Anda di halaman 1dari 10

3.

MAHATHIR MELEMAHKAN NASIONALIS MELAYU DAN CABARAN


NASOINALIS ETHNO-PERKAUMAN RAZALEIGH: PERTIKAIAN TAHUN 1987

Kepentingan pertikaian UMNO pada 1987 nyata dalam beberapa bukti terdapat dalam
politik UMNO. Pertama, tidak pernah berlaku cabaran pilihan raya yang terbuka kepada
pucuk pimpinan UMNO yang serius seperti yang berlaku pada 1987. Insiden cabaran pucuk
pimpinan yang lain tidak serius jika dibandingkan. Semasa pilihan raya UMNO pada tahun
1978, seorang ahli yang tidak berpengaruh , Sulaiman Palestine telah mencabar pemangku
Yang-Dipertua UMNO Hussein Onn . Sulaiman disokong oleh beberapa golongan elit
daripada era Abdul Rahman sebagai protes terhadap Hussein Onn yang terdahulu, Abdul
Razak, seterusnya terhadap kebangkitan golongan elit muda iaitu Mahathir, Musa, Razaleigh.
Sulaiman tewas dengan mudah, dengan hanya memperoleh 250 jumlah undi, manakala
Hussein Onn memperoleh sebanyak 898 undi. Pilihan raya 1987 tersebut walau
bagaimanapun, hampir menggugat kedudukan Yang-Dipertua parti tersebut.

Kedua, sebelum dan selepas pertikaian 1987 tersebut, UMNO berpecah kepada dua
bahagian. Kesudahannya, parti tersebut terbahagi kepada dua pihak yang bersaing- UMNO
Baru dan Semangat 46. UMNO yang berpaksi sebagai simbol dan terjelma sebagai politik
Melayu yang dominan. Perpecahan tersebut mempunyai makna kepada komuniti Melayu.
Perpecahan tersebut telah mencetus situasi di mana, untuk pertama kalinya, dua parti sekular
nasionalis Melayu bersaing untuk memimpin masyarakat Melayu.

Bab ini menganalisis pertikaian 1987 di dalam sudut menandingi ideologi nasionalis
yang dibentuk oleh pesaing elit. Kebanyakan kajian mengenai perbalahan pada tahun 1987
yang telah ada, walaupun mereka telah menerangkan daripada dimensi yang bercanggah
mengenai perbalahan tersebut berkait dengan pragmatik dan oportunisme dengan mudah,
ideologi tersebut tidak boleh diambil serius. Kajian tersebut menyimpulkan bahawa ia
merupakan perebutan kuasa di antara politik elit yang ternama dengan ideologi retorik
merupakan penyamaran kepada tindakan mereka. Justeru, perbalahan pada tahun 1987
dipertikaikan sebagai kurang ideologi berbanding kes lain yang dikaji di dalam kajian ini.
Walau bagaimanapun, tidak mengurangkan kepentingan kepada persaingan ideologi. Dalam
menangkis ideologi nasionalis mengenai perbalahan pada tahun 1987 melibatkan pandangan
nasionalis Perdana Menteri dan pertentangan dengan pandangan tersebut. Kedua dinyatakan
dalam bentuk ideologi-balas , dibentuk dan di manipulasi oleh pesaing. Tambahan,
perbalahan tersebut telah menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam UMNO, di mana
kemudiannya merebak kepada seluruh masyarakat Melayu, di dalam bentuk persaingan di
antara dua parti politik di dalam tompok yang sama, UMNO.

