Anda di halaman 1dari 9

PENGGUNAAN KAEDAH PERMAINAN CONGKAK DUA DIMENSI BAGI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL BENTUK DUA DIMENSI


DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA

Sivasanthiran A/L Kaniappan


sivasanthiran11@gmail.com

Zowyah Binti Shabdin


zowyah.shabdin@yahoo.com.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah penggunaan


Kaedah Permainan Congkak Dua Dimensi dapat membantu murid untuk
meningkatkan kemahiran mengenal bentuk dua dimensi. Peserta kajian dalam kajian
ini terdiri daripada sepuluh orang murid Tahun Tiga Kuning di sebuah sekolah di Ayer
Itam, Pulau Pinang. Data telah dikumpul melalui ujian saringan awal, ujian pra, ujian
pasca, pemerhatian, kad imbasan dan temu bual. Hasil analisis data mendapati
bahawa terdapat peningkatan peratusan purata dari ujian pra ke ujian pasca
sebanyak 42.7%. Keputusan yang dicapai daripada ujian pasca ini boleh
dibanggakan memandangkan terdapat tujuh orang peserta kajian mendapat gred A
pada ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Pemahaman konsep yang kukuh
telah membantu murid dalam mengenal bentuk dua dimensi. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa peningkatan kemahiran mengenal bentuk dua dimensi melalui
kaedah alternatif yang dijalankan sangat berkesan. Kaedah yang digunakan ini
diharap dapat membantu murid-murid dalam mengenal bentuk dua dimensi
terutamanya bagi murid-murid yang lemah.
Kata kunci : Kaedah Permainan Congkak Dua Dimensi

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) menyatakan dalam Dokumen Standard


Kurikulum dan Prestasi DSKP Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap II bertujuan
membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks dalam
kalangan murid supaya dapat digunakan dalam menangani cabaran dalam kehidupan
seharian secara berkesan. Melaui tujuan ini, satu cara alternatif perlu diusahakan dalam
penguasaan sesuatu bidang metematik dengan memudah cara sesuatu pengetahuan
secara KBAT. Shulman (2000) menyatakan pembelajaran geometri dilihat sangat penting
untuk mengaplikasi topik dalam matematik asas. Melalui pernyataan ini juga menunjukan
bahawa kemahiran dalam visualisasi adalah sangat diperlukan untuk memudahkan cara
dan pemahaman terhadap sesuatu konsep matematik.

Tambahan pula, National Council of Teacher of Mathematics (2011) juga


menekankan geometri bukan hanya sekadar belajar tentang maksud ataupun andaian
tentang konsep geometri tetapi mempelajari kebolehan untuk menganalisa ciri-ciri bentuk
dua dimensi dan tiga dimensi di dalam bentuk-bentuk geometri. Kenyataan ini disokong
oleh Salleh (2004) menyatakan bahawa geometri berkait rapat dengan kehidupan seharian
dan objek-objek yang terdapat di persekitaran seperti pelbagai jenis bentuk, garisan, sudut
serta pelbagai binaan dan bentuk yang paling berguna dalam perwakilan idea.

1
Fokus Kajian

Kajian ini dijalankan sewaktu pengkaji menjalani praktikum fasa ketiga di sebuah
sekolah di Ayer Itam, Pulau Pinang. Sepanjang menjalani praktikum, pengkaji telah
mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Isu yang ingin
pengkaji fokuskan ialah kebanyakan murid Tahun Tiga menghadapi kesukaran untuk
mengenali bentuk-bentuk dua dimensi. Hal ini berlaku kerana murid-murid keliru dalam
mengenali bentuk-bentuk dua dimensi dan tidak dapat memahami dan membezakan
bentuk dua dimensi. Oleh itu, murid-murid agak mudah melakukan kesilapan dalam
mengenal bentuk dua dimensi.

