Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

KERTAS KERJA
LAWATAN AKADEMIK

ANJURAN BERSAMA

JABATAN HOSPITALITI

TARIKH
21- 23 APRIL 2016

TEMPAT
Management & Science University (MSU)
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kelulusan peruntukan Y.


Bhg. Tuan Haji Razali Bin Hashim Pengarah Kolej Vokasional Sungai Petani 2, dan
Unit Kulinari Puan Oew Siar Hun untuk menganjur dan melaksanakan lawatan
akademik ini.

2.0 LATAR BELAKANG

Lawatan Akademik ini dianjurkan bagi merialisasikan dan memberi


pendedahan awal kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi di institusi institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Ini
membolehkan pelajar pelajar membuat pemilihan pendidikan yang sesuai dengan
minat dan membantu juga para pelajar untuk membuat pilihan kerjaya yang
bersesuai dengan mereka dengan nilai personaliti dan pasaran kerjaya terkini.

Salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh setiap pelajar. Pengetahuan
yang luas dalam sesuatu bidang kerjaya itu adalah sangat penting supaya pelajar ini
dapat mengenali dan membuat pilihan untuk kerjaya beliau di masa hadapan. Ramai
yang berpendapat bahawa pengetahuan tentang kerjaya ini boleh didapati melalui
buku, majalah, surat khabar, internet dan pelbagai lagi sumber.

Walaubagaimanapun, pengetahuan pelajar semestinya akan terbatas jika


hanya bergantung kepada sumber sumber tersebut. Sekiranya pelajar dibawa ke
lokasi sebenar untuk melihat bagaimana proses itu dilaksanakan, ia sedikit
sebanyak membantu para pelajar memperolehi pengalaman secara langsung. Para
pelajar juga akan memperolehi banyak ilmu yang tidak mungkin dapat melalui dari
pembacaan buku atau media yang lain. Justeru itu, lawatan akademik ini sangat
diperlukan kepada para pelajar supaya mereka dapat mengalami sendiri
pengalaman berada di institusi yang lain.
2.0.1 LATAR BELAKANG MSU

MSU merupakan sebuah kolej swasta yang terletak di Shah Alam, Selangor.
Menawarkan program Asasi, Diploma, Ijazah, Post-graduate dan Program
Professional. Kolej Taylors menyediakan program Foundation Studies, Pharmacy,
Medical, Education & Social Sciences, Hospitality and Creative Arts, Sciences &
Engineering, Health & Life Sciences, Business Management & Professional Studies.
Program Hospitaliti di MSU mendapat pengiktirafan oleh ACCREDITATION Services
for International Colleges,UK (ASIC),The ALLIANCE BUSINESS EDUCATION AND
SCHOLARSHIP FOR TOMORROW, a 21st Century organization,Japan, Association
of Asia-Pacific Business School, Korea, Association of the European Foundation for
Management Development, Belgium.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Pada akhir program ini diharapkan dapat :

3.1 Mendedahkan secara terperinci kepada pelajar tentang pendidikan di kolej


swasta.

3.2 Memberi peluang kepada pelajar pelajar Diploma Vokasional Malaysia


untuk memilih tempat untuk melanjutkan pelajaran nanti.

3.3 Memberi pendedahan secara langsung kepada perlajar berkenaan suasana


kerja dalam bidang kulinari

3.4 Berfikir secara global, berinteraksi dan bergaul dengan komuniti lain.

3.5 Melatih diri supaya bertanggungjawab sebagai pemimpin dalam menyertai


aktiviti berkumpulan.

