Anda di halaman 1dari 14

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kajian 2016

MASALAH MENAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 MURID


PEMULIHAN KHAS SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KARAK
DAN CADANGAN MENGATASINYA

OLEH
PN. TAMIL SELVI A/P RAMASAMI

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KARAK, PAHANG

APRIL 2016
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKASURAT

1 Pengenalan 1
2 Sorotan Kajian 1-2
3 Tujuan Kajian 3
4 Objektif Kajian 3
5 Sasaran Kajian 3
6 Metodologi 4
7 Pelaksanaan Kajian 4-7
8 Cadangan 7-10
9 Kesimpulan 11
10 Rujukan 12

1.0 Pengenalan

Murid Pemulihan Khas merupakan satu kumpulan murid yang lemah dan belum
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dan diberi bimbingan dan
pemulihan khusus dalam penguasaan bahasa Melayu dan Matematik. Mereka ditempatkan di
kelas Pemulihan Khas melalui Sistem Withdraw. Sistem tersebut memerlukan murid belajar
secara khusus kemahiran asas yang dibimbing oleh guru Pemulihan khas. Disebabkan murid
pemulihan adalah dikenali sebagai murid yang lemah dalam sistem persekolahan, mereka perlu
dibantu dan dibimbing dalam memahami isi pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang
disampaikan dengan menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah yang berbeza berbanding
murid biasayang lain di kelas arus perdana. Kekreatifan dan kebijaksanaan para guru
Pemulihan Khas dalam mengatasi masalah yang dihadapi mereka sangat diperlukan. Para guru
juga seharusnya memberikan sentuhan inovasi dan modifikasi dalam sebarang bentuk aktiviti
pengajaran yangdijalankan serta alat bantu mengajar yang digunakan. Justeru,
penggabungjalinan kepelbagaian pendekatan, strategi, kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah diharapkan dapat membantu tahap pencapaian murid dalam penguasaan
kemahiran asas utama dalam bahasa Melayu dan Matematik. Menurut pendapat Rahil
Mahyudin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (1997),masalah yang sering wujud dalam
kaedah pengajaran bilik darjah ialah membekalkan pelajar situasi pembelajaran yang
membolehkan pelajar mendekati pengalaman sebenar secara langsung, terutama sekali
apabila mengajar konsep atau kemahiran dalam perhubungan antara perseorangan serta
membina kepekaan kepada perbezaan budayadan nilai. Kajian yang telah dilakukan oleh Suria
Baba (2007) juga, menyatakan bahawa maklumat akan tersimpan lama jika cara penerimaan itu
berdasarkan pengalaman kendiri yang asli tidak secara suapan atau diberi oleh guru semata-
mata dalam bentuk latih tubi.

2.0 SOROTAN LITERATUR

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke
arah memperoleh ilmu pengetahuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), membaca
bererti memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan
makna kandungannya, mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda
secara lisan dengan kuat, dan memahamkan sesuatu makna. Tujuan membaca bagi
memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya
2005). Pengajaran Bahasa Melayu tidak dapat dipisahkan dengan penguasaan kemahiran
membaca. Hal ini demikian kerana bahan yang digunakan dalam pengajaran bahasa perlu
dibaca dan difahami oleh pelajar. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran
bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Mazni bin Othman (2007) telah membuat kajian di Sekolah Kebangsaan Kayan,
Setiawan, Perak tentang kelemahan murid dalam membaca perkataan. Beliau telah membuat
kajian tentang masalah dalam proses membaca khususnya dalam lingkungan kv+kv, kv+kvk,
v+kvk dan teks mudah. Beliau telah menjalankan kajian tersebut terhadap 20 orang murid
pemulihan. Menurut beliau, terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran
iaitu sikap pelajar dan kadar kehadiran mereka datang ke sekolah. Beliau juga menyatakan
penggunaan ujian diagnostik dapat membantu dengan cepat guru mengesan ketidakbolehan
membaca murid. Beliau telah menggunakan kaedah gabungan bunyi kata (KGBK) dan kaedah
fonik untuk meningkatkan kemahiran membaca. Penggunaan kaedah gabungan bunyi kata
(KGBK) dan kaedah fonik dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan membaca murid
kerana kaedah ini adalah merupakan kaedah yang paling asas dalam kemahiran membaca.
Mat Zaidi B. Dahlan (2010) telah menjalankan satu kajian tindakan tentang penguasaan
kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kv+kv dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu (Pemulihan Khas) tahap 1 iaitu murid-murid tahun 2 seramai 2 orang di SK.
LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi. Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian beliau ini
dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari.
Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anak-anak murid beliau dalam mengeja,
menyebut dan melengkapkan perkataan kv+kv. Beliau telah menggunakan kaedah IT Bestari
iaitu menggunakan bahan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan
menyeronokkan serta memberikan respon yang sangat baik daripada kumpulan sasaran yang
dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini membolehkan peserta kajian
mengaksesnya sendiri dengan bimbingan guru. Objektif kajian beliau ialah meningkatkan
penguasaan kemahiran-kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup khususnya murid-
murid Pemulihan Khas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan kaedah IT Bestari.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah kemahiran membaca
perkataan kvkv murid pemulihan khas Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Yeow
Cheng Luan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti masalah murid-murid pemulihan khas Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tamil
Ladang Yeow Cheng Luan yang lemah dalam kemahiran membaca.