Dalam perbalahan pada tahun 1987, nasionalis yang berbalah ideologi yang terdiri
daripada polisi pro-Melayu, yang diwakili oleh Razaleigh dan polisi pro-Melayu yang lemah
yang diwakili oleh Mahathir. Untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai Perdana Menteri,
Mahathir menitikberatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat berbandingan pengasingan
etnik. Kedudukan sebagai Perdana Menteri, berbanding Presiden UMNO, harus
menitikberatkan juga masyarakat bukan Melayu. Mandat sebagai Perdana Menteri bukan
sahaja daripada masyarakat Melayu, malahan juga daripada masyarakat bukan Melayu.
Dengan menitikberatkan pertumbuhan ekonomi dengan pesat berbanding pengasingan etnik
mungkin mampu melemahkan pro-Melayu DEB pada tahun 1970-an, penjelmaan ethno
perkauman nasionalisme Melayu. Perubahan dasar ini menunjukkan bahawa komitmen
nasionalis Mahathir telah beralih daripada ethno-perkauman nasionalis Melayu. Bertentangan
ini, pecahan yang mencabar menegaskan bahawa kerajaan perlu mengekalkan usahanya
untuk memajukan kesejahteraan ekonomi masyarakat Melayu kepada sama rata, jika tidak
melebihi, akan dinikmati oleh yang bukan Melayu. Kedudukan masyarakat Melayu yang
ditakrifkan sebagai identiti nasional Malaysia, sepatutnya mempunyai kedudukan. Pesaing
cuba mengesahkan cabaran mereka terhadap kuasa Mahathir dengan andaian bersifat
ideologi.

Bab ini terbahagi kepada tiga titik analisis yang berasingan. Pertama, setelah adanya
gambaran ringkas mengenai pecahan-pecahan di dalam UMNO pada tahun 1980-an, seksyen
yang berikutnya berhujah mengenai Mahathir beralih daripada ethno-perkauman nasionalis
Melayu DEB pada tahun 1970-an sebagai kesan daripada kepentingan beliau terhadap
pembangunan ekonomi berbanding pengasingan ekonomi. Kepentingan ini terbukti dalam
penyahkawal seliaan terhadap prinsip DEB, peraturan terhadap pengasingan etnik dan di
dalam polisi penswastaan. Kedua, penentangan terhadap penukaran Mahathir daripada ethno-
perkauman nasionalis Melayu, Razaleigh cuba untuk mendapatkan sokongan ahli UMNO dan
masyarakat Melayu dengan perbahasan yang kuat mengenai ethno-perkauman nasionalis
Melayu, memberi fokus kepada polisi ekonomi. Bahas utama beliau adalah lanjutan terhadap
NEP dan polisi ekonomi Mahathir yang bertentangan dengan sokongan masyarakat Melayu.
Ketiga, dibahaskan bahawa selepas pilihan raya, perbalahan tersebut akan berlanjutan kepada
perebutan mandat Melayu yang lebih luas. Akhirnya, kuasa politik Mahathir dikekalkan,
dengan penggunaan yang efektif terhadap kuasa retorik ethno-perkauman nasionalis Melayu,
beliau memperoleh sokongan masyarakat Melayu.

3.1 PUAK DALAM UMNO PADA TAHUN 1980: Suatu Tinjauan

Pertikaian perpecahan UMNO pada tahun 1980 berkisar pada persaingan antara tiga wakil
politik-Mahathir Mohamad, Razaleigh, Hamzah dan Musa Hitam. Mereka terlibat dalam
penyekutuan dan perpecahan di dalam tiga siri persaingan pemilihan parti pada tahun 1981,
1984 dan 1987. Persaingan mereka bermula sejak awal 1970-an. Salah satu daripada mereka,
Razaleigh merupakan seorang yang berpangkat tinggi, manakala lagi dua calon telah pun
diarahkan meninggalkan UMNO selepas pertikaian pada tahun 1969. Razaleigh telah dilantik
menjadi Naib Presiden, mengisi kekosongan yang telah diduduki oleh Hussein Onn yang
telah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Presiden yang baru pada tahun 1973. Pada pilihan
raya tahun 1975, Mahathir telah dilantik sebagai Naib Presiden yang ketiga. Pada tahun 1976,
Hussein Onn telah menjadi Presiden parti selepas kematian Abdul Razak, jawatan Timbalan
Menteri menjadi kosong. Hussein Onn, melanggar peraturan senioriti, memilih Mahathir
sebagai Timbalan Menteri. (Razaleigh ketika itu Naib Menteri yang kedua manakala
Mahathir merupakan Naib Menteri yang ketiga). Semasa pilihan raya pada tahun 1978,
Hussein Onn dan Mahathir telah disokong sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti dan
Razaleigh telah dilantik sebagai Naib Presiden (Rujuk Ahmad Atory Hussain 1993: 53-54 :
Aziz Zariza Ahmad, 1997: 184-186).

