Anda di halaman 1dari 8

GERAK GEMPUR MODUL 1 PERDAGANGAN

Kertas 1

1. Penyataan di bawah menunjukkan sejenis faktor pengeluaran.

menanggung segala risiko perniagaan


bertanggungjawab mengelolakan pengeluaran

Apakah jenis faktor pengeluaran tersebut?


A Tanah
B Buruh
C Modal
D Usahawan

2. Antara yang berikut, manakah yang bukan aktiviti pengeluaran?


A Memandu bas
B Menanam padi
C Menyanyi di kelab malam
D Memproses ubat tanpa lesen

3. Gambaran yang berikut menunjukkan suatu uruas niaga.

Bagaimanakah sistem yang diamalkan di atas bermula?


A amalan pengeluaran secara pengkhususan
B pengenalan penggunaan mata wang
C peningkatan dalam kos pengeluaran
D peningkatan perniagaan antarabangsa

4. Mengapakah perdagangan dikaitkan dengan pengeluaran?


A Membantu aktiviti pengkhususan
B Membantu mewujudkan lebihan barang
C Membantu proses mencipta nilai faedah
D Membantu menigkatkan keuntungan peniaga

1
5. Maklumat yang berikut berkaitan dengan bantuan perniagaan.

Bantuan Perniagaan Fungsi


P Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang

Q Memujuk pengguna untuk membeli barang

Apakah P dan Q?

P Q
A Promosi Insurans
B Pergudangan Promosi
C Komunikasi Pengangkutan
D Pengangkutan Promosi

6. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan jenis bantuan perniagaan yang digunakan oleh
Puan Hasmira.

Puan Hasmira menggunakan perkhidmatan syarikat kurier untuk


menghantar dokumen penting kepada syarikat pembekal bagi
mengelakkan risiko kehilangan dokumen semasa proses
penghantaran. Dia juga mengiklankan barang keluarannya di
surat khabar untuk meningkatkan jualan.

Apakah jenis bantuan perniagaan yang terlibat?


I Insurans
II Promosi
III Pengangkutan
IV Komunikasi
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

7. Yang manakah bukan kelebihan perniagaan antarabangsa?


A Memperluas pasaran ke peringkat antarabangsa.
B Menyebabkan negaranegara saling bergantung antara satu sama lain.
C Menaikkan taraf hidup serta pendapatan negaranegara yang terlibat.
D Mewujudkan penyebaran teknologi antara negaranegara yang terlibat.

8. Yang berikut merupakan sebab-sebab yang membawa kepada kewujudan perniagaan


antarabangsa, kecuali...

2
A perbezaan taraf hidup.
B perbezaan sumber alam.
C perbezaan tingkat teknologi.
D perbezaan tingkat kos pengeluaran.

9. Manakah persamaan antara perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa?


I mengamalkan peng khususan
II memerlukan bantuan perniagaan
III menggunakan mata wang yang sama
IV dokumen yang digunakan adalah sama
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

10. Jawap soalan berdasarkan pilihan jawapan seperti yang berikut.

I Dalam urus niaga secara sewa beli, hak milik barang kekal di tangan penjual sehingga
ansuran terakhir dijelaskan oleh pembeli.
II Dalam urus niaga secara sewa beli, penjual berhak menarik balik barang jika pembeli
gagal menjelaskan dua ansuran berturut-turut.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
B Salah Betul
C Salah Salah
D Betul Betul

11. Siapakah yang dapat membantu pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) melalui
Program Pembangunan Vendor?
A Kerajaan
B Agensi-agensi kerajaan
C Industri berat
D Institusi kewangan

12. Apakah bidang tugas Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)?


I memberikan bantuan kewangan dan kredit kepada IKS yang berdaya maju
II mencipta dan meningkatkan mutu keluaran kraf tangan
III mengeluarkan sijil untuk mengesahkan mutu kraf tangan
IV membantu mempromosikan serta memasarkan hasil kraf tangan di luar negara
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV
13. Siapakah yang mengawal dan mengurus syarikat umum berhad?
A Pemegang syer

3
B Pemilik syarikat
C Lembaga pengarah
D Kumpulan pengurus yang diupah

14. Apakah faktor yang tidak perlu ditimbangkan usahawan sebelum memilih jenis milikan
perniagaan?
A keperluan modal
B pengalaman
C lokasi
D jenis barangan

15. Apakah dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat umum berhad untuk mempelawa orang
ramai membeli syer yang ditawarkan?
A debentur
B prospektus
C tatawujud
D tataurus

16. Perniagaan yang ditubuhkan secara milikan tunggal berupaya memberi kemudahan kredit
kepada pelanggan kerana...
A perniagaan mempunyai modal yang banyak.
B perniagaan menanggung kos overhed yang rendah.
C pemilik memberikan layanan peribadi kepada pelanggan.
D perniagaan mudah diuruskan oleh pemilik.

17. Apakah pulangan yang akan diperoleh jika seseorang individu melabur dalam akaun
simpanan tetap?
A Dividen
B Faedah
C Saham
D Bonus

18. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Puan Lai.

Puan Lai membeli saham Syarikat Maiza Berhad yang disenaraikan di


Bursa Saham pada harga RM2.50. Walaupun harga sahamnya naik kepada
RM4.80 pada keesokan harinya beliau masih tidak menjual saham
tersebut.

Puan Lai terlibat dalam aktiviti...


A pelaburan. C perniagaan
B spekulasi. D gilts

19. Simpanan bank perdagangan di Bank Negara Malaysia dikenal sebagai...


A rizab asing.