Melalui semakan jawapan dalam lembaran kerja murid, beberapa kesilapan


melibatkan tajuk dua dimensi dapat dikesan oleh pengkaji. Antaranya ialah murid-murid
tidak dapat membezakan bentuk-bentuk dua dimensi menyebabkan mereka tidak boleh
mengetahui nama bentuk- bentuk asas dua dimensi di samping mereka tidak boleh
mengenal pasti bentuk-bentuk dua dimensi dengan betul. Berikut adalah Rajah 1 dan
Rajah 2 menunjukkan contoh kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menulis nama
bentuk dua dimensi.

Rajah 1: Murid ini tidak mengetahui nama Rajah 2: Murid ini menulis nama bentuk
bentuk tetapi menulis bilangan secara songsang
sisi dengan betul

Objektif Dan Soalan Kajian

Objektif Umum

Objektif kajian ini ialah membantu murid-murid Tahun Tiga untuk meningkatkan kemahiran
mengenal bentuk-bentuk dua dimensi dengan menggunakan Kaedah Permainan Congkak
Dua Dimensi.

Objektif Khusus

Objektif khusus ini adalah seperti yang berikut :

i. Membantu meningkatkan kemahiran mengenal bentuk dua dimensi dengan


menggunakan Kaedah Permainan Congkak Dua Dimensi.
ii. Menguasai kemahiran permainan congkak melalui Kaedah Permainan Congkak
Dua Dimensi.

Soalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah seperti yang berikut :


i. Adakah penggunaan Kaedah Permainan Congkak Dua Dimensi dapat membantu
murid untuk meningkatkan kemahiran mengenal bentuk dua dimensi?
2
ii. Sejauh manakah murid-murid mengusai kemahiran permainan congkak melalui
Kaedah Permainan Congkak Dua Dimensi?

Peserta Kajian

Murid-murid yang terlibat dalam penyelidikan ini ialah murid-murid Tahun Tiga.
Jumalah keseluruhan murid bagi kelas tersebut adalah seramai 30 orang. Daripada jumlah
tersebut, pengkaji telah memilih seramai sepuluh orang murid sebagai peserta kajian dari
ahli kelas Tahun Tiga. Sepuluh orang murid tersebut iaitu tujuh orang lelaki dan tiga orang
perempuan telah dipilih sebagai peserta kajian untuk menjalani sesi rawatan intervensi.
Berikut adalah Jadual 1 menunjukkan bilangan murid Tahun Tiga Kuning.

Jadual 1: Bilangan Murid Tahun Tiga Kuning


Jantina
Kelas Jumlah peserta kajian Umur (Tahun) Lelaki Perempuan

Tiga Kuning 10 9 7 3

Tindakan Yang Dijalankan

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan model
kajian yang dikemukakan oleh Kurt Lewin pada tahun 1948 sebagai panduan untuk
melaksanakan tindakan. Berdasarkan kepada Model Kurt Lewinn pengkaji telah membuat
tindakan bermula dengan perancangan, tindakan, pemerhatian dan akhir sekali mereflek
tindakan yang telah dijalankan. Rajah 3 dibawah menunjukan kitaran model tersebut.

Perancangan

Refleksi Tindakan

Pemerhatian

Rajah 3: Model Kurt Lewin (1948)

Dalam langkah perancangan, masalah yang dikesan adalah murid-murid Tahun


Tiga tidak ada keupayaan untuk mengenal bentuk-bentuk dua dimensi dan kekeliruan
dalam membezakan bentuk-bentuk dua dimensi serta kekeliruan menamakan bentuk-
bentuk dua dimensi. Oleh itu, kaedah permainan congkak dicadangkan dan dirancang
untuk untuk meningkatkan kemahiran mengenal bentuk dua dimensi. Langkah kedua ialah
bertindak. Melalui langkah ini, pengkaji telah menjalankan ujian pra terhadap peserta
kajian. Selepas itu, pengkaji telah melakukan intervensi dengan memperkenalkan kaedah
permainan congkak dua dimensi kepada semua peserta kajian secara deduktif.

