Anda di halaman 1dari 7

1.

Pendahuluan
Aktiviti pameran ini secara amnya bertujuan untuk menghargai karya seni murid-murid. Ia
adalah satu bentuk aktiviti bagi warga sekolah mendekati dan menghayati karya seni. Seni
mungkin sering kali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin berlaku disebabkan
kurangnya pendedahan tentangnya. Dengan adanya pameran sebegini ia menjadi satu platform bagi
menaikkan lagi martabat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk
minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kalangan muridmurid. Melalui
projek pameran ini juga kreativiti murid murid dapat ditingkatkan melalui pelbagai garapan idea penghasilan
seni daripada karya yang dipamerkan. Ia secara langsung akan mendorong minat murid untuk menghasilkan
karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan bakat yang terpendam
dalam kalangan murid murid.

2. Rasional
Penganjuran Pameran Seni ini merupakan satu aktiviti murid tahun 6 yang mempamerkan hasil karya
mereka daripada 4 bidang seni. Mereka juga mempelajari cara pengurusan sesuatu pameran dan
menerangkan setiap langkah penghasilan sesuatu karya seni. Pengurusan pameran adalah satu daripada aktiviti
yang terdapat dalam DSKP PSV KSSR Tahun 6. Pameran seni ini adalah satu wadah bagi semua warga
Sekolah Kebangsaan Peringgit khasnya murid murid dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat
terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya - karya yang dipamerkan adalah dari hasil karya murid-murid dan
murid tahun 6 khasnya serta guru-guru. Oleh itu, dengan melihat pameran ini, minat murid terhadap
Pendidikan Seni Visual dapat ditingkatkan. Murid murid juga akan memperoleh idea baru dalam
penghasilan karya seni melalui karya karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia secara langsung akan dapat
meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid dan juga warga SKP serta dapat menjadi satu lonjakan
bagi mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid.

3. Matlamat
3.1 Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek PendidikanSeni Visual.
3.2 Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan karya seni.
3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid di samping menambah
pengetahuan tentang seni visual.

4. Objektif
4.1 Memupuk keyakinan diri murid tahun 6 dalam menguruskan pameran seni.
4.2 Meningkatkan minat murid- murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui karya yang
dipamerkan.
4.3 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni dalam empat bidang
mengikut sukatan pelajaran.
4.3 Meningkatkan daya kreativiti melalui idea idea yang diperoleh daripada karya yang dipamerkan.
4.4 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam melalui pameran yang
dijalankan.
4.5 Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran dan hands on yang
dilaksanakan.
5. Tarikh Pelaksanaan
8 November - November 2016
( Selasa dan Rabu)

6. Tempat
Dewan Sekolah Kebangsaan Peringgit

7. Anjuran
Panitia Pendidikan Seni Visual

8. Kumpulan Sasaran
Semua warga Sekolah Kebangsaan Peringgit

9. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pameran Seni.

PENAUNG
Pn. Mastura Lim binti A. Ghani
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Peringgit

PENASIHAT
Pn. Zainab bt. Awang
GPK 1

Datin Zainah bt. Alias


GPK HEM

En. Salehuddin b. Mohamad Ali


GPK KOKURIKULUM

PENGERUSI
Pn. Norzela bt. Sabudin

SETIAUSAHA
Pn. Norhaizan bt. Md Esa

BENDAHARI
Pn.Siti Hajar bt. Ismail

AHLI JAWATANKUASA KECIL

FOTOGRAFI
Cik Farida bt. Atan

DOKUMENTASI
Pn. Norhaizan bt. Md Esa

BUKU PROGRAM
En. Mohd Shahid b. Ahmad Roseli
KURATOR PAMERAN

Booth Menggambar
1. En. Mohd Shahid b. Ahmad Roseli
i) Aina Safiyyah bt. Zuhairi
ii) Fateha bt. Rosli
iii) Nur Aleeya Najwa bt. Adnan
iv) Nur Farisha Nabila bt. Fadzil

Booth Membentuk dan Membina


1. Cik Masayu bt. Mohd Nordin
i) Nurin Fatini bt Faizul
ii) Ajwa Nabila bt. Abdul Muttalib
iii) Ahmad Imanuddin b. Bustami
iv) Dannish Zulhaiman b. Mohd Fadil
v) Nurul Aisyah bt. Abdullah
vi) Nurul Shakirah bt. Hadzar

