Anda di halaman 1dari 1

Keupayaan seseorang Guru bimbingan atau kaunselor di sesebuah sekolah

untuk memberikan bimbingan dan kaunseling dengan lebih berkesan adalah


bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor utama yang mendasari
keupayaan tersebut ialah kebolehannya dalam mengungkap hasil-hasil kajian
dan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh pakar-pakar yang diiktiraf
atau mempunyai autoriti dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Di samping
itu keberkesanan ini juga wujud hasil daripada inisiatif dirinya sendiri untuk
memahami dirinya dan memperbaiki kecekapan atau kemahiran-kemahirannya.
Guru bimbingan perlulah mengembangkan teknik yang sesuai dengan dirinya
dan tidak terlalu terikat dengan satu teori sahaja agar perkhidmatannya lebih
efektif.