Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI PENDAKIAN KE GUNUNG ANGSI

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016 DI ULU BENDUL

Hari kedua perkhemahan iaitu 24 Ogos 2016, iaitu pada hari rabu, kami telah
melaksanakan aktiviti jalan lasak ke Gunung Angsi yang terletak 3 KM jauh dari tapah
perkhemahan 1, Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Kami tolak dari tapah perkhemahan selepas
selesai sesi moral bagi belajar bukan islam dan solat subur secara berjemahan bagi pelajar
islam serta sarapan pagi.

Setiap platun diarahkan berkumpul di padang kawad setelah wisel dibunyikan oleh
pegawai jurulatih. Ketua kumpulan pada hari tersebut ialah Mohd Hafiz B Mohd, peserta dari
platun Pengakap. Salah satu peserta dari platun KRS 2 tidak dapat hadir ke Gunung Angsi
kerana mengalami kecederaan pada kakinya. Setiap platun dijaga oleh seorang pegawai
jurulatih.Sebelum bertolak dari Tapah Perkhemahan 1, Ulu Bendul, Negeri Sembilan, kami
dibekalkan dengan sebuku roti sebagai alas perut. Tuan Punitha juga menyediakan dua peti
pertolongan cemas sebagai langkah keselamatan. Kami bertolak dari tapak perkhemahan
tepat pada pukul 8.00 pagi. Kami berjalan mengikut jalan raya besar yang penuh dengan
kenderaan terutamanya kenderaan berat. Dalam perjalanan jalan, kami nampak ular mati di
bahu jalan. Keselamatan diutamakan semasa berada di bahu jalan.

Perjalanan dari tapah perkhemahan ke kaki Gunung Angsi mengambil masa selama
40 minit. Ada setengah pelajar sampai ke kaki Gunung Angsi sebelum pada pukul 8.30.
Kepantasan peserta lain dapat memberi motivasi kepada pelajar lain. Tepat pada pukul 8.40
kami telah pun sampai di kaki tapah perkhemahan. Kiraan peserta diambil kira oleh setiap
ketua platun sebagai langkah keselamatan. Di situ, kami ditemukan dengan dua orang
renjer hutan yang akan menjadi fasilitator bagi pendakian ini. Ketua Pegawai Hutan Simpan
memberi taklimat ringkas tentang keselamatan dan peraturan serta amalan yang harus
diamalkan dan tidak diamalkan semasa mendaki gunung. Dengan taklimat itu, kami dapat
mengetahui cara menjaga keslamatan semasa berada di hutan tersebut. Semakan
keselamatan diri dilakukan sekali lagi. Peserta yang mengalami masalah kesihatan seperti
asma diberi kelonggaran untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut sabagai langkah
keselamatan. Namun, ada pelajar seperti Dunstan dan Nor Liyana mempunyai semangat
yang tinggi untuk mendaki Gunung Angsi bersama peserta lain.

Kami mula mendaki Gunung Angsi dengan mengikut salah seorang renjer hutan.
Pendakian bermula dengan peserta perempuan terlebih dahulu kemudian disusuli dengan

31
peserta lelaki, sebab pelajar lelaki akan menaik dengan cepat tapi perempuan akan menaik
dengan perlahan. Sebagai langkah keselamatan bagi peserta terutamanya peserta
perempuan, perempuan dilepaskan pertama dan diikuti dengan peserta lelaki. Salah satu
renjer ditempatkan di barisan paling belakang peserta lelaki. Permulanya tidak semudah
seperti dijangkakan sebab kami perlu memanjat tebi gunung yang berlumpur dan curam.
Seorang demi seorang perlu memanjatkan dengan memegang tali yang diikat pada pokok
serta tempat yang tidak ada tali, kami hanya memegang batang pokok sebagai tanda
sokongan untuk naik. Ada beberapa peserta dan salah seorang pegawai jurulatih terkena
sengatan lebah. Ia menyebabkan kekejangan pada kaki mereka. Rawatan pantas diberikan
kepada peserta dan jurulatih yang kena sengatan lebah bagi mengurangkan kesakitan dan
kekejangan pada kaki mereka. Mereka yang kena sengatan lebah tidak berputus asa,
mereka mengambil kekejangan pada kaki sebagai satu cabaran untuk mendaki puncak
Gunung Angsi.