Seterusnya, data tersebut seterusnya dianalisis dan diinterprestasi bagi tujuan


membuat kesimpulan dan menilai tentang penggunaan kaedah yang dilaksanakan untuk
membantu murid memperkukuhkan lagi kemahiran mengenal bentuk-bentul dimensi.

3
Selain itu, langkah terakhir dalam model Lewin ialah refleksi. Aspek refleksi dalam model
ini boleh dilakukan di mana-mana peringkat yang sesuai. Oleh itu, pengkaji telah
melakukan refleksi bagi setiap langkah yang dilaksanakan iaitu langkah merancang,
bertindak dan memerhati. Refleksi yang dilakukan ini bertujuan untuk penambahbaikan
bagi setiap langkah yang pengkaji jalankan.

Memperkenal Kaedah Permainan Congkak Dua Dimensi


Langkah : 1
Pengkaji telah memperkenalkan permainan Congkak Dua Dimensi dan memberi
penerangan secara ringkas terhadap permainan congkak dua dimensi serta meminta
kepada murid duduk dalam pasangan masing-masing. Berikut adalah Rajah 4
menunjukkan papan congkak dua dimensi.

Rajah 4: Papan congkak dua dimensi


Langkah : 2
Seterusnya, murid mengira jumlah bentuk-bentuk dua dimensi yang diperolehi dan
murid mengketagorikan bentuk-bentuk dua dimensi serta murid memasukkan bentuk-
bentuk yang diperolehi mengikut kumpulan masing-masing.

Rajah 5 : Peserta kajian mengketagorikan bentuk-bentuk dua dimensi

Langkah : 3
Kemudian, pengkaji akan membaca ciri-ciri sesuatu bentuk sebagai petunjuk dan
murid diminta menyebut nama bentuk tersebut. Sekiranya jawapan murid betul, pengkaji
akan memberi markah bonus kepada kumpulan masing-masing. Kemudian, pengkaji
menunjukkan kad imbasan dan meminta kepada murid menyebutkan ciri-ciri bagi bentuk
dua dimensi tersebut secara lisan.

Rajah 6: Pengkaji menunjukkan kad imbasan kepada peserta kajian

4
Kaedah Pengumpulan Data

Data yang dikumpul adalah data kuantitatif dan juga kualitatif. Bagi data kuantitatif,
kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah dengan instrumen ujian pra, ujian
pasca dan kad imbasan. Bagi data kualitatif pula, kaedah yang digunakan adalah
pemerhatian dan temu bual.

Ujian pra diberi kepada peserta kajian sebelum sesi intervensi dilaksanakan
manakala ujian pasca dilaksanakan setelah selesai sesi intervensi. Menurut Chua (2006),
ujian pasca merupakan reka bentuk eksperimental yang sebenar yang paling ringkas
tetapi ia mempunyai kesahan dalaman yang tinggi. Hasil data yang diperoleh akan
diterjemahkan dalam bentuk jadual dan seterusnya graf perbandingan dibina bagi
menunjukkan peningkatan prestasi setelah sesi intervensi.

Pemerhatian dilakukan terhadap tingkah laku peserta sebelum, semasa dan


selepas sesi intervensi dilaksanakan. Borang senarai semak dibuat bagi mengumpul data
melalui pemerhatian tersebut dan pengkaji juga telah menggunakan kad imbasan selepas
sesi intervensi dilakukan. Tambahan pula, temu bual bersama peserta kajian dilakukan
pada dua peringkat. Peringkat pertama adalah sebelum intervensi dan peringkat kedua
adalah selepas intervensi. Hasil ketiga-tiga kaedah ini diterjemahkan dalam bentuk jadual
agar lebih mudah untuk dianalisis dan membuat kesimpulan.

Dapatan Kajian

Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Berdasarkan Jadual 2 tersebut, didapati bahawa terdapat peningkatan terhadap


keputusan ujian pasca berbanding ujian pra dan menghuraikan secara lebih terperinci
mengenai keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi 10 orang peserta kajian yang telah
dipilih dalam pengkajian tindakan ini.

Jadual 2: Senarai Keputusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil Peserta kajian Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


Markah Ujian % Markah Ujian
Ujian Pra Ujian Pasca Ujian Pra Ujian Pasca
1. A 3/8 7/8 38 88
2. B 2/8 6/8 25 75
3. C 4/8 7/8 50 88
4. D 2/8 5/8 25 63
5. E 2/8 7/8 25 88
6. F 4/8 7/8 50 88
7. G 2/8 6/8 25 75
8. H 3/8 5/8 38 63
9. I 4/8 8/8 50 100
10. J 5/8 7/8 63 88
Purata 3.1 6.5 38.9 81.6
Peningkatan purata 3.4 42.7

5
Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan bahawa peningkatan purata peratusan
markah daripada ujian pra kepada ujian pasca adalah sebanyak 42.7%, iaitu daripada
38.9% kepada 81.6%.

Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


10

5 UJIAN PRA
Markah
UJIAN PASCA
0
A B C D E F G H I J
Peserta Kajian

Rajah 7: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca

Rajah 7 menujukkan perbandingan peningkatan keputusan berdasarkan markah


ujian pra dan ujian pasca manakala Rajah 8 menunjukkan peningkatan peratusan markah
bagi ujian pra dan ujian pasca dan ia menunjukkan kaedah permainan congkak yang
diaplikasikan kepada peserta kajian sehingga mencapai tahap yang boleh dibanggakan
serta perbandingan nilai min bagi ujian pra dan ujian pasca ditunjukkan dalam Jadual 3.

% Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


150
Ujian Pra
100
Ujian Pasca
% Markah
50

0
A B C D E F G H I J

Rajah x: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 8: Perbandingan peratusan markah ujian pra dan ujian pasca


Jadual 3: Perbandingan Min antara Praujian dan Pasca Ujian.

Graf x: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


Ujian Min
Praujian 34.8
Pascaujian 83.8
Perbezaan 49

Pemerhatian
Berdasarkan Jadual 4, didapati bahawa terdapat perubahan positif tingkah laku
setelah sesi intervensi yang dilaksanakan. Item-item yang terkandung dalam senarai
semak pemerhatian ini menunjukkan bahawa murid lebih berkeyakinan dan berminat
untuk mengenal bentuk dua dimensi.

Jadual 4: Senarai semak perubahan tingkah laku peserta kajian


Bil Aspek yang diperhatikan Peserta Kajian
A B C D E F G H I J
1. Murid terlibat secara aktif semasa
menggunakan kaedah permainan / / / / / / / / / /
congkak dua dimensi.
2. Murid menunjukkan mimik muka
yang menyeronokan. / / / / / / / / / /
3. Murid memberi tumpuan semasa
penerangan tentang penggunaan / / / / / / / / / /
kaedah permainan congkak
diberikan.
4. Murid-murid suka menjawab soalan
yang dikemukakan oleh guru. / / / X / / / x / /
5. Masih meminta pertolongan
daripada guru dan rakan-rakan lain x / x / x x / / x x
untuk menyebut nama bentuk
Petunjuk: / = Ya x = Tidak
Kad Imbasan

Hasil daripada analisis penggunaan kad imbasan didapati tujuh orang peserta
kajian mendapat gred A dan hanya tiga orang peserta kajian sahaja mendapat gred B. Ini
bermakna murid tersebut telah berjaya menjawab dengan betul lebih daripada separuh
soalan yang dikemukakan oleh pengkaji dan tiada peserta kajian yang mendapat gred C,
D, E dan F dalam penggunaan kad imbasan ini.

Temu Bual

Temu bual diadakan bertujuan untuk menjawab soalan kajian iaitu adakah
penggunaan kaedah permainan congkak dua dimensi dapat membantu murid untuk
meningkatkan kemahiran mengenal bentuk dua dimensi. Kaedah temu bual ini dipilih
untuk memberi kebebasan kepada murid untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan.
Pengkaji telah memilih empat orang murid untuk menjalankan temu bual. Didapati mereka
telah menyatakan bahawa berasa seronok apabila menggunakan kaedah permainan
congkak untuk mengenal bentuk dua dimensi. Sebagai contoh, murid 1 berkata,

Seronok kerana mudah faham


manakala murid 2 pula berpendapat,
Seronok sebab menggunakan permainan congkak. Sebelum ini tak pernah

7
menggunakan permainan congkak
(Transkrip temu bual, 15 Mac 2017)

Tambahan pula, murid-murid didapati aktif melalui kaedah pdp baharu ini dan
setiap orang murid dalam sesuatu kumpulan telah melaksanakan tanggungjawab mereka
untuk mengenal bentuk dua dimensi. Contohnya pandangan dari murid 3 berkata,

Aktif juga, sebab belajar dengan rakan-rakan


manakala murid 4 berkata
Aktif. Boleh mengetahui nama bentuk dua dimensi dengan mudah
(Transkrip temu bual, 25 Mac 2017)

Refleksi

Merujuk kepada analisis ujian pra dan ujian pasca, peningkatan markah purata
murid meningkat sebanyak 42.7%. Peningkatan ini cukup membanggakan pengkaji kerana
peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan latar belakang akademik yang sederhana.
Selain itu, penggunaan kaedah ini dilihat sebagai satu inovasi baharu dalam meningkatkan
kualiti pembelajaran ke arah yang lebih sistematik dan berkesan dengan menekankan
aspek pemahaman konsep yang mantap serta pengaplikasian yang tepat.

Secara keseluruhannya, saya berasa sangat berpuas hati kerana kajian yang
dijalankan berjaya membantu murid untuk mengenal bentuk dua dimensi dengan
menggunakan kaedah permainan congkak dua dimensi dan saya akan memperbaiki
kelemahan yang terdapat dalam kaedah ini supaya dapat menggunakannya dengan lebih
efektif pada masa hadapan. Tidak dilupakan juga kajian ini memberi peluang untuk
meningkatkan amalan pendidikan sendiri. Saya berharap agar manfaat yang diperoleh
melalui kajian ini membantu saya menjadi seorang bakal pendidik yang berkaliber.

Cadangan Tindakan Susulan


Saya mencadangkan agar kajian boleh dilakukan kepada semua aras murid
supaya dapat memanfaatkan murid yang berada dalam kategori sederhana dan baik. Dari
segi tindakan yang dijalankan pula, instrumen ujian pra dan ujian pasca juga boleh
ditambah baik berdasarkan tahap kognitif murid yang dikaji untuk dapatan yang lebih
mantap dan kukuh.

Tambahan pula, penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)


bagi membantu murid mengenal bentuk-bentuk dua dimensi. Kemudahan komputer tentu
akan menimbulkan minat murid-murid kerana ianya memberi peluang buat mereka untuk
belajar secara interaktif.

Pengkaji juga ingin memperluas penggunaan kaedah ini di sekolah-sekolah lain


di seluruh Negara. Pengkaji ingin melihat respons tentang penggunaan kaedah ini di
sekolah lain di seluruh Negara dalam memastikan keberkesanaan secara maksimum
dapat dibuktikan dengan jayanya. Pengkaji juga ingin mendapatkan maklum balas
daripada guru pakar tentang penggunaan kaedah tersebut.

Rujukan

Ahmad Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

8
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. McGraw Hill (Malaysia): Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),


Matematik Tahun 3. Kuala Lumpur: Bahagian pembangunan Kurikulum.

Lewin, K. (1948). Resolving Social Conflicts; Selected Papers on Group Dynamics.


Gertrude W. Lewin (ed.). New York: Harper & Row

National Council of Teacher of Mathematics. (2011). Standard & Focal Point: Curiculum
and Evaluation Standard for School Mathematics. Dimuat turun pada 16 Ogos
2016 dari http://www.nctm.org/standards/content.aspx?id=2424

Shulman, L. S. (2000). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform,


Harvard Educational Review, 57 (1), 1-22.