Anda di halaman 1dari 5

Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud : Tokoh Melayu Kelantan serta Malaysia

5 Votes

Tan Sri Dato Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud (Dato Seri Setia Raja) 1944-1953

BIODATA

Nama Penuh : Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Dato Nik Mahmud (keturunan
bangsawan Kelantan)

Tarih Lahir : 7 Julai 1907

Tempat : Kota Bharu, Kelantan

Meninggal : 20 Disember 1977

Pendidikan :

1) Pendidikan Awal di Masjid Muhammadiah, Kota Bharu

2) Malay College Kuala Kangsar (1925)


3) 1926 belayar ke London dan menjadi orang Melayu pertama melanjutkan
pelajaran ke England.

Pekerjaan :

1) Pensyarah Undang-Undang di Bristol University (1930)

2) Timbalan Menteri Besar Kelantan

3) Menteri Besar Kelantan

4) Diplomat Malaya

PENDIDIKAN

Nik Ahmad Kamil mendapat pendidikan awal diMadrasah Muhammadiah, Kota Baru,
dan menamatkan pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada
tahun 1926, beliau belayar ke London bagi memulakan pendidikan universitinya,
dengan itu menjadi pelajar Melayu pertama yang dihantar belajar ke luar negara.

Nik Ahmad Kamil belajar bidang Undang-Undang di Universiti Bristol dengan


bantuan Sir Lawrance Guilermard atas tajaan Majlis Agama Islam Kelantan yang
ketika itu diterajui oleh Tok Kenali. Beliau menamatkan pengajian pendidikan di
Inns of Court pada tahun 1929, seterusnya memasuki Bar Peguam pada 1930.

KERJAYA

Apabila kembali ke Kelantan pada tahun 1931, dia menyertai perkhidmatan


kerajaan Kelantan. Dia memegang pelbagai jawatan sehingga 1934 apabila dia
dilantik pada jawatan Setiausaha Negeri ketika berusia 25, menggantikan bapa
saudaranya Datuk Muhammad Tok Khatib Mohd Said.

Pada tahun 1938, dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, dengan itu
meletakkan bapa dan anak pada kedudukan tertinggi bagi orang Melayu sewaktu
kolonial. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1942,
jawatan yang dipegangnya sepanjang penjajahan Jepun, hingga 1953 iaitu Menteri
Besar yang ke-11 selepas ayahnya yang berkhidmat dari 1921 hingga 1944.

Ketika perlaksanaan Malayan Union, beliau dilantik sebagai Timbalan Residen


Komissioner di Kelantan dari 1946 hingga 1948.

Pada tahun 1946, beliau telah diminta oleh Dato Onn bin Jaafar dan para pembesar
Melayu waktu itu untuk menggubal Perlembagaan UMNO bagi satukan bangsa
Melayu dengan 9 Raja. MENSA(kumpulan orang bijaksana, waras, ada ilmu kitab
yang menjadi rujukan benar) telah ditubuhkan di London oleh seorang Lulusan
Undang-Undang dan kenalan Tan Sri Ahmad Kamil dan ianya menjadi rujukan dua
institusi Raja.

1952M HM Queen Elizabeth II ambil alih Istana Buckingham dan empayar British.
Nik Ahmad Kamil selaku pakar Undang-Undang dan guru Undang-Undang British
dipanggil ke Istana Buckingham untuk susun semula semua lebih 50 buah Negara di
bawah Komanwel.

DIPLOMAT

Beliau menjadi Setiausaha tetap Kementerian Luar Negeri, Pesuruhjaya Persekutuan


Tanah Melayu ke Australia (1956-57), Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom
(1957-58), Duta Besar ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaya ke Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu(1959 dan 1962).

Dalam Pilihan raya 1959, beliau berjaya menewaskan calon PAS di Kelantan dan
terkenal kerana peranannya menyelamatkan UMNO dari PAS.Beliau menang kerusi
parlimen Kota Baru Hilir dan menang lagi dalam Pilihan raya 1964.Dalam Pilihan
raya 1969, beliau menang besar di Kelantan.