Pertikaian antara Mahathir, Razaleigh, Hamzah dan Musa Hitam berlanjutan sehingga
pilihan raya UMNO yang ketiga pada tahun 1980-an. Pada tahun 1981, Hussein Onn telah
meletakkan jawatan dan Mahathir menggantikan beliau sebagai presiden parti tanpa sebarang
kekecohan. Perkara yang membimbangkan dalam peralihan kuasa ini adalah siapa yang akan
dilantik sebagai timbalan menteri, seterusnya, kelaziman, yang akan menggantikan tempat
presiden pada masa akan datang. Mahathir, tidak seperti yang terdahulunya, tidak
mengumumkan calon yang seterusnya. Tidak lama kemudian, Musa Hitam dan Razaleigh
Hamzah muncul sebagai pesaing yang kuat untuk jawatan yang No. 2. Musa merupakan
Menteri Pelajaran, secara tradisinya dianggap sebagai batu loncatan untuk memperoleh
kedudukan tertinggi di dalam UMNO ( A. Ghani Ismail, 1983: 12) dan mempunyai sokongan
yang kuat daripada kampung halaman beliau, Johor di mana mempunyai salah satu tempat
yang mempunyai ramai penyokong UMNO. Sebaliknya, Razaleigh mempunyai sokongan
kuat di dalam parti dan mempunyai naungan dan rangkaian, berkembang semasa memegang
jawatan sebagai Menteri Kewangan sejak 1976 (A. Ghani Ismail, 1983: 4-6)> Tambahan,
beliau merupakan kerabat, keluarga diraja Kelantan. Semasa pilihan raya, Razaleigh
ditewaskan oleh Musa dengan beza undi 205 daripada 1250 jumlah undi.

Walaupun Razaleigh telah tewas, beliau tetap mempunyai sokongan yang kuat di
dalam parti dan dikekalkan sebagai menteri Kewangan. A. Ghani Ismail membahaskan,
ketika dua pihak tersebut bersaing, Mahathir melaksanakan strategi pecah dan perintah di
antara dua pimpinan politik utama, menyokong Musa sebagai timbalannya, sementara
mengekalkan Razaleigh di dalam kabinet, untuk bertindak mengimbangi kuasa Musa (A.
Ghani Ismail,1983:32). Pilihan raya UMNO pada tahun 1984 mengulangi pilihan raya pada
tahun 1981, kecuali Musa mempunyai jawatan dan Razaleigh merupakan pesaingnya.
Mahathir menunjukkan secara terangan bahawa dia lebih menyukai Musa untuk menjadi
timbalannya (Zakaria Haji Ahmad, 1985: 207). Pada pilihan raya tersebut, Musa menewaskan
Razaleigh dengan beza undi yang meningkat (243 undi). Tetapi lagi sekali, Razaleigh
membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan sebanyak 40% yang tidak dapat disangkal
di dalam parti, seperti dalam pilihan raya pada tahun 1981 dan pada tahun 1984. Kedua-dua
pihak yang bersaing pada tahun 1981 dan 1984 tidak mempunyai elemen ideologi yang kuat
dan mereka tidak bertanding antara Perdana Menteri dan pesaing UMNO yang dianalisis di
dalam kajian ini.