Selepas beberapa minit, kami berhenti di check point pertama bagi mengambil rehat,
minum dan makan sambil menunggu kumpulan peserta lain yang belum tiba. Pada masa
menunggu, kami menampak jurulatih platun kami iaitu Puan Punitha dapat menaik Gunung
Angsi walaupun beliau kurang sihat. Beliau juga memberi semangat dan dorongan yang
kuat untuk menaik gunung sampai puncak. Setelah semua orang tiba, kami mula untuk
meneruskan pendakian, ada beberapa peserta tidak meneruskan pendakian ini kerana
menghadapi dengan beberapa masalah kesihatan. Mereka tunggu di check point pertama
selama 30 minit dan turun semula dari situ dan pulang ke tapah perkhemahan dengan
bantuan salah seorang pensyarah. Seterusnya, kami mula menghadpai halangan yang
begitu cabar dan rumit. Cabaran dan halangan ini menjadi inspirasi yang kuat kepada kami
untuk mencapai puncak Gunung Angsi. Para peserta perlu menempuh hutan belantara yang
semak dengan pelbagai tumbuhan, jalan yang sempit, ada batang pokok yang jatuh dan
menjadi halangan untuk meneruskan perjalanannya, tebing yang curam, halangan pokok
yang tumbuh dan sebagainya. Walaupun, kami tidak berputus asa, sebab kami tertarik
dengan pandangan sekitarnya yang begitu indah serta udara yang begitu nyaman dan sejuk
walaupun pukul 12.30 tengah hari.

Dalam perjalanan, kami nampak anak sungai, pelbagai jenis tumbuhan dan air
terjun. Kami mengambil gambar sebagai kenangan. Kami juga menjumpa aliran air bersih
dan kami juga mengisi air di botol minuma kerana air yang kami bawa sudah habis. Kami
juga berhenti di tiga tempat bagi mengambil rehat dan minum serta tunggu untuk peserta
yang lain. Tepat pada pukul 2.00 petang, kami Berjaya menjejak puncak Gunung Angsi.
Kami berasa gembira dan senyumannya diukir di muka, sebab walaupun kami menghadapi
beberapa halangan dan cabaran, kami tetap berusaha untuk mendaki gunung tersebut.

32
Kami terpukat dengan pemandangan yang indah dari puncak gunung itu. Persekitarannya
amat sejuk apabila berbanding dengan persekitaran semasa mendaki gunung dan
berkabus. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar bersama platun
masing-masing dan dengan peserta yang lain sebagai kenangan. Kami juga mengambil
rehat sebab kami berasa letih. Selepas beberapa minit, peserta bernama Nur Liyana
sampai puncak gunung yang ditemani oleh salah seorang renjer hutan. Pegawai jurulatih
memberi arahan bahawa berkumpul mengikut platun masing-masing bagi menyanyikan
beberapa lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Institut Bahasa dan lagu badan beruniform (KRS,
PENGAKAP DAN BSMM). Setelah itu, kami menjalankan kerka amal dengan membersihkan
kawasan sekitar puncak Gunung Angsi bagi merapkan nilai murni menyayangi alam sekitar.

Selepas itu, renjer hutan memberi arahan bahawa kami sudah melebihi masa yang
sepatutnya. Semasa berturun dari gunung, perempuan juga dilepaskan awal dan diteruskan
dengan peserta lelaki. Saya berasa takut semasa turun dari gunung sebab tanahnya
berlumpur dan amat curam sekali. Dengan sokongan kawan, saya dapat sampai ke kaki
Gunung Angsi. Kami mengambil rehat seketika tunggu untuk peserta lain. Selepas itu, kami
meneruskan perjalanan kami ke Tapah Perkhemahan 1, Ulu Bendul, Negeri Sembilan.
Setelah sampai di tapah perkhemahan, kami berkumpul untuk mengambil kehadiran bagi
memastikan semua peserta sampai dengan selamat. Aktiviti ini memang memenatkan kami,
tetapi memberi pengalaman yang bermanis. Saya berasa syukur kerana dapat berturun
dengan selamat. Melalui aktiviti ini, saya dapat belajar tentang kalau kita tidak berputus asa,
kita dapat berjaya pada peringkat yang tinggi.

33