2. Membantu murid pemulihan khas Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Yeow Cheng
Luan menguasai kemahiran membaca perkataan kv+kv.

4.1 Persoalan Kajian


1. Apakah masalah murid-murid pemulihan khas Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang
Yeow Cheng Luan dalam kemahiran membaca perkataan KVKV?

2. Bagaimanakah dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV murid


pemulihan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Yeow Cheng Luan?

4.2 Sasaran Kajian

Kajian ini difokuskan kepada 5 orang murid-murid Tahun 2 yang juga merupakan murid-murid
pemulihan di Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Yeow Cheng Luan, Mentakap, Pahang.
Responden ini terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Responden
ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata. Tahap
pencapaian responden ini adalah lemah dan sederhana. Murid-murid telah dikenal pasti
mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca perkataan kv+kv melalui ujian
diagnostik yang dijalankan. Contohnya, buku, sudu, dan dadu, dan mata. Oleh itu kajian
telah dilakukan terhadap tujuh orang responden ini.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini melibatkan 5 orang murid pemulihan tahun 2 yang terdiri daripada 4 orang
murid lelaki dan seorang murid perempuan. Semua responden kajian dipilih berdasarkan
kepada pencapaian dalam ujian pengesanan iaitu ujian dignostik yang dilakukan. Pengumpulan
data menggunakan instrumen ujian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data
kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut responden yang terlibat.

Pengumpulan data yang diperoleh berdasarkan soalan-soalan ujian yang digunakan


oleh pengkaji menilai dan mengesan penguasaan responden terhadap perkara yang dipelajari.
Pengkaji juga telah menjalankan satu Ujian Dignostik. Ujian ini bertujuan untuk melihat
penguasaan responden terhadap penguasaan bacaan.

Pengumpulan data melalui pemerhatian turut dilakukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, penggunaan analisis dokumen turut digunakan untuk menilai tahap
penguasaan murid dalam bacaan terutama dalam buku tulis, dan lembaran- lembaran kerja
yang diberikan.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal


pasti bertujuan memahami secara mendalam masalah tersebut. Hasil daripada analisa
pemerhatian, dan ujian dignostik semasa tinjauan awal dijalankan, pengkaji dapati 5 orang
murid pemulihan khas mengalami masalah dalam menguasai kemahiran membaca perkataan
KVKV. Terdapat beberapa kesilapan semasa mereka membaca perkataan kvkv. Keadaan ini
membuatkan responden tidak mampu mempelajari atau membaca dan membatangkan suku
kata dan perkataan yang lebih sukar.

6.1.2 Kaedah Pemerhatian

Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran. Hasil
yang diperoleh mendapati mereka mengalami masalah dalam membaca perkataan-perkataan
yang mengandungi dua suku kata. Kesan daripada masalah tersebut secara tidak langsung
menyebabkan mereka gagal menguasai kemahiran membaca sepenuhnya. Pemerhatian
dilakukan untuk mengesan dimanakah punca kelemahan murid. membaca perkataan.
Instrumen yang digunakan berpandukan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan
Pemulihan Khas.

6.1.3 Kaedah Ujian Dignostik

.Ujian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh mana mereka
dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas. Setelah dianalisis keputusannya,
murid-murid ini gagal menguasai kemahiran membaca peringkat asas terutamanya yang
melibatkan gabungan suku kata KVKV (rujuk Jadual 1).

