Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI ORIENTERING

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016 DI ULU BENDUL, KUALA PILAH,


NEGERI SEMBILAN

Aktiviti orientering merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan pada hari kedua.
Aktiviti ini dijalankan pada hari khamis 25 Ogos 2016 pada jam 4 petang. Sebelum aktiviti
orientering dijalankan, pegawai jurulatih mengedarkan beberapa kompas kepada setipa
platun sebanyak dua kompas. Pegawai jurulatih memberi sedikit penerangkan tentang
komponen yang terdapat dalam kompas serta menerangkan cara menggunakan kompas
dan cara membaca bacaan bearing yang betul dan tepat. Pegawai juga telah memberi
demonstrasi mengenai cara membaca bearing dengan menggunakan kompas sebagai satu
gambaran yang jelas kepada peserta sebab kebanyakkan peserta tidak memahami cara
membaca bacaan bearing serta tidak mengetahui cara menggunakan kompas.

Seterusnya, Pegawai jurulatih suruh peserta untuk cuba cari tempat yang betul
mengikut bearing yang diberi oleh mereka sebagai satu latihan asas untuk memberi
gambaran yang jelas tentang cara membaca bacaan bearing yang betul. Setelah itu, setiap
kumpulan diuji untuk mencari lokasi atau petanda dengan menggunakan kompas tersebut
mengikut bacaan bearing yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan diuji dengan bacaan
bearing yang berbeza. Justeru lokasi yang ditunjukkan dalam kompas turut berlainan antara
setiap kumpulan. Maklumat yang diberikan oleh pegawai jurulatih akan memberi ilmu dan
pengalaman semasa menjalankan aktiviti orientering. Latihan ini juga memberi satu
tanggapan yang jelas mengenai bacaan bearing pada kompas.

Setelah para peserta semakin mahir menggunakan kompas, kami diberi setiap
tugasan secara berkumpulan mengikut platun masing-masing. Melalui aktiviti ini, kerjasama
antara ahli kumpulan sangat penting bagi menjalankan aktiviti ini. Pertamanya, platun kami
iaitu BSMM 2, yang dilepaskan pertama bagi memulakan aktiviti orientering dan masanya
diambil kira dari saat kami menerima soalan pertama. Seterusnya diikuti oleh pengakap,
KRS 1, BSMM 1 dan KRS 2. Di dalam tugasan tersebut, kami perlu menyelesaikan soalan
yang terdapat pada beberapa stesen yang telah ditetapkan tetapi tidak dinyatakan dengan
jelas. Hanya berbekalkan maklumat kedudukan bearing kami dikehendaki mencari lokasi
bearing tersebut menggunakan kompas. Setibanya di lokasi yang tepat, kami perlu mencari
soalan yang telah disorokkan dan perlu dijawab. Pencarian ini diteruskan sehingga kami
selesai menjawab keempat-empat soalan di lokasi yang berbeza. Kumpulan yang terpantas
yang berjaya menjawab saolan dengan betul dikira sebagai pemenang. Masanya akan dikira

34
sampai tiba ke stesen akhir. Keputusan bagi aktiviti ini ialah platun pengakap telah
dinobotkan sebagai Johan kerana berjaya selesaikan tugas ini dalam masa yang singkat.

35