Anda di halaman 1dari 14

_________________________________________________________________________

BBRC4103
RESEARCH METHODOLOGY
(ASSIGNMENT 1)
JANUARY 2017
_________________________________________________________________________

Soalan :

Pilih satu bidang penyelidikan yang mungkin menarik minat


anda. Kenal pasti dan tentukan masalah yang boleh diselidiki.
Bagi memastikan masalah yang telah dikenal pasti adalah
benar-benar satu masalah, anda dikehendaki menyediakan
fakta-fakta dan angka-angka sebenar untuk menyokongnya.
Anda juga dikehendaki menentukan soalan-soalan penyelidikan
beserta objektif-objektif yang bersesuaian dengan masalah
penyelidikan tersebut.

NAMA ARIF BIN SOEBAH

NO MATRIKS 830811125679001

EMAIL kartikarif@oum.edu.my

PROGRAM BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH AND


SAFETY MANAGEMENT WITH HONOURS

NAMA TUTOR EN MOHD NORDIN BIN KHADIS

NAMA PENSYARAH EN MOHD NORDIN BIN KHADIS

1
SEMESTER JANUARI 2017

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 3

2.0 DEFINISI / KONSEP 4

3.0 TINJAUAN LITERATURE 6

4.0 PERSOALAN KAJIAN 8

5.0 OBJEKTIF KAJIAN 9

6.0 KESAN DAN LANGKAH MENGATASI 10

7.0 KESIMPULAN 13

BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALAN

Perkembangan era globalisasi pada hari ini menunjukkan organisasi harus lebih
bersedia menghadapi cabaran dalam mempertahankan kelebihan daya saing. Pelbagai inovasi
dan idea baru cuba diperkenalkan ke dalam organisasi yang memerlukan komitmen semua
pihak termasuklah sumber manusia. Kesemua ini dilakukan dengan harapan produktiviti terus

2
meningkat di samping mengurangkan kos keseluruhan organisasi. Perkhidmatan Awam
merupakan antara organisasi kerajaan yang besar dalam melaksanakan dasar yang digubal
untuk membantu usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berasaskan
kepada nilai-nilai murni sejagat. Keberkesanan dan kecekapan jentera pelaksanaan
perkhidmatan awam telah membantu dasar negara meningkatkan kualiti penghidupan rakyat
di negara ini untuk mencapai wawasan 2020 yang menjadi sandaran kepada rakyat Malaysia.
Hal ini kerana, bagi mencapai matlamat ini, jentera pentadbiran awam perlulah
dipertingkatkan dan dikemaskini bagi memenuhi sebarang keperluan mengikut perubahan
persekitaran dan cabaran semasa.

Penjawat Awam pula dikehendaki menghayati dan menanam sikap dan nilai positif
agar ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian dan tatakelakuan anggota
Perkhidmatan Awam. Pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan oleh Kerajaan secara
berterusan agar penanaman dan penghayatan sikap dan nilai murni diamalkan oleh anggota
Kerajaan. Dasar ini turut cuba diimplementasikan dalam Kementerian Kesihatan khususnya
kumpulan penjawat awam yang berkhidmat di bahagian Hospital, Klinik dan Pentadbiran.
Kumpulan perkhidmatan awam ini seringkali cuba menjayakan matlamat dan dasar
Kementerian Kesihatan untuk menyediakan penjagaan kejururawatan sesuai kualiti yang
cekap dan mencukupi secara proaktif serta memenuhi keperluan pelanggan dengan penekanan
kepada keperluan fizikal, psikologi, sosial dan rohani individu. Namun begitu, dalam usaha
kumpulan penjawat awam bahagian Kementerian Kesihatan merealisasikan dasar dan
matlamat Kementerian, pekara negatif seperti masalah tekanan di tempat kerja turut
merencatkan pembangunan sahsiah dan jasmani kumpulan perkhidmatan awam tersebut. Hal
ini kerana, terdapat beberapa punca stres yang mungkin berpunca daripada individu itu sendiri
ataupun melibatkan kelompok manusia dan alam sekeliling. Punca tekanan di tempat berkerja
berubah-ubah mengikut tahap umur dan kematangan seseorang. Menurut Abdul Latiff
Ahmad, (2006) dalam Laporan Kesihatan menjelaskan bahawa, terdapat beberapa faktor yang
mampu menyebabkan tekanan kerja berlaku di kalangan individu. Ia dapat dibahagikan
kepada beberapa keadaan iaitu keadaan fizikal, dan keadaan psikologikal. Sementara itu,
Clark, J. (2002) menyatakan bahawa, tekanan pekerjaan di tempat kerja boleh berlaku melalui
pelbagai faktor yang sering kali dihubungkaitkan dengan aspek fizikal, sosial dan
psikologikal. Tekanan kerja samada berupa kekaburan dari aspek tanggung jawab dan peranan
pekerjaan, koflik peranan dan beban peranan adalah situasi yang sukar dielakkan oleh setiap

