Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016 DI ULU BENDUL

1.SEBELUM PERKHEMAHAN

Pelajar PISMP Sem 3 telah menjalankan satu aktiviti perkhemahan badan beruniform IPG
Kampus Bahasa Melayu di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seramai 74 orang
peserta dari PISMP Sem 3 telah mengikuti aktiviti perkhemahan ini yang melibatkan badan
beruniform Pengkap, BSMM 1, BSMM 2, KRS 1 dan KRS 2 selama empat hari tiga malam.
Pekhemahan badan beruniform telah dirancang akan dilaksanakan pada 23 ogos 2016
sehingga 26 ogos 2016. Proses pemilihan jawatankuasa dijalankan selama dua minggu
sebelum perkhemahan iaitu pada 10 ogos 2016. Pemilihan jawatankuasa dilakukan agar
aktiviti perkhemahan ini dapat dijalankan dengan lancar. Dalam aktiviti perkhemahan kali ini,
saya merangkap sebagai ahli jawatankuasa buku program dan buletin.

Sebelum memulakan perkhemahan, kami telah melaksanakan mesyuarat dua kali


dalam seminggu untuk mengetahui perkembangan semasa yang dilaksanakan dari semasa
ke semasa bersama Encik Taufiq Pendedahan maklumat atau tugas secara terperinci
diberikan kepada setiap ahli jawatankuasa. Masalah yang hadapi juga dapat diselesaikan
dengan segera dan sempurna dalam perjumpaan tersebut. Kertas kerja juga dapat
disediakan dan dapat kelulusan dari pihak atasan Dengan syukurnya, jawatankuasa dapat
melaksanakan tugasan mereka dengan baik. Pada hari mesyuarat terakhir ahli jawatan
kuasa dapat menjelasakan tugas-tugas yang telah dilaksanakan oleh mereka (gambar 1).
Kami bersyukur kerana mendapat sumbangan ikhlas untuk membiayai aktiviti perkhemahan
ini. Kain rentang juga siap dan digantung di pagar utama Kampus.

Pada minggu akhir semasa perkhemahan, ahli jawatan kuasa melaporkan masing-
masing tugas yang telah mereka laksanakan (gambar 2). Semua tugas dapat dilaksanakan
dalam masa yang singkat dengan jayanya. Memandangkan kita tidak mempunyai masa
yang cukup untuk menguruskan perkehemahan tetapi kita mempunyai jawatankuasa yang
sangat cekap dalam menguruskan tugas masing-masing dalam masa yang singkat. Kita
dapat menyediakan semua peralatan perkhemahan seperti alat masak, khemah, peti
kecemasan dan sebagainya sehari sebelum perkhemahan. Setiap platun harus menghantar
sebuah model pintu gerbang mini yang menarik, gerbang yang menarik akan menjadikan
pintu gerbang utama tapak perkhemahan nanti.

22
Gambar 1 menunjukkan mesyuarat bersama Encik Taufiq

Gambar 2 menunjukkan jawatankuasa melaporkan tugas masing-masing

2. Semasa Perkhemahan

Hari pertama 23 Ogos 2016. Pada 23 Ogos 2016, tepat pukul 7.45 pagi, kami telah
berkumpul dekat pancut air Kampus Bahasa Melayu. Kami mengangkut barang masakan
dari stor untuk menaik dalam bas. Pada awal pagi kami dikejutkan dengan kerosakan bas
yang tidak dapat digunakan disebabkan kerosakan yang tidak dapat dielakkan. Dapam
perancangan kami sepatutnya perkhemahan kami pergi ke tapak perkhemahan
menggunakan dua buah bas tetapi terpaksa menggunakan satu bas. Pada waktu itu, bagi
kami sangat perit bagaimana untuk menjimatkan ruang dalam penggunaan bas untuk
meletakkan barang perkhemahan dan barangan persendirian pelajar.

Seterusnya, dengan nasihat daripada pensyarah dan pemandu bas kami dapat
mengisi ruang yang berada dalam bas. Setelah barang diisi, kami meneruskan perjalan
kami ke tapak perkhemahan. Pada hari tersebut terdapat kelewatan dari segi masa untuk
sampai ke tapak perkhemahan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Setelah
sampai, jurulatih memberi sedikit taklimat mengenai tapak perkhemahan, perkara yang

23
boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan di tapah perkhemahan. Selepas itu, kami telah
diasingkan oleh komander untuk mengiku unit masing-masing ke tapah perkhemahan yang
telah disediakan. AJK peralatan mengagihkan khemah dan alatan yang diperlu untuk
membuat gajet kepada peserta kem. Seterusnya, setiap platun mula mendirikan khemah
dan membuat gajet. Pada pukul 1.00 petang, satu taklimat telah diberikan oleh jurulatih
mengenai aktiviti yang akan kami melaksanakan. Kami pulang ke khemah masing-masing
untuk teruskan aktiviti pasang khemah dan membuat gajet. Kami membuat gajet seperti
ampaian, rak kasut, pintu gerbang, tempat letak barang dan tempat letak mangkuk dan
cawan. Selepas siap semua kerja, kami dibenarkan rehat sehingga malam hari. Setelah
selesai solat isyak, kami telah berkumpul di dewan untuk aktiviti bantu mula bersama Tuan
Punitha. Tepat pada pukul 11.00 tengah malam, kami bersurai.

