Anda di halaman 1dari 22

TEORI -TEORI BAHASA

1.0. PENGENALAN

Kursus Pedagogi Bahasa Melayu, membicarakan tentang bahasa yang


diperjelas menggunakan teori-teori tertentu seperti dalam Teori Huraian Bahasa yang
terbahagi kepada empat aliran pemikiran iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian
bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori Struktural (Bloomfield) bahasa
merupakan Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan
ayat, Teori Tranformasi Generatif (Chomsky) Bahasa adalah sistem tentang rumus-
rumus bahasa.dan Teori Fungsional (Halliday) Kajian tentang perubahan yang berlaku
pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi.
Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh
bahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai Teori
Pemerolehan Bahasa. Teori Pemerolehan Bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu
Teori Pemerolehan Bahasa aliran Behaviorisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan
dikembangkan oleh B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan
bahasa aliran Mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori
pemerolehan bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliran
interaksionalis yang dipelopori oleh Halliday.
Dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapat
empat cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan
pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat banyak cara
untuk seorang guru mengguna pakai cara pembelajaran seperti yang disebutkan di atas
untuk di aplikasikan dalam pembelajaran dan mengaitkan cara pembelajaran dengan
teori-teori aliran bahasa seperti aliran behaviurisme, aliran kognitif, aliran
interaksionalis, dan aliran konstruktivisme.

2.0. TEORI HURAIAN BAHASA


2.1. Nahu Tradisional
Teori Nahu Tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori
ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta
menggunakan alat untuk membunyikan suara.ia juga sangat mementingkan bahasa
tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan
yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada
nahu terjemahan.
2. Struktural
Teori huraian bahasa struktural ini dipelopori oleh Edward Sapir,Bloomfield dan
Leonard de Saussure. Menurut teori ini, bahasa adalah bersifat sistematik dan
mempunyai tatabahasa tersendiri serta hidup dan sentiasa berubah-ubah. Bahasa juga
dikatakan mempunyai satu sistem dan mempunyai peraturan. Selain itu bahasa bersifat
arbitrari dan digunakan untuk perhubungan antara satu dengan lain. Teori ini
menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis. Huraian bahasa juga
dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan
generalisasi dan tidak menentingkan makna serta analisis dibuat secara luaran sahaja.

2.3. Transformasi Generatif


Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam choamsky.
Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk
berbahasa. Penutur natif dikatakan berkebolehan membentuk dan memahami
peraturan yang baru dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan daripada kebolehan ini
seterusnya akan membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap.
Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama terlebih
dahulu. Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan luaran. Menurut teori ini juga,
bahasa dikatakan bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat
dan menggunakan symbol-simbol tertentu untuk menganalisis setiap nahu.

2.4. Teori Fungsional


Teori Fungsional ini dipelopori oleh Haliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji tentang
perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang sedang
berkomunikasi. Teori ini juga menganggap bahawa bahasa adalah sebagai alat
perhubungan antara masyarakat dan sangat mementingkan aspek semantik iaitu
makna kata. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.
Penggunaan bahasa juga dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur tersebut.
Teori ini turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek
yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang
itu berkomunikasi.

3.0. TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


3.1. Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses


pengulangan Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini
mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui
ganjaran.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan
latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam
pengajaran.
Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan
pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme.
Golongan ini beranggapan bahawa Pertama, bahasa yang diutamakan ialah
bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli
Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan
bahasa lisan.
Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk
membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah
kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-
murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.
Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses
pembelajaran kedua. Bagi membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan
bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran
dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.
Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran
disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang
dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah
pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut
prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara
memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.
Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan
latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi
hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan
pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui
penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran
telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :
Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks


pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh
pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip
sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.
Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses
pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.
Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan.
Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga
boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan
situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua
adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara
mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara
mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.
Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan
induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh
terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Pendekatan induktif
menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi
3.2. Teori Mentalis

Teori Mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses


mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence),
iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang
merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna
diberikan penekanan.
Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang
kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh
membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui
pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu
adalah seperti berikut:
Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses
ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini
dilahirkan melalui pertuturan.
Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah
dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk
berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis
pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-
murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan
diajar nanti.
Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada
peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini
mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan
mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah berhati-
hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.
Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa
dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan
struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan
kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus
menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan
kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem
bahasanya dengan baik.
Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses
pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa
biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi
termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau
sebaliknya.
Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan
tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna,
penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus
dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam
hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal.
Pendekatan deduktif menggunakan model: Generalisasi ---- Contoh

3.3. Teori konstruktivisme

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari
segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi
bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk
berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa daripada
pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.
Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang
diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada murid-
murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari itu.
Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan
mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi
sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.
Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa
pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi dalam
penggunaannya.
Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif
pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

3.4. Teori Interaksionalisme

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia
merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan
pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam
sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi
banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada
pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:
Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi
bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa
pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan
hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk
interaksi.
Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang
dimaksudkan adalah
Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan
struktur bahasa.
Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan
terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat
menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-
murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.
4.0. JENIS STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
4.1. STRATEGI
4.1.1. Definisi strategi
Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang
dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan
sebagainya.