Perubahan di dalam hubungan UMNO elit berlaku pada tahun 1986 di mana Musa
meletakkan jawatan secara mendadak kerana, didakwa, Mahathir tiada keyakinan kepada
beliau. Walaupun kedua-duanya menafikan pertikaian di dalam hubungan mereka, tekanan di
antara mereka telah pun berlaku beberapa tahun sebelum. Selepas peletakan jawatan Musa,
dia mengekalkan bahawa dia mempunyai pandangan yang berbeza kepada beberapa isu
polisi, termasuk penyusunan ekonomi Mahathir, dan aduan bahawa beliau telah diasingkan
daripada pelbagai perkara kerajaan dan UMNO oleh kabinet Mahathir. Sebaliknya Mahathir
mengkritik Musa kerana tidak setia dan menghujah bahawa peletakan jawatan Musa
membangkitkan cita-cita politik Musa. Mahathir mendakwa Musa mahu Razaleigh dibuang
daripada kabinet. (Aziz Zariza Ahmad 1997: 167) dan Musa mahu menggantikan tempat
Mahathir sebagai presiden UMNO.
Untuk pilihan raya parti pada tahun 1987, Musa dan Razaleigh yang dahulunya
bersaing semasa pilihan raya tahun 1981 dan 1984, menubuhkan sebuah pakatan de facto
melawan Mahathir dan gandingan beliau, Ghafar Baba, dengan merasmikan setiap
perjumpaan masing-masing pada Februari dan Mac 1987. Pada awal Februari 1987, Musa
mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan kedudukan timbalan presiden pada 11
April 1987, Razaleigh seterusnya mengumumkan pencalonannya. Kedua-dua pecahan
dikenali sebagai Pasukan A (Mahathir-Ghafar) dan Pasukan B (Razaleigh-Musa). Kabinet
tersebut, parti elit dan juga ahli akar umbi membahagikan di antara mereka untuk menyokong
pasukan-pasukan tersebut. Sebahagian daripada mereka mengumumkan secara terangan
sokongan mereka terhadap Pasukan B dan menyatakan mereka bersedia meletakkan jawatan
kedudukan kabinet mereka, jika mereka tewas pada pilihan raya parti (Shamsul, 1988:81).
Apabila keputusan pencalonan diumumkan, Pasukan A (Mahathir, 88 pencalonan dan
Ghafar,74) mendaluhui Psaukan B (Razaleigh 37, dan Musa, 50)

Kedua-dua pihak yang bersaing diuji pada pilihan raya parti pada tahun 1987. Di
dalam pilihan raya tertutup pada 24 April 1987, Mahathir (761 undi) menewaskan Razaleigh
(718 undi), dengan perbezaan undi yang kecil iaitu sebanyak 43 undi daripada jumlah undi
sebanyak 1479 undi. Ghafar juga berjaya, dengan beza undi sebanyak 40 undi dan 41 undi
yang tidak sah. Di dalam pertandingan untuk kedudukan yang lain, pihak Mahathir menang,
walau bagaimanapun Pasukan B tidak disingkirkan sepenuhnya. Walaupun ahli Pasukan B
masih bekerja dengan Mahathir demi kepentingan parti, ia tanpa ketetapan syarat Razaleigh
menyatakan bahawa tiada usaha memburu Pasukan B. walau bagaimanapun, tergugat dengan
kemenangan Pasukan A dengan beza yang kecil, Mahathir tidak lagi bertolak ansur dan
menerima Pasukan Razaleigh dan Rais Yatim (kemudian Menteri Luar), peletakan jawatan
dengan segera. Tidak lama kemudian, di dalam pembubaran kabinet, anggota Pasukan B,
iaitu tiga menteri (Abdullah Ahmad Badawi, Shahrir Abdul Samad, Ajib Ahmad) dan empat
lagi timbalan menteri ( Kadir Sheikh Fadzir, Radzi Sheikh Ahmad, Zainal Abidin Zin dan
Rahmah Othman) telah digugurkan (Jayasankaran 1987b: 4). Seterusnya, apabila Mahathir
mendaftar parti yang baharu, UMNO Baru, mengikut dengan keputusan mahkamah bahawa
memerintah UMNO adalah tidak sah, kebanyakan bahagian dan cawangan yang seiring
dengan Pasukan B tidak disertakan di dalam parti yang baharu.
3.2 DASAR POLISI EKONOMI MAHATHIR DAN IMPLIKASI NASIONALNYA.

