Anda di halaman 1dari 5

PK07 - Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TAHUN 6 KALI PERTAMA
SK SERI KOTA PUTERI, JLN BAYAN, BANDAR BARU KOTA PUTERI, 81750,
MASAI JOHOR.

TARIKH : 2 JANUARI 2017 (ISNIN)


MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK SERI KOTA PUTERI
KEHADIRAN : 33 ORANG
TIDAK HADIR:

1. UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR


1.1 Encik Mohd Senin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran guru-guru.
1.2 Guru Besar juga menyatakan rasa berbesar hati menerima tugas baru di SKSKP dan
bersemangat untuk membantu melonjakkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR
tahun ini.
1.3 Guru Besar berharap agar guru dapat memberikan komitmen yang tinggi dan
memanfaatkan perkongsian ilmu di dalam mesyuarat kali ini untuk kepentingan anak
murid tahun 6.

TINDAKAN : Guru Besar

2. PEMBENTANGAN MISI DAN VISI


2.1 Pembentangan misi dan visi oleh pengerusi sendiri.
2.2 Guru-guru diminta merujuk Pelan Pembangunan Pendidikan dan Visi Misi untuk
memantapkan lagi teknik dalam PdP.

TINDAKAN: Penyelaras/setiasuasaha

3. PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN


3.1 Laporan Kewangan Tahun 6 yang terkini dibentangkan oleh Puan Nor Arzila selaku
bendahari Tahun 6.
3.2 Puan Nor Arzila mencadangkan jumlah yuran tahun 6 untuk tahun 2017 sebanyak
RM 250.00 yang merangkumi bayaran program, ceramah ,modul, langganan akhbar
Didik, T-Shirt, gambar dan majlis graduasi.

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit

1
5. PEMBENTANGAN OLEH GPK KURIKULUM
5.1 En.Roslan bin Ahmad selaku GPK Kurikulum membentang dan membincangkan
agenda mesyuarat.
5.2 En.Roslan bin Ahmad selaku GPK Kurikulum membentangkan senarai Jawatankuasa
Kecemerlangan Tahun Enam Sesi 2017 seperti berikut :

Pengerusi : En Mohd Senin bin Kassim (Guru Besar)


Timb.Pengerusi : En.Roslan B Ahmad (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn.Nor Aiani bt Ghazali (Pemangku GPK HEM)
: Pn. Nor Aiani bt Ghazali (GPK KOKO)

Penyelaras 1 : Pn. Maimunah binti Mohamad


Penyelaras 2 : Cik Nadhrah Nurul Jannah Bt Amir Hamzah
Bendahari : Pn.Nor Arzila Bt Abdullah

AJK : Pn.Paridah Bt Jamari (Guru Kaunselor)


: Pn. Rohaida Bt Ibrahim @ Ismail (Guru Pemulihan)
: Pn. Muzlinda Bt Mohamad (Guru Media)
: Cik Norshakeerah bt Abedu Rashid(Setiausaha Peperiksaan)
: Pn.Zafrina Bt. Ismail (Setiausaha Pep. Awam)
: Pn. Siti Hajar bt Azeman (Guru Kelas 6 Arif 1)
: Cik Nadhrah Nurul Jannah (Guru Kelas 6 Arif 2)
: Puan Hjh Sarina bt Sapke@Yusof (Guru Kelas 6 Arif 3)
: Pn Maimunah bt Mohamad (Guru BM 6 Arif 1)
: Pn.Nor Aiani bt Ghazali (Guru BM 6 Arif 2)
: En. Roslan B Ahmad (Guru BI 6 Arif 1)
: Cik Nadhrah Nurul Jannah (Guru BI 6 Arif 2)
: Pn Hjh Sarina bt Sapke@Yusof (Guru BI 6 Arif 3)
: Pn Siti Hajar Bt Azeman (Guru Matematik 6 Arif 1)
: Cik Nur Syazira bt Sallehuddin (Guru Matematik 6 Arif 2)
: Pn Suriyati bt Saim (Guru Matematik 6 Arif 3)
: Pn Zafrina bt Ismail (Guru Sains 6 Arif 1)
: Pn Rosmi ak Jisuk (Guru Sains 6 Arif 2)
: Pn Nor Arzila bt Abdullah (Guru Sains 6 Arif 3)
:Pn.Azkurina Bt Samiran (Ketua Panitia BM)
:Pn Mimi Aishah Bt Zakaria (Ketua Panitia BI)
:Pn Siti Hajar bt Azeman (Ketua Panitia Matematik)
: Pn Rosmi ak Jisuk (Ketua Panitia Sains)
:Pn. W.Noor Azeli Bt W.Ahmad (Ketua Panitia P.Islam)
:En Wan Muhammad Mujahid (Ketua Dakwah)
Asy-Syahid B Wan Mohd Muhaidin