4
B rizab berkanun.
C rizab tunai.
D rizab antarabangsa.

20. Apakah fungsi Bank Negara Malaysia?


A memberi khidmat nasihat kepada kerajaan berkaitan kewangan negara
B menerima simpanan tetap daripada orang ramai
C menyediakan kemudahan akaun semasa kepada bank perdagangan
D menyimpan rizab berkanun di bank perdagangan

21. Apakah kelebihan cek kepada penerimanya?


A menerima wang dengan segera
B lebih selamat dibawa
C menjadi bukti penerimaan bayaran
D memperlihatkan ketekunan dalam menjalankan perniagaan

22. Apakah yang perlu dibayar oleh insured kepada insurer untuk mendapatkan perlindungan
daripada sesuatu risiko?
A Premium
B Dividen
C Insurans
D Pampasan

23. Antara yang berikut, manakah yang bukan insurans kemalangan?


A insurans kenderaan
B insurans liabiliti am
C insurans liabiliti majikan
D insurans jaminan setia

24. Insured mesti memberi maklumat yang benar semasa mengisi Borang Cadangan.
Prinsip yang manakah mewakili penyataan itu?
A Indemniti
B Subrogasi
C Penuh percaya mutlak
D Kepentingan boleh insurans

25. Manakah yang merupakan ciri pengangkutan jalan raya?


A ruang muatan yang luas
B tambang yang murah untuk jarak yang jauh
C fleksibel dan segi arah perjalanan
D sesuai untuk mengangkut barang-barang pukal dan berat

26. Antara yang berikut, manakah peranan pengangkutan?


A Meluaskan pasaran

5
B Memudahkan kegiatan promosi
C Memudahkan kawalan perniagaan
D Membolehkan peniaga berhubung antara satu sama lain

27. Antara yang berikut, manakah kelebihan pengangkutan rel?


I mahal bagi perjalanan jarak jauh
II mempunyai gerabak khas
III lebih cepat bagi jarak jauh
IV ruang muatan yang luas
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

28. Apakah perkhidmatan yang digunakan untuk mencetak nilai bayar pos pada mel?
A Frangki C Datapos
B Telefaks D MAYPAC

29. Maklumat di bawah ini berkaitan komunikasi.

Komunikasi adalah proses menyampaikan maklumat


antara individu, firma, atau organisasi.

Apakah peranannya kepada perniagaan?


I membantu menyampaikan maklumat kepada pengguna
II mempertingkatkan sistem urusan bank dan kewangan
III memudahkan urusan promosi
IV memudahkan barang diagihkan kepada pengguna
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

30. Pejabat pos menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut, kecuali...


A mesin frangki
B serahan tingkap.
C poste restante.
D peti simpanan keselamatan.

31. Apakah kegunaan gudang berbon?


A Menyimpan bahan mentah sebelum diproses.

6
B Menyimpan barang yang belum dijelaskan cukai.
C Menyimpan barangan pukal yang dibeli daripada pengeluar.
D Menyimpan barang yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan.

32. Harga hasil-hasil pertanian sentiasa tidak stabil. Bagaimanakah pergudangan dapat
mengatasi masalah ini?
I menyimpan dan mengedar pada masa yang sesuai
II menjamin keselamatan barang
III menyelaraskan permintaan dan penawaran
IV mengelakkan kerosakan dan pembaziran
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

33. Bagaimanakah pergudangan dapat menstabilkan harga sesuatu barangan?


A dengan cara memudahkan kerja-kerja akhir dilakukan
B melalui proses penyimpanan dan pengedaran pada masa-masa yang sesuai
C dengan menjamin keselamatan barang
D dengan mengelakkan kerosakan dan pembaziran

34. Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis gudang berbon.

I
Rajah

Manakah yang betul tentang I dan II?


I II
A Gudang Kastam Gudang pengilang
B Gudang kerajaan Gudang berlesen
C Gudang kerajaan Gudang Kastam
D Gudang berlesen Gudang Kastam

35. Mengapakah promosi penting bagi seorang peniaga?


A memujuk pengguna membeli sesuatu keluaran
B mendidik pengguna cara untuk menggunakan barang

7
C mendorong pengguna supaya bijak berbelanja
D memberitahu pengguna harga sesuatu barang

36. Sebuah syarikat pengeluar barang kosmetik hendak memperkenalkan sejenis krim
kecantikan yang baru kepada golongan remaja.
Antara yang berikut, media pengiklanan yang manakah yang paling berkesan?
A halaman kuning
B sampel percuma
C mel langsung
D internet

37. Apakah jenis galakan yang pernah diberikan kepada syarikat baru supaya bebas daripada
bayaran cukai pendapatan?
A taraf eksais
B taraf import
C taraf eksport
D taraf perintis

38. Joey Enterprise ingin memasarkan kerepek ikannya ke Negara China.


Manakah agensi yang dapat membantu syarikat tersebut?
A MARA C FAMA
B MARDI D SIRIM

39. Antara yang berikut, manakah tanggungjawab pengeluar?


A menggubal undang-undang.
B menggunakan pengaruh untuk memasarkan barang.
C menggubal kod etika amalan perniagaan.
D jujur semasa menetapkan harga.

40. Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan pelindungan pengguna?
I Pengeluar menjual barang pada harga diskaun.
II Kerajaan mengubal undang-undang untuk melindungi alam sekitar.
III Majlis Peguam Malaysia mendaftar para peguam.
IV Pembeli boleh membatalkan perjanjian sewa beli.
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai