Anda di halaman 1dari 2

Aspirasi Sistem Pendidikan

Pengertian aspirasi adalah suatu keinginan yang kuat atau cita-cita


Dalam pengertian yang lain aspirasi adalah harapan perubahan yang lebih
baik dengan tujuan untuk meraih keberhasilan di masa depan
Definisi aspirasi adalah keinginan dan harapan indivitis akan suatu
prestasi atau suatu keberhasilan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2103-20125) telah dirangka
dengan tujuan untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan
Malaysia yang merangkumi aspek akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan.

Akses kepada kejayaan

Setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama


Prinsip pendidikan untuk semua
Meletakkan Negara kita standing dengan Negara maju

Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tnggi

Memastikan sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti


termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
serta kemahiran berfikir aras tinggi
Memasarkan Negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15tahun
Pelaksanaan I-Think dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara serius

Ekuiti untuk semua murid

Memastikan sistem pendidikan pada tahap yang terbaik kepada setiap


murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi dan
merapatkan jurang
Memastikan setiap murid yang pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi
di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan
dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka
Program Pendidikann Khas, Kelas Rancangan Khas dan Program Kawalan
perlulah diurus dengan berkesan mengikut kebolehan dan potensi masing-
masing.

Memupuk perpaduan dalam kalangan murid

Mewujudkan dan menghargai perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang


ada dan mengutamakan keterangkuman social yang unik
Mewujudkn interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar
saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian
Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 Murid 1 Sukan

Aspirasi Murid

Pengetahuan
Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis, dan mengira
menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains, serta
mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai

Malaysia, Asia, dan dunia.

Kemahiran berfikir
Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapatkan pendidikan sepanjang
hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza,
dan cara untuk menjana pengetahuan baharu.

Kemahiran memimpin

Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui


peluang bekerja secara berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan
formal dan informal

Kemahiran dwibahasa

Setiap kanak-kanak pada tahap minimum aka dapat menguasai bahasa


Malaysia dan bahasa Inggeris serta digalakkan untuk mempelajari bahasa
tambahan.

Etika dan Kerohanian

Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk


mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka untuk
berani membuat keputusan yang tepat

Identiti nasional

Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosioekonomi


akan berasa bangga dikenal sebagai anak Malaysia

Pelaksanaan berkecekapan tinggi

Elemen kecekapan untuk memastikan pulangan dalam bentuk


keberhasilan dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan
Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih
bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada secara cekap,
berkesan dan memberi impak yang maksimum

Anda mungkin juga menyukai