4.1.2. Pengaplikasian strategi pengajaran bahasa


4.1.2.1. Berpusatkan guru

Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan
sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan
guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar
hanya bersifat pasif.
Maka, hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini
lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi.
Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat
yang wujud.
Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk
meneroka ilmu-ilmu yang baru.
Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di
mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita.

Berpusatkan murid

Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama
dalam proses PnP.
Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran.
Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.
Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan
masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam
proses ini.
Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk
bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap
pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk
memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai
pelbagai corak kebolehan dan minat.
Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan
kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal
lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

4.1.2.2. Berpusatkan bahan

Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan
bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan
pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang
digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh
kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran
pelajar menjadi lebih mudah.
Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan
berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta dapat
meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan
bahan.
Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa
terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru
hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-
alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar
mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.
Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya
perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk
sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau
ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling
bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam
masa yang ditetapkan.

4.1.2.3. Berpusatkan masalah

Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu.
Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan
proses penakulan yang agat tinggi. Antara langkah yangperlu dipatuhi ialah kenal pasti
masalah, mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji hipotesis, menilai
dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar
pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan pelajar
adalah dituntut sepenuhnya

4.2. PENDEKATAN
4.2.1. Definisi pendekatan

Pendekatan adalah berlandaskan teori, prinsip atau kaedah tertentu yang mendokong
sesuatu teori. Cara pengajaran juga adalah berdasarkan objektif yang ditentukan.
Pendekatan adalah beraksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan
alasan. Contohnya dalam sesi pengajaran, guru menggunakan pendekatan daripada
mudah sehinggalah susah agar pengajaran dapat difahami oleh murid.

4.2.2. Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa


4.2.2.1. Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu


proses penaakulan yang tinggi. Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson ( 1960),
pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke
hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan mengumpul contoh-
contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan
berfungsi, dan membantu pelajar-palajar untuk mengaitsimpul satu kesimpulan yang
sesuai.
Dalam pengajaran bahasa pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal
iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur- unsur tatabahasa yang
dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Kaedah pencarian
digunakan iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian, analisis tentang aspek bahasa
pada awal pembelajaran. kemudian kesimpulan umum dikaitsimpul daripada data yang
dipelajari.
Guru sama sekali tidak digalakkan memberi definisi, menerangkan peraturan-peraturan,
menerangkan isi atau kandungan keseluruhan pelajaran.

Proses pengajaran induktif


Sebelum memulakan pengajaran ini, guru perlulah memahami idea keseluruhan yang
melibatkan proses pengajaran secara induktif.
Paul D. Eggen (1979 ) telah memperkenalkan satu model pengajaran iaitu, model yang
menekankan perancangan aktiviti sebagai proses yang pertama. Guru perlu
memastikan matlamat yang ingin dicapai dan hasil yag perlu disampaikan dan
kemudiannya guru memberikan contoh-contoh yang sesuai. Dengan adanya elemen ini,
pelajar akan dapat membentuk konsep-konsep dengan mudah dan membuat
generalisasi mengenai perkara yang dipelajari.
Manakala proses yang kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Guru akan memulakan
pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh yang terlibat dalam
pengajaran. Contoh yang dikemukakan oleh pelajar haruslah sesuai dan kemudian guru
akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Kemudian, pada peringkat
terakhir pula contoh tambahan perlulah dikemukakan bagi mengukuhkan konsep dan
generalisasi pelajar dan guru pula membuat penilaian secara tidak formal.
Model yang ketiga ialah penilaian aktiviti yang melibatkan proses melihat kembali
keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Guru akan dapat mengenal pasti
kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran. Guru juga akan mengubahsuai mencari
cara-cara lain bagi mengatasi kelemahan.

Strategi pengajaran induktif


Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran bahasa menggunakan pengajaran
induktif antaranya ialah dengan menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru
perlulah menentukan struktur isi yang hendak disampaikan. Kemudian setelah aspek
bahasa telah dikenal pasti, guru hendaklah merancang dengan memecahkan isi
tersebut kepada bebarapa bahagian dan menyusun semula bahagian yang berkait
rapat agar komponen isi dapat disampaikan dengan menarik agar pelajar dapat
meningkatkan pemahaman mereka.
Langkah yang kedua ialah penentuan kebolehan kognitif iaitu kemahiran intelektual
yang melibatkan contoh-contoh pada bahagian awal pwngajaran dan kemudian
kesimpulan. Pelaksanaan pendekatan ini melibatkan tiga tahap iaitu membentuk
konsep melalui contoh, membuat generalisasi dan pengaplikasian pengetahuan dalam
situasi lain.
Langkah yang ketiga ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan struktur, isi
dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.
Seterusnya ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan langkah-langkah
pengajaran yang dirancang. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat
kebolehan kognitif dan dapat dilihat dalam peringkat pendedahan, peringkat
pembentukan konsep, peringkat membuat generalisasi, dan peringkat mencubakan
generalisasi serta yang terakhir ialah peringkat penutup.