PEMBABITAN DALAM KEMERDEKAAN

Bantahan Malayan Union melonjak Nik Ahmad Kamil ke bidang politik antarabangsa.
Beliau memimpin Persatuan Melayu Kelantan (PKM) bersama Persekutuan
Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) membuat perarakan membantah Malayan
Union.Beliau turut mewakili Persatuan Melayu Kelantan dalam persidangan Kongres
Melayu di Kuala Lumpur.

Nik Ahmad Kamil juga merupakan jawatankuasa kerja bersama Datuk Onn Jaafar,
Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak, Datuk Hamzah Abdullah dari Selangor
dan Zaaba, untuk melakar charter dan perlembagaan bagi parti Umno yang baru
ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu.

Kongres Melayu Pan-Malayan pada 11 Mei hingga 12 Mei, 1946, UMNO dilancarkan
dengan Onn Jaafar sebagai presiden pertamanya di Johor Bharu. Pada ketika ini, Nik
Ahmad Kamil mula terbabit dengan lebih banyak dengan politik kebangsaan
bersama Dato Onn sebagai ahli jawatankuasa eksekutif.

Beliau mengikut Dato Onn menyertai (Independence of Malaya Party IMP) pada
tahun 1951, dan mengikut Dato Onn membentuk Parti Negara pada tahun 1954.

Nik Ahmad Kamil bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 1955 dan bertanding
sebagai calon Parti Negara pada tahun itu di Kelantan. Kegagalannya
meyakinkannya bahawa Parti Negara bukan lagi kuasa politik dan beliau kembali
menyertai Umno.

Beliau juga merupakan salah seorang dari empat yang mewakili Sultan dalam
jawatankuasa kecil perundangan, berdasarkan latar belakangnya dalam undang-
undang. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Majlis Perundangan dan Esekutif
kedudukan Ahli bagi Tanah, Perlombongan dan Komunikasi pada tahun 1953 dan
kemudian Ahli bagi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar.
Nik Ahmad Kamil kemudian mewakili sebagai salah seorang dari empat wakil Sultan
ke Persidangan Perlembagaan Merdeka di London pada tahun 1956. Anggota lain
adalah Abdul Aziz Abdul Majid (Tun) Menteri Besar Selangor, Datuk Panglima Bukit
Gantang Menteri Besar Perak, dan Datuk Seth Mohd Said Menteri Besar Johor.

Pada 1971, Nik Ahmad Kamil dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan
pada 4 Nov 1974 sebagai Speaker Dewan Rakyat.

EKSLUSIF : MAKLUMAT YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Yusnaidi Yusoff YDP MQTK menulis; Kitab PATI RAHSIA inilah yang digenggam oleh
Tan Sri Nik Ahmad Kamil sewaktu mewakili seluruh bangsa melayu ke London untuk
lafaz merdeka di hadapan Queen Elizabeth II pada 31 Ogos 1957 (pada masa yang
sama Tunku Abdul Rahman dan seluruh rakyat lafaz di Stadium Merdeka).

Orang tua-tua UMNO dulu (majoriti) semuanya ada satu salinan kitab ini. Ia juga
digunakan terutama jika ada sesuatu penyakit menyerang jasad, kerana di
dalamnya ada ramuan-ramuan mistik yang disediakan, juga dikenali kitab rujukan
Tok Bomoh.

Sebenarnya kitab para Wali Allah kerana di awal muka surat telah dimaklumkan
untuk kegunaan orang mukmin sahaja, bukan sekadar Islam. Mukmin adalah istilah
dari Al-Quran yang merujuk kepada ahli-ahli syurga sahaja. Dan golongan Wali
Allah adalah salah satu dari 7 saf ahli syurga tanpa hisab/ahli husnul khotimah.

Rujukan :

Wikipedia : Tan Sri Nik Ahmad KamilThe Kelantan TimesMadrasah Quran Tok
KadokThe Star OnlineFan Page KPSK di Facebook

Anda mungkin juga menyukai