Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), bimbingan merupakan perbuatan


membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam
perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Suatu proses perhubungan menolong
yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi
membantu perkembangan danpenyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh.
Pertemuan adalah secarasukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika
Kaunseling. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan.
Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien,
kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan
khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang
kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam
menghasilkan perubahan diri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling
adalah berbentuk dua hala.

Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta


interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami
dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien
dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalanyang dihadapinya.
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan
masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu
fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang
bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara
individu.

Ahli-ahli psikologi mengemukakan pelbagai takrifan terhadap bimbingan dan


kaunseling mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Othman Mohamed
(2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong.
Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta
mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang
yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan
dirinya. Huraian secara terperinci mengenai takrifan ini diperjelaskan oleh Tang Chee Yee
(1991:1). Maksud menolong bermakna bantu, assisting dan availing seseorang individu
dalam menyelesaikan hal yang berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan
peribadi dan sosial. Perkataan memahami diri pula ialah bagaimana seseorang individu itu
memahami identiti diri, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki.Seterusnya alam sekeliling
pula ialah merujuk kepada keadaan yang berlaku di sekitarnya dan peluang-peluang yang
harus direbut.

2.0 Kajian kes

Menurut kerja kursus yang kami dapati, saya telah memilih murid bernama Thavines
a/l Surehs adalam sampel kajian atau klien saya. Saya mendapati klien saya berumur 8
tahun. Klien merupakan anak kedua dalam keluarga. Klien berlatar belakang dengan
keluarga yang mempunyai 2 orang adik beradik dan ibu bapa berpendapat tinggi. Secara
keseluruhan, klien ini tinggal dalam sebuah keluarga kaya dan mempunyai kemampuan
dalam meningkatkan diri dalam pelajaran.

Masalah tingkah laku Thavines adalah selalu ponteng sekolah dan sentiasa
berkhayal dan murung semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam
kelas. Dia tidak menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pengajaran. Selain daripada itu,
dia selalu keluar dari bilik darjah. Masalah ponteng sekolah yang berlaku di kalangan remaja
merupakan masalah utama dan kerap berlaku murid sekolah rendah pada masa kini.
Masalah tingkah laku ini boleh di kategorikan sebagai tingkah laku delikuen kerana ia
tingkah laku yang menyalahi norma masyarakat ataupun peraturan dan undang-undang
yang telah ditetapkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng didefinisikan
sebagai tingkah laku menipu ataupun dalam kata lain ialah melarikan diri daripada
tanggungjawab, tempat bertugas dan sebagainya.Ini tergolong sebagai tingkah laku
delukien di mana ianya melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah khususnya dan kementerian pendidikan amnya.

Thavinesh ponteng sekolah dan murung terutamanya apabila hari tersebut ada
subjek Matematik.. Malik memang tidak akan menghadirkan diri setiap kali tiba waktu subjek
Matematik. Keadaan ini disokong lagi dengan tiada tindakan daripada ibu bapa Thavines
sendiri. Alasan Malik untuk tidak ke sekolah adalah kerana Malik tidak berminat dengan
subjek Matematik dan Malik tidak pernah lulus apabila menduduki ujian Matematik sejak dari
sekolah rendah. Keadaan ini menyebabkan Thavines berasa putus asa dan menganggap
Matematik itu susah dan sukar. Di sekolah, dia sering dimarahi oleh guru Matematik kerana
ponteng sekolah.

Teori Yang Dipilih Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) Rasional Teori
Dipilih Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada tiga aspek utama
iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Teori ini juga memberi penekanan kepada pemikiran,
penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak
didaktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada
kepercayaan yang tidak rasional itu. Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem kepercayaan
yang tidak rasional di dalam diri setiap individu. Kepercayaan yang tidak rasional itu perlu
dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan
rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar
individu untuk melihat sistem kepercayaan yang menjadikannya sengsara dan digantikannya
dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri
seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. Terapi ini telah
memberikan penekanan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional dalam diri
murid yang bermasalah seperti Thavines.

Teknik Yang Digunakan oleh kaunselor adalah Main Peranan Klien akan
menunjukkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan. Kaunselor
akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan akan diambil alih oleh
kaunselor pula (reverse role-play) sehingga klien boleh menerangkan sendiri semula
bagaimana pemikiran yang tidak rasional itu boleh berlaku. Dia sering merasakan dirinya
tidak mampu untuk mempelajari subjek Matematik kerana dia tidak berminat dengan subjek
tersebut dan sering gagal subjek berkenaan setiap kali ujian. Selain itu, dia memberi alasan
bahawa guru Matematik selalu memarahi dirinya. Kaunselor menerangkan kepadanya
dengan melukiskan diagram yang menjelaskan interaksi pelbagai komponen dengan
menggunakan konsep ABCDE.saya telah meneroka sebaik mungkin bagi mengenalpasti
masalah sebenar Thavines yang menyebabkannya dia ponteng sekolah.

Masalah Thavines ini berpunca daripada persekitaran sekolah dan sikapnya sendiri.
Selain itu akibat daripada pengukuhan yang telah diterima oleh keluarga menyebabkan dia
rasa tidak bersalah untuk ponteng sekolah. Dia juga sering berputus asa tanpa mencuba
sesuatu dan ini Malik dianggap tidak mahu berusaha. Sikap ini seharusnya dibuang dalam
diri Malik. Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam
menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup,
dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar,
memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin
bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, cita-
cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan menjadi individu
yang berfungsi dengan sepenuhnya. Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya
atau non verbal klien. komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara
menyeluruh yang bergantung kepada alasan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat
memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan
badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan,
aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya akan bertanya kepada dia jika dia
tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang
dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus
dari Thavines sendiri. Pada permulaan sesi, mempersilakan klien duduk di kerusi,
bertanyakan kepada klien mengenai tujuan beliau perlu datang ke sesi kaunseling
tersebut. Dari aspek membina hubungan antara guru kaunseling dan klien, guru kaunseling
telah bersikap mesra, menerima tanpa syarat, dan ikhlas mendengar dan menasihati. Antara
ciri-ciri seorang guru kaunseling yang membina hubungan yang baik dengan klien ialah
kemesraan, kejujuran, penerimaan tanpa syarat dan empati. Guru kaunseling tidak sesekali
memarahi dan menghukum kliennya kerana tugas seorang guru kaunseling perlulah
bersikap terbuka, mesra, memberikan pandangan dan nasihat kepada klien. Guru
kaunseling turut menyambut kehadiran klien dengan memberikan senyuman dan bersedia
menerima kehadiran klien. Sebagai seorang guru kaunseling perlu menjaga kerahsiaan
kliennya daripada pengetahuan orang lain.

Terapi biblio amat sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kehadiran dan
kemurungan Thavines di dalam bilik darjah. Terapi biblio ialah penggunaan buku-buku
untuk menolong murid menyelesaikan masalah murid yang bermasalah tingkahlaku.
Konteks kamak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan yang
terbimbing. Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar
dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai bimbingan melalui
bacaan. Terapi ini juga dapat mengurangkan tekanan Thavinesh. Ia juga meramgkumi
pemilihan bahan membaca klien yang mempunyai pengalaman yang relevan dengan situasi
Thavines. Dalam terapi ini juga merangkumi pendekatan terapi bercerita telah diluaskan
hingga dipadankan dengan aktiviti perbincangan atau bermain. Kegunaan terapi biblio ialah
mengurangkan tekanan dan kemurungan yamg dihadapi. Contohnya, bahan-bahan seperti
Chickens Soup dapat membantu murid seperti Thavines yang murung akibat satu
pengalaman trauma untuk pulih. Proses terapi yang boleh membantu menghilangkan
kebosanan, ketegangan, dan meningkatkan perkembangan kanak-kanak serta dapat
menyelesaikan masalah dan membantu murid memperoleh ilmu.

3.0 KESIMPULAN
Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua murid
dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia di
sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki
kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga mereka
akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan lebih baik dan
tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai asas dalam
menjalani kehidupan seharian. Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan
mengukuhkan lagi ilmu yang ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan
Dalam Kumpulan (LDK), sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada
semua warga sekolah. Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu
kaunseling secara bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
dengan lebih baik.

Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum dan
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak tahu
akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru dengan
guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah umpama
malaikat yang sepatutnya dapat menyelesaikan masalah tingkahlaku murid-murid di
sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata
kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga
sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah
cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak.

Dengan itu, untuk menjayakan dan memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu
diusahakan oleh guru pembimbing sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.
Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui
tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan
mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi
kaunseling yang baik dan berjaya.