6.2 Analisa tinjauan masalah

6.2.1 Analisa Kaedah Pemerhatian


Pemerhatian yang dijalankan ke atas murid-murid ini mendapati mereka mengalami masalah
dalam membaca perkataan kv+kv seperti dadu, buku, meja, mata dan sebagainya. Walaupun
murid-murid ini sudah mengenal semua abjad besar dan kecil dan boleh membatangkan suku
kata KV, tetapi mereka masih tidak boleh membaca terus perkataan-perkataan yang diberi guru.
Apabila perkataan berpola KV+KV diberi, mereka membaca dengan mengeja terlebih dahulu
dan mengambil masa yang agak lama untuk membunyikan perkataannya yang kadang kala
tidak tepat. Ada juga yang keliru dan gagal dalam membatangkan suku kata semasa membaca.
Kesan daripada masalah ini, mereka gagal menguasai kemahiran membaca perkataan
seterusnya ayat-ayat yang mengandungi perkataan KVK. Apabila gagal membaca dengan
lancar perkataan berpola KV+KV, mereka tidak akan boleh membaca perkataan yang berpola
KV+KVK, KVK+KV, KV+KVKK dan seterusnya. Apabila gagal membaca perkataan, mereka
juga akan gagal membaca rangkaikata dan seterusnya tidak boleh menguasai kemahiran
membaca ayat dan petikan karangan.

6.2.3 Analisa Ujian Dignostik

Daripada Ujian dignostik yang dijalankan kepada kumpulan sasaran dapatlah dilihat
kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi. Rujuk kepada jadual analisa rekod ujian dignostik,
seramai 5 orang murid dikaji. Angka menunjukkan bilangan skor responden yang melakukan
kesalahan dalam membaca perkataan KVKV.

Bil Nama Kemahiran Skor Analisis/Catatan


responden
1 Mathukrishnan Membaca perkataan 4 /16 Masalah gugurkan huruf
KVKV semasa membaca
2 Athikesavan Membaca perkataan 5 /16 Gagal membatangkan suku
KVKV kata dengan betul.
3 Kogilan Membaca perkataan 3 /16 Masalah gugurkan huruf
KVKV semasa membaca
4 Virichan Rao Membaca perkataan 7/16 Menambah huruf semasa
KVKV membaca
5 Darshini Membaca perkataan 6/16 Mengambil masa yang agak
KVKV lama sebelum membunyikan
perkataannya dan kadang
kala tidak tepat.

Jadual 1: Bilangan skor responden dalam membaca perkataan KVKV

Berdasarkan kepada markah ujian diagnostik yang dijalankan terhadap 5 orang murid
pemulihan, didapati ada beberapa keputusan yang dapat diperolehi.

Bagi Kemahiran membaca perkataan kvkv, ujian ini dijalankan secara lisan. Murid-murid
diminta untuk membaca kad perkataan kvkv yang ditunjukkan oleh guru. Melalui ujian ini,
seramai 5 orang murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan yang melibatkan
suku kata kvkv.

Daripada analisa ujian dignostik didapati, murid-murid ini mengalami masalah dalam
kemahiran membaca perkataan KVKV kerana beberapa sebab. Responden yang bernama
Mathukrishnan hanya dapat membaca 4 perkataan kvkv sahaja dengan betul. Respon ini
mengalami masalah kerap menggugurkan hurf semasa membaca perkataan kvkv. Responden
yang bernama Kogilan hanya dapat membaca 3 perkataan sahaja dengan betul. Responden ini
juga mengalami masalah yang sama iaitu kerap gugurkan huruf semasa membaca perkataan
kvkv. Manakala Responden yang bernama Athikesavan dapat membaca 5 perkataan sahaja
dengan betul. Responden ini pula mengalami masalah disebabkan gagal membatangkan suku
kata dengan betul semasa membaca.

Responden yang bernama Virichan Rao pula dapat membaca 7 perkataan kvkv sahaja
dengan betul. Responden ini mengalami masalah menambah huruf semasa membaca
perkataan kvkv. Manakala responden yang bernama Darshini pula hanya dapat membaca
6.perkataan KVKV sahaja dengan betul. Responden ini mengambil masa yang agak lama
sebelum membunyikan perkataannya dan kadang kala tidak tepat.

7.0 CADANGAN
Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah merancang beberapa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Yang pertama adalah, guru boleh menggunakan intervensi papan interaktif kata
untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV bagi murid pemulihan ini.

Intervensi ini dinamakan Papan Interaktif Kata kerana menggunakan program


Microsoft Power Point untuk membuat slaid yang terkandung di dalamnya. Membaca perkataan
kv+kv memerlukan bacaan yang sesuai kerana setiap konsonan dalam bahasa Melayu
bercantum dengan lima huruf vokal menghasilkan bacaan dan bunyi yang berbeza. Jika
diperhatikan dengan teliti konsep membaca perkataan kv+kv memerlukan murid untuk
membunyikan huruf konsonan terlebih dahulu sebelum bergabung dengan huruf vokal iaitu a, e,
i, o, u untuk membacanya. Program Papan Interaktif Kata ialah program di mana murid
membaca perkataan kv+kv berpandukan tayangan slaid Papan Interaktif Kata. Program ini
direka khas bagi murid yang mempunyai masalah dalam membaca perkataan kv+kv dan
mempunyai tiga bahagian dan aktiviti iaitu Konsonan dan Vokal, Suku Kata KV serta Perkataan
kv+kv.