3.6 Memberi peluang kepada pelajar merasai suasana perkerjaan yang sebenar.
4.0 BUTIRAN PROGRAM

4.1 BILANGAN PESERTA

Peserta terdiri daripada ;

30 pelajar Diploma Vokasional Malaysia (Kulinari)

4.2 TARIKH PROGRAM

Program akan dijalankan pada 21-23 April 2016

4.3 TEMPAT PROGRAM


MSU University dan Firdani Chocolate Museum

4.4 TENTATIF PROGRAM


(Rujuk lampiran Jadual 1)

4.5 Tenaga Pengajar


8 pensyarah (Kulinari)

4.6 Pengangkutan
Bus KVSP2

5.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengarah Projek : Puan Oew Siar Hun (Pensyarah)


Penolong Pengarah Projek : Cik Nazeerah Binti Shaipol (Pensyarah)
Setiausaha : Cik Fatin Nazia Binti Farrid (Pensyarah)
Bendahari : Fatihah Iliyana (Pelajar)
Pengangkutan : Puan Robiah Binti Abas (Pensyarah)
Dokumentasi : Adibah Binti Mokhtar (Pelajar)
Makanan : Cik Nabilah Syafiqah Bt. Khalidbiniwalid (Pensyarah)
Disiplin : Cik Siti Nurasika Binti Muhamad Isa (Pensyarah)
Keselamatan : Encik Razis Bin Ismail (Pensyarah)

6.0 AKTIVITI
Taklimat
Lawatan

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sumber :
Ringgit Malaysia :Tiga Ribu Enam Sahaja.
Bi Bahan/ Perkara Kuantiti Harga Jumlah
l seunit (RM)
(RM)
1. Pelajar 30 orang 50.00 1500.00
2. Pensyarah 8 orang 100.00 800.00
3. Sumbangan - 706.00 706.00
Jumlah Keseluruhan 3006.00
Perbelanjaan :

Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Enam Sahaja.


Bi Bahan/ Perkara Kuantiti Harga Jumlah
l seunit (RM) (RM)
1. Cenderahati 1 50.00 50.00
2. Dokumentasi 1 50.00 50.00
3. Penginapan
Pelajar (Dorm) 30 orang 30.00 X 2 1800.00
Pensyarah (Bilik) malam
7 bilik 79.00 X 2 1106.00
malam
Jumlah Keseluruhan 3006.00
8.0 PENUTUP

Dengan adanya lawatan ini diharap dapat memberi satu pengalaman baru
kepada pelajar-pelajar di Kolej Vokasional Sungai Petani 2. Melalui program ini juga
pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi
bersama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan
sebgaai pandian hidup pada masa akan hadapan. Semoga lawatan ini memberi
manfaat kepada semua peserta yang mengikut lawatan ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh : Diluluskan oleh:


FATIN NAZIA FARRID KHAIRANI MOHD AKHIR TUAN HJ RAZALI BIN HASHIM
Setiausaha Program Ketua Jabatan Hospitaliti Pengarah KVSP2

LAMPIRAN JADUAL 1
TENTATIF PROGRAM

21 April 2016

Masa Aktiviti Catatan


10.00 malam Berkumpul di hadapan Dewan Mutiara
11.00 malam Bas bertolak

22 April 2016

Masa Aktiviti Catatan


6.00 pagi RnR Sungai Buloh
- Solat
- Bersihkan Diri
- Sarapan
7.30 pagi Bas bertolak ke MSU University
9.30 pagi Tiba di Taylors College
9.45 pagi Taklimat dari Pihak MSU University
10.30 pagi Melawat sekitar MSU University
- Kulinari
- Bakeri
2.00 petang - Makan Tengahari
- Solat
6.00 petang Tiba di Asrama Wisma Belia
- Rehat
- Solat
8.00 petang Solat dan Makan Malam

23 April 2016

Masa Aktiviti Catatan

12.00 - Berkumpul di hadapan Asrama Wisma Belia


tengahari - Daftar Keluar Penginapan
1.30 petang Solat dan Makan

2.30 petang Bas bertolak ke Firdani Chocolate Museum

3.00 petang Tiba dan Taklimat dari Pihak Firdani Chocolate Museum

5.00 petang Melawat sekitar Firdani Chocolate Museum

6.00 petang Makan dan Solat

7.00 petang Bertolak balik ke KVSP2