Bahagian ini meneliti kedudukan nasionalis Mahathir, seperti yang ditunjukkan oleh
polisi ekonomi beliau. Ia membahaskan bahawa pertukaran polisi ekonomi Mahathir pada
tahun 1980-an menunjukkan sedikit perbezaan daripada kedudukan nasionalis ethno-
perkauman Melayu pada tahun 1970-an. Mahathir menekankan untuk bertukar daripada
pengagihan etnik untuk komuniti Melayu untuk pembangunan ekonomi Malaysia. Beliau
meletakkan peranan penting kepada sektor swasta (di mana di dominasi oleh yang bukan
Melayu) dan menyusun semula peranan kerajaan di dalam ekonomi. Penukaran di dalam
polisi ekonomi Mahathir dapat dilihat dalam dua inisiatif ekonomi. Pertama, Mahathir
membatalkan peraturan dan prinsip tegas DEB untuk pengagihan etnik, memberi ruang yang
lebih kepada swasta bukan Melayu untuk maju. Kedua, projek negeri dan perusahaan, di
mana telah menyumbangkan ke arah pengagihan etnik pada tahun 1970-an telah diswastakan,
untuk mengurangkan peranan kerajaan di dalam ekonomi dan seterusnya menguntungkan
pihak swasta untuk memperoleh projek-projek swasta.

Satu perbincangan ringkas di antara nasionalis Melayu dan polisi ekonomi adalah
penting untuk memudahkan analisis terhadap pertukaran polisi ekonomi Mahathir. Seperti
yang dinyatakan dari bab sebelum ini, nasionalis Melayu Ethno-perkauman mengandaikan
bahawa dominasi Melayu di dalam politik, kebudayaan dan ekonomi amat penting untuk
Malaysia dikenali sebagai satu negara Melayu. Mereka melihat bahawa Melayu Malaysia
adalah hak kepada masyarakat Melayu seperti orang asli di semenanjung, di mana
menyebabkan debat berkaitan dengan arah polisi ekonomi pada tahun 1980-an mempunyai
implikasi nasionalis. DEB pada tahun 1970-an merupakan langkah nasionalis Melayu ethno-
perkauman untuk memberi jaminan kepada ekonomi masyarakat Melayu, politik dan
penguasaan perkauman. Pertukaran daripada haluan DEB, seterusnya, bermaksud
penghentian daripada komitmen nasionalis Melayu ethno-perkauman yang dibina oleh DEB.
3.2.1. PERALIHAN TUMPUAN DARIPADA PENGAGIHAN SEMULA ETNIK KEPADA
PEMBANGUNAN.

Apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau telah menukar
arah polisi ekonomi Malaysia: berbanding menekankan kepada pembentukan etnik, beliau
menekankan kepada pembangunan. Khoo Boo Teik menyatakan Mahathir tersangkut pada
ketegangan daripada arah ekonomi yang berbeza. Menurut Khoo Boo Teik, polisi ekonomi,
polisi ekonomi pada tahun 1970-an tersebut telah membentuk ketegangan di antara dominasi
kerajaan Melayu dan modal swasta Cina. Tambahan, terdapat percanggahan juga di antara
masyarakat politik-perniagaan Melayu yang telah terbahagi di antara pendekatan pro-agihan
dengan pro-pembangunan (B. T. Khoo 1995: 103-109). Khoo Suming percaya bahawa
ekonomi nasionalis Mahathir berasaskan kepada capitalistic dan dorongan pasaran.
Keutamaan Mahathir kepada pembangunan ekonomi kapitalis mengubah arah ekonomi pada
tahun 1980-an. Apabila DEB bertentangan dengan pasaran, Mahathir telah bertindak untuk
mengurangkan elemen nasionalis Melayu di dalam polisi ekonomi dan sebaliknya beralih
kepada logik pasaran. Penekanan Mahathir kepada pembangunan ekonomi berbanding
penyusunan semula etnik merupakan produk untuk perubahan ini, menurut Khoo (S. Khoo,
1999: 133-136).

Pada tahun 1970-an, pengurusan kerajaan dalam ekonomi negara dengan memberi
keutamaan kepada pembentukan semula melalui campur tangan kerajaan dan polisi-polisi
DEB yang memihak kepada masyarakat Melayu. Peter Searle menjelaskan bahawa teras
kepada polisi ekonomi pada tahun 1970-an adalah seperti berikut: keadaan laissez-faire
Alliance telah digantikan dengan yang lebih interventionist dan pro-Melayu secara terang-
terangan dalam orientasi, terutamanya apabila peningkatan kepada pemilikan Melayu di
dalam ekonomi dan pemupukan terhadap kebimbangan masyarakat Melayu (Searle, 1995 :
45). Untuk mencapai matlamat terhadap pembentukan semula etnik, keadaan di mana
mengambil bahagian sebagai peranan utama di dalam ekonomi untuk memperoleh
keuntungan bagi pihak masyarakat Melayu dan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas
orang yang bukan Melayu dan warga asing di atas nama DEB.

Sebaliknya, pada tahun 1980-an Mahathir berpendapat bahawa untuk menggalakkan


pembangunan ekonomi, sektor swasta, di mana di dominasi oleh yang bukan Melayu, harus
dimanfaatkan sebagai enjin untuk pembangunan, manakala peranan kerajaan, di mana telah
mengetuai penyusunan semula etnik pada tahun 1970-an, perlu memainkan peranan yang
kedua. Perubahan ini tidak bermakna Mahathir telah mengabaikan polisi pro-Melayu secara
keseluruhannya namun, Mahathir mengekalkan sokongan beliau terhadap polisi pro-Melayu.
Namun, pengalihan yang dinyatakan sebagai anjakan analitis ketara daripada komitmen
nasionalis Melayu ethno-perkauman berubah dari DEB pada tahun 1971-an. Di dalam satu
ucapan sebelum ASEAN (Association of Southern Asian Nations)- Majlis Ekonomi US
dalam tahun 1981, Mahathir, menekankan sektor swasta, berhujah, objektif kepada
pembangunan ekonomi yang stabil boleh dicapai di dalam persekitaran yang perusahaan
bebas di dalam pasaran ekonomi. Pelaburan swasta dalam dan luar negeri, digalakkan untuk
mengembangkan dan mencari peluang untuk meningkatkan kapasiti produktiviti di rantau ini
(Mahathir, 1981b) .

Sementara sektor swasta adalah untuk memimpin ekonomi Malaysia ke arah


pembangunan, kerajaan dijangka untuk menghapuskan penghalang lalu menyokong serta
membimbing sektor swasta. Di dalam ucapan pada tahun 1983, Mahathir membahas:

kerajaan telah menjadi perkhidmatan terhadap perusahaan. Konsep perbandaran


Melayu oleh itu memerlukan ekonomi dan perkhidmatan negara untuk bekerjasama
sepenuhnya supaya negara secara keseluruhannya, dapat keuntungan hasil kerjasama
tersebut. .. Sektor perkhidmatan kerajaan, penggubal undang-undang dan dasar,
mempunyai tugas untuk memastikan bahawa tiada halangan yang tidak wajar yang
boleh menghalang sektor swasta.. kerana sektor swasta merupakan pihak yang
menjana pendapatan penting kepada perbelanjaan kerajaan secara keseluruhannya..
Semakin banyak hasil yang dapat diperoleh, semakin baik perkhidmatan awam secara
langsung. Seterusnya, lebih banyak hasil yang dapat dikumpulkan jika lebih pesat
aktiviti ekonomi, terutamanya lebih banyak keuntungan (Mahathir, 1983b)

