Anda di halaman 1dari 2

BORANG PELEPASAN

NAMA IBUBAPA / PENJAGA : ________________________________________


(nama mengikut Kad Pengenalan )

NAMA PESERTA : ________________________________________


(nama mengikut Kad Pengenalan Kanak-Kanak)

Saya membenarkan anak di bawah jagaan saya mengambil bahagian dalam program ASTRO KEM
BADMINTON (Astro Kem Badminton) dan saya mengakui dan megesahkan bahawa semua maklumat yang
diberi dalam Borang Pendaftaran adalah sah dan benar. Saya memberi jaminan bahawa anak di bawah jagaan
saya adalah dalam keadaan sihat dan cergas serta akan menurut segala peraturan dan syarat-syarat Astro Kem
Badminton.

Sesungguhnya, saya faham bahawa Yayasan Astro Kasih sebagai penganjur Astro Kem Badminton (Pihak
Penganjur) dan Memories Entertainment Sdn. Bhd. sebagai pengurus program (Pihak Pengurus Program)
telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan sepanjang program Astro Kem Badminton.

Saya mengakui bahawa penyertaan anak di bawah jagaan saya di dalam Astro Kem Badminton adalah di atas
risiko sendiri dan saya dengan ini bersetuju bahawa Pihak Penganjur, Pihak Pengurus Program dan Jurulatih-
Jurulatih yang terlibat di dalam Program ini adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa salah laku,
kerugian, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kecacatan, kematian atau kemalangan
yang mungkin di alami oleh anak di bawah jagaan saya yang berlaku atau berbangkit daripada atau berhubung
dengan Astro Kem Badminton ini. Saya memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur, Pihak Pengurus Program
dan Jurulatih-Jurulatih dan/atau mana-mana pegawai Astro Kem Badminton untuk memberikan bantuan
perubatan yang diperlukan, yang munasabah atau praktikal untuk anak di bawah jagaan saya, sekiranya perlu.
Pihak Penganjur dan Pihak Pengurus Program tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan dan/atau
ganti rugi yang dialami oleh anak di bawah jagaan saya kerana apa-apa perbuatan, peninggalan atau apa jua
keadaan di luar kawalan Pihak Penganjur dan Pihak Pengurus Program seperti 'force majeure', banjir, gempa
bumi, tsunami atau peninggalan kerajaan, mogok, sekatan masuk kerja, rusuhan, peperangan (diisytiharkan
atau tidak diisytiharkan), bertindak atau diancam keganasan, wabak, atau peraturan-peraturan kerajaan yang
dikenakan pada bila-bila masa sepanjang tempoh Program ini.

Saya juga mengizinkan Pihak Penganjur dan Pihak Pengurus Program merakamkan imej anak di bawah jagaan
saya dan saya dalam bentuk foto atau video di sepanjang Astro Kem Badminton dijalankan. Saya bersetuju
bahawa semua rakaman video, audio dan foto ("Rakaman") adalah kepunyaan Pihak Penganjur. Pihak
Penganjur berhak menggunakan semua Rakaman dalam mana-mana media diseluruh dunia untuk tempoh
hakcipta yang penuh termasuk pembaharuan bersama-sama dengan hak serta memberi kuasa kepada orang
lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa bayaran atau royalti kepada saya atau anak di
bawah jagaan saya. Walau bagaimanapun, saya mengakui bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak untuk
tidak menyiarkan mana-mana Rakaman di mana anak saya atau saya muncul atau mana-mana bahagian
daripada sumbangan anak saya atau saya kepada Rakaman ini.

Saya bersetuju untuk tidak mendedahkan dan mendapatkan anak di bawah jagaan saya supaya tidak
mendedahkan kepada mana-mana pihak ketiga sebarang maklumat yang berhubung dengan Astro Kem
Badminton atau hal ehwal Pihak Penganjur dan Pihak Pengurus Program.

Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat Notis Privasi menurut Akta Perlindungan
Data Peribadi 2010 dan bersetuju terhadap pemprosesan data peribadi saya dan anak di bawah jagaan saya
seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi yang dilampirkan bersama-sama Borang Pelepasan ini.

Kegunaan Urusetia:

Diterima Oleh :
........................................................ ..
Tarikh :
Tandatangan IbubapaPenjaga Tarikh
Lengkap ( ) Tidak Lengkap ( )
NOTIS PRIVASI SEHUBUNGAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, Data Peribadi) yang
diberikan di dalam borang pendaftaran atau permohonan anda bakal digunakan dan diproses oleh YAYASAN
ASTRO KASIH (YAK) dan syarikat sekutunya MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD
(MBNS), bagi maksud-maksud berikut:-

a) Mempertimbangkan permohonan anda untuk menyertai pertandingan dan/atau rancangan yang dikelolakan
dan/atau diterbitkan oleh YAK dan MBNS;
b) Untuk berhubung dengan anda;
c) Untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
d) Menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
e) Melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
f) Untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan YAK, MBNS,
perbadanan-perbadanan berkaitan dan rakan-rakan perniagaan;
g) Kegiatan-kegiatan perniagaan YAK dan MBNS selainnya yang sah; dan/atau
h) Maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat.

(secara keseluruhan, Maksud-Maksud)

Seterusnya, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di
atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan
berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat, yang mungkin berada di dalam atau
luar Malaysia. Selain dari yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan, dengan sedarinya,
dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga.

Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak
memberi persetujuan berkenaan, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-
Maksud yang dinyatakan di atas dan permohonan anda untuk menyertai rancangan dan/atau pertandingan
berkenaan tidak dapat kami pertimbangkan.

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, dan
pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar
permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi YAK dan MBNS menerusi pos berdaftar
atau e-mel seperti yang dinyatakan di bawah:

Alamat pos: Pegawai Perlindungan Data Peribadi


YAYASAN ASTRO KASIH
Peti Surat 10148
50710 Kuala Lumpur
Alamat e-mel: pdpo@astro.com.my

Anda mengakui dan menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan pihak-pihak ketiga
(misalnya, ahli-ahli keluarga) yang mana data peribadi mereka telah anda zahirkan di dalam borang pendaftaran
untuk membenarkan YAK dan MBNS memproses data peribadi tersebut bagi Maksud-Maksud yang dinyatakan.

Anda mungkin juga menyukai