3
pekerja. Ketidakupayaan pekerja untuk mengendalikan tekanan kerja akan mengurangkan
keupayaan mereka untuk mengekalkan tahap kesihatan semasa bertugas.

2.0 DEFINISI / KONSEP MASALAH TEKANAN DI TEMPAT KERJA.

Menurut McGrath J.E (1976) menjelaskan bahawa, tekanan di tempat kerja merujuk
kepada persepsi pekerja terhadap keperluan persekitaran yang menjangkaui sumber yang ada
pada mereka. Melalui aspek itu, tekanan juga ditafsir sebagai kuasa luar atau desakan yang
mempengaruhi fizikal individu dan kuasa material. Walau bagaimanapun, Kets de Vries MFR
(1979) pula menyatakan bahawa, tekanan di tempat kerja merujuk kepada ketidak seimbangan
penyesuaian diantara permintaan persekitaran dengan kebolehan atau keupayaan individu.
Stres secara asasnya sebagai reaksi individu yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu
peringkat amaran, peringkat penentangan dan peringkat keletihan yang diringkaskan sebagai
Sindrom Penyesuaian Umum General Adaptation Syndrome (GAS). Sindrom ini sekiranya
tidak ditangani dengan betul akan membawa maksud kepada penyebab tekanan yang
meninggalkan kesan terhadap bahagian-bahagian tertentu pada badan. Penyesuaian merujuk
kepada ransangan pertahanan yang dibentuk untuk membantu tubuh badan mengubahsuai
atau mengendalikan penyebab stres. Sindrom menunjukkan individu mengalami lebih atau
kurang reaksi stres secara berkait.

Menurut Choudhury (2013), tekanan di tempat kerja berbeza pada setiap individu, dan
ianya bergantung kepada keadaan, berapa lama dan tahap kekuatan stres yang berlaku
terhadap diri seseorang individu yang terdedah kepada tekanan. Malah, setiap individu
bertindak balas terhadap tekanan dengan cara yang berbeza dan hanya individu itu sahaja
yang dapat menilai tahap toleransi dalam keadaan yang tertekan. Boey, K. W. (1998) pula
menyatakan tekanan adalah suatu permintaan yang dibuat ke atas keupayaan dan penyesuaian
minda dan badan seseorang. Manakala Cooper, C. & Kleiner, B. H. (2001) pula
berpendapat, tekanan di tempat kerja ditakrifkan sebagai perbezaan yang dilihat di antara
permintaan dan keupayaan seseorang untuk menjalankan tuntutan seperti yang diharapkan.
Melalui pandangan dan penyataan pengkaji terdahulu, dapat disimpulkan tekanan ditempat
kerja dalam konteks lebih mudah difahami dari sudut individu sebagai tafsiran kognitif yang
menyebabkan keadaan menjadi tertekan dan memberi penunjuk beberapa keadaan yang
sukar dan tidak selesa serta terdapat rangsangan yang menimbulkan satu reaksi atau
tindakbalas yang tertentu. Tindak balas atau reaksi ini adalah melalui tindakan individu

4
untuk menangani, mengurus atau bertindak balas terhadap suasana atau keadaan yang
tertekan.