Dalam hal yang sama, dalam ucapannya dalam perhimpunan bank dan institusi
kewangan Malaysia pada tahun 1984, Mahathir menyatakan lagi peranan utama sektor swasta
dan peranan kerajaan bawahan:

Kerajaan berperanan untuk mengawal perbelanjaan sektor awam, sejajar dengan


sumber yang diperoleh, dan untuk menyediakan dasar dan infrastruktur kepada
dinamisme sektor swasta dan inisiatif untuk berkembang maju. Dalam semangat
sebenar Perbadanan Malaysia, Kerajaan akan berusaha mencari inisiatif perdagangan
dalam persekitaran perdagangan antarabangsa untuk membantu sektor swasta untuk
mengeksport secara kompetitif. tetapi, sektor swasta perlu bertindak balas, dan tidak
juga berdiam diri dan lebih permintaan untuk bantuan Kerajaan yang lebih besar,
tetapi dengan visi, inisiatif dan kecekalan, untuk menembusi pasaran baru dengan
produk dan servis yang baharu. (Mahathir, 1984b)

Komitmen Mahathir kepada sektor swasta mengetuai-sektor pembangunan ekonomi


meningkat apabila ekonomi Malaysia menghadapi penurunan pada pertengahan tahun 1980-
an. Pelan Malaysia yang kelima, dibentangkan pada pertengahan krisis ekonomi, jelas
menunjukkan orientasi semula dasar-dasar ekonomi. Pelan tersebut, menghadapi kemelesetan
pada pertengahan 1980-an dinyatakan:

Penekanan pembangunan bagi separuh kedua 1980-an adalah berdasarkan kepada


pertumbuhan dengan kestabilan. Sejak tahun 1980, pertumbuhan KDNK menjadi
perlahan kepada kira-kira separuh kadar tahun 1970-an, harga eksport dan permintaan
merosot, defisit akaun semasa yang besar muncul dalam imbangan pembayaran, dan
hutang dalam dan luar negeri meningkat dengan pesat. Prospek bagi tempoh lima
tahun akan datang dijangka tidak akan menyimpang daripada trend awal 1980-an.
Bagi mengekalkan pencapaian setakat ini, dari segi mengurangkan lagi kadar
kemiskinan, memperluaskan kapasiti pewujudan pekerjaan. bumiputera pemilikan
perbadanan, ekonomi, oleh itu, perlu terus berkembang .... Mengejar matlamat
penyusunan semula yang berlebihan, bagaimanapun, dalam menghadapi pertumbuhan
ekonomi yang dijangka lebih perlahan boleh menyebabkan kesan buruk kepada
prestasi jangka panjang keseluruhan ekonomi.(Malaysia, 1986: 20-21, penekanan
ditambah)

Mesej itu jelas. Apabila berhadapan dengan kegawatan ekonomi khususnya dan
keperluan untuk pertumbuhan ekonomi secara umum, dasar pengagihan semula etnik tidak
seharusnya menghalang pembangunan ekonomi. Menjelang pertengahan tahun 1980-an,
pertumbuhan ekonomi sudah pasti mempunyai keutamaan ke atas dasar pengagihan semula
etnik. Di kedua-dua bahagian yang seterusnya, implikasi nasionalis Melayu peralihan
Mahathir dalam ekonomi

Anda mungkin juga menyukai