Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum,apa khabar anda semua? Harap sentiasa di bawah lindunganNya.

Jadi
harini saya ingin kongsikan sedikit mengenai proses terjemahan. Pernahkah anda semua
terfikir bahawa untuk menterjemah ini bukanlah suatu perkara yang mudah??

APA? TAK PERCAYA?


Ya,sepertimana pensyarah tersohor saya yakni Dr Maheram bt Ahmad mengatakan untuk
menterjemah perlu mengambil masa yang lama dan untuk pengetahuan anda semua, dalam
menterjemah perlu menjalani beberapa proses tau! Bukan menterjemah hentam sahaja seperti
yang kita lihat menterjemah menggunakan syeikh maulana google translate.

Kredit : dari imej google

Kenapa gelak?? Biasa buat ke? hehehe


Penterjemahan perlu melalui beberapa proses untuk melengkapkan suatu pernterjemahan
supaya ia dapat disampaikan kepada golongan sasaran dengan baik. Beberapa langkah perlu
diambil bagi memastikah proses menterjemah berjalan dengan lancar :

1)TEKS SUMBER
Teks sumber adalah teks asal sebelum diterjemahkan. Ia haruslah sesuai dengan kadar
penguasaan dan kemampuan penterjemah dalam menterjemah sesuatu teks.

2)ANALISIS
Analisis teks merupakan langkah terpenting dalam menterjemah sesuatu teks. Seseorang
penterjemah perlulah menganalisis suatu teks dengan membacanya secara keseluruhan dan
memahami teks tersebut.

3)PEMINDAHAN
Pemindahan bermaksud proses mencari padanan bahasa sumber kepada bahasa sasaran.
Proses mencari padanan bahasa sumber kepada bahasa sasaran adakalanya rumit dan
mengambil masa yang lama.

4)MENSTRUKTUR SEMULA
Selepas membuat proses pemindahan bahasa, penterjemah haruslah menstruktur semula ayat
kepada bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh golongan sasaran.

5)MEMERIKSA
Setelah menstruktur semula ayat, penterjemah haruslah memeriksa sendiri atau merujuk
pakar bagi meneliti setiap perkataan padanan terjemahan yang tepat.

6)MENYEMAK
Semakan perlu dilakukan bagi memastikan tiada kesalahan dalam penterjemahan. Ia juga
merupakan salah satu cara bagi menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak golongan
sasaran.

7)MENYUNTING
Suntingan perlu dilakukan bagi memperkemas dan menyeragam teks terjemahan dengan
membuang atau menyunting bahan yang tidak diperlukan, supaya bahasa sasaran yang
digunakan itu sampai kepada pembaca.

8)TEKS SASARAN
Setelah melalui proses menganalisis, memindahkan, menstruktur semula ayat, memeriksa,
menyemak dan menyunting, maka terhasillah teks sasaran.

Sekarang anda sudah tahu!


Atikah binti Ishak (A157676)