Dalam konteks organisasi pula, istilah tekanan di tempat kerja sering digunakan silih
berganti dengan tekanan kerja dan tekanan pekerjaan yang merupakan produk kognitif bagi
mentafsirkan sesuatu keadaan. Menurut Zulkifli Hamzah (2011) menjelaskan bahawa,
tekanan kerja secara khususnya dilihat sebagai reaksi tubuh badan yang mengganggu
psikologi dan fisiologi pekerja serta mengundang ancaman ketidakselesaan terhadap tubuh
badan pekerja. Kajian terkini mendapati bahawa terdapat tiga elemen utama yang berkait
rapat dengan tekanan kerja iaitu kekaburan peranan (role ambiguity), konflik peranan (role
conflict) dan beban peranan (role overload) (Ismail et al., 2010a; Tourigny, Baba & Wang,
2010; Yu Fei et al., 2012). Menurut Choudhury (2013) menjelaskan bahawa, kekaburan
peranan ditakrifkan sebagai keadaan yang melibatkan pekerja tidak dapat menentukan
tuntutan peranan kerja. Faktor-faktor yang melibatkan tuntutan peranan kerja adalah seperti
pekerja tidak mempunyai maklumat yang jelas terhadap objektif kerja, skop kerja, harapan
penyelia dan tanggungjawab kerja yang perlu dilaksanakan dalam organisasi. Manakala
konflik peranan ditafsir sebagai keadaan apabila kumpulan pekerja yang tidak dapat
memenuhi permintaan pekerjaan terpaksa melakukan sesuatu yang pekerja tidak dapat
dilakukan atau melakukan perkara-perkara yang tidak dianggap sebahagian daripada tugasnya
sehingga menimbulkan pelbagai jenis konflik. Situasi ini berlaku adalah disebabkan oleh
kerana organisasi mengalami kekurangan sumber manusia, permintaan yang pelbagai,
kekurangan maklumat dan melakukan sesuatu yang tidak diperlukan dalam tugas (Sharifah
Alawiyah Alsagoff, 1986). Seterusnya, beban peranan pula ditafsirkan sebagai keadaan kerja
yang terlalu banyak perlu dilakukan dalam jumlah masa yang tertentu. Selain itu, beban
peranan juga merangkumi elemen yang meliputi jumlah jam bekerja, tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan, pekerjaan rutin dan bukan rutin yang melampaui keupayaan dan
kemampuan pekerja dalam suatu masa.

Secara saintifik, individu yang mengalami tekanan kerja dikatakan terdedah kepada
gangguan pada sistem imun badan.Gangguan ini akan memberi kesan psikologi dan
mempengaruhi kesihatan fizikal. Kepelbagaian situasi tekanan yang dialami oleh individu
akan bertindakbalas dengan fisiologi kesihatan tubuh badan pekerja (Selye, 1987; Lazarus,
2000). Keadaan ini terjadi apabila kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan
bertindakbalas terhadap tekanan yang diterima dengan merembeskan hormon
adrenocorticotropic (ACTH) kepada kelenjar lain bagimerembeskan hormon. Rembesan

5
hormon ACTH yang banyak akan mencetuskan amaran bahaya kepada otak dan memberikan
isyarat kepada kelenjar adrenal untuk merembeskan hormon tekanan ke dalam sistem darah.
Hormon tekanan iaitu kortisol dan adrenalin akan membantu daya tumpuan, mempercepatkan
tindakan dan meningkatkan kekuatan serta pergerakan (Hellhammer, Wust & Kudielka,
2009). Hormon kortisol juga akan mempengaruhi sistem imum yang akan menyerang sel
badan sihat. Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pekerja akan mengalami gangguan pada
sistem kardiovaskular yang berkait rapat dengan aliran darah, dengupan jantung, sistem
imunisasi, respons kulit dan respons otak yang menyebabkan badan tidak mampu melawan
lebihan rembesan kortisol dan adrenalin yang terhasil daripada gangguan sistem
kardiovaskular tersebut. Akibatnya, pekerja yang mengalami tekanan kerja yang tinggi
terdedah kepada risiko mendapat gangguan kesihatan. Walau apa pun definisi dan tafsiran
yang diberikan, hakikatnya stres di tempat kerja merupakan masalah pekerjaan yang paling
utama diperkatakan pada masa kini. Tambahan pula, stres di tempat kerja menjadi isu utama
dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kesejahteraan organisasi. Kenyataan
ini selari dengan pendapat yang menyatakan stres di tempat kerja bukan sahaja merupakan
ancaman utama kepada kesihatan tetapi ia merupakan ancaman utama terhadap kejayaan
organisasi.