TINDAKAN : Semua AJK

2
5.1 En.Roslan bin Ahmad selaku GPK Kurikulum memaklumkan bahawa jawatan
Penyelaras Tahun 6 yang dipangku oleh Puan Maimunah bt Mohamad kemungkinan
besar akan diserahkan kepada Puan Nor Arzila bt Abdullah atas faktor teknikal dan akan
dimaklumkan kemudian.

6.1 PEMBENTANGAN HEADCOUNT DAN TAKWIM PEPERIKSAAN

6.1.1 Guru-guru subjek perlu memastikan ETR dan TOV setiap peperiksaan sentiasa
dikemaskini dengan merekodkan markah peperiksaan dan dihantar segera kepada guru
kelas bagi memudahkan proses pengiraan Headcount dan TOV.
6.1.2 Guru-guru tahun 6 diminta untuk sentiasa memantau perkembangan prestasi murid
supaya dapat mencari strategi terbaik menjelang UPSR.
6.1.3 Takwim Peperiksaan Tahun 6 2017 dibentangkan untuk makluman guru-guru (sila
rujuk lampiran)

TINDAKAN :Semua Guru


Tahun 6

6.2 STRATEGI DAN PROGRAM TAHUN 6


6.2.1 Jawatankuasa Tahun 6 diminta untuk membuat perancangan yang lebih kemas
untuk program kecemerlangan UPSR tahun ini.
6.2.2 Takwim Program-program Peningkatan Tahun 6 2017 dibentangkan untuk
makluman guru-guru (sila rujuk lampiran)
6.2.3 Program Permuafakatan Guru dan Ibu Bapa Tahun 6 akan diteruskan seperti tahun
berikutnya dengan penambahan Hari Penetapan Sasaran yang akan dilaksanakan pada
minggu kedua bulan Januari.
6.2.4 Jadual Kelas Tambahan Harian akan dimasukkan dalam jadual PDP biasa dan
bukan pada waktu selepas PDP berakhir.
6.2.5 Kelas Tambahan Mingguan pada setiap hari Jumaat diteruskan dan akan dilaksana
pada awal Mac tahun ini.

TINDAKAN :Semua Guru Tahun 6

7 HAL-HAL LAIN
6.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru-guru kelas dan murid-murid tahun 6
perlu memastikan kebersihan kelas pada tahap yang baik.
6.2 Penyelaras Tahun 6 diminta untuk memastikan dewan dalam keadaan yang baik
kerana semua murid Tahun 6 akan menduduki setiap peperiksaan di dewan.
6.3 Semua Ketua Panitia diingatkan supaya menyegerakan mesyuarat panitia kali
pertama dan melengkapkan Fail Panitia Masing-masing.
6.4 Semua guru SKSKP perlu bekerjasama untuk meningkatkan prestasi UPSR tahun
ini.

3
8. UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Guru Besar memohon agar semua guru memberi kerjasama dan bekerja dengan
ikhlas demi kepentingan murid tahun 6.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh :

...
(NOR ARZILA BT ABDULLAH) (MOHD SENIN BIN KASSIM)
Penyelaras Aliran Tahun 6 Guru Besar
SK Seri Kota Puteri. SK Seri Kota Puteri

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 Keluaran 03 I Pindaan 00
PK07 - Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3

4
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 Keluaran 03 I Pindaan 00