Booth Mencorak
1. Cik Siti Norzizwani bt. Che Aziz
2. Pn. Nurulzaihane bt. Jais
i) Nurfarah Adibah bt. Mohd Zin
ii) Ummirah bt. Kamarol
iii) Nur Nadirah bt. Mohd Nasir
iv) Mohd Nor Rashman b. Rasol

Booth Kraf Tradisional


1. En. Jalal b. Jantan
2. Pn Dayang Mahsuri bt. Abang Sahari
i) Nur Fatinah bt. Farizulazlan
ii) Norasyikin bt. Khairul Anuar
iii) Muhammad Amirul Muiz b. Hamdan
iv) Muhammad Zuhair Hanif b. Zulkifli

Booth Hands on
1. Pn. Hjh. Siti Dayana Atiqah Nahason Affan
i) Nor Maslina bt. Masnor
ii) Fatin Nur Diyanah bt. Dzulkifli
iii) Siti Nur Hazimah bt. Syahrin
iv) Khirani bt. Kamal
10. Sumber kewangan
Bil. Peruntukan Jumlah
1 Panitia PSV(alatan dan bahan) RM 829.47
2 Panitia Sivik RM 134.03
3 SUWA Kantin RM 250.00
4 Panitia PSV( Makanan murid) RM 88.00
JUMLAH RM1306.50

11. Belanjawan
Rujuk lampiran 1

12. Tentatif program


Rujuk lampiran 2
13. Penutup
Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Peringgit menyokong penuh
pelaksanaan pameran ini. Hal ini penting bagi memberi peluang kepada warga SKP terutamanya murid
murid dalam meneroka pengalaman baru melalui pameran ini. Ini juga dapat meningkatkan minat dan
kreativiti di kalangan murid dan warga SKP. Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat
diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas kerjasama dan perhatian daripada
semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,
.....................................
( PN. NORHAIZAN BT. MD ESA )
Setiausaha,
Pameran Seni Visual
SK Peringgit

Disahkan oleh,

....................
(PN. MASTURA LIM BT. A. GHANI)
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Peringgit

LAMPIRAN 1

PERBELANJAAN PROGRAM
Alatan dan bahan
1. Kertas lukisan 5 rim =RM 150.00
2. Warna air 5 = RM 25.00
3. Mesin laminate 1 = RM 280.00
4. Plastik laminate 1 =RM95.00
5. Mounting board 10 = RM 38.00
6. Stapler gun max 1 = RM 38.00
7. Dawai kokot max 2 kotak = RM 76.00
8. Map pin 5 kotak = RM 16.00
9. Tali parcel = RM 38.00
10. cat minyak 4 tin = RM 84.00
11. Kain jersy 24m = RM 96.00
12. Kain cotton 5m = RM32.50
JUMLAH = RM 968.50

Backdrop
1 Banner 3 x 10( pentas) =RM 100
5 Bunting 2 x 6 = RM 150
JUMLAH=RM 250

Makanan Ahli Jawatankuasa(murid)


22 org x RM 2.00 = RM 44.00 (sehari)
RM 44.00 x 2 hari = RM 88.00
JUMLAH = RM 88.00

JUMLAH = RM1306.50

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM
PAMERAN SENI VISUAL

8 NOVEMBER 2016 (SELASA)

7.45 8.45pg : Persediaan tempat pameran


8.15 9.15pg : Majlis perasmian
- Kata-kata aluan pengacara majlis
- Ucapan Guru Besar
9.15 9.45pg : Kelas 1A dan 1B
9.45 10.15pg : Kelas 1C dan 1D
10.15 10.45pg : Kelas 4A dan 4B
10.45 - 11.05pg : REHAT
11.05 11.35pg : Kelas 4C dan 4D
11.35 12.05pg : Kelas 2A dan 2B
12.05 12.35 tghr : Kelas 2C dan 3A
9 NOVEMBER 2016 (RABU)

7.45 8.15pg : Persediaan tempat pameran


8.15 8.45pg : Murid Pra Sekolah
8.45 9.15pg : Kelas 3B dan 3C
9.15 9.45pg : Kelas 3D dan 5A
9.45 10.15pg : Kelas 5B dan 5C
10.15 10.45pg : Kelas 6A dan 6B
10.45 - 11.05pg : REHAT
11.05 11.35pg : Kelas 6C dan 6D
11.35 12.35tghr : Mengemas tempat pameran