3.0 TINJAUAN LITERATURE

Tinjaun Literature merupakan elemen yang memandu pengkaji untuk mendapatkan


gambaran ke atas objektif untuk dicapai agar matlamat penulisan itu tidak terpesong jauh.
Literature review adalah huraian tentang teori, temuan, dan bahan penelitian lainnya yang
diperoleh dari bahan bacaan untuk dijadikan landasan kegiatan penelitian untuk menyusun
kerangka pemikiran yang jelas dari perumusan masalah yang ingin diteliti. Dari aspek sumber
yang lain pula, literature review adalah analisa berupa kritik (membangun maupun
menjatuhkan) dari penelitian yang sedang dilakukan terhadap topik khusus atau pertanyaan
terhadap suatu bagian dari keilmuan. Literature review merupakan cerita ilmiah terhadap
suatu permasalahan tertentu. Literature review yang baik harus bersifat relevan, mutakhir, dan
memadai. Landasan teori, tinjauan teori, dan tinjauan pustaka merupakan beberapa cara untuk
melakukan literature review.

Berdasarkan definisi tersebut, tinjauan mengenai faktor berlakunya tekanan di tempat


kerja khususnya di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna dilakukan dengan menjalankan

6
pembacaan dan penyelidikan ke atas beberapa kajian-kajian yang terdahulu untuk membantu
dan memandu pengkaji mendapatkan rujukan yang sebenar. Atas sebab itulah, pengkaji telah
menilai kajian-kajian seperti kajian Eatough et al. (2012) terhadap doktor dan jururawat di
Australia. Melalui kajian ini, Eatough et al. (2012) menyatakan bahawa, doktor dan jururawat
di Australia menunjukkan terdapat tahap stres yang tinggi terhadap konflik peranan, kurang
kawalan pekerjaan dan kawalan keselamatan pekerja yang rendah terhadap kepimpinan
tertentu dapat dikaitkan dengan peningkatan stres di tempat kerja di kalangan pekerja.
Manakala kajian yang dijalankan oleh Tyson dan Pongruengphant (2004) ke atas jururawat di
Great Britain pula mendapati stres di tempat kerja yang berlaku adalah disebabkan oleh
beban kerja yang melampau. Penemuan ini selari dengan hasil kajian yang telah dijalankan
oleh Lu (2012) terhadap 246 jururawat di Hospital Besar Filipina yang kebanyakan terdiri
daripada wanita (78.5 peratus) dari unit wad yang berbeza telah menunjukkan faktor
penyebab stres organisasi yang paling ketara adalah disebabkan kehabisan tenaga (burnout)
akibat beban kerja yang melampau di kalangan jururawat. Lu turut menegaskan bahawa
faktor ini telah menyumbang kepada ketidakpuasan pekerja dan ketidakhadiran yang
boleh membawa kepada tindakan jururawat untuk meninggalkan profesyen pekerjaan
yang berasaskan hospitaliti.

Selain itu, kajian yang dijalankan di Thailand pula mendapati bahawa masalah stres di
tempat kerja disebabkan oleh kurangnya penglibatan dalam perancangan dan pembuatan
keputusan (Pongruengphant & Tyson, 2000). Jururawat di Singapura pula merasakan stres di
tempat stres di tempat kerja yang mereka alami disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan
keadaan kerja dan sebahagian daripada mereka berfikir untuk berhenti kerja (Boey, 1998).
Antoniou et al. (2003) telah menjalankan kajian terhadap 355 doktor pelatih hospital yang
bekerja di kawasan Athens untuk melihat tahap stres pekerja terhadap organisasi.
Penemuan kajian menunjukkan doktor yang tidak biasa dengan persekitaran seperti
kemudahan umum yang diabaikan (makan, tidur dan interaksi sosial) serta masalah waktu
bekerja yang panjang dilihat sebagai penyumbang kedua terbesar yang menyebabkan
peningkatkan tahap stres di kalangan pekerja.
4.0 PERSOALAN KAJIAN.

Persoalan kajian atau penyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang
dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam
penyelidikan. Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual
yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal

7
selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan
cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk Tekanan Kakitangan Awam di Jabatan
Kecemasan Hospital Semporna. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan

1. Adakah mutu dan kualiti pengurusan perkhidmatan di bahagian Jabatan Kecemasan


Hospital Semporna menghadirkan tekanan di tempat kerja ini?

2. Adakah beban tugas yang tinggi dan nilai upah pendapatan yang rendah menghadirkan
tekanan di tempat kerja ?

3. Adakah bilangan tanggungan yang ramai mendorong kepada berlakunya tekanan di tempat
kerja ?

4. Apakah tindakan ketua jabatan yang sering kali mengongkong dan bersifat pilih kasih
kepada orang bawahan mendorong kepada timbulnya masalah tekanan di tempat kerja ?

5. Adakah tindakan bahagian pentadbiran dalam pengurusan kewangan ke atas pembayaran


lebihan upah berkerja yang lewat sering kali menghadirkan masalah tekanan di tempat
kerja?

6. Adakah tindakan ketua jabatan yang kurang memberikan motivasi kepada orang bawahan
menghadirkan tekanan di tempat berkerja ?

7. Adakah tindakan ketua jabatan yang enggan menerima cadangan dan padangan orang
bawahan menghadirkan tekanan berkerja di tempat kerja ?

8. Adakah sistem penjadualan berkerja yang tidak tersusun dan terancang menghadirkan
masalah dan tekanan berkerja di tempat kerja ?

9. Apakah komunikasi yang berbeza khususnya dalam penggunaan bahasa penghantar antara
pesakit dengan pekerja menimbulkan tekanan di tempat kerja ?

10. Apakah kemudahan-kemudahan infrastruktur bilik-bilik khas di Jabatan Kecemasan


menghadirkan tekanan di tempat kerja sehinggakan mutu perkhidmatan lembab dan
perlahan?

5.0 OBJEKTIF KAJIAN.

Matlamat atau objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor dalaman dan
luaran yang mendorong kakitangan Jabatan Kecemasan Semporna menghadapai tekanan di
8
tempat kerja serta mencari hubungan demografi yang mempengaruhi tahap tekanan dalam
kalangan kakitangan Jabatan Kecemasan Semporna. Kajian juga ingin melihat jenis
penglibatan yang menjadi pilihan jururawat dalam Pendidikan Profesional Berterusan.

Objektif Khusus Kajian

Objektif khusus kajian adalah:


1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kakitangan Jabatan Kecemasan
Semporna menghadapi tekanan di tempat kerja.

2. Mengenal pasti kesan yang berantai ekoran tekanan yang dihadapi kakitangan Jabatan
Kecemasan Semporna ketika berkerja di tempat kerja.

3. Mengenal pasti langkah-langkah menangani masalah tekanan di tempat kerja terhadap


kakitangan Jabatan Kecemasan Semporna.

4. Mengenal pasti tahap kesediaan kakitangan Jabatan Kecemasan Semporna dalam


menghadapi tekanan di tempat kerja.

5. Mengenalpasti persepsi kakitangan Jabatan Kecemasan Semporna terhadap


kepentingan pengetahuan menghadapi tekanan di tempat kerja.

6. Mengenalpasti perkaitan antara demografi dengan kesediaan, keterlibatan dan persepsi


terhadap kepentingan pengurusan menghadapi tekanan di tempat kerja.

6.0 KESAN DAN LANGKAH MENGATASI TEKANAN DI TEMPAT KERJA

Stress memberi impak yang besar terhadap manusia dari sudut fizikal, emosi, mental,
dan tingkah laku. Terdapat 2 kesan stress iaitu kesan yang positif dan juga negatif. Kesan
stress yang positif membuatkan sesorang itu mendapat kemajuan didalam kehidupan
hariannya dimana. melalui keadaan tertekan individu dapat meningkatkan keupayaan untuk
menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan. Dari definisi
yang dijelaskan diatas, kita perlu tahu bahawa stress tidak bermakna hanya membawa
keburukan ke atas diri kita. Malah ia juga penting untuk kita dapat sesuaikan diri dan
mempertingkatkan diri dalam sesuatu keadaan. Sebaliknya, kesan stress negatif memberi
impak yang tidak baik kepada seseorang apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik
mungkin.

9
Daripada aspek fizikal, menurut Mohamad Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew
Abdullah dan Ab. Aziz Yusof, (2005) tekanan memberi kesan terhadap kesihatan manusia
dimana menurut Epidemik Dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa stress
menyumbang kepada semua 5 penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan
melampau, kemalangan jalanraya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik. Sementara satu
kajian di Amerika berkaitan stres yang melibatkan 152 responden menunjukkan bahawa orang
yang sentiasa mengalami stres mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap
hipertensi, kerisauan melampau, kemurungan atau obesity dalam jangka masa yang panjang.
Disamping itu, terdapat juga penyakit lain yang timbul akibat daripada stress antaranya ialah
mengurangkan daya pertahanan badan, migraine,infeksi vagina, masalah kulit ecxema,ulser
dan lain-lain lagi. Hampir 75 peratus doktor menekankan bahawa stress seperti tekanan kerja
mengakibatkan beribu-ribu penyakit. Apabila individu mengalami stress ditempat kerja,
tekanan darah akan meningkat dan menurun. Perubahan yang tidak menentu sebegini boleh
menyebabkan saluran darah tercedera serta berfungsi secara tidak normal. Inilah fenomena
fisiologi yang boleh menjejaskan tahap kesihatan pekerja akibat stress yang berlaku di tempat
kerja. Situasi ini merupakan alasan terbaik yang dapat menunjukkan bahawa stres memberi
kesan kepada pekerja mendapat penyakit jantung dan terdapat juga kajian yang turut
menghubungkan stres dengan penyakit kanser dalam jangka masa yang panjang sekiranya
stress tidak dikawal. Konsep stres di tempat kerja juga digunakan sebagai perkaitan dengan
penyakit kronik seperti penyakit jantung koronari dan gangguan psikiatri. Pekerja yang
mengalami tahap stres yang tinggi boleh memberi kesan signifikan melalui peningkatan
kepada pelbagai masalah kesihatan seperti ketegangan mata, telinga berdengung, batuk yang
teruk, sakit dada, masalah perut, sakit kepala dan ketidakselesaan musculoskeletal.

Sementara itu, tekanan memberi kesan kepada pemikiran dan emosi seseorang. Di
Malaysia, laporan kajian Abdul Latiff Ahmad, (2006) menunjukkan kadar prevalen
kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun
dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus dari golongan remaja. Daripada kajian ini
menunjukan kesan stress menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan, perubahan
personaliti, kerisauan melampau, mudah marah, mudah menangis, kurang minat, kemurungan
bipolar, hilang selera makan dan bunuh diri. Emosi mempunyai kesan yang sangat besar
kepada sistem saraf automatik dan sistem hormon yang terletak pada otak manusia sekiranya
individu mengalami stess. Malahan stress merupakan pembunuh senyap yang perlu diberi
perhatian oleh setiap individu terutamanya di dalam kesibukan ditempat kerja. Ditempat kerja

10
apabila seseorang itu mengalami tekanan ianya memberi kesan kepada emosi pekerja iaitu
tidak dapat mengawal emosi dan melepaskan geram terhadap sesuatu perkara. Misalnya
seorang majikan melepaskan stress kepada seorang pekerja. Hal ini menunjukkan apabila
seseorang pekerja itu mengalami ketegangan ianya akan mengakibatkan seseorang itu akan
mengalami kemurungan dan sekaligus boleh menyebabkan gangguan psikologi kebimbangan,
kesedihan dan kejengkelan dan cepat marah dan menyebabkan prestasi kerja menurun.
Malahan bebanan kerja turut memberi kesan tekanan kepada kerja yang menyebabkan pekerja
itu mengalami kehabisan tenaga (burnout) serta masalah gastrous dan sekiranya tidak dikawal
akan menyebabkan seseorang itu melakukan pembunuhan atau bunuh diri dan perbalahan
antara rakan sekerja.

Jika diteliti, tekanan juga memberi kesan terhadap mental seseorang. Hal ini di perakui
oleh Zulkifli Hamzah (2011) yang turut melaporkan bahawa tekanan jururawat di tempat kerja
memberi kesan kepada peningkatan masalah kesihatan mental di Malaysia. Tekanan boleh
mempengaruhi pekerja dengan pelbagai cara iaitu mengurangkan daya ketahanan terhadap
penyakit, mengganggu tidur, fikiran bercelaru serta menyebabkan hilang daya tumpuan.
Apabila masalah ini berterusan, ia boleh memberi kesan kepada pekerja untuk melakukan
kesilapan dan kecuaian yang membawa kepada kemalangan, kecederaan, kualiti produk yang
rendah serta menjejaskan keseluruhan produktiviti organisasi dan kos keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Misalnya pekerja yang mengalami tekanan berkemungkinan besar akan
melakukan tingkahlaku di luar daripada kebiasaan seperti merokok terus menerus, terlalu
bergantung pada minuman keras, pengambilan dadah dan berbagai pil bagi mendapatkan
ketenangan. Contohnya di Britain, akibat tekanan di tempat kerja telah menyebabkan kehilangan
hari bekerja sebanyak 13.4 juta hari dalam setahun akibat daripada ketidakhadiran yang
membawa anggaran kerugian kepada ekonomi sebanyak 3.8 billion. Daripada kes ini dapat
diperjelaskan bahawa kesan stress memberi kesan perubahan tingkahlaku pekerja untuk kerap
ponteng disebabkan mengalami stress.

Atas sebab itulah, pelbagai pendekatan perlu dilakukan bagi menangani masalah tekan
di tempat kerja. Antara langkah-langkah yang dapat diambil adalah seperti mengelakkan
melakukan kerja melampau dalam jangka masa yang panjang. Melakukan kerja-kerja dengan
keterlaluan dapat mengundang stres. Bagi mengelakkannya daripada berlaku, kita perlu
melakukan kerja-kerja dengan lebih sistematik. Kita perlu mengambil masa bagi berehat
seketika. Jangan melakukan sesuatu kerja dalam jangka masa yang panjang. Ini secara tidak

11
langsung dapat merehatkan minda dan fizikal buat seketika. Dengan itu, kita dapat
meneruskan kerja-kerja dengan lebih selesa dan produktif. Ini seterusnya dapat meningkatkan
kualiti kerja dan kebarangkalian melakukan kesilapan adalah kecil. Pihak atasan turut berpuas
hati dengan hasik kerja yang kita lakukan. Jadi, reputasi diri dan kerja meningkat dan peluang
untuk mendapat kenaikan pangkat juga adalah tinggi.

Selain itu juga, tidak membawa pulang kerja ke rumah. Selalunya ada sesetengah
pihak yang suka menghabiskan ataupun menangguhkan kerja-kerja di pejabat untuk dibawa
pulang ke rumah. Tabiat ini perlu dihentikan sama sekali kerana ia mengundang stres. Oleh
itu, sekiranya kita membawa pulang kerja pejabat, kita tiada masa untuk merehatkan diri dan
minda kita yang penat bekerja seharian. Selain itu, apabila kita membawa pulang kerja ke
rumah, kemungkinan kita turut mendapat gangguan daripada anak-anak yang masih kecil.
Jika kerja yang dibuat tidak dapat diselesaikan di pejabat, tangguhkan kerja itu untuk
keesokan harinya. Seterusnya juga, sering kali meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
Kerja-kerja yang bertimbun akan merungsingkan kepala dan lama-kelamaan akan
menyebabkan kita tertekan. Jadi, tidak salah jika kita meluangkan sedikit masa kerja kita
untuk bercuti. Apabila kita bercuti, kita dapat melupakan seketika masalah-masalah dan hal-
hal di pejabat. Pada masa ini kita berasa seronok bersama keluarga dan dapat meluangkan
lebih masa untuk diri-sendiri. Oleh itu, penggunaan cuti yang optimum dan terancang dapat
meningkatkan keyakinan dan kecekapan kita dalam melakukan kerja-kerja pejabat yang
terbengkalai. Masalah-masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar.

7.0 KESIMPULAN

Stres di tempat kerja yang berlebihan boleh menjejaskan aspek keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Ia berpunca daripada terganggunya psikologi dan fisiologi seseorang
individu itu. Apabila gangguan ini berpanjangan, ia akan menyebabkan kemurungan.
Kemurungan boleh menjejaskan tumpuan pekerja terhadap kerja dan menyebabkan
peningkatan kadar kemalangan. Masalah yang paling dibimbangi adalah stres di tempat kerja
boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan
melemahkan sistem pertahanan badan terhadap penyakit. Jika masalah ini terus mengancam
sumber manusia sesebuah organisasi, sudah tentunya kadar kemalangan di tempat kerja akan
terus meningkat dan boleh menjejaskan produktiviti sesebuah negara.

Di Malaysia, kajian yang berkaitan dengan stres seharusnya dipertingkatkan kerana


kajian lepas terhadap stres di tempat kerja adalah tidak menyeluruh. Perkembangan ini sejajar

12
dengan perubahan yang berlaku di persekitaran kerja seperti teknologi, sosial, ekonomi,
undang-undang buruh dan seumpamanya. Kajian stres di tempat kerja perlu dijalankan kerana
sumbangannya amat bernilai dalam menghasilkan sumber manusia yang lebih produktif dan
berdaya saing. Selain itu, di sepanjang kehidupan di dunia ini, kita sentiasa dicabar dengan
pelbagai dugaan yang membawa kepada situasi stress. Oleh itu, fenomena ini boleh menjadi
pendorong dan motivasi kepada mereka yang tabah. Selagi ada kemahuan bagi berdaya maju
kehadapan selagi itulah stress sama ada disukai ataupun tidak, kita sememangnya tidak dapat
menghindarinya.

(3053 PATAH PERKATAAN)

BIBLIOGRAFI

Abdul Latiff Ahmad, (2006). Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kuala Lumpur :
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Boey, K. W. (1998). Coping and Family Relationships in Stress Resistance: A Study of Job
Satisfaction of Nurses in Singapore.

Clark, J. (2002). Stress A Management Guide, United States : Spiro Business Guides.

Choudhury, K. (2013). Managing Workplace Stress: The Cognitive Behavioural Way. New
York, London: Springer

Cooper, C. & Kleiner, B. H. (2001). New Developments in Ergonomics. Management


Research News.

Eatough, (2012). Understanding the Link Between Psychosocial Work Stressors and Work
Related Musculoskeletal Complaints. United States : Spiro Business Guides,

Kets de Vries MFR. (1979). Organizational stress: a call for management action. New York,
London : Sloan Management Review.

13
Lu, J. L. (2012). Nurses and Hospital Work: An Organizational Stress Study. New York:
20th European Congress of Psychiatry.

McGrath, J. E. (1976). Stress and Behavior in Organizations. In: Dunnette, M. ed.


Handbook of Industrial and Organizational Psychology Chicago: Rand McNally.

Mohamad Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew Abdullah dan Ab. Aziz Yusof, (2005).
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasi. Selangor : Prentice Hall.

Pongruengphant, R. & Tyson, P. D. (2000). When Nurses Cry : Coping with Occupational
Stress in Thailand. International Journal of Nursing Studies

Tyson, P. D. & Pongruengphant, R. (2004). Five-Year Follow-Up Study of Stress among


Nurses in Public and Private Hospitals in Thailand. International Journal of Nursing Studies.

Sharifah Alawiyah Alsagoff, (1986). Psikologi Pendidikan II. Psikologi Pembelajaran dan
Kognitif. Bimbingan dan Kaunseling Petaling Jaya:Longman

Zulkifli Hamzah (2011). Kerjaya Jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kementerian Kesihatan Malaysia

14