Tujuan program ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan dan membantu murid
membaca perkataan kv+kv dengan sebutan dan intonasi yang betul dan tepat berdasarkan
langkah yang diberi. Dengan ini, murid akan dapat mengaplikasikan kaedah ini ketika aktiviti
membaca perkataan kv+kv. Tindakan ini dirancang agar murid dapat melakukannya dengan
cepat dan mudah difahami.

Dalam program papan interaktif kata ini, murid akan belajar beransur-ansur. Pada sesi
pertama mula-mula murid akan mengenal semua huruf melalui aktiviti nyanyi berpandukan
video yang ditayangkan. Selepas itu, murid dikenalkan kepada huruf konsonan dan vokal
dengan berpandukan sebutan yang betul bagi setiap huruf yang ditayangkan secara berulang-
ulang. Seterusnya, murid diminta menyebut huruf konsonan dan vokal yang diberikan secara
rambang. Objektif pada sesi pertama ini adalah peserta kajian dapat mengenal dan menyebut
huruf konsonan dan vokal yang diberikan dengan betul.

Pada sesi intervensi kedua, murid akan ditunjukkan cara membaca suku kata kv
berdasarkan slaid yang ditayangkan. Pada mulanya, murid akan mendengar cara mengeja dan
membaca suku kata kv dengan betul melalui audio dari pembesar suara. Selepas itu, murid
akan mengajuk dan membaca suku kata kv mengikut audio tersebut secara berulang-ulang.
Langkah ini diulangi dengan suku kata kv yang seterusnya. Selepas itu, bagi menguji dan
mengukuhkan kemahiran ini, murid akan membaca suku kata kv yang ditayangkan secara
rambang. Objektif pada sesi kedua ini adalah murid dapat membaca suku kata kv yang
diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas.

Pada sesi intervensi ketiga pula, murid akan ditunjukkan slaid cara membaca perkataan
kv+kv dengan betul. Pada mulanya, murid akan mendengar cara mengeja dan membaca
perkataan kv+kv dengan betul melalui audio dari pembesar suara. Selepas itu, murid akan
mengajuk dan membaca perkataan kv+kv mengikut audio tersebut secara berulang-ulang.
Langkah ini diulangi dengan perkataan kv+kv yang seterusnya. Selepas itu, bagi menguji dan
mengukuhkan kemahiran ini, murid diminta membaca perkataan kv+kv yang ditayangkan
secara rambang. Objektif pada sesi ketiga ini adalah murid dapat membaca perkataan kv+kv
yang diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas.

Rajah 1: Papan Interaktif Kata

Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah pandang dan sebut untuk
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV. Menurut Normah Abdullah, Mat Nor
Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), melalui kaedah pandang sebut perkataan
diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad
diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang
dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang disebut ialah
perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi ( 2005),
kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan
memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.
Cadangan seterusnya adalah, guru juga bolen menggunakan kaedah abjad. Kaedah ini
merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca
perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal mana-mana nama-nama huruf
dari a-z. Selepas itu, kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal (a,e,i,o,u), huruf-huruf
konsonan, dan diftong (ai,au,oi). Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini.
Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membantu membentuk suku kata dan seterusnya
perkataan. Kaedah ini member asas yang kukuh dalam kemahiran membaca.

Guru boleh memberi Muridmurid mengecam dan mengenal perkataan KVKV dengan
memandang keseluruhannya. Setelah perkataan dicam, perkataan tersebut tidak dibunyikan
dan dieja tetapi terus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang
disampaikan mengikut kaeadah ini disertakan dengan gambar. Dalam kaedah pandang dan
sebut ini murid akan dapat menyebut kandungan dalam gambar tersebut seterusnya dapat
membaca perkataan KVKV dengan betul. Kaedah ini sangat berkesan jika digunakan oleh guru
dalam mengatasi masalah membaca murid pemulihan ini.

Herman (1991),menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional


dan intiutif seseorang individu. Guru juga boleh mengamalkan dalam P&P seni pergerakkan
yang mana, boleh membantu murid mengingat hasil pergerakkan yang mereka lakukan. Guru
boleh menjalankan kaedah mengeja dan membaca perkataan KVKV dengan kiraan jari ini
berbantukan bahan bantu mengajar, kad perkataan KVKV berserta dengan gambar.
Penggunaan BBM Ini bertujuan untuk memantapkan lagi daya ingatan mereka supaya mereka
dapat menyimpan gambaran mengenai perkataan yang hendak mengeja dan membaca. Pada
peringkat ini, guru turut menggunakan warna untuk membantu mereka membezakan suku kata.
(Sharanjeet K, Zainora M & Siti Jalia J .2008) dalam kajian mereka, menyatakan dalam
membaca, diskriminasi visual perlu ada, dan warna memainkan peranan penting untuk
membezakan huruf, dan dalam kajian pengkaji ini ianya beperanan untuk membezakan suku
kata.

Cadangan penambahbaikan yang seterusnya adalah menggunakan bahan bantu


mengajar yang boleh disentuh oleh murid, contohnya, cincin huruf. Caranya ialah, setiap cincin
huruf itu disarung pada jari murid untuk membolehkan murid dan melihat huruf dan suku kata
dengan jelas. Dengan adanya cincin tersebut, mereka tidak perlu tercari-cari perkataan yang
dibacanya. Akan tetapi, cincin tersebut disarungkan menghadap telapak tangan supaya selari
dengan huruf pertama iaitu pada jari telunjuk. Tapi untuk suku kata yang kedua pula, cincin
tersebut perlu disarungkan dipermukaan tangan supaya selari dengan huruf ketiga iaitu jari
telunjuk kanan. Untuk lebih memudahkan lagi, setiap dibezakan cincin mengikut warna suku
kata. Contoh, suku kata pertama berwarna biru, manakala suku kata kedua berwarna hijau, jadi
murid akan terus ingat yang cincicn biru mesti berada pada tangan kiri dan sebaliknya. Dengan
kaedah ini, guru boleh mengatasi masalah murid yang kerap gugurkan huruf semasa membaca
perkataan KVKV.

Selain daripada itu, aktiviti latih tubi hendaklah dijalankan selama 5 minit sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran dimulakan di kelas pemulihan semasa matapelajaran Bahasa
Melayu. Murid bolehdiberi kad suku kata KVKV yang sama dengan carta suku kata KVKV yang
dipamerkan. Guru boleh membimbing murid mengeja dan sebut suku kata secara berulang
bersama-sama sehingga mereka boleh mengeja dan membaca siri-siri kad suku kata KVKV
yang disediakan. Dengan ini, guru boleh mengatasi masalah murid dalam membaca perkataan
KVKV ini. Hasil temu bual dengan guru dan murid-murid ini, di dapati pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih efektif dan berkesan jika guru menggunakan kaedah latih tubi.
Kaedah ini juga dikesan mampu menarik minat murid dalam mata pelajaran lain jika digunakan.

8.0 Kesimpulan

Melalui kajian yang dilakukan telah menyedarkan pengkaji bahawa setiap strategi,
kaedah, teknik yang dilakukan perlulah dilakukan bertepatan dengan keadaan dan
perkembangan semasa murid bagi menambah baik amalan pengajaran guru. Aktivti pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan seronok mampu menigkatan kefahaman murid. Jika murid
seronok dan faham dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sudah pastinya tahap prestasi
murid akan meningkat dan matlamat pendidikan mampu dicapai. Kajian yang dilakukan ini juga
telah menimbulkan kesedaran kepada pengkaji terhadap masalah yang dihadapi oleh murid
supaya ia tidak berlarutan ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, sebagai bakal bergelar guru,
keperihatinan dan tumpuan kepada murid yang lemah tidak diabai bagi mencapai hasrat Falsah
Pendidikan Kebangsaan .

Oleh hal yang demikian, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai ,
latih tubi yang berulangan, bahan bantu belajar yang konkrit dapat membantu murid-murid yang
lemah dalam menguasai masalah bacaan. Penambahbaikan dalam kajian ini boleh dilakukan
dengan memberikan dan memasukkan pelbagai unsur inovasi yang lebih menarik dan
memudahkan lagi kefahaman murid.
Rujukan

Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar.

Puchong. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz ( 2009 ). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Shah Oxford Fajar.

Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid, & Wong Kiet Wah. (2010). Asas kepimpinan

dan perkembangan profesional guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

Kamus Dewan Edisi Keempat. ( 200&). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :

Fajar Bakti

Buku Panduan(1998), Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas ( Masalah

Penguasaan 3M ), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia,