Anda di halaman 1dari 3

1.

0 LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kajian berkenaan perbezaan individu telah dibuat terhadap dua responden di


Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tongkat (SKFBT), Johor. Saya telah membuat
pemerhatian terhadap dua orang murid iaitu bernama Nur Arina binti Muhd Roslan dan murid
kedua bernama Mohammad Afiq Bin Haikal. Kedua-dua murid ini merupakan pelajar Tahun 4
yang berada kelas yang berlainan. Mereka mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, kognitif,
sosioemosi dan latar belakang keluarga yang jelas dilihat berdasarkan pemerhatian dan soal
selidik yang dibuat.

Pemerhatian telah dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku di


dalam bilik darjah. Berdasarkan aspek pertama iaitu aspek fizikal, kedua-dua murid ini
mempunyai kemahiran jasmani yang baik dan saiz badan yang normal dengan umur
mereka. Kemahiran motor halus mereka juga baik yang mana kedua-duanya mampu untuk
menulis dengan baik. Namun begitu, murid kedua iaitu Afiq menghidapi penyakit asma tetapi
dia masih lagi aktif di dalam bidang sukan yang diminatinya iaitu bola sepak. Arina pula tidak
mempunyai sebarang penyakit dan turut aktif dalam sukan bola jaring. Bidang sukan yang
diceburi menunjukkan kemahiran motor kasar mereka adalah sangat baik.

Perbezaan individu juga dilihat dari aspek kognitif. SKFBT mempunyai 2 kelas yang
dibahagikan mengikut keputusan peperiksaan iaitu kelas Berlian dan Zamrud. Arina berada
di kelas 4Berlian manakala Afiq berada di dalam kelas 4 Zamrud. Semasa di dalam kelas,
kedua-dua murid ini aktif dengan memberi respon terhadap soalan yang diajukan oleh guru.
Arina sentiasa fokus di dalam kelas dan memberikan sepenuh perhatian semasa guru
mengajar. Arina juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi semasa guru membincangkan
tentang sesuatu topik mata pelajaran. Manakala Afiq pula gemar menyalin apa-apa yang
ditulis oleh guru di papan putih semasa guru mengajar dan dia gemar untuk mengusik rakan-
rakannya semasa guru sedang mengajar sehinggakan dia didenda oleh gurunya.

Seterusnya, kajian dibuat dengan melihat aspek sosioemosi. Menurut Daniel


Goleman (1997), emosi adalah sesuatu perasaan atau pemikiran yang tersendiri di bawah
keadaan psikologi dan biologikal serta kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kedua-dua responden menunjukkan emosi yang
stabil. Namun begitu, dalam sesetengah situasi emosi responden kedua agak tidak stabil.
Contohnya, Afiq telah meninggikan suara apabila dituduh oleh rakannya membuat bising di
dalam kelas sehingga Afiq dimarahi oleh guru. Menurut pendapat Halimatussaadiah, Badrul
Hisham, Ahmed Nasir dan Izzah (2015), apabila emosi tersebut tidak dapat dikawal ianya
akan mendatangkan keadaan yang boleh memudaratkan. Afiq cuba untuk mempertahankan
pendapatnya dan tidak bertindak dengan bergaduh atau menangis serta menerima hukuman

1
daripada guru tanpa membantah. Maka, jelaslah bahawa emosi Afiq yang stabil yang
membantu tindakannya yang lebih terkawal. Bagi Arina pula, dia seorang yang agak pemalu
dan pendiam yang menunjukkan Arina seorang yang bersikap introvert. Aishah juga kurang
bersosial dengan rakan-rakannya.

Latar belakang murid amat penting untuk diselidik kerana semua masalah yang
timbul dalam diri murid tersebut kemungkinan berpunca daripada keluarga mereka. Arina
dan Afiq mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya merupakan anak pertama daripada dua
adik beradik dan tinggal di kawasan luar bandar iaitu di Felda Bukit Tongkat. Bapa Arina dan
Afiq merupakan peneroka felda di kawasan itu. Oleh itu kedua-dua murid ini mempunyai
keadaan fizikal yang terjaga dan rapi serta tubuh badan yang sihat.

Perbezaan individu penting terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru di


sekolah. Hal ini telah memberi peluang kepada guru untuk menggunakan pelbagai strategi
dan pendekatan yang sesuai dengan kebolehan murid-murid yang berbeza-beza. Setiap
perbezaan yang dimiliki oleh murid-murid juga akan merangsang guru untuk berfikir secara
lebih kreatif dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, wujud implikasi perbezaan individu terhadap proses


pengajaran dan pembelajaran kerana apabila guru telah mengetahui tahap kebolehan
setiap murid-murid, maka guru harus menyediakan tugasan selaras dengan setiap tahap
kebolehan yang ada pada murid-murid. Dengan melihat kepada perbezaan individu yang
dimiliki oleh murid-murid, guru juga dapat menentukan kepelbagaian kecerdasan murid
berdasarkan teori Gardner. Sebagai contoh, Arina lebih cenderung kepada kecerdasan
linguistik dan logikal manakala Afiq lebih cenderung kepada kecerdasan visual. Perbezaan
individu juga memerlukan guru untuk lebih menitikberatkan tentang hasil pembelajaran yang
akan diperoleh oleh seseorang murid dan gaya penyampaian guru semasa mengajar
(Halimatussaadiah et. al, 2015). Setiap hasil pembelajaran perlu dipastikan tercapai dan
disesuaikan dengan kemahiran yang dimiliki oleh murid-murid. Guru digalakkan untuk
mengadakan sesi soal jawab selepas sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengetahui
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang diajar pada hari tersebut. Gaya
penyampaian guru di dalam kelas juga perlu kreatif dan pelbagai untuk menarik minat murid-
murid terhadap subjek yang diajar. Guru boleh menyampaikan isi pengajaran dalam bentuk
bercerita, nyanyian, perbincangan dan sebagainya. Hal ini akan menjadikan murid lebih
bersemangat untuk belajar.

Kesimpulannya, perbezaan individu dalam kalangan murid-murid sangat penting


untuk dikenalpasti bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran
semasa di dalam bilik darjah.

2
3