberi kerjasama dan
komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti RBT yang
dirancang sepanjang tahun 2017
2.0 FOKUS MESYUARAT

2.1 Pelantikan AJK


Senarai pelantikan AJK RBT:
Penasihat : En Jeffry bin Hj Said
Pengerusi : Pn Nor Azilawati bt Zabidi ( KP )
Setiausaha : Tn Hj Md Shariffuldin bin Yacob

2.2 Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian.


2.2.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru bahawa format penyediaan
Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian adalah mengikut format
yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
2.2.2 Lampiran tentang format Rancangan Harian ada disediakan.
Tindakan: Semua Guru RBT

2.3 Perancangan Aktiviti 2017


2.3.1 Perancangan untuk aktiviti tahun 2017 yang telah dipersetujui adalah
seperti berikut:
1. Pertandingan membuat menu sarapan berdasarkan tajuk yang
terdapat dalam sukatan pelajaran RBT .
2. Pertandingan mereka cipta bot solar daripada bahan-bahan yang
disediakan berdasarkan tajuk yang terdapat dalam sukatan
pelajaran.
3. Projek Usahawan kecil .
Tindakan: Semua Guru RBT

2.4 Bentuk Penilaian dan Soalan Peperiksaan RBT


2.4.1 Bentuk penilaian adalah dengan mengadakan pentaksiran sepertimana
yang telah dinyatakan semasa guru mengikuti kursus KSSR RBT,
Soalan peperiksaan hendaklah disediakan mengikut contoh yang
terdapat dalam buku DSKP RBT.

2.4.2 Soalan perlulah diubah dan tidak diambil terus dari buku.
2.4.3 Jenis tulisan yang digunakan ialah Times New Roman dan bersaiz 12.
2.4.4 Draf kertas soalan hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia untuk
disemak sebelum cetakan dibuat.
2.4.5 Satu salinan kertas soalan perlu diserah kepada Ketua Panitia untuk
disimpan dalam Fail Bank Soalan.
Tindakan: Semua Guru RBT

3.0 HAL - HAL LAIN


3.1 Guru Besar mengingatkan sekali lagi bahawa guru sekolah menengah daerah
Kuala Kangsar menyatakan ramai murid tidak menguasasi subjek ini dengan
baik apabila mereka menerima murid sekolah rendah. Di harapkan agar guru
RBT dapat mengajar Subjek RBT dengan baik di sekolah rendah.
3.2 Borang maklumat guru akan diedarkan kepada semua guru RBT untuk
dilengkapkan.
3.4 Guru RBT dikehendaki menghantar satu salinan jadual waktu mengajar
kepada Ketua Panitia sebagai simpanan dan rujukan.
Tindakan: Semua Guru RBT

4.0 PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih dan mesyuarat seterusnya akan
ditetapkan pada tarikh tertentu. Mesyuarat hari ini ditangguhkan pada jam 2.30
petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................. .................................
( PN NOR AZILAWATI BT ZABIDI ) (EN. JEFFRY B HJ SAID
Ketua Panitia RBT , Guru Besar,
SK Chegar Galah SK Chegar Galah