Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Sekolah

SJK (C) Chung Hwa Ditubuhkan pada tahun 1924. Bangunan Sekolah pertama
dibina pada tahun 1924. Bangunan sekolah pertama dibina di atas tapak
tanah keluasannya lebih kurang 1 ekar persegi. Jauhnya lebih kurang 2
kilometer dari bangunan sekarang. Bangunan tersebut diperbuat daripada
papan beratap dan daun nipah. Bangunan ini dibina atas daya usaha guru
besar yang pertama iaitu En Goh Kian Chiu. Beliau berasal dari Negara
China.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah ini pada masa itu ialah
Bahasa Cina Moden, Bahasa Cina Klasik, Matematik, Sejarah dan Kesihatan.
Gaji guru dibayar melalui kutipan yuran murid-murid. Seorang murid
dikenakan yuran sebanyak 50 sen sebulan. Jumlah murid ketika itu lebih
kurang 20 orang.
Selepas Perang Dunia-2, Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah
ditubuhkan. Semenjak itu gaji guru dibayar oleh Lembaga Pengelola
Sekolah.
Jumlah penduduk kampung pada masa itu lebih kurang 70 orang.
Pekerjaan penduduk kampung pada masa itu sebagai peladang. Alat
perhubungan kampung dengan bandar pada masa itu hanya menggunakan
sampan.
Pada tahun 1983,Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah telah
membeli sebidang tanah seluas dua ekar dengan wang derma orang ramai.
Di atas tapak tanah itulah bangunan Blok C dibina. Blok C sekarang tidak
lagi selamat diguna. Pada tahun 1995, sekolah dapat bantuan RM300,000
daripada Kerajaan.
Negeri Sabah, maka Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah
membeli satu blok bangunan 4 tingkat dari Tadika Chung Hwa berharga
RM530,000. Itulah Blok A yang digunakan sekarang sebagai bilik khas
seperti Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pemulihan Khas, Bilik Operasi
Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah, Bilik Muzik, Bilik Sains, Bilik Agama, Bilik
Seni dan Surau.
Pada tahun 2007, Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah berusaha
dan menganjurkan 2 kali malam amal ASTRO pada tahun 2007 dan 2008
untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat .Bangunan baru ini sudah diguna
pada tahun 2010.Bangunan baru ini terdiri dari 14 bilik darjah, 1 makmal
komputer, 1 bilik kemahiran hidup, 1 bilik cetakan, 1 bilik kesihatan, 1 kantin,
1 pejabat guru, 1 perpustakaan ,1 bilik mesyuarat, 6 tandas lelaki,8 tandas
perempuan dan 4 stor.

Anda mungkin juga menyukai