4.2.2.2. Deduktif

Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan


pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada hukum-hukum tertentu dan menggunakan
proses penaakulan yang tinggi.
Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi iaitu Teori,
hukum, atau masalah tertentu perlu didedahkan dahulu. Kemudian bimbingan diberi
bersama dengan contoh yang sesuai. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah
amat dipentingkan. Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan rumus yang
baru, pemilihan rumus haruslah berdasarkan rumus yang diketahui umum oleh pelajar
dan penggunaan contoh yang berkaitan dan pengukuhan pemahaman konsep sesuatu
rumus. Guru hanya perlu membimbing pelajar menjalankan aktiviti melalui soalan-
soalan terarah yang terancang.

4.2.2.3. Elektik

Elektik merupakan kaedah yang menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang


sudah dibincangkan di atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang ada pada kedua-
dua pendekatan induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu terikat dengan mana-
mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan mudah diubahsuai
mengikut keperluan pelajar.
Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu,
galakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan
contoh-contoh lain sebagai pengukuhan.
Guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan hipotesis terlebih
dahulu kemudian diikuti dengan contoh-contoh khusus. Selepas pelajar membuat
perkaitan di antara generalisasi dengan contoh, barulah guru mengukuhkan
pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan.
Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada
kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan induktif dan deduktif.
Melalui pendekatan ini, guru akan lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas
mengikut kehendak dan keperluan pelajar.

4.2.2.4. Komunikatik

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu


berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita,
melapor dan lain-lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi
tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan
berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur
ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar
pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah
murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih
dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
megajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikasi secara
berkesan. Seterusnya ialah pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi sebenar
iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.

4.3. KAEDAH
4.3.1. Definisi kaedah

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak
jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur
tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga
digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

4.3.2. Jenis-jenis kaedah


4.3.2.1. Kaedah natural

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang
berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kurang menekankan rujukan kepada
analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.
Menurut Krashen dan Terrell (1983 : 9) menyebut pendekatan ini sebagai natural,
psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik, tiruan (imitative) , dan
sebagainya.
Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej.
Ini bermakna, penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam
bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai
penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat.
Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk
memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan
pembelajaran (learning).
Pertama ialah Penguasaan. Cara yang semula jadi, yang terlaksana sama seperti cara
kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang
tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui
pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna.
Kedua ialah Pembelajaran. Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar
tentang bahasa diperkembangkan. Berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas
tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk
lisan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku
dan pembetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang
telah dipelajari
Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah, penekanan
adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru berfokus
kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan gambar seperti yang
dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar tidak
diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka sudah cukup bersedia untuk
berbuat demikian.
Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam
bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input
untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal),
sambil memberi klue non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir input tersebut.
Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul, brochures,
iklan, peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara
umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah.
4.3.2.2. Kaedah nahu tradisional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu
bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini
juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas
yang dapat digunakan dalam penulisan.
Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-
buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai
kesusasteraan yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini bersifat deduktif yang
mementingkan bahasa tulisan daripada lisan.
Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan memperkenalkan pelajar
kepada undang-undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan kepada
pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-
undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang
perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai perbendaharaan ini
dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya disuruh
membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan
undang-undang yang dipelajari.
4.3.2.3. Kaedah terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun
1920-1935.
Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk
melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.
Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi
kanak-kanak.
Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak
sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid.
Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat
kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan
bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan secara langsung
antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya
pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada.
Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan
yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-
kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

4.3.2.4. Kaedah ajuk hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi.
Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara
menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam ungkapan
biasa dalam bahasa ibunda.
Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat
sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu
dalam bahasa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan
persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat
daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar.
Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan
bahagian-bahagiannya.
Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan,
karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan
dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya
dalam bentuk-bentuk .
4.3.2.5. Kaedah linguistik

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu
dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu
harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain
seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk
daripada makna.

Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-
dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah berdasarkan
kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian,
barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda
mereka.

Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan
bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain
itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di
antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

4.3.2.6. Kaedah kod kognitif

Kaedah ini adalah berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang bahasa
sebagai satu kreativiti mental.
J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan &
pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan.

Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata
melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak,iaitu
bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan
semulajadi rumus - rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat.

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari
sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum
dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan malah
perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa
diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif .
Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.

4.3.2.7. Kaedah bahasa komuniti


Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara
pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-
rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL.

Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi,
ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami
sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.

Teori bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai
teori struktural. Namun, pelopor CLL yang terkemudian telah mengemukakan satu teori
bahasa yang agak berlainan yang disebut sebagai Bahasa Sebagai Proses Sosial
Bagi CLL, pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kognitif dan afektif. Inilah
yang disebut sebagai pembelajaran Whole Person.

Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan pelajar
dalam satu interaksi. Justeru perhubungan antara mereka perlu diperkembangkan.

Kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa berhubung kait dengan perhubungan


yang baik antara pelajar dan guru, dan sesama pelajar.

Pelajar tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada pelajar lain.
Curran menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap
harga diri orang lain. Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap perlu dalam
prosedur kelas CLL. Falsafah Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak pelajar
sebelum proses pemerolehan bahasa berfungsi. Inilah perbezaan yang paling ketara
dalam teori pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori lain.

4.3.2.8. Kaedah Oral Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-
empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran
menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk
pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan
asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah Menggunakan dialog untuk dihafaz dan
diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi
perhatian kepada Intonasi yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita
rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar.

Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada
awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian
barulah latihan menulis bebas dibenarkan.

4.4. TEKNIK
4.4.1. Definisi Teknik

Teknik merupakan satu cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif. Ia wujud
dalam pemikiran dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang ataupun dicipta
pada satu masa sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang digunakan
haruslah selaras dengan kaedah yang digunakan.

4.4.2. Jenis teknik


4.4.2.1. Teknik drama

Drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam situasi yang lengkap penerangannya
Teknik ini merupakan satu cara utk membolehkan murid sendiri mendapatkan
gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan, tidak dilatih terdahulu dan seolah-
olah hidup utk obejktif P & P.
Teknik ini melibatkan gambaran atau membayangkan sesuatu situasi atau keadaan
yang kemudian dilakonkan tanpa sebarang skrip.
Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu murid menggunakan prinsip yang
dikaji dalam bentuk abstrak . ia juga dapat membolehkan murid memahami motivasi
atau tujuan orang lain dengan melakonkan peranan orang tersebut dan meningkatkan
kesedaran murid mengenai masalah-masalah psikologi dan sosiologi. Selain itu, ia juga
dapat menambahkan unsur-unsur benar dan hidup(realisme) serta menambahkan
berbagai-bagai bentuk aktiviti untuk mencapai objektif P & P murid

4.4.2.2. Teknik latih tubi

Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau
untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu dielakkan
dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang bercorak
kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan
hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis peta,
menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting

Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya ialah
mengehadkan kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan
mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-
murid. Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya
tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan menjadikan
pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal.

4.4.2.3. Teknik permainan bahasa

Teknik permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menarik dan boleh
meninggalkan kesan yang baik dalam pengajaran bahasa. Teknik ini diajar adalah
bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan
kebosanan dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya tidaklah hanya khusus untuk
kemahiran lisan sahaja malah diaplikasikan untuk semua kemahiran.
Terdapat beberapa jenis permainan bahasa ini antaranya ialah Permainan
menyampaikan pesan, Permainan memerhati dan mengingat, Permainan berpasangan,
Tekalah saya, Permainan menikam angka, Slip undian.

Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan
dan mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang pembelajaran berlaku. Selain dapat
mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat member peluang kepada pelajar
menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan melibatkan diri.

4.4.2.4. Teknik bercerita

Bercerita adalah merupakan Jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku
sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja.
Teknik bercerita ini adalah merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru
menyampaikan isi pelajarannya melalui cerita. Teknik ini merupakan satu cara
penyampai yang sesuai dengan sifat semula jadi pelajaran. Pelajar akan lebih cepat
menumpukan perhatian sekiranya pelajaran disampaikan menyentuh dan
membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka.
Sewaktu merancang aktiviti ini guru perlulah memilih cerita yang sesuai dengan
peringkat umur, minat dan kesediaan pelajar. Persediaan guru juga adalah perlu rapi
daripada segi menghafal cerita dan menyediakan alat bantu.
Guru perlulah memastikan semua pelajar bersedia mendengar cerita yang ingin
disampaikan.
Selain itu juga, guru perlu mempunyai beberapa kualiti tertentu seperti mempunyai
suara yang jelas agar penyampaian cerita dapat difahami.

Seterusnya ialah guru perlulah memastikan perkataan dan ayat yang digunakan perlu
sesuai dengan kebolehan pelajar. Setelah selesai aktiviti bercerita, guru perlulah
mengadakan sesi penilaian terhadap murid .