24 Ogos 2016 merupakan hari kedua perkhemahan kami. Kami bangun seawal
pukul 5.30 untuk sesi moral dan solat subuh. Setelah selesai kami diberikan masa untuk
mengurus diri sebelum aktiviti senaman pagi dijalankan. Selepas itu, kami berbaris untuk
upacara menaikkan bendera BSMM. Aktiviti pagi ialah jalan lasak dan pandu arah. Aktiviti
jalan lasak dijalankam di Gunung Angsi. Kami telah menjalankan aktiviti mendaki Gunung
Aksi. Kami dipandu oleh dua orang renjer hutan yang telah ditugaskan. Pada pagi itu, kami
turut diiringi oleh pegawai jurulatih bersama beberapa orang pegawai lain seperti Puan
Punitha. Setelah selesaikan aktiviti mendaki Gunung Aksi, kami segera mengurus diri untuk
aktiviti seterusnya. Aktivitinya ialah ikthiar hidup atau masakan rimba. Untuk aktiviti ini, kami
hanya dibekalkan dengan beras, ubi kentang, telur, beberapa ketul ayam bagi masak tanpa
dapur. Setelah selesai masak, kami hidangkan makan itu, jurulatih telah merasakan
makanan itu bagi menilai serta mengambil markah. Aktiviti seterusnya ialah simulasi dan
ujian kemahiran bantu mula yang telah belajar pada malam sebelumnya. Kami perlu
mempratikan ilmu yang diberi dengan sempurna. Pada malam harinya pula, setelah selesai
sesi moral dan solat isyak berjemaah, kami berkumpuldi dewan untuk sesi bersama para
pegawai. Kami telah menjalankan satu lagi ujian iaitu kemahiran ikatan dan simpulan.
Penilaian dijalankan oleh pegawai terhadap setiap peserta mengenai kemahiran ikatan dan
simpulan. Sebelum itu kami diberi demonstrasi membuat ikatan dengan betul dan kemas.
Setelah selesai, kami bersurai.

Hari ketiga ialah 25 Ogos 2016. Hari ini kami akan mengendalikan latihan kawad,
ujian kemahiran kawad kaki dan kawat formasi, menggunakan kompas dan membaca peta,
khidmat komuniti dan persediaan malam kebudayaan. Seperti biasa, kami telah bangun
pada pukul 5.30, pelajar islam terlibat dalam solat subuh dan takziah pagi serta pelajar
bukan islam terlibat dalam sesi moral. Kami mengikuti aktiviti senaman pagi. Selepas itu,
kami berbaris untuk upacara menaikkan bendera. Tepat pada pukul 8.00 pagi, kami telah

24
berkumpul mengikut platun masing-masing untuk mengikuti latihan kawad yang telah
ditetapkan. Kami platun BSMM 2 merupakan kumpulan ketiga yang akan menduduki ujian
kawad kaki dan kawad formasi pada jam 10.30 pagi. Kami selesai melakukan ujian ini tepat
pada pukul 12.30 tengah hari. Setelah itu, kami dibenarkan untuk bersurau dan berehat.
Pada pukul 2.00 petang, kami meneruskan dengan aktiviti orintering. Kami diberi tugas
untuk menyelesaikan misi pada lokasi yang dirahsiakan berpandukan bacaan bearing pada
kompas. Setelah itu, kami melakukan khidmat komuniti dengan membersihkan kawasan
tapah perkhemahan, dewan, dapur, tapah berkumpul dan tandas. Dalam masa yang sama,
kami telah membuat latihan untuk persembahan untuk malam kebudayaan. Pada pukul 9.00
malam, malam kebudayaan mula. Persembahan yang dipertandingkan ialah lakonan
pendek, pentomen, fesyen show, nyanyian dan dikir barat. Pada masa yang sama, kami
menyambut hari jadi salah seorang peserta, Nur Liyana. Pukul 11.00, kami bersurai.

Hari keempat iaitu hari terakhir, 26 Ogos 2016. Seperti biasa, kami bangun pada
pukul 5.30 untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan sesi moral. Setelah itu,
kami berkumpul untuk berbincang dan menyediakan tempat untuk Raptai Majlis Perasmian
Penutup Perkhemahan Unit Beruniform 2016. Majlis penutup dijalankan pada pukul 10.30
pagi dan kami bersurai pada pukul 12.30 tengah hari. (gambar dalam lampiran)

3. Selepas Perkhemahan

Setelah majlis penutup selesai, semua peserta memulakan pembersihan kawasan


perkhemahan. Kawasan pembersihan termaksuklah tapak perkhemahan, tapah berkumpul,
surau, tandas, dapur dan ruang rehat. Semua peralatan seperti khemah dan peralatan
masak dikemas dan di masukkan ke dalam perut bas dan koster (gambar 3). Setelah
barang semua naik, kami baris untuk mengira bilangan peserta (gambar 4) dan memastikan
semua peserta ada serta memastikan semua barang dinaikkan dalam bas. Kami menaik
bas. Tepat pada pukul 2.00 petang, kami bergerak dari tapak perkhemahan.

25
Gambar 3 mrnunjukkan semua peralatan seperti khemah dan peralatan masak di masukkan
ke dalam perut koster

Gambar 4 menunjukkan kami baris untuk mengira bilangan peserta

26