Anda di halaman 1dari 2

Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap SJK ( c )

Kuen Cheng 2

Perkhemahan pasukan pengakap ini telah diadakan


pada minggu ketiga cuti semester yang lepas, iaitu dari 17
Ogos 2012 hingga 19 Ogos 2012. Perkhemahan ini
bertempat di Taman Meru, Selangor. Sebanyak 50 orang ahli
menyertainya dan diawasi oleh lima orang guru.

Perkhemahan yang berlangsung selama tiga hari dua


malam itu bertujuan mendedahkan ahli kepada aktiviti
perkhemahan, menguji keupayaan ahli dan membentuk
semangat berpasukan antara ahli.

Pada hari pertama, ujian kebersihan diri dan khemah,


kecekapan memasak, ketahanan dan kebijaksanaan berfikir
telah diadakan. Tujuan ujian itu diadakan adalah memastikan
setiap ahli akan dapat berfikir dan bertindak secara rasional
serta mengutamakan kebersihan dalam apa-apa juga aktiviti
yang dilakukan dan tidak berpeluk tubuh sahaja.

Pada keesokan harinya, ujian kecekapan pula diadakan,


iaitu merentas hutan. Mereka dibekalkan dengan kompas,
pisau, tali, sedikit makanan dan ubat- ubatan. Aktiviti itu
diadakan untuk menguji ketahanan ahli ketika berada di
dalam hutan.

Pada sebelah malam pula, diadakan pesta unggun api.


Mereka kelihatan gembira walaupun keletihan. Perkhemahan
ini berakhir pada pukul 2.00 petang.

Laporan disediakan oleh, 27


Ogos 2012.
Tandatangan kamu__
( Nama kamu )
Setiausaha,
Pasukan Pengakap,
SJK (c) Kuen Cheng 2.

Anda mungkin juga menyukai